You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon  

     : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah    : 07-231 0198
Faks            : 07-234 2172
Jalan Tun Abdul Razak SSTP          : 07-558 1893
80604 Johor Bahru Laman web : www.jpnjohor.moe.gov.my
E-mel          : jpn.johor@moe.gov.my
Johor Darul Ta’zim

Ruj Kami : JPNJ.STP.101/9/2 ( )


Tarikh : Julai 2021

Guru Besar / Pengetua / Pengarah


Sekolah Rendah / Sekolah Menengah / Kolej Vokasional

Melalui

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah negeri Johor

Tuan,

PELAKSANAAN SKOR KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY SCORE -


DCS) TAHUN 2021 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya, surat Ruj Kami : KPM.600-9/2/1 (33) bertarikh 22 Julai 2021
berkaitan perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, DCS adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan


berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital
murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Pelaksanaan DCS bermula pada tahun
2016 dan telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah KPM sejak tahun 2019.

3. Pelaksanaan DCS diuruskan oleh Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, JPN Johor
dan Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, PPD Johor. Untuk makluman, pelaksanaan DCS
di peringkat sekolah diuruskan oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT lantikan
sekolah masing-masing melalui Portal DCS pada pautan berikut :

http://dcs.moe.edu.my/

4. Sehubungan itu, pelaksanaan DCS tahun 2021 dilaksanakan secara berfasa bermula 1
Ogos - 30 November 2021 berdasarkan ketetapan dalam Lampiran 1.

..2/

abb/sstp/jpnjohor 1/2
Ruj Kami : JPNJ.STP.101/9/2 ( )

PELAKSANAAN SKOR KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY SCORE -


DCS) TAHUN 2021 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

5. Bagi membantu usaha Kerajaan Malaysia menangani penularan Covid-19 di


Malaysia, semua pegawai diminta untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dengan mengelakkan 3C (Confined Space, Crowded
Places, Closed Conversation) dan mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warm).

6. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar,
Penolong Pengarah, Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan melalui aplikasi telegram
t.me/MHFitri atau email kepada hairilfitri@moe.gov.my

Sekian terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI SHAHILON BIN ABD. HALIM )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembelajaran
b.p Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k : i) KPP SSTP, JPN Johor


ii) TPP SPM, JPN Johor

2/2

You might also like