You are on page 1of 3

PENDAHULUAN MUSA(J)

CONTOH
M- Frasa Menarik Dalam era digital ini
*pilih yang sesuai*
U- Ayat Umum negara kita dibelenggu masalah lambakan sampah sarap oleh perbuatan
masyarakat.
S1- Ayat Sokongan(1) Fenomena ini dibuktikan dengan masalah sampah sarap di tempat
pembuangan sampah yang penuh.
S2 Ayat Sokongan (2) Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kerajaan Malaysia
telah mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti kitar semula bagi
mengatasi masalah ini.
A Ayat Arah Persoalannya, apakah manfaat yang akan kita dapat daripada amalan
kitar semula?
(J) Ayat Jawab Terdapat pelbagai manfaat daripada amalan kitar semula.

MENULIS ISI KARANGAN

Isi 1:
Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Manfaat kitar semula yang pertama ialah dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar di negara kita.
2 Sedang= Sebab Melalui sarana ini, amalan pembakaran terbuka yang memberikan
implikasi negatif kepada kualiti udara dapat dikurangkan.
Dalam konteks ini, barang-barang yang tidak digunakan boleh dikumpul
dan dikitar semula. Kita boleh mengasingkan barangan tersebut dan
menghantarnya ke pusat kitar semula.
3 Conteng=Contoh Misalnya, kaca, kertas dan plastik terbuang dapat diguna semula selepas
melalui proses kitar semula.
4 Kertas=Kesan Kesannya kualiti udara akan semakin baik dan kita terhindar daripada
plbagai penyakit seperti asma, batuk dan sebagainya.
5 Putih=penegas Jelaslah bahawa antara manfaat kitar semula adalah mengurangkan
pencemaran alam sekitar di negara kita.
Isi 2:
Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Pada realitinya, amalan kitar semula juga dapat melindungi hutan di
negara kita.
2 Sedang= Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana amalan kitar semula dapat
menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas.
Dengan amalan kitar semula, jumlah pokok yang sepatutnya ditebang
dapat dikurangkan.
3 Conteng=Contoh Contohnya, produktiviti satu tan kertas memerlukan 17 batang pokok
ditebang.
4 Kertas=Kesan Rentetan daripada tindakan ini, kita dapat menyelamatkan hutan yang
berfungsi sebagai pembeal oksigen dan meyerap karbon dioksida.
5 Putih=penegas Tegaslah bahawa amalan kitar semula juga dapat melindungi hutan di
negara kita.

Isi 3
Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Seterusnya, kitar semula juga boleh menjana sumber pendapatan.
2 Sedang= Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana barang-barang buangan boleh
dijual atau dijadikan sebagai kraf tangan.
Sebenarnya sikap suka membuang barangan boleh diatasi melalui
kempen kitar semula dan bersedekah.
3 Conteng=Contoh Misalnya, menjual atau menderma barangan terpakai untuk dikitar
semula secara insentif.
4 Kertas=Kesan Dengan itu, pendapatan sampingan dapat dijana dan pada masa yang
sama dapat membuat kebaikan.
5 Putih=penegas Sudah terang lagi bersuluh, amalan kitar semula juga boleh menjana
sumber pendapatan.
Isi 4
Bil Kaedah mengingat Penanda wacana
1 I = Isi Akhir sekali, tapak-tapak pelupuan sampah juga dapat dikurangkan.
2 Sedang= Sebab Pembuangan sisa-sisa domestik membabitkan berekar-ekar tanah.
Apabila amalan ini dipraktikkan, sudah tentu bahan-bahan buangan
dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan barangan tersebut.
3 Conteng=Contoh Tamsilnya, melalui amaan pengasingan sisa pepejal dan domestik.
4 Kertas=Kesan Impaknya, penggunaan tapak peupusan sampah sudah tentu dapat
diminimumkan.
5 Putih=penegas Pendek kata melalui amalan kitar semula, tapak-tapak pelupuan sampah
juga dapat dikurangkan.

KESIMPULAN

K KESIMPULANNYA/ Kesimpulannya/ Akhir kalam/Sebagai penghias bicara akhir


KONKLUSINYA
A AA +AR Akhirul kalam, amalan kitar semula pasti akan membawa kebaikan
kepada semua pihak.

Sesungguhnya, amalan ini tidak akan berjaya sekiranya manusia


I ISI
sejagat tidak memulakannya dari sekarang.
Oleh itu, semua lapisan mayarakat harus berganding bahu
C CADANGAN mempraktikkan amalan kitar semula. Tindakan ini peris kata pepatah
“muafakat membawa berkat”.

You might also like