You are on page 1of 17

SULIT

SEKOLAH MENENGAH TSUN JIN


JALAN LOKE YEW, KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020


BAHASA MALAYSIA
Kertas 2
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Tarikh : 2 Oktober 2020


Masa : 11:00 pagi – 1:30 petang

Arahan kepada calon:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

NAMA CALON : ____________________________( ) KELAS : _____________

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 1 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faedah-
faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan remaja
menyertai persatuan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang dicetuskan oleh
golongan remaja sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral
dan bertentangan dengan hukum agama. Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan
dan masih belum bekerja, mereka mempunyai banyak masa terluang.
Untuk mengatasi rasa bosan dan mengisi masa terluang, remaja mengambil peluang
untuk berkumpul bersama dengan rakan sebaya. Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya
menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan
keseronokan tanpa memikirkan baik dan buruknya. Perkara buruk mudah mendapat perhatian
remaja tanpa disedari kerana perkara itu biasannya lain daripada yang lain. Selain itu,
perbuatan tersebut merupakan kemegahan dan kepuasan bagi remaja.
Penyertaan remaja dalam persatuan merupakan jalan yang terbaik untuk mengisi masa
terluang dan mengelakkan remaja daripada dipengaruhi anasir buruk. Aktiviti persatuan dapat
mendedahkan remaja kepada banyak pengalaman dan mendidik jati diri ke arah perkara yang
positif. Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan remaja. Mereka boleh
memilih untuk menyertai persatuan bergantung kepada minat dan kebolehan masing-masing.
Terdapat persatuan yang beroperasi pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan
daerah. Semua persatuan adalah baik untuk disertai oleh remaja memandangkan matlamat
penubuhannya berasaskan kepada tujuan yang murni.
Penyertaan dalam persatuan yang disertai dapat memberikan peluang kepada setiap
ahli yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama untuk mengembangkan bakat yang
dimiliki. Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi meningkatkan
kebolehan masing-masing. Amat penting bagi ahli baharu untuk menimba pengalaman
dengan ahli lama. Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran seperti pertolongan cemas,
kawad dan pengembaraan hutan. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.
Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan kemanusiaan yang
lebih baik, bersatu padu, saling menghormati, tidak mementingkan diri dan terbentuknya
sifat-sifat murni yang lain. Pergaulan sesama ahli persatuan akan mendewasakan remaja.
Pemikiran mereka juga lebih terbuka dan dapat menerima perubahan yang membawa kepada
kebaikan. Remaja dapat menyatakan pendapat dan memberikan sumbangan bermakna kepada
kemajuan persatuan. Penglibatan remaja dalam persatuan juga menjadikan remaja lebih
memahami kehidupan alam masyarakat yang kompleks.
Persatuan juga merupakan asas terbaik untuk mendidik dan membentuk remaja
menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja akan menggantikan pemimpin yang lama. Mereka
memerlukan pendedahan awal agar dapat mengambil alih tugas berat itu dengan persediaan
yang cukup. Seorang pemimpin bukannya dilahirkan, tetapi terbentuk melalui asuhan dan
pengalaman yang berterusan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’
Oleh Lokman Ismail,
Dewan Siswa, 2018

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 2 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat. [2 markah]


(ii) Berdasarkan petikan, pengarang telah mengemukakan pendapat tentang keseronokan
remaja melakukan perkara yang buruk
Apakah sebab-sebab remaja berbuat demikian? [3 markah]
(iii) Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka
mempunyai banyak masa terluang.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara remaja memanfaatkan masa terluang mereka?
[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
jawi di dalam almari yng memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian yang sebenar saya anak generasi baharu yang
belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh
patriotism dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta aka bangsa sendiri kian terhakis
dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi
pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit,
demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi dunia sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat
dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup
dengan perkongsian dan hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu
dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis.
Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta.
Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah
silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta
kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina
agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”
Dipetik daripada ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan cerpen, nyatakan pandangan bonda terhadap sejarah. [2


markah]
(ii) Remaja memerlukan persediaan-persediaan yang rapi untuk menghadapi perubahan
dunia yang kian mencabar.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan tersebut. [3
markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4
markah]

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 3 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara
Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang yang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar
Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu
menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada paduka Raja, setengah
pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tiada
muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar
Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka
Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian
binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya. “Mohon patik tuanku.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud senantiasa beringgit [2


markah]

(ii) Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?
[3 markah]

(iii) Tindakan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja yang tidak bermuafakat telah
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak
bermuafakat? [3 markah]

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 4 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 2 (d) – Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku Hati ini luluh


di sejadah rindu jiwa yang kaku tersentuh
mengungkap kalimah syahdu ayat-ayat cinta disusun kukuh
bait bicara tersentuh kalbu di sejadah rindu yang lusuh
merekah keinsafan di hati yang beku kemaafan yang kupohon sungguh
mengenang dosaku yang dahulu. dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Ungkapan doa pada yang Esa


kupohon kembali nafas kehidupan izinkan aku menjadi manusia
dalam keterhadan dan keterbatasan yang taat sentiasa
insan pada perintah Maha Kuasa
moga terbuka ruang keampunan agar aku tidak lupa
sebelum saat aku dinisankan dunia ini hanya bersifat sementara.
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti Mohd. Haikal Aminuddin, Kalam
akhirnya Pertama, 2013 Antologi Sejadah Rindu,
aku sujud menghadap Ilahi Dewan Bahasa dan Pustaka.
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(i) Berikan bukti ketaatan penyajak kepada Tuhan. [2 markah]

(ii) Penyajak telah menginsafi dosa-dosanya yang lalu.


Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda
yang telah insaf. [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4


markah]

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 5 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) meningkatkan kesedaran
(ii) pembangunan ekonomi
(iii) merealisasikan impian
(iv) memupuk perpaduan
(v) penularan wabak
(vi) pelitup muka [6 markah]

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nytaakan sama ada ayat tersebut ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

(i) Aduh, sakit sungguh jariku tersentuh cerek panas!


(ii) Kepetahan Fatimah dalam berpidato memukau setiap penyokongnya.
(iii) Mengapakah perempuan muda itu termenung di pantai berseorangan?
(iv) Sila catat waktu keluar dan masuk untuk memudahkan urusan pihak yang
berkaitan.
(v) Remaja yang bijak menguruskan wang mampu merancang masa hadapan
dengan lebih baik.
(vi) Pusat penyiaran Malaysia, iaitu Angkasapuri dibuka secara rasmi oleh Tunku
Abdul Rahman pada 17 Februari 1968. [6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Gangsterisme harus berhentikan sekolah. Seseorang pelajar itu pergi ke sekolah untuk
menimba ilmu pengetahuan dan bukan untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral
ini. Semua pihak, terutamanya pihak sekolah serta ibu bapa perlu bekerja sama untuk
mengatasi masaalah ini. Ibu bapa juga patut mengambil berat terhadap anak-anak
mereka serta mempastikan mereka tidak terlibat dalam kegiatan ini. Jika semua pihak
memainkan peranan mereka, sudah pasti kegiatan ini dapat mengatasi.
[6 markah]

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 6 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis di
syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
(ii) Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol
apabila para pemain gagal memasukkan gol.
(iii) Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan
pendapatan bagi membiayai keluarganya.
[6 markah]

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pekerjaan yang susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.
(ii) Mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama-sama.
(iii) Terlalu banyak pada sesuatu masa.
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menimbulkan
perasaan ingin tahu pembaca dalam novel tersebut. [7
markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai kerajinan bagi setiap novel. [8
markah]

*********************Kertas Peperiksaan Tamat*********************


1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 7 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Diluluskan oleh: ___________________
CK. MARINI
(PENOLONG PANITIA BAHASA MALAYSIA)

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faedah-
faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan remaja
menyertai persatuan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang dicetuskan oleh
golongan remaja sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral
dan bertentangan dengan hukum agama. Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan
dan masih belum bekerja, mereka mempunyai banyak masa terluang.
Untuk mengatasi rasa bosan dan mengisi masa terluang, remaja mengambil peluang
untuk berkumpul bersama dengan rakan sebaya. Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya
menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan
keseronokan tanpa memikirkan baik dan buruknya. Perkara buruk mudah mendapat perhatian
remaja tanpa disedari kerana perkara itu biasanya lain daripada yang lain. Selain itu,
perbuatan tersebut merupakan kemegahan dan kepuasan bagi remaja.
Penyertaan remaja dalam persatuan merupakan jalan yang terbaik untuk mengisi
masa terluang dan mengelakkan remaja daripada dipengaruhi anasir buruk. Aktiviti
persatuan dapat mendedahkan remaja kepada banyak pengalaman dan mendidik jati
diri ke arah perkara yang positif. Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh
golongan remaja. Mereka boleh memilih untuk menyertai persatuan bergantung kepada minat
dan kebolehan masing-masing. Terdapat persatuan yang beroperasi pada peringkat
antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah. Semua persatuan adalah baik untuk disertai
oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan kepada tujuan yang murni.
Penyertaan dalam persatuan yang disertai dapat memberikan peluang kepada setiap
ahli yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama mengembangkan bakat yang
dimiliki. Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi
meningkatkan kebolehan masing-masing. Amat penting bagi ahli baharu untuk menimba
pengalaman dengan ahli lama. Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran seperti
pertolongan cemas, kawad dan pengembaraan hutan. Aktiviti ini merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.
Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan kemanusiaan
yang lebih baik, bersatu padu, saling menghormati, tidak mementingkan diri dan
terbentuknya sifat-sifat murni yang lain. Pergaulan sesama ahli persatuan akan
mendewasakan remaja. Pemikiran mereka juga lebih terbuka dan dapat menerima
perubahan yang membawa kepada kebaikan. Remaja dapat menyatakan pendapat dan
memberikan sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan. Penglibatan remaja
dalam persatuan juga menjadikan remaja lebih memahami kehidupan alam
masyarakat yang kompleks.
Persatuan juga merupakan asas terbaik untuk mendidik dan membentuk
remaja menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja akan mengantikan pemimpin yang lama.
Mereka memerlukan pendedahan awal agar dapat mengambil alih tugas berat itu dengan
persediaan yang cukup. Seorang pemimpin bukannya dilahirkan, tetapi terbentuk melalui
asuhan dan pengalaman yang berterusan.
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 8 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’
Oleh Lokman Ismail,
Dewan siswa, 2018

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan kebaikan / kepentingan / manfaat remaja menyertai
persatuan dan langkah-langkah menggalakkan remaja menyertai persatuan.

Isi tersurat: langkah-langkah menggalakkan remaja menyertai persatuan.


1) Sek mempelbagaikan persatuan dengan aktiviti yang dapat menarik minat
remaja / menambah markah atau merit pelajar.
2) Ibu bapa mestilah memberikan dorongan agar anak berminat menyertai
persatuan.
3) Jadikan syarat untuk melanjutkan pelajaran atau peluang mendapatkan
pekerjaan.
4) Sediakan insentif menarik bagi remaja yang aktif dalam persatuan.

Kesimpulan:
Kesimplannya, remaja perlu giat menyertai aktiviti berpersatuan supaya melahirkan
generasi yang berketerampilan / berilmu /.

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat. [2 markah]


-meluaskan / potensi/ keupayaan / kebolehan / kemampuan
(ii) Berdasarkan petikan, pengarang telah mengemukakan pendapat tentang
keseronokan
remaja melakukan perkara yang buruk
Apakah sebab-sebab remaja berbuat demikian? [3 markah]
-jawapan dalam petikan
(iii) Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka
mempunyai banyak masa terluang.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara remaja memanfaatkan masa terluang
mereka? [4 markah]
- Remaja bekerja sambilan untuk menambah wang perbelanjaan.
- Remaja menyertai aktiviti sukarelawan / melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan.
- Remaja menyertai kelas kemahiran seperti kelas menjahit / memasak untuk
menambah ilmu pengetahuan mereka.
- Remaja melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawna untuk
mengekalkan kesihatan badan.

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 9 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
jawi di dalam almari yng memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian yang sebenar saya anak generasi baharu yang
belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh
patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis
dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi
pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit,
demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi dunia sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat
dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup
dengan perkongsian dan hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu
dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis.
Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta.
Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji
sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang
terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka
membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.

Dipetik daripada ‘Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan cerpen, nyatakan pandangan bonda terhadap sejarah. [2


markah]
Jawapan dalam petikan
(ii) Remaja memerlukan persediaan-persediaan yang rapi untuk menghadapi
perubahan
dunia yang kian mencabar.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan tersebut. [3
markah]
- Remaja perlu mempunyai pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi
perubahan dunia yang mementingkan kemahiran pada masa ini.
- Remaja harus bijak mencari ruang dan peluang agar mereka mampu
bersaing dengan masyarakat negara lain.
- Remaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat
mengikuti perubahan dunia yang semakin mencabar.
- Remaja perlu mempunyai pemikiran kreatif / inovatif

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4
markah]
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 10 [ Lihat halaman
sebelah
SULIT
- Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita mesti
mempunyai semangat patriotisme agar timbul perasaan cinta akan negara.
Contohnya, bonda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi apabila dia
berusaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri penulis agar
penulis menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan
bangsa sendiri.

Satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
Rujuk nota.

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara
Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang yang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar
Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri nara Diraja dua orang itu
menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada paduka Raja,
setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri
Nara Diraja tiada muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa
kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda
melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati
baginda, “ Jikalau demikian binasalah negeri ini., kerana orang besarnya tidak muafakat sama
orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya. “Mohon patik tuanku.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud senantiasa beringgit [2


markah]
Selalu berbalah / bergaduh / berselisih pendapat/ bertengkar / bermusuhan

(ii) Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?
[3 markah]
- Sesetengah anak Melayu menyokong Paduka Raja dan sesetengah anak
Melayu lagi menyokong Seri Nara Diraja.
- Paduka Raja dan Seri Nara Diraja sentiasa bergaduh / bermusuhan
- Sultan Muzaffar Syah berasa sedih melihat perilaku Paduka Raja dan Seri
Nara Diraja.
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 11 [ Lihat halaman
sebelah
SULIT
(iii) Tindakan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja yang tidak bermuafakat telah
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin
tidak bermuafakat?
[3 markah]
-Negara tidak aman dan harmoni kerana pemimpin selalu bergaduh antara satu
sama lain.
-Negara terdedah kepada ancaman musuh yang menyebabkan negara dijajah.
-Ekonomi negara tidak berkembang kerana pelabur tidak mahu melabur di
negeri tersebut.

Soalan 2 (d) – Puisi Moden


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku Hati ini luluh


di sejadah rindu jiwa yang kaku tersentuh
mengungkap kalimah syahdu ayat-ayat cinta disusun kukuh
bait bicara tersentuh kalbu di sejadah rindu yang lusuh
merekah keinsafan di hati yang beku kemaafan yang kupohon sungguh
mengenang dosaku yang dahulu. dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Ungkapan doa pada yang Esa


kupohon kembali nafas kehidupan izinkan aku menjadi manusia
dalam keterhadan dan keterbatasan yang taat sentiasa
insan pada perintah Maha Kuasa
moga terbuka ruang keampunan agar aku tidak lupa
sebelum saat aku dinisankan dunia ini hanya bersifat sementara.
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti Mohd. Haikal Aminuddin, Kalam
akhirnya Pertama, 2013 Antologi Sejadah Rindu,
aku sujud menghadap Ilahi Dewan Bahasa dan Pustaka.
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(i) Berikan bukti ketaatan penyajak kepada Tuhan [2 markah]


- Penyajak mengakui dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
- Penyajak menangis apabila berdoa dengan sesungguh hatinya kepada
Tuhan.
- Penyajak ikhlas memohon keampunan daripada Tuhan.
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 12 [ Lihat halaman
sebelah
SULIT
- Penyajak bersungguh-sungguh memohon keampunn daripada Tuhan

(ii) Penyajak telah menginsafi dosa-dosanya yang lalu.


Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda
yang telah insaf. [3 markah]
- Saya akan memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar kawan saya
teguh pendirian untuk berubah
- Saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kauselor agar dia
mendapat khidmat nasihat yang betul daripada seseorang yang lebih pakar.
- Saya akan memintanya mendekatkan diri kepada Tuhan agar dia tidak
mengulangi kesilapan yang lalu.

(i) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
- rujuk nota

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) meningkatkan kesedaran
(ii) memupuk perpaduan
(iii) menjana ekonomi
(iv) penularan wabak
(v) pembentukan sahsiah
(vi) penjarakan sosial

(a) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nytaakan sama ada ayat tersebut ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

(i) Aduh, sakit sungguh jariku tersentuh cerek panas!


Ayat seruan
(ii) Kepetahan Fatimah dalam berpidato memukau setiap penyokongnya.
Ayat penyata
(iii) Mengapakah perempuan muda itu termenung di pantai berseorangan?
Ayat tanya
(iv) Sila catat waktu keluar dan masuk bagi memudahkan urusan pihak yang berkaitan.

Ayat perintah
(v) Remaja yang bijak menguruskan wang mampu merancang masa hadapan dengan
lebih baik.
Ayat penyata
(vi) Pusat penyiaran Malaysia, iaitu Angkasapuri dibuka secara rasmi oleh Tunku Abdul
Rahman pada 17 Februari 1968.
Ayat penyata

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 13 [ Lihat halaman


sebelah
SULIT
(c ) Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Gangterisme (gengsterisme) harus berhentikan(diberhentikan) sekolah. Seseorang


pelajar itu pergi ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan dan bukan untuk
melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini. Semua pihak, terutamanya pihak sekolah
serta ibu bapa perlu bekerja sama (bekerjasama) untuk mengatasi masaalah
(masalah) ini. Ibu bapa juga patut mengambil berat terhadap anak-anak mereka serta
mempastikan (memastikan) mereka tidak terlibat dalam kegiatan ini. Jika semua
pihak memainkan peranan mereka, sudah pasti kegiatan ini dapat mengatasi.
(diatasi)
[6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali (paling laris/ laris
sekali) jualannya kerana penulis di syarikat tersebut begitu
mengutamakan kuantiti.(kualiti)

(ii) Setengah penonton (sesetengah penonton) yang tidak berpuas hati telah
membaling objek seperti botol apabila para pemain
gagal memasukkan (menjaringkan) gol.

(iii) Pelbagai sayur-mayur (pelbagai sayur mayur / sayur-mayur)dijual oleh


Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai
(menyara/ menanggung) keluarganya.

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pekerjaan yang susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.
Alah bisa, tegal biasa.
(ii) Mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama-sama.
Ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni /
Berat sama dipikul, ringan sam dijinjing
(iii) Terlalu banyak pada sesuatu masa
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
[6 markah]

Soalan 4 : Novel

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 14 [ Lihat halaman


sebelah
SULIT
(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menimbulkan
perasaan ingin tahu pembaca dalam novel tersebut. [7
markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai kerajinan bagi setiap novel. [8 markah]

Soalan (a)
Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca
tentang per istiwa yang akan berlaku selanjutnya. Secara tidak langsung, pembaca akan membaca
cerita seterusnya untuk mencari jawapan

NOVEL TIRANI NOVEL LEFTENAN ADNAN


Antara contoh saspens dalam novel ini Antara contoh saspens dalam novel ini
termasuklah: termasuklah:
(a) Peristiwa Waheeda yang berani (a) Ketika Adnan mengejr pencuri yang
menyahut cabaran dengan ngin mencerobohi rumhnya pada
membuat pinjaman daripada waktu malam. Pembaca tertanya-
tabung usahawan siswazah, Bank tanya tentang orang yang mencerobohi
Pembangunan melalui Program rumahnya itu. Ketika Adnan membaling
Kemajuan Luar Bandar Sarawak kayu ke arah pencuri yang ingin
untuk mengembangkan mencerobohi rumahnya itu, pembaca
perniagaan kemudahan tertanya-tanya keadaan orang yang kena
penginapan Chalet Tajau balingan Adnan. (m/s 61-62)
Emasnya itu. Pembaca tertanya- (b) Ketika Adnan mengangkat tangan
tanya akan kemampuan sebenar memberitahu cikgu Nazri bahawa dia
Waheeda dan pembaca juga ingin ingin menyertai pertandingan
tahu sama ada perniagaan chaletnya syarahan berbahasa Inggeris. pembaca
yang baru beroperasi itu mampu tertanya-tanya kemampuan Adnan
bersaing dengan pengusaha yang lain bersyarahan dalam Bahasa Inggeris
atau menemukan kegagalan sedangkan Adnan tidak fasih berbahasa
Inggeris dan diejek oleh kawan-
(b) Peristiwa monyet berhidung besar kawannya. Pembaca juga tertanya-
atau monyet Belanda yang tanya adakah Adnan akan memenangi
menyerang Chalet Tajau Emas pertandngan itu atau sebaliknya kerana
menyebabkan suasan menjadi ada pelajar yang fasih berbahasa Inggeris
kelam-kabut apabila penghuni dan menyertai pertandingan terebut. (m/s 80)
pekerja-pekerja lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri
daripada digigit monyet itu. Kesan
daripada peristiwa ini, pembaca
tertanya-tanya tahap keselamatan
sebenar dan kesan pengoperasian
chalet itu dari aspek tempahan
daripada pengunjung yang akan
menginap di chalet itu pada masa
akan datang.

(c) Peristiwa Waheeda digigit oleh


monyet Belanda. Pembaca berasa
tertanya-tanya dan ingin
mengetahui keadaan Waheeda
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 15 [ Lihat halaman
sebelah
SULIT
apabila berlaku kejadian tersebut.
Contohnya, adakah wajah Waheeda
menjadi cacat selepas mukanya
digigit?

(d) Peristiwa Zahid berasa insaf akan


kesalahannya serta meminta maaf
daripada Waheeda. Pada masa ini,
pembaca akan mewujudkan perasaan
ingin tahu sama ada Zahid akan
dimaafkan oleh Waheeda atau tidak.

Soalan (b) Nilai Kerajinan

Novel Leftenan Adnan

Contoh: Semasa di sekolah rendah lagi, Adnan rajin membantu ibu dan bapanya bekerja di kebun
getah. Pada setiap pagi, Pak Saidi membawa anak sulungnya itu ke tempat kerja.Walaupun umurnya
baru sepuluh tahun, tetapi dia sudah rajin membantu ayahnya bekerja.(m/s 10)

Contoh: Di sekolah, Adnan terkenal sebagai murid yang rajin dan pintar. Adnan rajin membaca dan
mengulang kaji pelajaran di sekolah. Sikap ringan tulangnya itu disenangi oleh teman dan juga guru
sekolah terutama Cikgu Anderson. Adnan seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik
kerana dia sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas.(m/s 67)

Contohnya, Pak Saidi rajin menyara keluarganya. Setiap pagi Pak Saidi pergi menoreh getah.
Selepas itu, dia pergi ke kebun dan sawah untuk mencari rezeki. Kadangkala dia ke dusun buah-
buahannya untuk menebas semak belukar. Dia juga ke sungai untuk menjala ikan untuk dijadikan
makanan keluarganya. (m/s 13)

Novel Tirani
Contohnya, Waheeda rajin bekerja tanpa mengira waktu. Ketika bertugas sebagai Pegawai
Perhubungan Awam di Flamingo de La Rossa, dia bekerja keras mengadakan pelbagai program untuk
mempromosi hotel tersebut. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong bertambah. Sebagai akibatnya,
dia menghidapi demam dan selesema sehingga struktur hidung yang baharu dibedah berganjak. Dr.
Rushdi mengatakan bahawa tulang rawan yang diimplan berganjak akibat telalu banyak bersin.
Waheeda juga sanggup bekerja di Hotel Seri Gading milik bapa mentuanya apabila diminta berbuat
demikian walaupun dia sibuk dengan tugasnya di Syarikat Tajau Emas. Walaupun dia menjadi
pengurus Syarikat Tajau Emas, namun pada waktu pagi, dia membantu menyediakan makanan untuk
tetamu chalet. (Bab 12)

1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 16 [ Lihat halaman


sebelah
SULIT
1103/2 © Hak Cipta Sekolah Menengah Tsun Jin 17 [ Lihat halaman
sebelah
SULIT

You might also like