You are on page 1of 1

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

SEBAGAI negara yang dihuni penduduk berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah teras mengekalkan suasana aman dan harmoni. Hanya pergaulan dan persefahaman antara kaum yang berpaksikan perasaan saling menghormati agama dan budaya, menjadi landasan kukuh untuk mengekalkan peraduan rakyat. Dalam hubungan ini, kita sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu rakyat menjadikan sambutan kemerdekaan ke-50 tahun depan sebagai landasan mengukuhkan semula perpaduan yang kini dilihat semakin rapuh. Kenyataan Perdana Menteri mengenai kerapuhan perpaduan kaum, lebih-lebih lagi apabila merujuk isu membabitkan bangsa dan agama, menunjukkan persoalan hubungan antara kaum masih menjadi masalah besar. Isu ini harus ditangani dengan bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak agar jalinan itu dapat dipelihara dan dipererat. Satu daripada usaha terbaik mewujudkan perpaduan dan semangat setia kawan ialah melaksanakannya pada peringkat sekolah rendah lagi dengan menggalakkan pelajar semua kaum berinteraksi menerusi kegiatan sukan dan persatuan.

You might also like