You are on page 1of 7

BAHAGIAN A : KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.


2. Bahan yang lazim dikeluarkan dalam peperiksaan seperti gambar foto, ilustrasi kartun,
gambar rajah, dialog, pelan, catatan, iklan dan petikan.
3. Masa yang dicadangkan untuk menulis bahagian ini ialah 45 minit..
4. Sebaik-baiknya calon menulis 5 perenggan untuk mendapatkan markah cemerlang.
a. Perenggan 1 – P)endahuluan : Kaitkan dengan kehendak soalan. (untuk menarik perhatian
pemeriksa).
b. Perenggan 2 -4 : Isis-isi penting/ Idea. Satu isi satu perenggan – Guna kaedah IMBaKUP.
c. Perenggan 5 : Penutup/Kesimpulan : Pandangan, Cadangan dan Harapan.

Pembahagian masa

 Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.


 Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi Masa yang dicadangkan

Membaca/ Memahami / Menganalisis 5 minit


arahan soalan

Menulis rangka karangan 10 minit

Menulis Karangan 25 minit

Membuat semakan 5 minit

Jumlah masa 45 minit

BAHAGIAN B :KARANGAN UMUM

Keperluan soalan

1. Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja.

2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.

3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu jam
setengah / 90 minit.

4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan karangan tidak
berformat.

6. Antara jenis karangan berformat ialah :


o surat rasmi

o surat tidak rasmi

o laporan

o minit mesyuarat

o berita

o rencana

o dialog/wawancara/forum

o ucapan/syarahan/ceramah/taklimat

o ulasan buku/resensi

7. Antara karangan tidak berformat pula ialah :

o gambaran/keperihalan

o cereka/imaginasi

o fakta

o pendapat/perbincangan

o perbahasan

o peribahasa/cogan kata

o kesusasteraan

8. Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi Bahagian B
iaitu :

o diri sendiri

o keluarga

o masyarakat/negara

o antarabangsa

o kesusasteraan
TEKNIK MENJAWAB
Penulisan karangan

 Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan
 Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai
tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah
perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam
anggaran 70 patah perkataan.
 Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak
arahan soalan.

Peringatan :

 Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.


 Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
 Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.

2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.

3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4. Perenggan yang seimbang dan sekata.

5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Pembahagian masa

 Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.


 Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi Masa yang dicadangkan

Membaca/ Memahami / Menganalisis 10 minit


arahan soalan

Menyediakan rangka karangan 10 minit

Mengarang 60 minit
Menyemak dan menyusun jawapan 10 minit

Jumlah masa 90 minit

PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

 Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan


kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.
 Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat
pasif dan seumpamanya.
 Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan
paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.
 Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.
 Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.
 Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.

Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.

Aspek yang Dinilai

 Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.


 Pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
 Laras bahasa sesuai.
 Kosa kata luas dan tepat.
 Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai.
 Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai dan seimbang.
 Wacana lengkap, ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
 Unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti
peribahasa dan sebagainya.

Kelemahan Calon

 Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.


 Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.
 Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.
 Kosa kata yang digunakan terhad / umum.
 Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini
 Idea tidak menunjukkan kematangan calon.
 Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.
 Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.

FORMAT BM SPM
FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Kertas ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan kertas ini ialah dua jam tiga puluh
minit. Markah penuh ialah 110 markah.

Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

-membuat rumusan berdasarkan petikan daripada bahan bacaan umum dalam pelbagai
bidang tidak termasuk bentuk penulisan kreatif.

-panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

-calon dikehendaki menghasilkan rumusan yang mempunyai pendahuluan, isi tersurat,


isi tersirat dan kesimpulan.

Soalan 2 : Pemahaman (35 markah)

-menguji kebolehan pelajar memahami dan menghayati pelbagai jenis bahan ilmiah dan
sastera.

-terdiri daripada empat bahagian iaitu (a), (b), (c) dan (d)

-soalan 2(a) ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan bagi Soalan 1 yang terdiri
daripada pelbagai bidang ilmu selain bentuk penulisan kreatif.

-markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (2 pemahaman teks, 1 KBKK)

-soalan 2(b) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan genre prosa moden
sama ada cerpen atau drama dalam Antologi `Anak Laut’ atau Antologi `Kerusi’
.
-markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (1 pemahaman teks, 1 KBKK,
1 komponen sastera)

-soalan 2(c) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan genre prosa klasik
dalam Antologi `Anak Laut’ atau Antologi `Kerusi’

-markah yang diperuntukkan ialah 8 markah - 3 soalan (2 pemahaman teks, 1 KBKK)

-soalan 2(d) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan puisi sama ada puisi

moden atau tradisional dalam Antologi `Anak Laut’ atau Antologi `Kerusi’.

-markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (1 pemahaman teks, 1 KBKK,


1 komponen sastera).

Soalan 3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa (30 markah)

-menguji kemahiran pelajar dalam sistem bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan
fungsinya.

-terdiri daripada lima bahagian iaitu (a), (b), (c), (d) dan (e) meliputi pengujian dari segi
membina ayat, menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya,
menggabungkan ayat, menambahkan imbuhan dalam ayat, membetulkan kesalahan
ayat, mengenal pasti peribahasa dan kemahiran tatabahasa yang lain.

Soalan 4 : Novel (15 markah)

-menguji kebolehan pelajar memahami dan menghayati genre novel


-soalan-soalan berdasarkan genre novel Komponen Kesusasteraan Melayu tingkatan
empat dan tingkatan lima
-soalan bersifat umum dan dijawab berdasarkan novel yang dipelajari

CADANGAN PERUNTUKAN MASA UNTUK MENJAWAB


KERTAS BM 2
KERTAS 2 150 minit (2 jam 30 minit)
Soalan 1 : Rumusan teks 30 minit
Soalan 2 : Pemahaman 60 minit
Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa 30 minit
Soalan 4 : Pemahaman novel 20 minit
Menyemak Jawapan 10 minit
____________________________________________________________________________
Soalan 1 : Rumusan teks [30 markah] 30 minit
Membaca dan menganalisis soalan 3 minit
Membina pendahuluan 3 minit
Mengenal pasti /menanda isi tersurat 5 minit
Membina isi tersirat 5 minit
Membina kesimpulan 2 minit
Menulis rumusan 10 minit
Menyunting rumusan 2 minit
____________________________________________________________________________
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] 60 minit
(i) Pemahaman Teks
(i) 2 markah
2a. 9 markah (ii) Pemahaman Teks 3 markah 15 minit
(iii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 4 markah
(i) Pemahaman Teks 3 markah
2b. 9 markah (ii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 3 markah 15 minit
(iii) Komsas 3 markah
(i) Pemahaman Teks 2 markah
2c. 8 markah (ii) Pemahaman Teks 2 markah 15 minit
(iii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 4 markah
(i) Pemahaman Teks 3 markah
2d. 9 markah (ii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 3 markah 15 minit
(iii) Komsas 3 markah
____________________________________________________________________________
Soalan 3 : Tatabahasa [30 markah] 30 minit
3a. Morfologi 6 markah 6 minit
3b. Sintaksis 6 markah 6 minit
3c. Ejaan dan imbuhan 6 markah 6 minit
3d. Kata, istilah dan kesalahan tatabahasa 6 markah 6 minit
3e. Peribahasa 6 markah 6 minit
____________________________________________________________________________
Soalan 4 : Genre Novel [15 markah] 20 minit
4a. Komsas/ KBKK 7 markah 10 minit
4b. Komsas/ KBKK 8 markah 10 minit

You might also like