You are on page 1of 6

PdPR 2021 Tatabahasa

MINGGU 24
Kata Majmuk
BAHASA MELAYU
TAHUN 4 1. Kata majmuk bebas
2. Kata majmuk istilah
khusus
4 CEMPAKA 3. Kata majmuk kiasan
4 RAFFLESIA
Kata Majmuk Bebas

 Katamajmuk bebas ialah dua kata dasar


membentuk satu perkataan baharu yang ditulis
secara terpisah.
 Kata majmuk mempunyai makna tersendiri.
 Contoh : bunga manggar, nasi minyak, dulang air,
kerusi roda, cermin mata, beg tangan, ibu jari,
tuan rumah.
 Contoh kata majmuk yang digunakan sebagai
gelaran: Menteri Besar, Setiausaha Sulit,
Kata Majmuk Bebas
 Contoh ayat
1. Mak saya sedang menghidangkan nasi minyak.
2. Ibu jari Kamal luka kerana terkena pisau.
3. Setiap murid perlu membawa alat tulis sewaktu hadir ke
sekolah.
4. Menteri Besar Selangor telah melawat ke Sekolah Kebangsaan
Bandar Teknologi.
5. Siapakah tuan rumah majlis ini , Izuren?
6. Cermin mata Ahmad patah akibat dipijak oleh adiknya.
Kata Majmuk Istilah Bebas
 Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah.
 Contohnya:
 temu duga
 cari gali
 teknologi maklumat
Contoh ayat:
1. Sesi temu duga yang diadakan pada hari ini ditangguhkan.
2. Kerja cari gali petroleum di perairan Sarawak telah bermula.
Kata Majmuk Kiasan
 Kata majmuk jenis ini bermaksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
 Contoh :
 cakar ayam
 anak emas
 berat tangan

Contoh ayat:
1. Zamri merupakan anak emas kepada keluarga Encik Zainal dan
Puan Zaidah.
2. Sifat Zana yang ringan tulang selalu mendapat pujian orang
kampungnya.
Kata Majmuk Mantap
 Mempunyai dua kata dasar yang mempunyai maksud.
 Kata majmuk ini dieja secara bercantum
 Terdapat 15 patah perkataan dalam kata majmuk mantap ini
 Contoh:
a) sukarela e) jawatankuasa i) kakitangan m) tandatangan
b) Tanggungjawab f) setiausaha J) warganegara n)
suruhanjaya
c) Kerjasama g) antarabangsa k) bumiputera o) beritahu
d) olahraga h) matahari l) pesuruhjaya

You might also like