You are on page 1of 4

Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK

Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan

dan, atau, tetapi, sambil, Relatif yang


bahkan, lantas, malahan,
Komplemen bahawa, supaya, untuk
sambil, serta, lalu
Keterangan kerana, apabila, dengan, ketika,
seperti, bagi, setelah, macam,
bak

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mempunyai dua atau lebih ayat tunggal.

2. Ayat majmuk biasanya lebih panjang berbanding dengan ayat tunggal.

3. Ayat majmuk dibahagikan kepada dua iaitu ayat majmuk gabungan dan
ayat majmuk pancangan.

4. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua
atau lebih ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau,
tetapi, sambil, dan sebagainya.

Contohnya:

(a) Ayah ke pejabat. (ayat tunggal)

(b) Abang juga ke pejabat (ayat tunggal)

(c) Ayah dan abang ke pejabat. (ayat majmuk gabungan)

5. Ayat majmuk pancangan ialah gabungan satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil.

8. Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat
majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, dan
ayat majmuk pancangan keterangan.

9. Ayat majmuk pancangan relatif terbentuk melalui cantuman dua ayat


dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.

Contohnya:

(a) Kakak memakai baju. (ayat tunggal)

(b) Baju itu berwarna biru. (ayat tunggal)

(c) Kakak memakai baju yang berwarna biru. (ayat majmuk pancangan relatif)
10. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang terbentuk melalui
pencantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa,
supaya, untuk, dan sebagainya.

Contohnya:

(a) Doktor memberikan pendapatnya. (ayat tunggal)

(b) Mencegah wabak denggi adalah lebih baik daripada merawat.(ayat tunggal)

(c) Doktor memberikan pendapatnya bahawa mencegah wabak denggi adalah


lebih baik daripada merawat. (ayat majmuk pancangan komplemen)

11. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah cantuman ayat induk dengan
ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

12. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti,
bagi, setelah, macam, bak, dan sebagainya.

Contohnya:

(a) Remaja itu terlibat dalam lumba haram. (ayat tunggal)

(b) Remaja itu terpengaruh dengan rakan sebaya. (ayat tunggal)

(c) Remaja itu terlibat dalam lumba haram kerana terpengaruh dengan rakan
sebaya. (ayat majmuk pancangan keterangan)
LATIHAN 1 :
SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(A) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering kali menghabiskan
masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja
tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka
memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari
laman-laman yang tidak berfaedah.

[ 6 marka
h]

LATIHAN 2 :
MPSM SARAWAK
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian
dan sektor ini adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan
air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-
ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar
juga menjadi punca pencemaran.

[6 marka
h]

LATIHAN 3 :
MPSM SELANGOR
(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki
menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai


beberapa buah pulau yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan
yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan
Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan
Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa.
Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak
pelancong datang ke Malaysia.
[6 marka
h]

You might also like