You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


JALAN TUN ABDUL RAZAK
80604 JOHOR BAHRU,
JOHOR.

Ruj. Kami : JPNJ.600-8/2/25 (47 )


Tarikh : 28 Mac 2023

Pengetua / Guru Besar / Pengarah


Sekolah-sekolah Negeri Johor / Kolej Vokasional

Melalui

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor
(U.P.: Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan)

Tuan,
PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST) PERINGKAT NEGERI
JOHOR TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya, surat Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 25 (59) berkaitan perkara
di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) Terengganu sebagai tuan rumah akan melaksanakan Pertandingan Digital Storytelling
Animation (DST) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 secara atas talian bermula pada 27
Mac sehingga 16 Mei 2023.
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan
Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST) peringkat negeri Johor tahun 2023 bagi
mencari wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Untuk makluman, DST 2023 terbuka kepada
semua murid warganegara Malaysia secara berkumpulan terdiri daripada tiga (3) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.
4. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat dan pelancaran akan diadakan secara
dalam talian mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : bit.ly/3FxZgNk (Live Streaming)

5. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diakses melalui portal DELIMa
KPM atau melalui pautan di bawah dan klik Digital Storytelling:
https://bit.ly/PEMERKASAANDIGITAL

1
Ruj. Kami : JPNJ.600-8/2/25 ( 47)

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST) PERINGKAT NEGERI


JOHOR TAHUN 2023

6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ashraf bin Naim, Penolong Pengarah, Sektor
Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 019-7551981.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

( MD SAID BIN MD DAIMON )


Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Malaysia
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-20817777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-20817788
MALAYSIA Laman Web: https://www.moe.gov.my/

Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 25 ( 59 )


Tarikh : 20 Mac 2023

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
(Seperti di Senarai Edaran)

(u.p: Ketua Penolong Pengarah


Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

YBhg. Datu/Tuan/Puan,

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION TAHUN 2023 PERINGKAT


KEBANGSAAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


(BSTP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu sebagai tuan
rumah akan melaksanakan Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST) Peringkat
Kebangsaan Tahun 2023. Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan
Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital.
Pertandingan ini akan bermula pada 27 Mac 2023 hingga 16 Mei 2023 secara dalam
talian.

3. Penyertaan pertandingan ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga
(3) orang murid dan seorang guru pembimbing. Untuk tujuan tersebut, satu sesi
taklimat akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Mac 2023 (Isnin)


Masa : 2.30 – 4.30 petang
Pautan : bit.ly/3FxZgNk (Live Streaming)

4. Maklumat lanjut, mengenai pertandingan ini boleh diakses melalui portal DELIMa
KPM atau melalui pautan / kod QR di bawah dan klik Digital Storytelling:

https://bit.ly/PEMERKASAAN-DIGITAL
5. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak YBhg.
Datu/Puan agar dapat memanjangkan maklumat berkaitan penganjuran pertandingan ini
kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak tuan. Sebarang pertanyaan mengenai
pertandingan ini, pihak YBhg. Datu/Tuan/Puan dimohon menghubungi pegawai BSTP,
Puan Rabbiatul Najua binti Rosman di talian 03-20818179, atau pegawai JPN
Terengganu, Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam di talian 09-6277100.
Kerjasama YBhg. Datu/Tuan/Puan dalam menjayakan pertandingan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

NAJ/SPTP/DSTA/2023
KPM.600-12/1/1 JLD ( )

SENARAI EDARAN

1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

2. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

3. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

4. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

5. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

6. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

7. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

8. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Labuan

You might also like