You are on page 1of 1

Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Setelah dijajah selama 446 tahun lamanya, sudah semestinya kemerdekaan yang dikecapi dapat memberikan nafas lega kepada rakyat sarwajagat. Asal-usul istilah Merdeka ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit iaitu Maharddhika yang membawa makna kekayaan, keagungan dan kekuasaan. Secara amnya, kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun terdapat pelbagai kemaslahatan menyambut hari kemerdekaan tanah air.

Antara

kepentingan

menyambut

hari

kemerdekaan

Negara

ialah

dapat

Antara

kepentingan

menyambut

hari

kemerdekaan

Negara

ialah

dapat

memperhebat jati diri rakyat Malaysia agar menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi. Semangat patriotik haruslah disemai dalam diri supaya dapat mempertahankan kedaulatan Negara kelak. Dalam masa yang sama, sambutan kemerdekaan secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat seantero tanah air sebagai satu bangsa yang merdeka. Sesungguhnya semangat perpaduanlah yang menjadi tonggak kepada segala kejayaan yang boleh kita lihat pada hari ini. Tambahan pula, dapat menzahirkan apresiasi kepada tokoh pejuang silam yang komited dalam usaha Malaysia menuju kemerdekaan. Kita haruslah hargai dan kagumi semangat tokoh pejuang yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan hak anak cucu mereka di Negara mereka sendiri. Kepentingan yang seterusnya pula adalah sebagai suatu dorongan kepada generasi kini untuk menggerakkan Malaysia lebih maju ke hadapan. Siapalah yang akan menyongsong Malaysia mengikuti arus kemajuan kini kalau bukan anak watan kita sendiri. Kesimpulannya, sambutan hari kemerdekaan tanah air penting dan memanfaatkan semua pihak. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang berpecah-belah dan tiada jati diri? Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

You might also like