You are on page 1of 11

Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Terdapat tiga jenis ayat majmuk,
iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.

 Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan

seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan


Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan
a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah
Utama.
Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sri Utama.
a) Fareeza seorang pelajar yang cerdik. Fareeza seorang pelajar yang cerdik
b) Fareeza seorang pelajar yang malas.
tetapi malas.

a) Ain masuk ke dalam bilik. Ain masuk ke bilik lalu tidur.


b) Ain tidur.

a) Naqiuddin memandang saya. Naqiuddin memandang saya sambil


b) Naqiuddin ketawa.
ketawa.

a) Arash mahu minum kopi? Arash mahu minum kopi atau teh?
b) Arash mahu minum teh?
(b) Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau

beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan
menggunakan kata hubung pancangan.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:

i) Ayat majmuk pancangan relatif


ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif


Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".

Pembentukan Ayat Majmuk Relatif


Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu. Nurisma membaca majalah yang dibeli
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai. di kedai itu.

Ayat induk : Ikram duduk di atas bangku. Ikram yang duduk di atas bangku itu
Ayat kecil : Ikram itu adik saya. adik saya.
Ayat induk : Ayuni mempunyai dua helai baju. Ayuni mempunyai dua helai
Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru. baju yang berwarna biru.
Ayat induk : Zukeikha membeli kain sutera. Zuleikha membeli kain
Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah. sutera yang berwarna merah.
Ayat induk : Bas itu bas sekolah. Bas yang dinaiki Bhihabil itu bas
Ayat kecil : Bhihabil menaiki bas. sekolah.
(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung

"bahawa" dan "untuk".

Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen


Ayat induk : Wais berjanji. Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan
Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa

Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar. Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging
Ayat kecil : Ismaliyana membeli daging dan sayur-
dan sayur-sayuran.
sayuran.
Kata hubung : untuk

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk
dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan. Terdapat beberapa jenis keterangan
yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:
 Keterangan sebab/ musabab --> kerana, lantaran, oleh sebab, sebab
 Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata
 Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila, sementara
 Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,
namun, sedangkan
 Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga, moga-moga,kalau-kalau
 Keterangan cara -->dengan
 Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat
 Keterangan tujuan --> untuk , demi ,bagi
 Keterangan akibat --> hingga , sehingga
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat induk : Meon tidak pergi ke padang. Meon tidak pergi ke padang kerana hari
Ayat kecil : Hari hujan. hujan.(Keterangan sebab)
Kata hubung : kerana

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur Aisyah sedang tidur nyenyak apabila saya
nyenyak. tiba di rumahnya.(Keterangan waktu)
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
Ayat induk : Alia menghiris bawang. Alia menghiris
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau. bawang dengan menggunakan
Kata hubung : dengan pisau.(Keterangan cara)
Ayat induk : Ikhsan berdoa. Ikhsan berdoa agar ibunya cepat
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh. sembuh.(Keterangan harapan)
Kata hubung : agar
Ayat induk : Najihah masih belum balik Najihah masih belum balik
lagi. lagi walaupun hari sudah lewat
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam. malam.(Keterangan pertentangan)
Kata hubung : walaupun
Ayat induk : Nik rajin berusaha. Jika Nik rajin berusaha, dia akan berjaya
Ayat kecil : Nik akan berjaya dalam dalam peperiksaan.(Keterangan syarat)
peperiksaan.
Kata hubung : jika
Ayat induk : Azihim kebingungan Azihim kebingungan seperti rusa masuk
Ayat kesil : Rusa masuk kampong kampung. (Keterangan perbandingan)
Ayat induk : Zaim ketawa terbahak-bahak. Zaim ketawa terbahak-bahak sehingga
Ayat kesil : Serak suaranya serak suaranya. (Keterangan akibat)

(c) Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,

iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
beberapa ayat majmuk.
Pembentukan Ayat Majmuk Campuran
Ayat tunggal : Luqman sedang membaca surat khabar. Luqman sedang membaca
Ayat komplemen : Adik sedang memasak untuk tetamu surat
yang akan datang ke rumah. khabar manakala adik
sedang memasak untuk
tetamu yang akan datang
ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat Persekitaran yang bersih
penting. amat penting bagi
Ayat pancangan keterangan: Persekitaran yang bersih menjamin kesihatan
dapat seseorang supaya tidak
menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti dijangkiti penyakit.
penyakit.
Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya Bee Choo dan kawan-
masih berdegil. kawannya masih
Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin berdegil meskipun ditegur
yang garang itu. oleh guru disiplin yang
garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke Adik bangun lalu turun ke
serambi. serambi kerana kawan-
Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang kawannya sedang
menunggunya untuk pergi bermain bola. menunggunya untuk pergi
bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran. Murid-murid rajin


Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa mengulang kaji
peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan. pelajaran setelah Guru
Besar mengumumkan
bahawa peperiksaan akan
diadakan pada bulan
hadapan.

Latihan:
Nyatakan jenis-jenis ayat majmuk di bawah ini sama ada
i) Ayat majmuk pancangan relative
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan atau
iv) Ayat majmuk campuran
 Sungguhpun badannya letih, Uwais tetap menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh
cikgu Zainal.
 Aisamuddin datang ke sekolah dengan menaiki motosikal bapa saidaranya.
 Sekiranya Syahirah lulus peperiksaan dengan mendapat semua A, dia akan berpuasa
sepuluh hari berturut-turut.
 Saya belum pernak menziarahi Haziq, semenjak dia berpindah ke rumah barunya di
Lakeside.
 Supaya suasana menjadi tenang, Fatin bersetuju dengan cadangan ibuny untuk
berkahwin dengan datuk itu.
 Adli yakin bahawa dia akan lulus dengan mendapat A+ untuk bahasa Melayu dalam
peperiksaan SPM tahun ini.
 Ikmal Daniel sedang memerhatikan gadis yang memakai baju berwarna merah.
 Untuk Farah menerima pinangan sepupunya amat sukar.
 Rasidah sedang membaca buku tetapi kawannya Maisarah yang sudah letih lesu
telah lama tidur.
 Kendatipun Zuleikha telah terkena tikaman musuh,dia tetap terus melawan.
 Sesungguhnya amat mustahil untuk Husna melepaskan dirinya.
Kata Hubung 连词
*连词是用来连接词语、短语和句子的词。

1. agar /supaya 以便
2. apabila 当…时
3. ketika / tatkala 当
4. semasa/ sewaktu 在…期间/当
5. atau 或者
6. bahawa 且说
7. dan / serta 和
8. hingga 直到 /至
9. jika / jikalau/ kalau/ sekiranya/ seandainya 如

10. kecuali / melainkan 除了
11. kerana 因为
12. lalu 接着
13. malahan/ malah/ bahkan 而且/也
14. manakala 而
15. sambil 一边
16. sedangkan 实际上
17. semenjak 自从
18. sementara 而
19. sungguhpun /walaupun/ biarpun /meskipun 虽然
20. tetapi 但是
21. setelah 之后
22. sebaliknya 反而
23. walhal 其实
24. selagi 还是
25. Sungguhpun...tetapi… /Walaupun...namun 虽然…但

26. kian … kian / semakin...semakin
/makin...makin 越…越…
27. Bagimana ...begitulah 怎样...那样
28. Baik...baik 无论...或是
29. Baik...mahupun 无论...还是
30. bukan sahaja..bahkan juga 不只..甚至
31. bukan sahaja...malahan 不但...而且
32. bukan sahaja...tetapi juga 不但...并且
33. daripada... lebih baik 以其...不如
34. entah...entah 说不定
35. Jangankan...pun 别说...也
36. sama ada...ataupun 是...或
37. sedangkan...inikan pula 即使...何况

You might also like