You are on page 1of 4

1.

ARKEOLOGI ATAU GEOKRONOLOGI

 Karbon dioksida dalam udara terdiri daripada karbon-12 (C-12) yang stabil dan
karbon-14 (C-14) yang radioaktif.
 Sebaik sahaja organisma mati,C-14 dalam tisunya semakin berkurang kerana mereput
dengan memancarkan sinar beta.Dengan mengukur keaktifan C-14,usia organisma
dapat ditentukan.Kaedah ini dikenali sebagai pentarikhan karbon-14.

2. PERINDUSTRIAN

 Alat kawalan ketebalan berfungsi untuk mengawal ketebalan kepingan logam di dalam
kilang.Kepingan logam dilalukan di antara sumber sinar beta dengan alat pengesan
sinar beta.
 Sumber zarah alfa yang kuat digunakan untuk menyahcas kain sintetik.
 Besi radioaktif berfungsi untuk megukur kadar enjin dalam kereta.
 Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah. Sedikit
garam (NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah hayat yang
pendek) dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan.
3. PERTANIAN

 Dalam pertanian, kadar sinar beta yang dipancarkan oleh pereputan nukleus fosforus-
32 (P-32) digunakan untuk menentukan kadar penyerapan baja fosfat dalam tumbuhan.
 Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan mencampurkan
fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu diuji dengan
pembilang Geiger-Muller.
 Sinaran radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk membunuh sertangga
perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal. kumudian didedahkan
kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi mandul dan
tidak dapat membiak.

4. PERTAHANAN

 Bahan radioaktif boleh digunakan dalam bidang pertahan seperti bom nuklear.Sinaran
radioaktif yang dibebaskan dalam letupan bom nuklear memusnahkan hampir semua
hidupan.
5. PENGAWETAN MAKANAN

 Logo Radura digunakan untuk melabel makanan yang diawet dengan sinaran radioaktif
seperti sinar gama. Sinar gama digunakan dalam pengawetan makanan untuk
membunuh bakteria dalam makanan berkenaan.

6. PERUBATAN

 Sinar gama daripada sesium-137 (Cs-137) atau kobalt-60 (Co-60) digunakan untuk
membunuh sel kanser.
 Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan
radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses
pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari suntikan, alat
pembedahan dan sebagainya.
 Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan
kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah.
 Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan
kedudukan tumor otak. 
 Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid.
 Radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur penyurih peredaran besi dalam darah.
KEGUNAAN
SINAR
RADIOAKTIF

DISEDIAKAN
OLEH:
NURUL AINA
NAJWA
BINTI MOHD
JAMIL
KELAS: 3
BESTARI

You might also like