You are on page 1of 2

SINTAKSIS : AYAT TANYA

SOALAN 1
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.
                                                    
(I) Ibu ke pasar malam tadi

(ii) Tuan Hj. Bao Salleh pengetua sekolah itu.

(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.

(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.

(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama  sepasukan.

(vi) Tiga  biji telur digunakan untuk membuat kek itu.

SOALAN 2
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.
i. Sektor pelancongan negara menjadi penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita
masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah
RM72 bilion.
Ayat Tanya: ___________________________________________________________
ii. Sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas
dengan industri itu mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu
mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Ayat Tanya: ___________________________________________________________

iii. Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang
mapan bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program
tersebut telah membolehkan aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi
kaedah rasionalistik dan terdapat keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara.
Ayat Tanya: ___________________________________________________________
iv. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk
bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan
kaum di Malaysia.
v. Ayat Tanya: ___________________________________________________________

SOALAN 3
Berdasarkan petikan di bawah, bina 3 ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.

Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan tahap
disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk
menyekolahkan anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin mempunyai ciri-ciri seperti
berkeperibadian tinggi dan berketerampilan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’ oleh Nizar
Parman, Dewan Siswa, Julai 2016.)

You might also like