You are on page 1of 5

SKEMA JAWAPAN KARANGAN E-MEL (23 JUN 2023)

(LATIH TUBI 1)
Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel di
bawah. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel hendaklah antara
150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada : JohnLee@gmail.com
Kepada: Nora@gamil.com
Subjek: Aktiviti Kejiranan

Salam sejahtera Nora. Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga
sihat-sihat belaka.(sihat walafiat)
Nora, seperti yang awak ketahui saya baru sahaja berpindah ke taman perumahan
ISI-ISI YG baharu. Di sini saya ingin bercerita sesuatu dengan awak. Saya merupakan jiran
PERLU baharu di kawasan taman itu, maka saya tidak mengenali jiran-jiran saya. Oleh itu,
DIHURAI saya ingin cuba mendekati jiran-jiran saya ini. Saya bercadang untuk mengajak
jiran-jiran untuk melakukan beberapa aktiviti supaya saya boleh mengenali mereka
dengan lebih rapat. Bolehkah Nora mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh
saya lakukan? Apakah pula manfaat aktiviti-aktiviti tersebut?
Saya menantikan balasan e-mel daripada awak. Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
John

Format e-mel
Rangka karangan (isi-isi)
AYAT TOPIK menyertai aktiviti gotong-royong dengan jiran-jiran

AYAT HURAIAN Mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran di


kawasan perumahan
AYAT CONTOH Tamsilnya, aktiviti gotong-royong merangkumi
aktiviti mengutip sampah, membersihkan
longkang malah mengecat dinding melibatkan
kerjasama dengan jiran-jiran
AYAT KESAN Bak peribahasa sambil menyelam minum air iaitu selain
mengeratkan hubungan dengan jiran malah boleh
mercergaskan tubuh badan dengan melakukan
pergerakan badan daripada aktiviti gotong-royong yang
diadakan.

Mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran di kawasan perumahan. Tamsilnya,


aktiviti gotong-royong merangkumi aktiviti mengutip sampah, membersihkan
longkang malah mengecat dinding melibatkan kerjasama dengan jiran-jiran.
Bak peribahasa sambil menyelam minum air iaitu selain mengeratkan
hubungan dengan jiran malah boleh mercergaskan tubuh badan dengan
melakukan pergerakan badan daripada aktiviti gotong-royong yang diadakan
AYAT TOPIK Melibatkan diri dalam Rukun Tetangga
di kawasan perumahan.
AYAT HURAIAN Melakukan rondaan di kawasan
setempat bersama jiran
AYAT CONTOH Contohnya, aktiviti meronda di kawasan
setempat ini bersama jiran mampu
mengeratkan hubungan silaturahim antara
jiran yang berbilang kaum.
AYAT KESAN Secara tidak langsung, kita bukan sahaja
dapat lebih mengenali jiran malah dapat
memastikan keselamatan di kawasan
perumahan.

Kesimpulan

Saya berharap segala penerangan yang dikongsikan ini dapat


John praktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga berjumpa
lagi di e-mel yang akan datang.

Melibatkan diri dalam Rukun Tetangga di kawasan


perumahan. Melakukan rondaan di kawasan setempat
bersama jiran Contohnya, aktiviti meronda di kawasan
setempat ini bersama jiran mampu mengeratkan
hubungan silaturahim antara jiran yang berbilang kaum.
Secara tidak langsung, kita bukan sahaja dapat lebih mengenali
jiran malah dapat memastikan keselamatan di kawasan
perumahan.
Daripada : Nora@gmail.com
Kepada: JohnLee@gamil.com
Subjek: Aktiviti Kejiranan

Salam sejahtera John. Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan
keluarga sihat walafiat.
Melalui e-mel John ada menyatakan bahawa John tidak mengenali
jiran-jiran kerana baru sahaja berpindah ke taman itu. John juga ada bertanya
cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran serta
manfaat-manfaatnya. Oleh itu, saya akan berkongsi pendapat berkenaan
pertanyaan saudara mengenai cadangan aktiviti kejiranan dan manfaatnya.
Pada pandangan saya, aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran
ialah John boleh menyertai aktiviti gotong-royong dengan jiran-jiran. Aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran di kawasan perumahan.
Tamsilnya, aktiviti gotong-royong merangkumi aktiviti mengutip sampah,
membersihkan longkang malah mengecat dinding melibatkan kerjasama
dengan jiran-jiran. Bak peribahasa sambil menyelam minum air iaitu selain
mengeratkan hubungan dengan jiran malah boleh mercergaskan tubuh badan
dengan melakukan pergerakan badan daripada aktiviti gotong-royong yang
diadakan.
Seterusnya, John juga boleh melibatkan diri dalam Rukun Tetangga di
kawasan perumahan dengan melakukan rondaan di kawasan setempat
bersama jiran .Contohnya, aktiviti meronda di kawasan setempat ini bersama
jiran mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran yang berbilang
kaum. Secara tidak langsung, kita bukan sahaja dapat lebih mengenali jiran
malah dapat memastikan keselamatan di kawasan perumahan.
Saya berharap segala penerangan yang dikongsikan ini dapat John
praktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga berjumpa lagi di e-mel yang
akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nora (205 patah perkataan)
(LATIH TUBI 2)
Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel di
bawah. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel hendaklah antara
150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada : hanim@gmail.com
Kepada: nora@gmail.com
Subjek: Aktiviti Masa Lapang

Assalamualaikum Nora. Apa khabar? Saya harap awak sihat sejahtera.


Cuti sekolah telah tiba. Saya bercadang ingin melakukan sesuatu yang berfaedah
kerana saya mempunyai masa lapang yang banyak semasa cuti sekolah ini. Saya
berharap awak boleh memberikan beberapa cadangan aktiviti masa lapang dan
manfaat-manfaat yang dapat saya raih daripadanya.
Saya menantikan jawapan daripada awak. Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Hanim
Format e-mel
Rangka karangan (isi-isi)
AYAT TOPIK Aktiviti bersukan pada waktu lapang

AYAT HURAIAN Dapat mencergaskan tubuh badan dan merupakan


amalan gaya hidup yang sihat.
AYAT CONTOH Contohnya, sukan seperti berbasikal, bermain
badminton malah bermain bola sepak dapat
memastikan kecergasan tubuh badan dan
membolehkan kita berkawan dengan kawan lain.
AYAT KESAN Aktiviti berfaedah ini sememangnya dapat
memastikan seseorang itu tidak membazir masa dan
dapat mengelakkan individu daripada terjebak dalam
gejala sosial.

AYAT TOPIK membuat ulang kaji pelajaran pada masa


lapang
AYAT HURAIAN Dapat memahirkan diri dalam menguasai topik yang
lemah dan meningkatkan teknik menjawab soalan.
AYAT CONTOH Contohnya, mengulang kaji dalam kumpulan kawan
yang bijak pandai agar dapat meningkatkan
penguasaan dalam topik subjek yang lemah.
AYAT KESAN Bak peribahasa masa itu emas dan kita dapat
mengelakkan diri daripada membuang masa
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Kesimpulan

Saya berharap segala penerangan yang dikongsikan ini dapat


Hanim praktikkan semasa cuti sekolah nanti. Semoga
berjumpa lagi di e-mel yang akan datang.

Daripada : nora@gmail.com
Kepada: hanim@gmail.com
Subjek: Aktiviti Masa Lapang

Salam sejahtera John. Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan
keluarga sihat walafiat.
Melalui e-mel John ada menyatakan bahawa cadangan aktiviti yang
boleh dilakukan bersama jiran serta manfaat-manfaatnya. Oleh itu, saya akan
berkongsi pendapat berkenaan pertanyaan saudara mengenai cadangan
aktiviti kejiranan dan manfaatnya.

Pada pandangan saya, aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran


ialah aktiviti bersukan pada waktu lapang dapat mencergaskan tubuh badan
dan merupakan amalan gaya hidup yang sihat. Contohnya, sukan seperti
berbasikal, bermain badminton malah bermain bola sepak dapat memastikan
kecergasan tubuh badan dan membolehkan kita berkawan dengan kawan lain.
Aktiviti berfaedah ini sememangnya dapat memastikan seseorang itu tidak
membazir masa dan dapat mengelakkan individu daripada terjebak dalam
gejala sosial.
Seterusnya, John juga boleh mengulang kaji pelajaran pada masa
lapang. Dengan ini, kamu dapat memahirkan diri dalam menguasai topik yang
lemah dan meningkatkan teknik menjawab soalan. Contohnya, mengulang kaji
dalam kumpulan kawan yang bijak pandai agar dapat meningkatkan
penguasaan dalam topik subjek yang lemah. Bak peribahasa masa itu emas
dan kita dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah.
Saya berharap segala penerangan yang dikongsikan ini dapat Hanim
praktikkan semasa cuti sekolah nanti. Semoga berjumpa lagi di e-mel yang
akan datang.
Sahabatmu,
Nora
(201 patah perkataan)

You might also like