You are on page 1of 10

Nama :

Kelas :

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN LOK YUK, KUDAT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2021


BAHASA MELAYU
1103/2
KERTAS 2

2 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa:
Bahagian Markah Penuh Markah Diperoleh
A 35
B 35
C 30
Jumlah 100

Disediakan oleh Disemak oleh, Disahkan oleh,

Noorliyana Janetlm
…………………… …………………………. ……………………..
Noorliyana binti Japar Ramadan Muntaha Pn. Janet Mangalis
Guru Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran Ketua Bidang Bahasa

1
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung gabungan dan dua kata
hubung komplemen. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Amira merupakan seorang pelajar yang menjadi idola dalam kalangan warga institusi itu. Dia
bukan sahaja cantik malah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Untuk menjadi
pelajar yang cemerlang bukanlah mudah. Dia telah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran
secara konsisten supaya pencapaiannya sentiasa terbaik dalam kalangan rakan yang sama
pengajian dengannya. Dia selalu mengingatkan dirinya bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Sehubungan dengan hal itu, dia sentiasa memastikan disiplin diri dan
sahsiahnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada
ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

Berbekalkan minat mengembara dan tarikan keajaibannya, saya dan beberapa orang rakan
mengunjungi kota Delhi di India untuk kali ketiga baru-baru ini. Penerbangan dari Kuala Lumpur
ke kota Delhi mengambil masa enam jam. Kembara kami pada kali ini lebih bermakna apabila
kami dapat mengunjungi satu daripada tujuh keajaiban tarikan pelancong dunia, iaitu Taj Mahal.
Sebaik-baik sahaja sampai di Delhi, kami meneruskan perjalanan ke bandar Chandigarh.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, bandar ini menempatkan sebahagian besar pusat
pengajian tinggi, termasuk Universiti Punjab yang terkenal.

Diubah suai daripada ‘Keajaiban Tarikan Pelancongan Dunia di India’


Oleh Siti Raba’ah Hamzah, Dewan Siswa, Julai 2012
[6 markah]

2
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Kaum pendidik memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang patriotik. Para
pendidik merupakan golongan paling berkesan walaupun menyuburkan semangat cinta akan
negara dengan cara menyemat nilai-nilai murni di dalam jiwa murid-murid sejak di bangku
sekolah. Sekiranya guoongan muda punyai jati diri, maka masa depan negara kita akan lebih
menjamin dan semangat untuk mempertahankan moral negara akan sentiasa wujud.

Semangat patriotik merupakan benteng paling kuat dalam mempertahankan kemerdekaan dan
maruah negara dari segala bentuk ancaman. Oleh itu, ketahanan diri dan semangat sayangkan akan
negara perlu dipuja secara berterusan memandangkan gejala negatif kini semakin menjalar dalam
kalangan generasi muda.
[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD


baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu
sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang
lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini,
tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi tidak terlawan
oleh kita.”

Maka kata Awi Ditu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita Kembali sementara belum
siang ini.”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”


dalam antalogi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

3
SOALAN 5: PERIBAHASA
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Malas berdayung, perahu hanyut. Seorang wanita berpegang teguh pada peribahasa tersebut.
Beliau nekad berbudi kepada tanah apabila mula mengusahakan tanaman terung secara fertigasi
selepas sukar mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajarinya.

Beliau ialah Nurul Natikah Mohd. Sidek, seorang graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-
Kanak dari Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu. Beliau mula
mengusahakan tanaman terung fertigasi itu sejak September tahun lalu bersama-sama adiknya.
Mereka bersyukur kerana mengamalkan prinsip hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Berbekalkan semangat untuk berjaya dengan usaha sendiri, beliau dan adiknya mula menanam
terung sebanyak 500 pokok. Tuaian tanaman pertama cukup memberangsangkan. Menurutnya,
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Oleh itu, beliau menambahkan
bilangan anak pokok kepada 1000 pokok dan mampu mengutip hasil hampir 2000 kilogram
sebulan.

Dipetik daripada Berita Harian Online, 20 Jun 2020


[4 markah]

Bahagian B: Pemahaman
[35 Markah]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Along menawarkan istilah popular bagi ceti haram. Along merujuk kepada orang perseorangan
ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat
tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Anda boleh
perhatikan sikap yang ditunjukkan oleh syarikat pinjaman berlesen ketika anda berurusan dengan
mereka. Pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) tidak akan membuli anda. Mereka bersikap lebih
profesional dan tidak akan memaksa anda untuk meminjam melalui mereka. Berbeza dengan lintah
darat yang selalunya akan lebih agresif. Malah kadar faedah yang dikenakan oleh lintah darat
seringkali tidak masuk akal. Kebanyakan proses pinjaman yang melibatkan along atau lintah darat
hanya menggunakan perjanjian mulut, atau verbal. Jarang sekali pihak along menyediakan syarat-
syarat pinjaman dalam bentuk bertulis.
Sumber: Internet

4
Bahan 2
Adakah anda sentiasa membuat pembayaran lewat untuk kad kredit anda? Atau anda mungkin
berfikir bahawa kelewatan beberapa pembayaran bukan masalah besar. Tindakan ini akan
memberi kesan terhadap anda untuk beberapa bulan mahupun bertahun. Apabila anda tidak
membayar baki kad kredit pada tempoh yang telah ditetapkan, pengeluar kad kredit boleh
mengenakan kadar faedah yang paling tinggi, iaitu 18 peratus. Apabila anda menangguhkan
bayaran kad kredit melebihi tempoh yang ditetapkan, kebanyakan bank akan mengenakan caj
bayaran lambat. Caj yang dikenakan bergantung kepada bank, tetapi kebiasaannya sekitaaar 1
peratus daripada baki tertunggak atau RM10 mana yang lebih tinggi. Anda akan dikenakan caj
tersebut sehinggalah baki tertunggak dilangsaikan sepenuhya. Kadar 1 peratus itu mungkin
kelihatan kecil tetapi apabila terkumpul anda bakal terbeban dengan jumlah yang perlu dibayar.
Sumber: Bijakwang.com

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud lintah darat. [2 markah]


ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan risiko yang terdapat dalam kedua-dua bahan
tersebut.
[3 markah]
iii. Masalah muflis dalam kalangan masyarakat belia semakin membimbangkan. Kebanyakan
mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik akibat terlalu seronok meminjam dan
membeli tanpa beringat.
Pada pendapat anda, apakah Langkah-langkah yang perlu dalam menguruskan kewangan
kendiri? [3
markah]
iv. Anda baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin mencari pekerjaan. Dalam situasi
pandemik yang melanda, agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Anda telah didatanagi
seseorang yang menawarkan kad kredit kepada anda.
Wajarkah anda menerimanya? Berikan alasan anda. [4
markah]

5
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Berbuat Istana Zaman Dahulu
Baginda menitahkan orang besar empat, Tujuh bulan tujuh purnama,
Membuat istana puri berkota, Istana siap dengan alatnya,
Lalu dipanggil Pawang Raja, Besar tersergam sembilan ruang,
Pawang mengerah orang bekrja, Sepuluh dengan rembat guntung,
Empat puluh empat tukang dan utas, Sebelas dengan pancung serong,
Siang malam tidak berhenti. Dua belas dengan anjung tinggi.

Za’ba
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
Pencapaianku dalam mata pelajaran Sejarah selalu cemerlang. Kuketahui sejarah peradaban di
alam Melayu bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan kewujudan manusia pada Zaman
Paleolitik. Bukti terpentingnya ialah penemuan fosil manusia di Jawa oleh Eugene Dubois pada
tahun 1890 M. Akan tetapi, aku tidak pernah terbaca sejarah berkenaan susun atur rumah,
terutama jendela yang memberikan kesan mendalam kepada orang zaman dahulu. Apalagi
mencetus nilai nostalgia seperti bangunan sejarah yang sedia wujud, istana, pejabat pos, rumah
ibadat dan yang lainnya, yang terlepas daripada pengetahuanku atau yang belum kuketahui.

“Memang,” kata datuk. “Memang kamu tak akan faham, betapa rekaan jendela dan pintu yang
menghadap jalan, terutama jendela yang mendatangkan kesan mendalam terhadap kami generasi
awal yang membuka kampung ini”.

(Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin,


Kementerian Pendidikan Malaysia)

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mencetus nilai nostalgia. [2


markah]
ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan ciri-ciri sejarah tanah air yang dikenal pasti. [4
markah]
iii. Suatu ketika dahulu kebanyakan jendela dan pintu rumah di negara kita dibina menghadap
jalan.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut dilakukan? [3
markah]

6
iv. Guru mata pelajaran Sejarah meminta anda melakukan tugas berkumpulan. Kumpulan anda
dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang kepentingan memelihara bangunan sejarah.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut. [4
markah]

7
SOALAN 8: NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Abah, jangan benarkan! Walau apa-apa pun yang akan terjadi, biarlah emak di rumah!
Sakit emak bukan selalu datang, hanya sesekali sahaja! Kalau emak taka da, siapa akan
menjaga Anggerik?” Mahu sahaja Dahlia meluahkan kalimat itu tetapi dirasakan tidak wajar.
Nanti dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang
kerrang perbuatan membantah kata-kata orang tua.

Haji Sulaiman kemudian berkata sesuatu dengan begitu perlahan sepeti gaya berbisik.
Dahlia ingin mendengar tetapi perbualan itu begitu perlahan.

“Kami bawa isteri engkau, ya Embong?” tanya Haji Sulaiman yang sudah berdiri. Begitu
juga orang yang dibawa bersama. Embong bangun dan mengangguk lemah.

Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas,


Karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan sebab-sebab Dahlia tidak meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar itu kepada
bapanya. [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

(a) Tirani, karya Beb Sabariah


(b) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan persoalan kasih sayang. [6
markah]

8
Bahagian C: Rumusan
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1-Petikan

Di negara kita, bidang pertanian bukanlah suatu bidang yang baru diteroka memandangkan bidang
ini sudah dianggap sinonim dengan penduduk di negara kita. Sebelum kita mementingkan bidang
perindustrian, pertanian merupakan salah satu sumber pendapatan kebanyakan penduduk di negara
ini apatah lagi kawasan-kawasan kampung. Malangnya, kebanyakan anak muda sekarang tidak
begitu yakin terhadap bidang ini. Hal ini disebabkan anggapan bahawa bidang ini tidak
menjanjikan pendapatan yang lumayan, berisiko tinggi, sukar, kotor dan membahayakan.

Oleh hal demikian, golongan ini disaran agar bergiat aktif dalam bidang pertanian kerana
bidang ini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, nilai tambah itu boleh dilaksanakan
menerusi kreativiti penghasilan beberapa jenis produk daripada satu sumber untuk dipasarkan
dalam dan luar negara. Dalam soal ini, kita dapat melihat betapa anak muda perlu mengubah
mentaliti mereka selama ini daripada konsep pertanian tradisional kepada pertanian moden selain
daripada bidang ini juga boleh diusahakan di kawasan bandar. Sehubungan itu, bagi
merealisasikan hasrat berkenaan, pelbagai insentif, latihan dan bantuan kepakaran akan disediakan
oleh pihak kementerian untuk menjadikan golongan itu sebagai petani moden.

Tidak ketinggalan juga, kementerian turut mewujudkan program AgroSiswa bagi lepasan
graduan menceburkan diri dalam bidang pertanian dan yakin bahawa program ini dapat menarik
golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Setakat ini hanya 30 pertatus
anak muda bergerak secara aktif dalam bidang pertanian terutama membabitkan penternakan dan
fertigasi, manakala 60 peratus orang tua mendominasi sektor penanaman padi. Selain itu, bagi
memastikan anak muda berminat menjadi petani moden, kementerian akan mengenal pasti
halangan yang menjadikan mereka kurang berminat dalam bidang ini. Hal ini turut dikaitkan
dengan kurang keyakinan mereka kerana berlakunya turun naik harga komiditi pertanian di
pasaran. Dalam pada itu, kementerian juga berhasarat mengubah mentaliti golongan sasar bahawa
pertanian itu juga rezeki.

Jika kita tinjau di Jepun, Korea mahupun Eropah, penduduk di sana benar-benar menjadikan
pertanian sebagai sumber pendapatan dan profesion. Oleh hal demikian, tidak semestinya negara
kita tidak boleh menjadikan bidang pertanian sebagai profesion memandangkan pelbagai
kemudahan dan kemajuan sudah digunakan dalam bidang ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Orang Muda Perlu Sahut


Cabaran Petani Moden”, Berita Harian, 31 Julai 2018)

9
Bahan 2-Grafik

Cara-cara Menarik Minat Golongan Muda


Menceburi Bidang Pertanian

Menubuhkan kelab pertanian di Kerajaan menawarkan peluang


sekolah pekerjaan dalam bidang pertanian

Ibu bapa mendedahkan anak-anak


terhadap bidang pertanian sejak kecil

10

You might also like