Professional Documents
Culture Documents
_____________________________________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN A.
1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )
1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di
samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll
8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas
jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
9. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
anda akan ditolak sebanyak 50%.
11. Contoh soalan ringkasan
i. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.
ii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).
iii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.
iv. Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat
untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.
v. Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan
sukan di negara kita.
2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).
Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan
sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah )
BAHASA MELAYU PMR-2011 OLEH:ARBAIN HASBULLAH
_____________________________________________________________________________________________________________________
Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari
jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan
2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )
Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan
pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah
Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).
BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
3/4 Perenggan- Isi/huraian
1 Perenggan- Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan tepat.
- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak soalan
- Huraian isi matang dan berkembang.
- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
a. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.
b. Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
c. Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan
rangsangan.
BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.
1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
BAHASA MELAYU PMR-2011 OLEH:ARBAIN HASBULLAH
_____________________________________________________________________________________________________________________