You are on page 1of 73

SPEED READING

TINGKATAN 1
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Disediakan oleh:
RAFIDAH BINTI JAAFAR BPM
AZARINA MUSTAFA MRSM FELDA,TROLAK

Modul ini diubah suai daripada Power Reading Quantum Technologies

EDISI KEEMPAT 2021 SPEED READING MRSM


1

PELAJARAN 30 minit

TOPIK Praujian
STANDARD 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata,
KANDUNGAN istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan
daripada pelbagai bahan.

STANDARD 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam


PEMBELAJARAN pelbagai bahan prosa dengan betul tepat secara luncuran
atau imbasan.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF i. Membaca pelbagai bahan prosa secara luncuran atau
PEMBELAJARAN imbasan dengan kadar bacaan per minit yang baik.
ii. Mengenal pasti isi penting dalam petikan Cerpen Hadiah
bagi menjawab soalan pemahaman dengan betul dan tepat.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Pelajar membaca petikan yang diarahkan oleh guru
selama 5 minit.
(Guna Teks KOMSAS)

Aktiviti 2:
1. Pelajar diminta untuk mengira:
a. Kadar bacaan per minit(wpm)
b. Jumlah perkataan
(Rujuk Lampiran A)
2. Guru merekodkan keputusan kadar bacaan setiap pelajar.

Aktiviti 3:
1. Pelajar diminta menjawab soalan pemahaman
berdasarkan petikan.
Rujuk Lampiran B
(Guru menggunakan teks KOMSAS)

2. Guru merekodkan keputusan pemahaman setiap pelajar.

(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahiran membaca: Band 1)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


2

Praujian (lampiran A)

Guru menggunakan Antologi Kuingin Berterima Kasih: Cerpen Hadiah

Ujian bacaan pertama

Pengiraan kepantasan bacaan (wpm)

Isikan data berikut untuk mengira wpm yang diperoleh.

Kira perkataan pada 10 baris: A_____________

Kira perkataan pada satu baris: B______________

Kira semua baris pada muka surat pertama: C_______________

Kira jumlah perkataan pada satu muka surat: D_______________ (darab B dan C)

SPEED READING / POWER READING MRSM


3

Cara mengira jumlah patah perkataan yang dibaca

Jumlah muka surat penuh yang dibaca : E __________

Jumlah perkataan bagi muka surat penuh yang dibaca : F__________ (darab D dan E)

Jumlah baris yang dibaca pada muka surat akhir : G__________ (baris lengkap)

Jumlah perkataan pada muka surat akhir : H___________ (darab G dan B)

Jumlah keseluruhan perkataan yang dibaca : I___________ (tambah F dan H)

Perkataan per minit : J___________(bahagi I dengan 5)

SPEED READING / POWER READING MRSM


4

Semak kepantasan bacaan

Kepantasan Pernyataan Semasa Sasaran


1-100 Very basic reading speed. You might be learning to read,
wpm or English may be your second language. You find it hard to
comprehend what you are reading at this speed.
100-200 Basic reading speed. Below average reading speed for
wpm adults, or average reading speed for readers between 6-12
years old. Low comprehension.
200-250 Average adult reading speed. Most adults stay at the speed
wpm for much of their lives. Your comprehension is average,
probably more than half of what you read.
250-350 Slightly above average reading speed. Common with
wpm average college students or enthusiastic readers. You easily
comprehend more than half of what you read.
350-500 Strong reading speed. You enjoy reading and have
wpm relatively high comprehension.
500-800 Excellent reading speed. This is a good target reading
wpm speed for most people. You can keep this speed without
doing regular speed drills. Comprehension is high - 75% and
above.
800-1000 Outstanding reading speed. Your comprehension is
wpm approaching maximum. You’ve likely done a top quality
speed reading course and regularly practice speed drills.
1000-1200 World Champion Reading speed. If you are able t read at
wpm this speed with high comprehension, you should probably be
competing in the world championships. While this speed is
achievable, the effort to get to this level may not be
necessary for your learning goals.
1200+ Unlikely reading speed. It’s unlikely you can read at this
wpm speed with good comprehension. It’s likely you are
skimming or skipping words, phrases and sentences.

SPEED READING / POWER READING MRSM


5

Praujian (Lampiran B)

Guru menggunakan Antologi Kuingin Berterima kasih: Cerpen Hadiah

Soalan Pemahaman Untuk Bacaan Pertama

1. Adakah anda memahami keseluruhan plot tersebut?

2. Adakah anda mengenal pasti tema cerpen ini?

3. Adakah anda ingat persoalan yang terdapat dalam cerpen ini?

4. Sejauh manakah pemahaman anda semasa membaca bahan tersebut?

□ Cemerlang □ Kepujian □ Baik


□ Memuaskan □ Lemah

5. Apakah perkara yang paling penting untuk meningkatkan teknik membaca?

□ Kepantasan □ Pemahaman □ Kedua-duanya

SPEED READING / POWER READING MRSM


6

Soalan Pemahaman Untuk Bacaan Kedua

1. Adakah bacaan kedua lebih membantu anda untuk memahami cerpen ini
berbanding dengan bacaan pertama?

2. Adakah anda ingat tema cerpen ini dengan tepat?

3. Adakah anda dapat mengingat semula persoalan-persoalan yang terdapat dalam


cerpen tersebut?

4. Adakah anda menghadapi masalah untuk mengingati jalan cerita cerpen tersebut?

5. Sejauh manakah pemahaman anda semasa membaca bahan tersebut?

□ Cemerlang □ Kepujian □ Baik


□ Memuaskan □ Lemah

6. Apakah perkara yang paling penting untuk meningkatkan teknik membaca?

□ Kepantasan □ Pemahaman □ Kedua-duanya

SPEED READING / POWER READING MRSM


7

PELAJARAN 1 (60 minit)

TOPIK PENGENALAN & KOMPONEN 1: HURUF

STANDARD 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
KANDUNGAN

STANDARD 2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan


PEMBELAJARAN promosi dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
sesuai serta kepantasan yang wajar.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF
PEMBELAJARAN i. Menyenaraikan 6 komponen penting bacaan efektif.
ii. Mengenal pasti bentuk dan susunan huruf yang dapat
membentuk bunyi dan perkataan
iii. Membaca petikan menggunakan teknik 20/20/20 dengan
sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.

AKTIVITI Aktiviti 1:
Guru menerangkan:
a. Objektif pembelajaran
b. 6 komponen penting bacaan efektif berserta contoh
c. Kemahiran mengenal huruf

Aktiviti 2:
Guru meminta pelajar membaca petikan.

Aktiviti 3:
Guru menerangkan:
a. Cara untuk memastikan mata dan minda dapat mengenal
huruf dengan cepat.
b. Tanda-tanda mempunyai masalah.
c. Cara-cara mengatasi masalah mata – guru membimbing
pelajar menggunakan teknik 20/20/20.

(Rujuk lampiran 1)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


8

LAMPIRAN 1

PENGENALAN

Objektif Pembelajaran

▪ Memahami teknik pembacaan secara individu.

▪ Melatih minda untuk tidak mengamalkan teknik pembacaan yang kurang sesuai.

▪ Memahami struktur asas penulisan supaya mendapat maklumat dengan cepat dan
mudah.

▪ Menjadikan aktiviti pembacaan sebagai salah satu kebiasaan bagi memudahkan


pemahaman.

▪ Menyesuaikan kemahiran membaca untuk tujuan yang berbeza.

▪ Meningkatkan kepantasan membaca dan pemahaman.

SPEED READING / POWER READING MRSM


9

Enam komponen pembacaan berkesan/ efektif

1. Huruf - Mengenal huruf dan perkataan dengan tepat.

2. Kosa kata - Memahami makna kosa kata mengikut konteks.

3. Kefasihan - Membaca perkataan dan ayat dengan pantas.

4. Skimming- Memilih topik yang bersesuaian untuk dibaca.

5. Kawalan kepantasan membaca - Mempelbagaikan kelajuan mengikut


kandungan dan tujuan pembacaan

6. Pemahaman - Memahami kandungan pembacaan.

SPEED READING / POWER READING MRSM


10

KOMPONEN 1 : HURUF

Huruf merujuk kepada cara menterjemahkan penulisan kepada bunyi perkataan dan
makna dalam pemikiran kita.

Kemahiran mengenal huruf

1. Mengenal pasti bentuk sebagai huruf dan bunyi untuk menjadi perkataan
2. Menterjemahkan perkataan dan simbol kepada makna yang betul dalam minda anda.

Cuba baca petikan tersebut:

Adakah kita membaca ayat atau perkataan? Bloehakh adna mmehamai ptikaan ini?
Kjiaan di Uinrestivi Crbidmgae mneunjkkan bwaaha ktia maish bloeh maembca prektaan
dmei prektaan wluaupn hruuf-hruuf tdiak tresuusn. Aaslakn hruuf pretmaa dan hruuf
aihkr smaa, ktia maish bloeh maembca aayt-aayt tresbeut. Ini mneunjakkn bwaaha
sleaeps ktia mmepleajri aass maembca, ktia dpaat mliehat prektaan tresbeut sraeca
kseeluurahn dripdaa mliehat sbeaagi skuempluan hruuf.

Jawapan

Adakah kita membaca ayat atau perkataan? Bolehkah anda memahami ayat-ayat ini?
Kajian di Universiti Cambridge menunjukkan bahawa kita masih boleh membaca
perkataan demi perkataan walaupun huruf-huruf tidak tersusun. Asalkan huruf pertama
dan huruf akhir sama, kita masih boleh membaca ayat-ayat tersebut. Ini menunjukkan
bahawa selepas kita mempelajari asas membaca, kita dapat melihat perkataan tersebut
secara keseluruhan daripada melihatnya sebagai sekumpulan huruf.

SPEED READING / POWER READING MRSM


11

Bagaimanakah memastikan mata dan minda dapat mengenal huruf dengan cepat
1. Buat pemeriksaan dan jaga penglihatan. Lakukan ujian untuk mengesan
masalah berkaitan mata dan mengetahui cara-cara melindungi mata.
2. Mengoptimumkan bahan untuk dicetak. Menggunakan kaedah terbaik untuk
mencetak bahan bacaan bagi memudahkan pembacaan.
3. Mengoptimumkan layar komputer. Menentukan layar komputer yang paling
sesuai untuk membaca.

Tanda-tanda mempunyai masalah mata


1. Mata bermasalah apabila berada dalam keadaan gelap
2. Mata sangat sensitive kepada pencahayaan.(mata berair atau berkelip dengan
kerap) .
3. Perubahan pada iris mata.
4. Sentiasa berasa sakit di dalam dan di sekeliling mata.
5. Kelopak mata merah atau bengkak.
6. Melihat imej yang bertindak (imej yang membentuk dua bayangan).
7. Titik hitam mengelilingi pandangan.
8. Mata sentiasa kering (berasa gatal atau kepanasan).

Cara-cara mengatasi masalah mata


1. Rehat yang berkala. Menggunakan teknik 20/20/20 .
- Membaca selama 20 minit
- Rehat selama 20 saat
- Lihat objek berwarna hijau dalam jarak 20 kaki
2. Kerap melakukan pemeriksaan mata.
3. Menjaga pemakanan.
4. Mengekalkan kesihatan dan kecergasan.
5. Jangan merokok.

SPEED READING / POWER READING MRSM


12

PELAJARAN 2 (60 minit)

TOPIK KOMPONEN 2 : MEMPERKASAKAN KOSA KATA


2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata,
STANDARD istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan
KANDUNGAN daripada pelbagai bahan.

2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat


STANDARD dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus
PEMBELAJARAN dengan betul dan tepat.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF i. mengenal pasti himpunan perkataan dalam petikan yang
dibaca.
ii. Menggunakan pelbagai teknik untuk memperkasakan kosa
kata.
iii. Menyatakan maksud kosa kata berimbuhan awalan dan
akhiran menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan
tepat.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Guru menyampaikan penerangan tentang kosa kata.

Aktiviti 2:
1. Guru membimbing pelajar menggunakan teknik berikut:
a) Menggunakan kamus atau kamus online (latihan A).
b) Menggunakan jurnal Kaya Bahasa (latihan B).

Aktiviti 3:
1. Guru menerangkan:
a) Asal usul perkataan.
b) Tips memperkasakan kosa kata.
c) Imbuhan awalan dan akhiran yang biasa digunakan.
d) Guru meminta pelajar melakukan latihan C secara
berpasangan atau berkumpulan.

(Rujuk lampiran 2)
(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahiran membaca: Band 1)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


13

LAMPIRAN 2

MEMPERKASAKAN KOSA KATA

Kosa kata merupakan himpunan perkataan/ keseluruhan kata dalam sesuatu


bahasa, perbendaharaan kata yang dikuasai dan difahami.

▪ Bahasa Inggeris mempunyai lebih 1 juta perkataan yang mempunyai maksud.


▪ Penutur dewasa yang menggunakan bahasa Inggeris menggunakan anggaran 3
ribu perkataan yang berbeza dalam percakapan harian. Walau bagaimanapun,
penutur tahap sederhana dapat menguasai lebih kurang 50 ribu perkataan yang
mempunyai makna.
▪ Kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 10 tahun, secara purata
menguasai lebih 5 ribu kosa kata
▪ Penutur dewasa tahap sederhana, secara purata mempelajari 50 kosa kata yang
baharu setiap tahun.

Kaedah memperkasakan kosa kata

Latihan A:
Guna kamus secara efektif
Apabila bertemu dengan kosa kata yang baharu/kurang difahami, hendaklah
menggunakan langkah-langkah mudah berikut:

1. Cuba cari makna berdasarkan konteks ayat tersebut.


2. Gariskan kosa kata (baharu) tersebut, kemudian beri simbol huruf “b” dalam
kotak kecil bersebelahan kosa kata baharu itu. Tulis muka surat tersebut pada
muka surat pertama buku itu untuk memudahkan semakan.

b
Contoh: Hamba minta tuan tolong belikan kaus barang sepasang.

SPEED READING / POWER READING MRSM


14

3. Tentukan sama ada anda perlu mengetahui makna kosa kata baharu pada
waktu itu atau kemudian. Jika kosa kata itu penting dalam pembacaan anda,
cari makna perkataan tersebut daripada kamus dengan segera. Apabila makna
tersebut dijumpai/dapat dicari di dalam kamus, bulatkan atau tandakan dengan
highlighter. Ini akan menjadi rujukan kepada anda kemudian nanti. Tuliskan
definisi kosa kata baharu tadi dalam muka surat yang sama.
4. Setelah selesai membaca buku atau bab tersebut, kembali semula ke muka
surat pertama dan cari makna perkataan yang belum selesai.
[Cadangan bahan: Prosa tradisonal - Asal Padi]

Latihan B:
Cara Menggunakan Jurnal Kaya Bahasa
1. Cari perkataan yang sinonim.
2. Bina ayat berdasarkan perkataan sinonim.

Jurnal Kaya Bahasa

Perkataan baharu: ______________________


Perkataan sinonim: ______________________________________
Contoh ayat: ___________________________________________

Memahami sejarah perkataan


Perkataan Latin Maksud Contoh
Avis Bird Aviary , aviator , aviation
Cumulare To build up Accumulate , cumulative
Dens, dentis Tooth Denture , dentist
Flare , flatus Blow Deflate , inflate
Gerere, gestum To carry, to bear Digest , gesture , gestation
Judex , judicare Judge Judge, judicious , prejudice
Locare , locus To place , place Allocate,dislocate,local
Putare To think , estimate Computer,reputation
vita life Vitamin,vitality,vital

SPEED READING / POWER READING MRSM


15

Petua untuk memperkasakan kosa kata


1. Meluaskan bahan bacaan/ Pelbagai bahan bacaan.
2. Mengikuti jejak perkataan/ word trails.
3. Menggunakan kamus dalam talian.
4. Menggunakan perisian yang sesuai berkaitan kosa kata.

Imbuhan Awalan dan Akhiran


(Contoh Bahasa Inggeris)
Prefix or suffix Meaning Examples
-able, -ible Capable of Portable , teachable
Anti- Against , opposed Antisocial , antidote,
anticlimax
-ar , -ary , -ory Relating to Auditory , similar ,
imaginary
Bio- life Biology , biography
Co- , con-, com- Together with Conspiracy , cooperate
De- From , away Demote , depart
Dys- Hard , ill , with difficulty Dysfunctional , dyslexia
Ex- Out , from Express , exhale
Geo- earth Geologist , geography

(Contoh Bahasa Melayu)


Awalan / Akhiran Makna Contoh
Anti - Awalan asing tidak Antikerajaan, antidadah
menyetujui, melawan,
membantah, menenteng.
Bio - Awalan asing berkaitan Biologi, Biografi
benda-benda hidup,
berkaitan kehidupan.
Pasca - Awalan asing, sesudah atau Pascasiswazah,
setelah Pascakolonial
Pra - Awalan asing sebelum Prakata, Pramoden
Pro - Awalan asing berkaitan Pro- Barat, Prokerajaan
menyokong / menyebelahi

SPEED READING / POWER READING MRSM


16

Wan - Akhiran asing untuk orang Budayawan, Ilmuwan


yang ahli/ dalam sesuatu
bidang pekerjaan atau tugas.
-Orang yang memiliki
sesuatu sifat atau keupayaan
Wati - Bentuk yang menyatakan Peragawati, Seniwati
perempuan.

[ Cadangan bahan : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 : muka surat 90 & 138 ]

Latihan C:

What are other common prefixes and suffixes that you know?
Apakah awalan dan akhiran lain yang anda tahu?
Prefix or suffix Meaning Examples

SPEED READING / POWER READING MRSM


17

PELAJARAN 3 (60 minit)

TOPIK MENINGKATKAN PEMAHAMAN:


PEMBACAAN BERFIKRAH

2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai


STANDARD kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud
KANDUNGAN keseluruhan daripada pelbagai bahan.

2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan


STANDARD dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang
PEMBELAJARAN betul dan tepat.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF
PEMBELAJARAN i. mengemukakan jawapan berpandukan petikan yang
diberikan dengan betul dan tepat.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Pelajar membaca teks/ petikan yang diedarkan.

Aktiviti 2:
1. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan.

Aktiviti 3:
1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan (antara 6-7 orang
dalam satu kumpulan).

2. Pelajar berbincang dalam kumpulan tentang hasil kerja


mereka (berpandukan lampiran The Deluxe Reading Tour/
Pembacaan Berfikrah).

Aktiviti 4:
1. Wakil kumpulan membentangkan hasil kerja (pilih
jawapan yang terbaik dalam kumpulan).

2. Guru membuat pengukuhan.


(Rujuk lampiran 3)

(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahiran membaca: Band 3)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


18

Lampiran 3
MENINGKATKAN PEMAHAMAN PEMBACAAN BERFIKRAH
________________________________________________________________________

❖ The title of the Reading : The Irony of ‘Twice Exception’


Tajuk Artikel : Sifat Seorang Penggapai

❖ My Original(Own) Title for the Reading : A Journey Towards Excellence


Tajuk pilihan saya : Kejayaan Pasti Milik Anda

❖ Key Quote (one of the most important statements in the reading) :


My teachers took a personal interest in me, and because of that I wanted to
succeed.
Frasa / Ayat istimewa dalam artikel :
Lakukan setiap kerja yang diberikan, tidak kira besar atau kecil sebaik-baiknya.

❖ Why I chose this quote (reasons and evidence to support my choice) :


Teachers have a great impact on students, whether they’re ‘good’ or ‘not good’.
Therefore teachers must realize the kind of responsibility they have : to create
change for the better : It touches the students’ life.
Sebab saya memilih Frasa / Ayat istimewa dalam artikel (alasan untuk
menyokong pilihan tersebut):
Kata-kata ini berkait rapat dengan tanggungjawab. Kita mesti laksanakan kerja
yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin; tidak memilih kerja atau untuk
mendapat nama apabila melunaskan sesuatu kerja.

SPEED READING / POWER READING MRSM


19

❖ Brief Casual Summary ( the main ideas expressed in your own words) :

This article is about the journey of Sara Renzulli who was having learning
disabilities. She was diagnosed with dyslexia an ADD. Her middle school
experience was a happy one, although she faced a lot of difficulties (especially in
writing), her special education teachers and parents were supportive. However her
high school years were the worst part in her education. She then attended a private
school and everything changed – her teachers were supportive, because of this she
could focus on what she was best at.

Ringkasan (idea utama disampaikan dalam ayat anda sendiri) :

Topik ini berkisar pada bagaimana seseorang menggapai kejayaan. Perkara


penting yang perlu diberi perhatian adalah memastikan kehadiran kita sentiasa
dirasai, berani mengeluarkan pendapat dan mesti mempunyai sifat presence/
perawakan. Selain itu, 5 perkara untuk memiliki sifat presence dinyatakan juga.

❖ Graphic Representation (an illustration or clip-art/picture that conveys the theme


or message) :
Ilustrasi grafik (berkaitan tema atau mesej yang terdapat dalam artikel) :

A twinkling star – after experiencing


hardship in her education, Sara became
a successful student, with support from
her teachers and parents.

Bintang lambang kejayaan:


Pelbagai bentuk yang mengelilingi
bintang – pelbagai dugaan
Percikan – apa jua rintangan dapat
ditepis/ dihadapi.

SPEED READING / POWER READING MRSM


20

PELAJARAN 4 (60 minit)

TOPIK KOMPONEN 3 : MENINGKATKAN KELANCARAN

STANDARD 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
KANDUNGAN

STANDARD 2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan


PEMBELAJARAN promosi dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF i. Membaca petikan dengan menyebut perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar.
ii. Pelajar dapat meningkatkan kemampuan membaca cepat.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Guru menerangkan perkara-perkara berikut:
i. Jenis-jenis kelancaran
ii. Mengenal pasti kemahiran asas kelancaran.
iii. Membantu kelancaran.

Aktiviti 2:
1. Guru menerangkan cara untuk meningkatkan kelancaran
membaca dengan menjalankan beberapa aktiviti.

i. Menggunakan pandangan peripheral


(aktiviti 1a – 1h)
ii. Menetapkan tempo bacaan.
(Aktiviti 2a)
iii. Menggunakan panduan visual.
(Aktiviti 3a – 3e)

(Rujuk lampiran 4)

(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahiran membaca: Band 3)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


21

Lampiran 4
MENINGKATKAN KELANCARAN

Aktiviti 1

Kelancaran ialah salah satu kemahiran untuk membaca perkataan dan ayat dengan cepat.
.

Jenis-jenis kelancaran

1. Asas kelancaran. Memahami asas perkataan dan binaan ayat.


2. Membantu kelancaran. Bagaimana membantu kelancaran.
3. Meningkatkan kelancaran. Bagaimana meningkatkan kelancaran.

Mengenal pasti kemahiran asas kelancaran


1. Membaca kuat.
2. Membaca dengan rakan.
3. Buat latihan membaca.
(Cadangan aktiviti: Guru meminta semua pelajar membaca dengan kuat dan
memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk membaca dengan kuat).

Membantu kelancaran
1. Berada dalam keadaan yang selesa dan tenang-mengelakkan sebarang gangguan,
memerlukan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
2. Kedudukan bahan bacaan pada jarak 18-20 inci daripada mata (dengan sudut 20
darjah dari meja).
3. Tegakkan kepala.
4. Memainkan muzik yang instrumental (seperti Baroque, New Age Music).
(Cadangan aktiviti: Guru meminta pelajar untuk melakukan aktiviti di atas).

SPEED READING / POWER READING MRSM


22

Aktiviti 2:

Meningkatkan Kemampuan Membaca Cepat

1. Menggunakan pandangan peripheral


2. Menetapkan tempo bacaan
3. Menggunakan panduan visual

1. Menggunakan pandangan peripheral

Tujuan:
a. Meningkatkan jumlah perkataan dalam setiap peralihan dari satu perkataan
ke perkataan yang lain (fixation).
b. Untuk membaca dalam ruang lingkup yang lebih besar untuk satu fixation.
c. Untuk meningkatkan keupayaan melihat denngan lebih luas dan
mendalam.

Aktiviti 1a
Duduk mengadap pasangan anda dalam jarak lutut bertemu lutut. Pandang tepat ke arah
mata pasangan masing-masing. Seorang sebagai penguji memastikan pasangan anda tidak
mengerakkan kepala ketika aktiviti sedang dijalakan. Manakala rakan yang diuji diminta
untuk sentiasa memandang tepat kepada mata penguji. Penguji hendaklah menemukan
dua jari telujuk pada aras anak mata rakan yang diuji dan kemudian menjarakkan secara
perlahan-lahan jari telunjuk secara melintang. Apabila rakan yang diuji sudah tidak dapat
melihat pandangan jarak jari telunjuk penguji, rakan yang diuji hendaklah meminta rakan
yang menguji memberhentikan pergerakan tersebut. Justeru, pelajar yang diuji dapat
mengetahui kemampuan jarak penglihatannya. Ulang aktiviti tersebut dengan arah
menegak pula. Setelah melakukan kedua-dua aktiviti, lakukan aktiviti tersebut pada rakan
anda pula/ yang menguji.

SPEED READING / POWER READING MRSM


23

Baca kuat perkataan-perkataan (latihan 1b, 1c dan 1d) berdasarkan fixation tersebut.
Latihan 1 b – Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
bakal berhadapan
dengan kemungkinan
menjadi bahasa
yang dituturkan
oleh orang
Melayu sahaja
meskipun hak
sebagai bahasa
kebangsaan sudah
diperakukan oleh
Perlembagaan Malaysia.

Latihan 1b – Bahasa Inggeris


It is
good to
hear stories
just before
going to
sleep at
night, especially
ones that
have a
happy ending.

SPEED READING / POWER READING MRSM


24

Latihan 1 c- Bahasa Melayu

sayup laungan memuji


sayu menusuk hati
renungan menembus jeriji
sunyi sepi pagi
fajar terbit sendiri
serak suara tiada
hanya ruang sepi
tiada bacaan mengingati
subuh berlalu pergi

Latihan 1c – Bahasa Inggeris


We see not
just with the
eyes alone; we
see with a
total action system:
our posture, our
manual skills and
coordination, and with
our intelligence and
personality. We see
with our whole
being.

SPEED READING / POWER READING MRSM


25

Latihan 1 d- Bahasa Melayu


Lebih memeningkan
apabila melibatkan pemilihan
untuk meneruskan persekolahan itu.
Jika boleh memang emaknya
tidak mahu ikut campur dengan pilihan anak-anak.
Biarlah ke mana-mana pun mereka hendak bersekolah,
asalkan meneruskan pengajian
dan memperoleh kejayaan.
Namun, ada kalanya
sebagai ibu bapa perlu juga
menerangkan tentang sesuatu situasi
agar kelak tidak mendatangkan
kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga
serta masyarakat.

Latihan 1d – Bahasa Inggeris


Somewhere, sometime,
a teacher may have told you
that you could not sing,
that you cannot carry a tune.
This is not necessarily true.
Everyone has music in them.
Most music teachers may not
know that the position of
the eyes is what determines pitch.
Voice teachers may not be aware
that much of sound identification
is through bone conduction rather
than air conduction. Never mind.
You have the gift of music in you.

SPEED READING / POWER READING MRSM


26

Latihan 1e

Fokus tepat pada huruf tengah, lihat jika anda dapat mengenal pasti huruf yang berada di
sebelah kanan dan kiri bagi setiap baris.

A G H
S D R
G R F
Y N T
U V I
S R S
G T E

SPEED READING / POWER READING MRSM


27

Latihan 1f
Fokus tepat pada huruf A tanpa mengalihkan anak mata, lihat jika anda dapat mengenal
pasti huruf yang berada di sebelah kanan dan kiri huruf A tersebut.

P G M S C A W L J D H

Latihan 1g – Bahasa Melayu

Fokus tepat pada garis tegak tanpa mengalihkan anak mata. Lihat sebanyak mana anda
dapat mengenal pasti huruf yang berada di sebelah kanan dan di sebelah kiri huruf garis
tegak. Baca secara ke bawah.
s q
ab mo
cat bom
sapu sampah
di dalam di luar
baju berwarna kuning bunga itu wangi
budi bahasa budaya kita ilmu itu pelita hidup

Latihan 1g – Bahasa Inggeris


a d
xy zo
mop zag
acts wvuy
and so and on
which is why the reasons were
and they lived happily have fun with learning

SPEED READING / POWER READING MRSM


28

Latihan 1 h- Bahasa Melayu

Tetapkan pandangan pada perkataan tengah setiap baris. Lihat jika anda dapat
mengenal pasti dua perkataan di kanan dan di kiri perkataan tengah.

anak Malaysia akan melangkah kaki


biarpun tinggi antara bangau terbang
begitu jauh awak masak apa
asalnya kita ceria satu matlamat
tinta emas pergi sama merasa

Latihan 1 h – Bahasa Inggeris

they came and cried out


my eyes the come here
the dragon what gone away
a football see do that
some people is deep ocean

SPEED READING / POWER READING MRSM


29

2. Tetapkan tempo bacaan

Tujuan:

a. Mengurangkan jeda antara fixation.


b. Membaca dalam tempo yang sama untuk setiap baris atau muka surat.
c. Membaca dalam ruang lingkup yang lebih besar untuk satu fixation.

Aktiviti 2a
Ketika pelajar membaca, guru mengaplikasikan perkara-perkara berikut:
i. Memainkan muzik instrumental.
ii. Ketuk jari di atas meja (perlahan kepada laju).
iii. Hentakkan kaki (perlahan kepada laju).
iv. Petik jari (Snap the fingers).

3: Panduan menggunakan teknik visual


(Teknik Kawalan /Technique Regulator)

Tujuan:

a. Untuk membuat pergerakan mata tanpa gangguan


b. Untuk menambahkan fokus dan konsentrasi .
c. Untuk mengurangkan fixation pada perkatan tertentu.
d. Menggelakkan bacaan berulang (prevent backskipping).

SPEED READING / POWER READING MRSM


30

(Guru boleh memilih mana-mana latihan untuk digunakan semasa p & p)

Latihan 3a

Duduk secara berpasangan secara bertentangan. Seorang pelajar akan membaca buku
secara senyap sepanjang dua perenggan. Rakan yang seorang lagi akan memerhatikan
pergerakan anak mata rakan yang diuji ketika membaca. Kemudian tukar peranan.
Maklumkan pada rakan bagaimana pergerakan anak mata mereka.
(Rumusan untuk guru: Untuk mengetahui pergerakan anak mata pelajar ketika
membaca).

Latihan 3b

Pandang muka rakan anda, kemudian gerakkan anak mata anda secara bulatan tanpa
menggerakkan kepala (mover). Lakukan aktiviti tersebut beberapa kali, rakan anda
sebagai observer. Kemudian tukar peranan dengan rakan anda. Maklumkan kepada rakan
bagaimana pergerakan anak mata mereka.
(Rumusan untuk guru: Untuk melatih pergerakan anak mata pelajar secara bulatan
tanpa menggerakkan kepala).

Latihan 3c
Minta rakan anda menggunakan hujung jari untuk membuat pergerakan bulatan secara
rawak dengan gerakan yang perlahan. Anda perlu fokus dan memastikan anak mata anda
bergerak mengikut hujung jari rakan anda yang membuat pergerakan, selama 1 minit
tanpa mengerakkan kepala. Nyatakan perbezaan penglihatan anda sebelum dan selepas
latihan.
(Rumusan untuk guru: penglihatan pelajar akan menjadi kabur dan sukar untuk melihat
hujung jari rakan jika tidak fokus).

SPEED READING / POWER READING MRSM


31

Petua menggunakan Panduan Visual (Teknik Kawalan)


1. Pegang penunjuk pada sudut 30 hingga 40 darjah dari muka surat supaya tangan
tidak menutup petikan (seperti gambar rajah di bawah).
2. Jangan sentuh atau membuat geseran atau mengetuk petikan menggunakan
penunjuk. Jangan meletakkan penunjuk pada aras yanng terlalu tinggi daripada
petikan.
3. Luncurkan penunjuk pada kelajuan biasa, berterusan, di bawah ayat yang dibaca.
4. Jangan letakkan tangan di atas petikan ketika membaca.
5. Renggangkan siku dari tulang rusuk bagi memudahkan pergerakan penunjuk
apabila digerakkan ke bawah muka surat.

Latihan 3d
Anda perlu membaca mana-mana bahan bacaan dengan menggunakan panduan visual
(teknik kawalan) selama 2-3 minit. Anda boleh menggunakan jari, pensil atau pen
sebagai penunjuk sepanjang bacaan anda.

Experiment 3e
Lipat muka surat yang ingin dibaca kepada 2 atau 3 bahagian (rujuk gambar di bawah).
Pastikan anak mata fokus pada bahagian tengah lipatan muka surat. Mulakan bacaan
dengan memfokuskan anak mata pada bahagian tengah 2/3 per setiap baris muka surat

SPEED READING / POWER READING MRSM


32

tersebut. Pastikan anda masih boleh membaca setiap perkataan dalam baris tersebut.
Walau bagaimanapun, janganlah memaksa diri anda untuk menghabiskan bacaan itu.

Kesimpulan
Apabila anda membaca pantas, anda akan berasa terganggu dengan penggunaan penunjuk
kerana tidak dapat seiring dengan gerakan mata anda. Daripada gerakan melintang di
bawah setiap baris, cuba gerakkan penunjuk menggunakan kaedah gerakan S besar
terbalik, gerakan lurus ke bawah atau gerakan U (seperti gambar rajah di bawah).

SPEED READING / POWER READING MRSM


33

PELAJARAN 5 (60 minit)

TOPIK KOMPONEN 4 & 5 :


BELAJAR MEMBACA SECARA LUNCURAN (SKIM)
2.2. Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai
STANDARD kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud
KANDUNGAN keseluruhan daripada pelbagai bahan.

2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam


STANDARD pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara
PEMBELAJARAN luncuran dan imbasan.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF i. Mengenal pasti maklumat penting daripada petikan
PEMBELAJARAN yang dibaca dengan betul dan tepat.
ii. Menggunakan strategi membaca untuk meningkatkan
pemahaman dan kepantasan apabila membaca sesuatu
petikan secara luncuran dan imbasan.

LANGKAH Aktiviti 1:

1. Guru menerangkan dan menunjukkan perkara yang


berikut:
a. Menggunakan teknik luncuran untuk kandungan yang
berstruktur.
b. Menggunakan teknik luncuran untuk kandungan yang
tidak berstruktur.

Aktiviti 2:
1. Guru menerangkan dan menunjukkan perkara yang
berikut:

a. Mod membaca
b. Membaca secara terus/ tegak
c. Membaca secara ke bawah/ menurun
d. Kepantasan membaca

Aktiviti 3:
1. Guru membimbing pelajar untuk melakukan perkara
yang berikut:
a. Membaca petikan tanpa luncuran (secara menegak)
b. Membaca secara luncuran perenggan yang pertama
(secara ke bawah).
(Rujuk Lampiran 5)

SPEED READING / POWER READING MRSM


34

(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahairan membaca:


Band 3 & 4)

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


35

Lampiran 5
BELAJAR MEMBACA SECARA LUNCURAN (SKIM)

• Teknik membaca secara luncuran (Skim) ialah teknik yang berkesan untuk
melihat teks secara keseluruhan, pralihat dan melihat semula maklumat pada
peringkat umum dan spesifik.
• Pelajar boleh menilai dengan pantas maklumat yang penting selari dengan tujuan
membaca agar dapat memberi fokus yang berkesan pada kata kunci, konsep dan
maklumat yang diperlukan bagi mencapai tujuan tersebut.

Teknik Membaca Secara Luncuran (Skim) untuk kandungan yang berstruktur

Melibatkan pencarian idea utama dalam artikel atau petikan dengan melihat kata kunci
dalam organisasi bahan tersebut iaitu:

• Kulit hadapan dan belakang


• Isi kandungan
• Tajuk utama dan subtajuk
• Semua tajuk yang dihitamkan dan dicondongkan serta gambar rajah
• Ayat pertama dan ayat terakhir dalam perenggan
• Ringkasan/ Rumusan
• Petunjuk lain (nombor, hari, tarikh dan masa, kata nama khas dan lain-lain)

Teknik Membaca Secara Luncuran (Skim) untuk Kandungan yang tidak


Berstruktur

Kandungan yang tidak berstruktur ialah bahan yang mempunyai beberapa tajuk utama,
subtajuk dan petunjuk lain.

• Biografi, novel dan buku-buku berkaitan perniagaan ialah contoh kandungan yang
tidak berstruktur.
• Objektif adalah untuk membaca dengan cepat dan menyerap inti pati petikan dan
idea utama yang hendak disampaikan oleh penulis.
• Anda boleh mengabaikan perkataan, frasa dan ayat yang kurang penting.
• Fokus kepada halaman yang mempunyai idea utama.

SPEED READING / POWER READING MRSM


36

Guru boleh mengendalikan latihan ini di dalam kelas.

Contoh Aktiviti Membaca Bahan Berstruktur

Latih tubi 1 membaca secara luncuran yang berstruktur


(Guna bahan akademik seperti buku rujukan PT3)

Ikut langkah-langkah berikut:

• Tetapkan kiraan masa menurun/ countdown iaitu 2 minit, tambahan 2 saat


pada setiap halaman.
• Mula membaca kandungan berstruktur mengikut arahan berikut: Kulit
hadapan dan belakang, isi kandungan, indeks, tajuk utama dan subtajuk.
Fokuskan mata anda kepada tempat yang betul. Tidak perlu bimbang
mengenai isi kandungan.
• Beri tumpuan untuk menghabiskan bacaan dalam masa yang
diperuntukkan.

Contoh Aktiviti Membaca Bahan Tidak Berstruktur


(Guna Buku Teks sastera Bahasa Inggeris atau teks KOMSAS / Novel)

Latih tubi 1 membaca secara luncuran bahan tidak berstruktur

Ikut langkah-langkah berikut. Jika anda terjumpa petunjuk penting ketika sesi latihan
(contoh: tajuk utama, teks yang dihitamkan, gambar rajah) abaikan sahaja.

• Pilih halaman, tandakan, baca dalam masa 10 minit pada kadar biasa
bacaan anda dan tandakan halaman terakhir anda baca.
• Kira halaman yang telah dibaca dalam masa yang telah ditetapkan.
Darabkan dengan 3 jumlah halaman yang telah dibaca. Contoh: 4 halaman
x 3 = 12 halaman.
• Sasarkan membaca secara luncuran bilangan halaman tersebut (12
halaman) dalam masa 10 minit.
• Tulis isi/poin penting tentang apa-apa yang telah dibaca.
• Pilihan: Baca semula petikan/bahan tersebut secara perlahan untuk
mendapatkan isi yang lebih banyak/ menyemak isi.

SPEED READING / POWER READING MRSM


37

Mod Membaca

Mod Membaca Tujuan

To get overall idea of content and how it is organized.


Overview
(mengenal pasti kandungan buku dengan melihat kulit buku dan isi
(idea keseluruhan)
kandungannya).

Fast Skim
Give a more specific sense of the content (synopsis).
(luncuran pantas/
(mengetahui sinopsis buku dengan membaca tajuk dan subtajuk).
sinopsis awal)

More detailed than fast skimming.


Context Skim
(bacaan lebih terperinci dengan membaca perenggan bagi subtajuk,
(bacaan sepintas lalu)
pendahuluan, ringkasan atau kesimpulan).

Context Read Read through the material at fluent reading speed.


(baca bahan) (bahan bacaan dibaca dengan lancar).

To understand and highlight key points, concepts and ideas.


Exploration Read
(baca dan cari isi penting dengan menggaris kata kunci, konsep dan
(baca dan teroka)
idea).

Collection
To pull out information and create review notes.
/Extraction Read
(keluarkan isi penting dan hasilkan nota ringkas dengan
(dapatan bacaan/ buat menggunakan peta minda).
nota)

Review Read and Skim Use after reading to check understanding and memory of it.
(baca semula) (baca semula nota ringkas untuk mengingat kembali isi penting).

Refresh Skim Skim read to refresh memory on key points after some time.
(ulang kaji) (mengulang kaji dengan cara membuat peta minda kali kedua).

SPEED READING / POWER READING MRSM


38

1. Membaca secara terus/ tegak

• Baca terus tanpa membuat luncuran.

• Digunakan untuk membaca bahan yang ringan atau untuk memahamkan


sesuatu perkara tanpa perlu menghafal.

• Contoh : membaca untuk berasa seronok (majalah dsb).

Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4

2. baca bahan 3. baca bahan 4. baca bahan


1. baca bahan

2. Membaca secara ke bawah/ menurun

• Sesuai untuk bab/ topik yang berkait.


• Baca secara keseluruhan dengan cara luncuran pantas kemudian baca bab
seterusnya, ke bawah/ menurun.

• Contoh: bahan akademik (buku sejarah dsb)

Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4

1. Sinopsis 1. Sinopsis 1. Sinopsis 1. Sinopsis


2. Baca sepintas lalu 7. Baca sepintas lalu 12. Baca sepintas lalu 17. Baca sepintas lalu
3. Baca bahan 8. Baca bahan 13. Baca bahan 18. Baca bahan
4. Baca & teroka 9. Baca & teroka 14. Baca & teroka 19. Baca & teroka
5. Buat nota 10. Buat nota 15. Buat nota 20. Buat nota
6. Baca semula 11. Baca semula 16. Baca semula 21. Baca semula
22. Ulang kaji 22. Ulang kaji 22. Ulang kaji 22. Ulang kaji

SPEED READING / POWER READING MRSM


39

Kepantasan membaca

Kurangkan kepantasan untuk situasi berikut:

• Perkataan yang tidak difahami


• Ayat yang panjang dan perenggan yang mempunyai struktur
• Idea yang kurang difahami/ abstrak
• Bahan teknikal
• Isi kandungan yang hendak dihafal

Tingkatkan kepantasan untuk situasi berikut:

• Bahan mudah yang mempunyai beberapa idea baharu


• Contoh dan ilustrasi yang tidak penting
• Idea umum

SPEED READING / POWER READING MRSM


40

PELAJARAN 6 (60 minit)

TOPIK KOMPONEN 6 : MEMPERTINGKATKAN


PEMAHAMAN
2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk
STANDARD mengukuhkan kelancaran membaca, meluaskan perbendaharaan
KANDUNGAN kata dan ilmu pengetahuan.

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan


STANDARD bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan
PEMBELAJARAN ungkapan menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang
baik.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN i. Menyatakan beberapa faktor yang mempengaruhi
pemahaman pembacaan mereka/ apa yang dibaca mereka.
ii. Menggunakan 3 panduan utama bagi meningkatkat
penguasaan kosa kata dan ungkapan menarik dengan
pemahaman dan penghayatan yang baik.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Guru menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pemahaman pembacaan mereka.

Aktiviti 2:
1. Guru menerangkan 3 panduan utama untuk
mempertingkatkan pemahaman pembacaan mereka.

i. Mempertingkatkan perhatian/ fokus dan


konsentrasi.
ii. Menanda dengan berkesan.
iii. Meneroka kandungan dan memahaminya.

Aktiviti 3:
1. Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk 6
kumpulan.
2. Setiap kumpulan memilih mana-mana 6 teknik/ stail
bagi membaca teks pemahaman.
3. Pelajar mestilah cuba menggunakan teknik tersebut
dalam kumpulan.
4. Pelajar membentangkan dapatan mereka di dalam kelas.
(rujuk lampiran 6[i] dan 6[ii])
(Guru mengaplikasikan PBS :Kemahairan membaca: Band
4,5 & 6)

SPEED READING / POWER READING MRSM


41

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


42

Lampiran 6 [i]
MEMPERTINGKATKAN PEMAHAMAN

Beberapa faktor yang mempengaruhi pemahaman:


• Tahap bacaan dan kosa kata.
• Pemahaman pelajar sebelum ini tentang topik tersebut.
• Masa yang diambil untuk membaca bahan tersebut.
• Tahap konsentrasi.
• Pengetahuan ‘luar’ pelajar.
• Kemahiran dan cara belajar pelajar.
• Motivasi pelajar.

Tiga panduan utama untuk mempertingkatkan pemahaman:

1. Mempertingkatkan perhatian/ fokus dan konsentrasi.


2. Menanda dengan berkesan.
3. Meneroka/ Menyelidiki kandungan untuk memahaminya.

1. Mempertingkatkan perhatian/ fokus dan konsentrasi


a) Teknik memberi tumpuan semasa belajar

1. Menandai perenggan.
• Cari isi utama dalam perenggan.

2. Mencatat gangguan.
• Gangguan – perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
• Tulis gangguan pada sebelah kanan muka surat.

3. Digunakan secara interaktif


• Kreativiti
• Contoh :
Pelajar menggunakan mind map/ peta minda dan graphic organizers .

SPEED READING / POWER READING MRSM


43

2. Menandai dengan berkesan

Guru menggunakan Antologi Kuiingin Berterima Kasih:


Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

1. Tandakan isi penting sahaja.


2. Tanda/ Highlight selepas membaca.
3. Tanda/ Highlight perkataan/ frasa penting, bukan keseluruhan ayat.
4. Tandakan item yang pelik, luar biasa dan menjadi tanda tanya.
5. Menggunakan pelbagai warna.
6. Mencatat nota.
7. Tukarkan/ Pindahkan nota dalam bentuk peta minda atau bentuk nota lain.

3. Meneroka/ Menyelidiki 6 jenis kandungan dalam pemahaman daripada


pembacaan

a. Teknik penerokaan umum


• Go one branch wider
(pelebaran)

• Go a level deeper
(pendalaman)

• Ask questions - 5 W’s (what, where, when, why and who)


(mengaplikasikan konsep 5 W – apa, di mana, bila, mengapa dan siapa)

SPEED READING / POWER READING MRSM


44

b. Meneroka stail visual


• Use diagrams, graphs, sketches
(menggunakan gambar rajah, graf dan lakaran)
• Use Mind Maps
(menggunakan peta minda)
• Use visualization
(membuat visualisasi)

c. Meneroka stail secara verbal/ lisan


• Attend lectures or engage in discussions
(menghadiri kuliah dan melibatkan diri dalam perbincangan)
• Read dramatically
(membaca dengan penghayatan)
• Talk yourself through the material and summarize aloud
(bermonolog dan merumus secara kuat)
• Record notes on tape or computer
(rakamkan suara)
• Present orally
(pembentangan)

d. Meneroka secara fizikal


• Walk about while reading or listening
(berjalan sambil membaca atau mendengar)
• Get hands on
(aplikasi)
• Use role-playing
(main peranan)
• Use index cards & post-it notes
(menggunakan kad indeks dan nota kecil)

SPEED READING / POWER READING MRSM


45

e. Meneroka secara sosialisasi


• Learn with a group
(belajar secara berkumpulan)
• Work with a study buddy
(mentor - mentee)
• Play the opposite view
(berhujah pendapat)
• Role-play
(main peranan)
• Involve others
(melibatkan pihak yang lain)

f. Meneroka secara individu


• Note your own reactions
(mengenali diri sendiri/ mencatat reaksi sendiri)
• Keep a journal or learning log
(menulis diari atau log pembelajaran)
• Explore the people
(menerokai orang ramai)
• Make up your own mind
(membuat keputusan sendiri)

SPEED READING / POWER READING MRSM


46

Lampiran 6 [ii]

MEMBERI TUMPUAN

Sesuatu subjek atau perkara yang diberi tumpuan mudah diingati.

Tumpuan boleh dilaksanakan sekiranya ada kemahuan.

Kemahuan boleh dibina melalui dorongan dalam diri atau memotivasikan diri sendiri.

Memberi tumpuan akan menentukan pencapaian matlamat.


Apabila anda menetapkan matlamat, anda mesti berusaha mencapainya.

Dalam memberi tumpuan anda perlu kreatif, daripada menunggu masalah anda akan
selesai tanpa sebarang pertolongan atau bantuan

Cuba ubah perangai dan sikap. Anda mesti lebih realistik dalam menentukan matlamat
anda.

Daya penumpuan anda dapat dibaiki melalui strategi-strategi yang disyorkan di bawah
ini:

• Tetapkan waktu dan juga tempat untuk anda belajar

• Hapuskan (buang) segala bahan yang boleh menarik perhatian anda ketika belajar

• Anda perlu memupuk sikap yang positif terhadap pelajaran anda

• Hindari dan cuba lupakan buat seketika perkara-perkara yang merunsingkan atau
merisaukan anda

• Gunakan carta mengenai kemajuan anda menguasai daya penumpuan

• Dapatkan bantuan pakar sekiranya masalah tetap tidak dapat diatasi

• Berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan anda mengatasi masalah ataupun
mengurangkannya

SPEED READING / POWER READING MRSM


47

AMALAN MENINGKATKAN TUMPUAN PERHATIAN

BIL KENYATAAN

1 Pemakanan Seimbang
(mewujudkan ketahanan mental)
2 Latihan jasmani yang berterusan

3 Membaca doa-doa untuk terangkan hati / berjaya dalam peperiksaan

4 Mengerjakan sembahyang sunat

5 Lafaskan kata-kata positif yang memberangsangkan (mempunyai daya motivasi


yang tinggi)
6 Penggunaan teknik bayangan untuk memfokus kepada sesuatu aktiviti

7 Baiki cara belajar


(mempunyai perancangan dan pembahagian kerja yang berkesan)

8 Mengurangkan tekanan dengan menyelesaikan masalah / konflik

TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN PELAJAR TELAH HILANG TUMPUAN


PERHATIAN KETIKA MEMBACA

1. Memerhati orang yang lalu lalang/memandang ke kiri dan kanan

2. Memandang buku dengan pandangan kosong

3. Beralih tempat duduk / tidak boleh duduk diam

4. Menguap , mengantuk

5. Tidak duduk dengan tegak

6. Menggerak-gerakkan tangan dan kaki

7. Mata anda akan mencari sesuatu yang menarik perhatian ketika berada di tempat belajar

8. Anda akan meninggalkan meja tempat anda belajar kerana ingin melaksanakan satu
kerja penting, padahal kerja penting itu hanyalah kerja biasa

9. Anda mudah leka dan berkhayal dengan gambar-gambar atau perkara-perkara yang
berada di atas meja atau di dalam bilik anda belajar

10. Tidak mampu meneruskan waktu belajar apabila menerima panggilan telefon atau
ada program T.V. yang menarik perhatian anda

SPEED READING / POWER READING MRSM


48

SPEED READING / POWER READING MRSM


49

SPEED READING / POWER READING MRSM


50

PELAJARAN 30 minit

TOPIK Pascaujian
STANDARD 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata,
KANDUNGAN istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan
daripada pelbagai bahan.

STANDARD 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam


PEMBELAJARAN pelbagai bahan prosa dengan betul tepat secara luncuran
atau imbasan.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


OBJEKTIF i. Mengira kadar bacaan perminit bagi petikan yang dibaca
PEMBELAJARAN secara luncuran atau imbasan.

ii. Menyatakan idea keseluruhan petikan bagi mengetahui


tahap pemahaman bacaan.

LANGKAH Aktiviti 1:
1. Guru mengedarkan petikan yang sama untuk dibaca oleh
pelajar selama 5 minit. (Guna Teks KOMSAS)

Aktiviti 2:
1. Pelajar diminta untuk mengira :
a. Kadar bacaan perminit(wpm)
b. Jumlah perkataan
(Rujuk Lampiran A)

2. Guru merekodkan keputusan kadar bacaan setiap pelajar.

Aktiviti 3:
1. Pelajar diminta menjawab soalan pemahaman berdasarkan
petikan.
Rujuk Lampiran B :( menggunakan teks KOMSAS)

2. Guru merekodkan keputusan pemahaman setiap pelajar.

REFLEKSI

SPEED READING / POWER READING MRSM


51

Pascaujian (Lampiran C)
Initial reading test

Speed calculations
Pengiraan kepantasan bacaan

Fill out the following data to calculate how many Word Per Minute (WPM) you read.
Isikan data berikut untuk mengira WPM yang diperoleh.

Word count for 10 lines: A_________________


Kira perkataan pada 10 baris

Word count for one line: B_________________


Kira perkataan pada satu baris

Line count per page: C_________________


Kira semua baris pada muka surat pertama

Word count per page: D_________________ (multiply B by C)


Kira jumlah perkataan pada satu muka surat (darab B dan C)

SPEED READING / POWER READING MRSM


52

The next section calculates how many words you read:


Cara mengira jumlah patah perkataan yang dibaca

Full pages you read: E_________________


Jumlah muka surat penuh yang dibaca

Full page word count: F_________________ (multiply D by E)


Jumlah perkataan bagi muka surat penuh yang dibaca (darab D dan E)

Lines read on last page: G_________________ (complete lines)


Jumlah baris yang dibaca pada muka surat akhir (baris lengkap)

Last page word count: H_________________ (multiply G by B)


Jumlah perkataan pada mukasurat akhir (darab G dan B)

Total words read: I__________________ (add F and H)


Jumlah keseluruhan perkataan yang dibaca (tambah F dan H)

Words per minute J__________________ (divide I by 5)


(bahagi I dengan 5)

Compare your reading speed to the table on page 4. How well do you rate your reading
speed?
Bandingkan kepantasan bacaan anda dengan bacaan pada muka surat 3.

□ Excellent (Cemerlang) □ Good (Kepujian) □ OK (Baik)


□ Not so good (Memuaskan) □ Poor (Lemah)

SPEED READING / POWER READING MRSM


53

Nota Tambahan – Pelbagai Teknik Bacaan

1. Teknik Bacaan secara Imbasan (scanning)

➢ Teknik bacaan secara imbasan bertujuan untuk mendapatkan atau


mencari maklumat yang khusus bagi sesuatu tugasan atau tujuan
bacaan. Contoh tugasan yang kerap menggunakan bacaan imbasan
ialah:
✓ mencari nama, nombor telefon atau alamat tertentu dalam
direktori atau buku telefon
✓ mencari makna perkataan atau rangkai kata dalam kamus
✓ mengesan maklumat tarikh dan waktu dalam jadual perjalanan
bas atau bot.

➢ Bacaan imbasan memerlukan pembaca menggerakkan mata dengan


pantas pada muka surat dengan bimbingan idea atau kata kunci.

➢ Langkah-langkah bacaan imbasan

- Membaca dan mengesan organisasi bahan bacaan seperti tajuk, tajuk


kecil, dan melihat tanda pembezaan seperti tulisan condong, tulisan
bergaris, tulisan tebal, fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, ...) dan
berabjad (a, b, c, ... )
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks.
- Memberikan perhatian kepada aspek grafik seperti jadual dan
gambar rajah.
- Menggaris atau menyerlahkan atau mencatat kata kunci atau inti pati
maklumat di tepi muka surat/margin
- Mengenal pasti idea utama atau perkara pokok dalam suatu bahan bacaan.
- Mengenal pasti kesesuaian bahan bacaan itu dipilih bagi sesuatu tujuan,
misalnya mengklasifikasikan buku itu.
54

2. Teknik 5W1H

➢ 5W1H atau sering disebut sebagai soalan wartawan ialah teknik asas
dalam banyak aktiviti pembelajaran kemahiran bahasa, termasuk bacaan
pemahaman. Penyoalan ini asas untuk dikembangkan kepada penyoalan
yang lebih kompleks. Soalan 5W1H dalam bacaan yang digalakkan ialah
penyoalan kendiri yang dilakukan murid untuk merangsang, memandu dan
memantau pembacaan sendiri secara aktif.

Who – Siapa?
What – Apa?
When – Bila?
Where - Di mana
Why – Mengapa
How – Bagaimana?

➢ Langkah Teknik 5W1H

- Kemukakan enam soalan ini yang berkaitan dengan topik atau bahan yang dibaca
pada waktu sebelum, semasa dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa
secara aktif dan terarah.
- Catat soalan dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan.
- Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan
secara intensif dan mengukuhkan pemahamannya tentang bacaan tersebut.

Contoh penggunaan teknik 5W1H:

Who - Siapakah watak utama dalam cerita ini?


What - Apakah kejadian yang menimpa watak utama ini?
When - Bilakah kejadian itu berlaku?
Where - Di manakah kejadian itu berlaku?
Why - Mengapakah kejadian ini berlaku?
How - Bagaimanakah kejadian ini dapat diselesaikan?

3. Teknik THRILD

➢ THRILD ialah akronim kepada:

T: Title (Tajuk)
H: Heading (Tajuk kecil)
R: Read (Baca dan ringkaskan perenggan pertama)
I: Illustrations (Ilustrasi)
L: Last paragraph (Baca dan ringkaskan perenggan akhir)
D: Discussion (Bincangkan soalan)
55

➢ THRILD ialah teknik yang digunakan pada setiap awal bab dalam teks, sebelum
pembacaan sebenar berlaku. THRILD ialah teknik prabacaan (sebelum bacaan secara
mendalam) yang menyediakan kerangka pemikiran kepada maklumat baharu.
➢ Teknik ini bertindak sebagai penyusun bab, mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan
menyediakan konteks kepada perkara yang hendak dibaca.

➢ Langkah-langkah dalam teknik THRILD

- Imbas bab dan tulis tajuk dan semua subtajuk.


- Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan maklumatnya.
- Baca perenggan akhir dan rumuskan maklumatnya.
- Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan.
- Imbas soalan perbincangan (soalan yang disertakan pada hujung bab).
- Pilih tiga daripada soalan tentang perkara yang ingin diketahui lebih lanjut oleh pembaca.

Contoh Borang THRILD

Nama: ………………………………… Tarikh: ………………..

THRILD bagi Tajuk: ……………………………………………

Senarai Tajuk Kecil:

1. …………………………..
2. ………………..................

Rumusan Perenggan Pendahuluan:

……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..

Rumusan Perenggan Penutup:

……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..
56

4. Teknik paragambar

P : Preview (Tinjau)
A : Analyze (Analisis)
R : Read (Baca)
A : Accent (Gambarkan)

➢ Paragambar ialah aktiviti membaca perenggan secara aktif dan


mendapatkan semula maklumat dengan merumuskan idea atau isi penting
pada ruang tepi bacaan.
➢ Teknik ini menekankan perwakilan pemahaman dengan menggunakan gambar
kerana ‘satu gambar melambangkan seribu perkataan.’
➢ Paragambar dapat meningkatkan ingatan jangka panjang murid dan
kemahiran mendapatkan maklumat, serta sesuai bagi murid yang cenderung
kepada visual.

➢ Langkah teknik paragambar

- Baca petikan untuk menentukan isi kandungan yang penting.


- Tentukan kedudukan dan serlahkan maklumat yang perlu untuk memahami
kandungan petikan.
- Baca semula perkara yang dianalisis dan telah diserlahkan.
- Lukis gambar yang menyimpulkan maklumat yang diserlahkan pada ruangan tepi
(margin).

5. Teknik tanda QUACK

➢ Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif kepada teks yang


berbentuk fakta, membuat pertimbangan terhadap maklumat, dan
menandai maklumat yang tertentu.

Maksud QUACK

Q: Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata


dan idea yang kabur dan tidak difahami
U: Underline (Garisi) menggaris takrif
A: Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang
penting atau menarik
C: Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi penting.
Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci
K: (biasanya berhuruf tebal atau condong)

➢ Membaca, khususnya teks yang sukar, suatu proses yang meletihkan.


Teknik ini memerlukan pembaca menggaris, membulatkan dan
meletakkan beberapa tanda lain yang sesuai pada teks. Oleh itu,
pembaca dapat mengekalkan tumpuan seterusnya membantu
pemahaman mereka.
57

6. Teknik tanda ACID

➢ Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks secara aktif.


Interaksi dan fokus pembaca dengan teks dikekalkan kerana
pembaca perlu membuat pertimbangan terhadap bentuk dan
maklumat yang dibaca.

A: Agree (Bersetuju)
C: Confusing (Mengelirukan)
I: Interesting (Menarik)
D: Disagree (Tidak bersetuju)

➢ Tidak semua yang dipaparkan dalam sesuatu sumber media dan teks
sempurna, bahkan banyak kandungan teks yang sangat subjektif dan perlu
dibaca dengan peka.

➢ Teknik ini menggalakkan pembaca menimbang dan membuat keputusan


sama ada suatu maklumat itu dipersetujui, tidak dipersetujui, menarik atau
mengelirukan pembaca. Teknik ini boleh disekalikan dengan QUACK, iaitu
teknik menandai isi penting.

➢ Teknik ini sesuai untuk membaca teks yang berbentuk pandangan,


kontroversi dan penghujahan seperti lidah pengarang, ruang polemik
pembaca atau kolum khas penulis.

➢ Langkah teknik tanda ACID

ACID terdiri daripada dua bahagian: (i) ACID dan (ii) 3 tanda berasingan

1. Semasa membaca, tanya diri anda sama ada anda:

▪ B - Bersetuju (Agree)
▪ K - Keliru (Confuse)
▪ M- Menarik (Interesting)
▪ Tidak bersetuju (Disagree)

2. Tandakan B, K, M dan T di tepi halaman pada isi yang berkenaan.


3. Kemudian, berikan tanda bulat, bintang (*) atau garisan atau kurungan “( _ _ )”.
4. Petunjuk pandangan pembaca seperti bersetuju dan lain-lain boleh dijadikan asas
perbincangan.
58

7. Teknik CHATT

C: Circle (Bulatkan kata kunci)


H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting)
A: Asterisk (Tandakan asterik* pada isi sampingan/sokongan
T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT)
T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang
CHATT)

- Teknik CHATT sesuai digunakan apabila membaca teks yang kompleks dan padat, dan
pembaca dapat menyediakan nota pembelajaran untuk rujukan masa hadapan.

1. Pembaca menandai tiga tanda berikut:

▪ Membulatkan kata kunci atau istilah atau takrif penting dalam teks
▪ Menyerlahkan atau menggaris idea utama atau isi penting
▪ Menandakan asterisk kepada isi sampingan

2. Kemudian, murid memindahkan kata kunci, definisi, idea utama dan isi sampingan dan
dalam langkah pertama dalam Borang CHATT. Bagi definisi, lakarkan imej yang
bersesuaian.

3. Akhir sekali, guru memberikan rumusan atau komen tentang perkara yang direkodkan
oleh murid dalam Borang CHATT.

Nama: …………………………… Tarikh: …………………..

Topik: …………………………………………………….

Kata Kunci/Istilah Imej (Definisi) Definisi

………………………………………… ……………………………………………………
………...……………………………… ……………………………………………………

Idea Idea Sampingan


Utama
………………………………………………………………… ……………………………………………………………
………………………………………………………………… ……………………………………………………………
………………………………………………………………… ……………………………………………………………
…………………………....................................... …………………………….............................

Rumusan Guru:
59

8. Teknik Bacaan KWLH

- Teknik ini digunakan untuk menjana pemikiran yang aktif melalui pembacaan secara
kritis. Hal ini dilakukan dengan mengaktifkan pengetahuan lalu atau sedia ada untuk
mendapatkan pengetahuan baharu, kemudian murid membina soalan untuk memenuhi
tujuan bacaan serta memantau pemahaman mereka.

a. Maksud KWLH

K (what we know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca


W (what we want to know) Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca
L (what we learned) Perkara yang dipelajari selepas membaca
H (how you want to learn) Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin
diketahui dapat dipelajari (melalui bacaan seterusnya)

(b) Tujuan Teknik KWLH


- Mengaitkan pengetahuan/pengalaman sedia ada dengan teks yang dibaca
- Mengenal pasti perkara yang sudah dipelajari dan perkara tambahan yang perlu
diketahui lagi
- Menentukan maklumat tambahan
- Mengetahui maklumat semasa

(c) Langkah bacaan menggunakan teknik KWLH

Yang berikut ialah contoh pengurusan grafik yang digunakan dalam teknik KWLH.
Pengurusan grafik ini terbahagi kepada empat lajur.

K (yang telah W (yang ingin L (yang telah H (Bagaimana


diketahui) diketahui) dipelajari) mengetahui yang
lain)
60

Lajur K

1. Aktiviti bermula dengan murid berfikir dengan menjalankan sumbang saran tentang semua
yang diketahui oleh mereka tentang tajuk bahan bacaan atau teks.
2. Murid juga membincangkan perkataan, istilah atau frasa yang berkait dengan topik.
Maklumat ini dicatat dalam lajur K carta KWLH. Hal Ini dilakukan sehingga murid
kehabisan idea.
3. Guru boleh menyediakan soalan mencungkil untuk membantu dan mendorong murid
memulakan perbincangan tentang idea mereka. Contohnya, "Cuba beritahu perkara
yang anda tahu tentang "
4. Galakkan murid untuk menjelaskan perkaitan antara idea-idea mereka khususnya idea
yang tidak jelas atau luar biasa. Tanya, "Apakah yang menyebabkan anda berfikiran
begitu.
5. Kemudian, murid menghasilkan senarai soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui
mereka tentang topik tersebut. Soalan ini disenaraikan dalam lajur W.

Lajur W

1. Tanya murid perkara yang ingin dipelajari oleh mereka tentang topik tersebut. Murid
mencatat soalan-soalan dalam ruangan W. Lakukan sehingga murid kehabisan idea.
2. Tanya beberapa soalan lain untuk menjana idea untuk diisi di dalam ruang W. Jika
murid menunjukkan respons, tanya soalan seperti "Apakah yang anda mahu belajar
tentang topik ini". Jika murid menghadapi masalah untuk mengemukakan idea atau
menyatakan "tidak tahu apa-apa," cuba mengemukakan soalan yang seterusnya,
seperti "Apakah yang anda fikir tentang topik ini?”

Lajur L

1. Murid kemudiannya melakukan pembacaan. Selepas membaca teks, murid mengisi


lajur L dengan menjawab soalan yang telah disenaraikan oleh mereka dalam lajur W.
Jawapan ini menggunakan maklumat baharu yang telah dipelajari oleh mereka
melalui pembacaan teks tadi
2. Selain menjawab soalan-soalan di lajur W, murid digalakkan menulis perkara menarik
dalam lajur L. Untuk membezakan jawapan kepada soalan mereka, letakkan tanda
pembeza, misalnya lambang bintang bagi idea yang didapati menarik.

Lajur H

1. Walaupun selepas membaca dengan teliti, tidak semua soalan murid dalam lajur W
terjawab. Hal ini kerana fakta atau maklumat bagi soalan itu tidak terdapat dalam teks.
Murid diminta merujuk dan membaca bacaan tambahan daripada sumber lain
(internet, buku, guru, pakar) untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang
jawapannya tiada dalam atau melangkau teks. Secara umumnya langkah dalam KWL
memadai untuk menjawab soalan pemahaman, namun langkah dalam H akan
meluaskan pembacaan murid dan membantu untuk soalan yang berbentuk refleksi.
61

Contoh carta KWLH yang telah dilengkapkan oleh murid melalui aktiviti bacaan teks tentang graviti.

H(cara mendapatkan
K (tahu) W (ingin tahu) L (dipelajari) maklumat lain)

Graviti menghalang Apakah graviti? Graviti ialah daya yang Mencari maklumat di
kita daripada terapung Mengapakah kurang menarik objek ke arah bumi. internet atau buku
di sekeliling. graviti di bulan? Kekuatan graviti bergantung rujukan tentang:
Graviti membuat Apakah faktor yang pada berat objek.
sesuatu jatuh. menentukan kadar Saiz bulan lebih kecil daripada Bagaimanakah Newton
Terdapat kurang kelajuan sesuatu jatuh bumi, maka gravitinya lebih menemui graviti?
graviti di bulan. ke tanah? rendah berbanding bumi. Mengapakah graviti
Isaac Newton Rintangan udara menentukan berlaku?
menemui graviti. Perkara yang menarik: kelajuan sesuatu akan jatuh Apakah kesannya jika
Bagaimanakah Newton ke tanah. tiada graviti
menemui graviti?*

Nota: * Perkara/ fakta yang menarik dalam teks yang dibaca

9. Teknik bacaan SQ4R (Survey-Question-Read-Record-Recite-Reflect)

a) Maksud SQ4R

SQ4R melibatkan lima langkah, iaitu surveying (meninjau), question (menyoal), reading
(membaca), recording (mencatat), reciting (menyatakan kembali), dan reflecting
(membuat refleksi). Teknik mengambil kira strategi sebelum semasa dan selepas, serta
strategi kognitif, sokongan dan metakogitif.
62

b) Langkah bacaan menggunakan teknik SQ4R

Meninjau

Tinjauan ialah satu cara untuk mendapatkan pandangan sebelum memulakan pembacaan.
Langkah tinjauan awal yang memakan masa 15 hingga 30 minit kepada 1 hingga 3 minit.
Perkara yang ditinjau ialah:
▪ Tajuk bab
▪ Rangka kasar bab
▪ Pengenalan
▪ Tajuk utama
▪ Subtajuk kecil
▪ Ringkasan bab
▪ Perenggan pengenalan dan akhir
▪ Sebarang soalan ulang kaji atau soalan perbincangan, tip dan grafik

Menyoal

Dalam langkah menyoal, pembaca dikehendaki memberikan perhatian kepada proses berikut:

▪ Tukarkan tajuk, tajuk kecil petikan atau kapsyen kepada bentuk soalan.
▪ Baca soalan pada akhir petikan atau bab (jika ada).
▪ Bentuk soalan untuk membuat tinjauan terhadap gambaran keseluruhan teks.
▪ Tanya diri anda tentang apa-apa yang pernah diperkatakan atau dibincangkan oleh
guru/sumber lain tentang topik/subtopik tersebut. Catatkan ini sebagai soalan.
▪ Tanya diri anda tentang perkara yang anda ketahui atau baca tentang topik/subtopik
tersebut. Catatkan ini sebagai soalan.

Membaca

Dalam langkah membaca, kita memberikan perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang
telah dibina dalam langkah 2 (menyoal). Langkah dalam bacaan ialah:

• Cari jawapan kepada soalan pada awal dan akhir bab pertama yang dibina.
• Baca semula nota di bawah gambar, rajah dan lain-lain.
• Beri perhatian kepada perkataan dan rangkai kata yang digarisi, ditulis condong
dan ditulis tebal.
• Jawab soalan, dan teliti bimbingan, panduan, grafik dan sebagainya.
• Lambatkan kelajuan bacaan pada bahagian bacaan yang sukar difahami.
• Baca semula bahagian yang kabur.
• Baca satu bahagian pada satu masa dan catat selepas setiap bahagian.
63

Mencatat

Mencatat ialah langkah untuk memilih dan membuat catatan di bahagian tepi petikan. Catatan
ini dijadikan panduan untuk menyatakan kembali isi dalam bab atau petikan. Oleh itu, nota
ringkas membantu pembaca menyemak inti pati perkara yang dibaca.

Menyatakan Kembali

Menyatakan kembali bermaksud melafazkan semula catatan yang dibuat di sebelah tepi
petikan menggunakan perkataan sendiri. Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan terhadap
teks dan membantu mengingat perkara yang dibaca.

Membuat Refleksi

Membuat refleksi atau merenung atau memikirkan cara menggunakan idea yang telah dibaca
dalam petikan. Semasa membuat refleksi, pembaca menghubungkaitkan antara bab, atau
antara maklumat baharu dengan maklumat yang sedia diketahui dengan teliti. Pembaca juga
mungkin perlu mengulang pembacaan sekiranya ada bahagian tertentu dalam teks yang
masih tidak jelas.
64

10. Teknik bacaan RADAR

➢ Teknik ini membolehkan murid menghubungkaitkan apa- apa yang


diketahui dengan perkara atau situasi yang baharu. Lima aspek dalam
RADAR adalah seperti yang berikut.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baharu dan


mengaitkannya dengan pengetahuan yang sedia diketahui. Melalui teknik
ini, murid dapat membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.

➢ Langkah teknik RADAR


65

11. Teknik bacaan REAP (Read-Encode-Annote-Ponder)

➢ Teknik ini menekankan strategi bacaan untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan murid.

Maksud REAP:

Read (R) - Baca


Encode (E ) - Terjemahkan idea
Annote (A) - Catat berdasarkan pentafsiran
Ponder (P) - Fikirkan

➢ Teknik REAP bertujuan untuk:

- Meningkatkan kemahiran meringkaskan pembacaan dengan membantu pembaca


mentafsirkan idea pengarang dengan menggunakan perkataan sendiri.
- Membina kemahiran menulis untuk membantu mengingati idea daripada pembacaannya.

➢ Langkah-langkah REAP

1. Membaca
▪ Membaca dan memahami teks yang dibaca
▪ Memilih idea utama yang disampaikan
pengarang

Mengekodan
▪ Menerapkan idea yang disampaikan mengikut kefahaman dengan
menggunakan perkataan sendiri

Menganotasi
▪ Mencatat berasaskan tafsiran daripada pembacaan
▪ Jenis anotasi/catatan: memberikan makna (heuristik), kesimpulan
(penjelasan lanjut), senarai soalan yang perlu dijawab, saranan (persepsi
pembaca tentang tujuan pengarang, kritis (pendirian pembaca, bersetuju,
berkecuali)

Memikirkan
▪ Memproses mesej yang disampaikan oleh penulis
▪ Memikirkan sama ada mesej dapat disesuaikan dengan pengetahuan
sedia ada
▪ Menganalisis teks secara kritis dan mendalam
66

12. Teknik PMIT


➢ PMIT ialah akronim :
o P - Pelajaran
o M - Membaca
o I - Inferens
o T –Terancang
➢ Inferens bermaksud membuat kesimpulan atau rumusan tentang idea-idea penting
yang dibaca. Proses membuat inferens daripada pembacaan ialah satu unsur
kemahiran berfikir aras tinggi. I
➢ nferens dilakukan dengan mengintegrasikan idea dalam teks dengan idea yang sedia
ada dalam pemikiran murid.
➢ Tafsiran terhadap maklumat dalam teks menentukan mutu inferens sama ada betul
atau tidak.
➢ Inferens tidak diterima jika idea yang diberikan itu tiada dalam teks ataupun
menyimpang.

➢ Langkah teknik PMIT

▪ Guru menyediakan dan mengedarkan senarai kenyataan kepada murid


daripada teks yang dibaca oleh mereka. Sebahagian kenyataan itu berbentuk
tersurat (eksplisit) manakala sebahagiannya lagi tersirat (implisit).
▪ Murid membaca senarai kenyataan yang disediakan, kemudian membaca teks
yang telah dikaji maknanya.
▪ Guru menyoal murid untuk mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang
eksplisit dan yang implisit.
▪ Guru berbincang murid untuk menentukan kenyataan yang berbentuk implisit
berdasarkan perkataan dalam teks yang telah dibaca.
▪ Murid sekali lagi membaca kenyataan yang disediakan guru dan membaca teks.
▪ Murid mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang menyokong dengan
kenyataan tidak menyokong inferens.
▪ Guru dan murid berbincang untuk menyemak inferens yang betul (menyokong)
dan inferens yang salah (tidak menyokong).

13. Teknik bacaan berpasangan

➢ Aktiviti bacaan dijalankan secara berpasangan.


➢ Seorang daripada pasangan murid membaca kuat.
➢ Selepas membaca, rakan pasangan perlu bertanyakan soalan tentang perkara
yang dibaca dengan pencetus (prompt) seperti soalan apa, siapa, di mana, bila,
dan mengapa.
➢ Kemudian, mereka bersama-sama memparafrasa perkara yang dibaca dan cuba
mencapai kesepakatan dengan membuat rumusan.
➢ Langkah ini diulang secara bergilir dengan pasangan murid pula membaca.
67

14. Teknik bacaan timbal balik

➢ Kaedah bacaan timbal balik (reciprocal) dapat meningkatkan kefahaman dan


menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan yang dibaca. Pembacaan ini
melibatkan proses membuat pertimbangan tentang jenis maklumat dan
menandai petikan untuk:

✓ Merumuskan idea utama


✓ Memahami makna kosa kata dan idea
✓ Membina soalan bagi idea utama
✓ Meramal perkara yang akan berlaku
✓ Memberikan respons peribadi
68

➢ Bacaan timbal balik menggalakkan pelibatan aktif dalam pembacaan


untuk meningkatkan pemahaman, kosa kata, ingatan terhadap
maklumat dan membina kemahiran kolaborasi. Sesuai untuk
pembacaan bahan fiksyen dan bukan fiksyen.

➢ Langkah kaedah bacaan timbal balik

1. Guru kelas membaca kuat bahagian tertentu petikan dan


menjalankan langkah pengajaran menyoal dan menjelaskan untuk
(i) memahami perkataan, istilah, ungkapan dan teks; (ii)
mendapatkan idea utama; (iii) merumus petikan; (iv) meramal
perkara tindak ikut menggunakan input murid; dan (v) memberikan
respons tentang petikan, contohnya ‘apakah tindakan anda
sekiranya …..’.

2. Setelah selesai, murid dibahagikan secara berpasangan atau


kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diberikan saiz pembacaan
yang ditetapkan (contohnya, dua perenggan), dan berbeza antara
ahli kumpulannya (rujuk rajah berikut).

3. Seorang murid daripada setiap kumpulan bergilir-gilir memainkan


peranan guru kepada rakan dalam kumpulannya dengan mengulangi
langkah ‘mengajar’ yang dilakukan oleh guru kelas sebelumnya
69

Kaedah Bacaan Timbal Balik

Kumpulan A Kumpulan B

M1 M1

M2 M3 M2 M3

M4 M4
Murid bergilir- gilir
menjadi guru
kepada ahli
kumpulannya M1
M1

M3
M2 M2 M3
M4
M4

Kumpulan C Kumpulan D
1

SPEED READING/POWER READING MRSM 2021


SKEMA KERJA
PELAJARAN TOPIK OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI

PRAUJIAN 1. Pelajar dapat membaca pelbagai bahan prosa • Guru memiliki jam randik
secara luncuran atau imbasan dengan kadar dan loceng
bacaan per minit yang baik. • Pelajar perlu menyediakan
2. Pelajar dapat mengenal pasti isi penting dalam satu buku log
petikan bagi menjawab soalan pemahaman • DSKP : Kemahiran
dengan betul dan tepat. membaca :-
SK: 2.2, SP :2.2.3
• PBS: Kemahiran
Membaca - Band 1

1 PENGENALAN & 1. Pelajar dapat menyenaraikan 6 komponen • Woosh!Ritual


KOMPONAN 1 : HURUF penting bacaan efektif. • 3 jenis senyuman
2. Pelajar dapat mengenal pasti bentuk dan susunan • Panduan 20/20/20
huruf yang dapat membentuk bunyi dan • DSKP : Kemahiran
perkataan. membaca :-
3. Pelajar dapat membaca petikan menggunakan SK: 2.1, SP :2.1.1
teknik 20/20/20 dengan sebutan dan intonasi
yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
yang wajar.

2 MEMPERKASAKAN KOSA 1. Pelajar dapat mengenal pasti himpunan • Permainan Bahasa –


KATA perkataan dalam petikan yang dibaca. imbuhan
2. Pelajar dapat menggunakan pelbagai teknik • DSKP : Kemahiran
untuk memperkasakan kosa kata. membaca :-
3. Pelajar dapat menyatakan maksud kosa kata SK: 2.2, 5.3
berimbuhan awalan dan akhiran SP :2.2.3, 5.3.1
menggunakan glosari dan kamus dengan betul • PBS : Kemahairan
dan tepat. Membaca -Band 2
2

3 MENINGKATKAN 1. Pelajar dapat mengemukakan jawapan • Tips amalan membaca


PEMAHAMAN berpandukan petikan yang diberikan dengan • DSKP : Kemahiran
betul dan tepat. membaca :-
PEMBACAAN BERFIKRAH SK: 2.2, SP :2.2.2
• PBS : Kemahairan
Membaca -Band 3

4 MENINGKATKAN 1. Pelajar dapat membaca petikan dengan • Joget cekak


KELANCARAN menyebut perkataan dan ayat dengan sebutan pinggang/chicken dance
dan intonasi yang betul , nada yang sesuai • Girls sings Anuar Zains’s
serta kepantasan yang wajar song
2. Pelajar dapat meningkatkan kemampuan • DSKP : Kemahiran
membaca cepat. membaca :-
SK: 2.1, SP :2.1.1
• PBS : Kemahairan
Membaca -Band 3

5 BELAJAR MEMBACA 1. Pelajar dapat mengenal pasti maklumat • Permainan seven-Up


SECARA LUNCURAN penting daripada petikan yang dibaca dengan • Video permainan ping-
(SKIM) betul dan tepat. pong
2. Pelajar dapat menggunakan strategi membaca • DSKP : Kemahiran
untuk meningkatkan pemahaman dan membaca :-
kepantasan apabila membaca sesuatu petikan. SK: 2.2, SP :2.2.3
secara luncuran dan imbasan. • PBS : Kemahairan
Membaca :Band 3 & 4

6 MEMPERTINGKATKAN 1. Pelajar dapat menyatakan beberapa faktor • Muhammad Ali’s song


PEMAHAMAN yang mempengaruhi pemahaman pembacaan • DSKP : Kemahiran
mereka/ apa yang dibaca mereka. membaca :-
2. Pelajar dapat menggunakan 3 panduan utama SK: 2.4, SP :2.4.1
bagi meningkatkan penguasaan kosa kata dan • PBS : Kemahairan
ungkapan menarik dengan pemahaman dan Membaca : Band 4, 5,6
penghayatan yang baik.
3

PASCAUJIAN i. Pelajar dapat mengira kadar bacaan perminit • Guru memiliki jam randik
bagi petikan yang dibaca secara luncuran atau dan loceng
imbasan. • Pelajar perlu menyediakan
satu buku log
ii. Pelajar dapat menyatakan idea keseluruhan • DSKP : Kemahiran
petikan bagi mengetahui tahap pemahaman membaca :-
bacaan. SK: 2.2, SP :2.2.3
• PBS : Kemahairan
Membaca : Band 4, 5,6

Cadangan url yang boleh dirujuk oleh guru:


1. http://www.zanderwordford-smith.com
2. http://www.irisreading.com/youtube
3. http://www.being-brilliant.com/ytzws
4. http://www.bettertoeflscores.com

You might also like