You are on page 1of 12

Modul

Pengajaran dan Pembelajaran


Jarak Jauh
(PDPJJ/PKPDB)

Tahun 5
Bahasa Melayu
MODUL PDPJJ BAHASA MELAYU TAHUN 5

Minggu 13
Tahun 5
Tema / Tajuk Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Standard kandungan 5.2 Membaca, memahami dan jenis kata ganda.
Standard 5.2.2 Membina ayat dengan menggunakan kata ganda yang
pembelajaran disenaraikan.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat;
1.Mengenal pasti jenis kata ganda.
2. Membina ayat berdasarkan kata ganda.

Bahan rujukan Rujuk buku teks halaman 138 & Lembaran kerja.

Nota:
Kata Ganda ialah perkataan yang diulang dengan meletakkan tanda sempang.

Jenis-jenis kata ganda.


a) Kata Ganda Penuh : (gula-gula, jalan-jalan, baik-baik, makan-makan, bunga-bunga)
b) Kata Ganda Separa : ( lelaki, sesiku, pepatung, jejantas, jejari)
c) Kata Ganda Berimbuhan : (tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, wangi-wangian, puji-pujian,
tolong-menolong)
d) Kata Ganda Berentak : (lauk-pauk, bukit-bukau, gemuk-gedempol, kuih-muih, warna-
warni)

Latihan (1)
Bina ayat berdasarkan kata ganda berikut ;
a. warna-warni :____________________________________________________________
b. lelaki :__________________________________________________________________
c. gula-gula :_______________________________________________________________
d. tumbuh-tumbuhan :________________________________________________________
e. baik-baik :_______________________________________________________________
f. wangi-wangian :___________________________________________________________
g. bukit-bukau :_____________________________________________________________
Latihan 2
Latihan 3.
Minggu 14

Tahun 5
Tema / Tajuk Terima Kasih Sang Lebah
Standard kandungan 5.3 Membaca dan memahami ayat cakap ajuk dan ayat cakap
pindah.
Standard 5.3.2 Membina ayat cakap ajuk dan cakap pindah
pembelajaran berpandukan contoh yg diberikan.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Memahami ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
2. Mengesan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
3. Menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah dan ayat
cakap pindah kepada cakap ajuk.

Bahan rujukan. 1. Buku teks Bahasa Melayu Tahun 5, muka surat 85 &
Lembaran kerja.

Nota :
Ayat cakap ajuk ialah percakapan sesseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya dan menggunakan tanda petik ”......”
Ayat cakap pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula dengan menggunakan
bahasa sendiri tanpa mengubah maksud asalnya.

Contoh ;
Ayat cakap ajuk : ”Selamat pagi, Fauziah,” tegur Damia.
Ayat cakap pindah : Damia menegur Fauziah dengan mengucapkan selamat pagi
kepadanya.

Soalan. (1)
Tulis jawapan dalam kotak yang disediakan .
Ayat Cakap Ajuk Ayat cakap Pindah
“Apakah tujuan jualan amal itu?” tanya Ali
kepada Jali.
Aseng memberitahu Encik Ramli bahawa
ibunya sedang sakit di hospital.
Biah mengucapkan terima kasih kepada
Linda kerana membantu nya mengangkat
buku-buku itu.
“Hai, Sang Rama-rama! Mengapakah kamu
bersedih” tanya Sang Lebah.

Soalan 2.
Soalan 3.
Minggu 15
Tahun 5
Tema / Tajuk Perpaduan
Standard kandungan 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
dengan betul.
Standard 3.7.1 Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheren
pembelajaran dengan betul.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
Menulis sebuah karangan mengikut perenggan dengan betul.

Nota :
Kohesi adalah pertautan ayat dengan sesuatu perenggan. Kohesi boleh wujud dalam ayat,
antara ayat dan juga melalui kosa kata. Ia wujud apabila adanya urutan daripada satu ayat
kepada ayat yang lain dalam sesebuah perenggan.

Soalan.
Minggu 16
Tahun 5
Tema / Tajuk Ekonomi Malaysia
Standard kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, ayat dengan betul
Standard 3.3.3 Membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif
pembelajaran dengan betul
Objektif pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Murid dapat membina lima ayat secara kritis dan kreatif
dengan betul.

Bahan rujukan Lembaran kerja.

Nota:
Memindahkan maklumat.

Langkah-langkah;
a. Baca arahan soalan.
b. Tumpukan pada aktiviti kata kerja terlebih dahulu.
c. Bina 5 ayat sahaja.

Soalan.

You might also like