You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Division
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-2081 7777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-2081 7788
MALAYSIA Laman Web:
www.moe.gov.my

Ruj. Kami: KPM 600-8/20/2( 6 5 )


Tarikh : 16 Ogos 2021

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

(Seperti Senarai Edaran)

Tuan,

PENANGGUHAN SEMENTARA PENGISIAN DATA BACAAN MURID MELALUI


SISTEM IQ-NILAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa sistem IQ-NILAM telah dibangunkan dan


mula digunakan pada 4 Januari 2021. Sistem tersebut yang boleh diakses
menggunakan ID DELIMa bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah memantau
perekodan bahan bacaan murid.

3. Untuk makluman tuan, terdapat keperluan untuk menambah baik sistem IQ-
NILAM bagi meningkatkan kelancaran program dan memberikan perkhidmatan
yang mesra pengguna.

4. Sehubungan dengan itu, penggunaan sistem IQ-NILAM ditangguhkan mulai


17 Ogos 2021 bagi membolehkan aktiviti penambahbaikan dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah masih boleh meneruskan proses perekodan bahan
bacaan murid menggunakan kaedah perekodan yang sesuai seperti mana yang
digunakan sebelum pelaksanaan sistem IQ-NILAM. Pemakluman berkaitan
penggunaan semula sistem IQ-NILAM yang ditambah baik akan dibuat setelah
kerja-kerja penambahbaikan selesai dilaksanakan.

Peneraju Generasi Bestari


Penangguhan Sementara Data Bacaan Murid melalui SISTEM IQ-NILAM

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Airil


Anuar bin Ahmad di talian 03-20818180 / 016-3039706 atau melalui emel
airilanuar@moe.gov.my.

6. Segala sokongan dan kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(MAZNAH BINTI ABU BAKAR A.N.S, P.M.S)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
maznah.abubakar@moe.gov.my

AAA/PPSP/NILAM2021
Penangguhan Sementara Data Bacaan Murid melalui SISTEM IQ-NILAM

SENARAI EDARAN

1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Perlis

2. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

3. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

4. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

5. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor

6. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

7. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Melaka

8. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pahang

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Labuan

You might also like