You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : JPNJ.800-4/6/1 ( 67 )
Tarikh : 27 Ogos 2023
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor
(u.p. Sekolah-sekolah di lampiran)

Tuan,

PENYALURAN AGIHAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) FASA


DUA (JULAI HINGGA DISEMBER) TAHUN 2023 - JPN JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa penyaluran agihan peruntukan fasa dua telah


diperakukan oleh Unit Akaun, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan selesai
dikemaskini ke Akaun Bank Kumpulan Wang Sekolah bagi sekolah-sekolah yang
berkenaan seperti di LAMPIRAN Peruntukan ini hanya untuk bayaran Julai hingga
Disember kepada penerima EMK.

3. Merujuk kepada SPK Bil. 2 Tahun 2018 dan Garis Panduan (GP) EMK Tahun
2021 , pihak sekolah perlu memastikan :-
3.1 Sila rujuk Perkara 4. Tatacara Pembayaran dan Perakaunan untuk
tindakan pihak sekolah;
3.2 Sila semak Sistem e-Maklum (http://emaklumweb.anm.gov.my/) bagi
mengetahui tarikh sebenar dikreditkan ke akaun sekolah
3.3 Pihak sekolah perlu membuat pembayaran kepada pelajar setelah
surat arahan ini dikeluarkan

4. Bersama-sama ini disertakan maklumat berikut untuk semakan dan tindakan


pihak tuan :-
4.1 LAMPIRAN F (Senarai Sekolah Penerima EMK dan Jumlah Penuh
Penerimaan)
4.2 LAMPIRAN (Senarai Penerima EMK dan Jumlah Penerimaan)

5. Sila serahkan semula senarai penerima beserta pengesahan bayaran kepada


pegawai daerah masing-masing. Sekiranya berlaku lebihan bayaran EMK,
pemulangan semula hendaklah dilakukan melalui cek atas nama Pengarah
Pendidikan Negeri Johor dengan sekadar segera.

6. Jabatan ini tidak akan mempertimbangkan sebarang rayuan akibat dari


kecuaian oleh mana-mana pihak sehingga menyebabkan keciciran permohonan EMK
Tahun 2023. Tindakan akan diambil ke atas pegawai yang cuai dan tidak
bertanggungjawab mengikut peraturan sedia ada.
…2/-
JPNJ.800-4/6/1 ( 67 )

7. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh hubungi Encik
Mohd Faris bin Adanan, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPN Johor, di
talian 07-2310000 sambungan 1223. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung
perkara ini didahulukan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(NOR HALIZA BINTI SAIBUN)


Sektor Pendidikan Khas
b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k.: 1. Pengarah Pendidikan Negeri Johor


2. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

-2-
MFA/NAZLYN_DDMS_800

You might also like