You are on page 1of 4

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS PEMBINAAN SESEBUAH

NEGARA BANGSA
Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak
dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat
pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagi kemuncak
kejayaan sebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya. Aspek-aspek yang boleh
mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini telah dipersetujui melalui perbincangan
dimana terdapat lima perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah
negara bangsa iaitu integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi.
Integrasi menurut kamus dewan membawa maksud penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu
kesatuan; penyatuan, manakala berintegrasi pula membawa maksud bergabung,
berpadu. Integrasi nasional merupakan satu titik yang penting dalam proses pembinaan
satu negara bangsa bagi negara majmuk seperti Malaysia. Semenjak penubuhan
Malaysia lebih 45 tahun yang lalu sehinggalah kini, pelbagai isu yang berkaitan dengan
integrasi nasional masih lagi hangat diperkatakan antaranya ialah bagaimana untuk
menyatupadukan rakyat jelata dari segi psikologi, wilayah-wilayah yang terpisah oleh
faktor geografi dan mempunyai latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang
berbeza. Melalui integrasi, masyarakat dapat mengelakkan timbulnya perasaan
perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit.
Nasionaliti pula secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan,
contohnya kita merupakan warganegara Malaysia. Ia juga merupakan elemen yang
penting dalam mempamerkan identiti sesebuah negara bangsa seperti kad pengenalan
yang sama pada semua warganegara. Melaluinya, akan wujud sifat setia, sayang dan
sanggup berkorban untuk negara. Oleh itu, melalui nasionaliti faktor kebersamaan dan
perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan
bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat.
Nasionalisme membawa ideologi yang menegaskan penemuan semula dan
pengekalan identiti kebudayaan sendiri iaitu satu proses kesedaran yang dialami oleh
sesuatu bangsa terhadap entiti kebangsaannya yang berasingan dari entiti lain.

Nasionalisme juga secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai perasaan cinta


kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti
penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen
kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Negaraku atau menaikkan
bendera negara. Pada zaman dahulu lagi semangat ini telah tertanam dalam diri rakyat
iaitu semasa zaman pemerintahan British. Manakala patriotisme pula adalah kesetiaan
teragung yang terdapat di dalam diri rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk
tanah air yang dicintai. Sebagai generasi hari ini kita harus tahu tentang kepentingan
nilai patriotisme. Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu
berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan.
Ini kerana hanya bangsa yang kuat sahaja yang akan berjaya dalam menghadapi
cabaran abad ke- 21. Demokrasi pula ialah satu bentuk kerajaan di mana kuasa
menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
Malaysia merupakan negara bersistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat bebas
dalam meluahkan pendapat dan mempunyai hak dalam memilih. Ini kerana peranan
demokrasi juga adalah untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat
secara keseluruhannya. Negara bangsa hanya wujud apabila adanya kefahaman
mendalam berkenaan demokrasi. Penerimaan setiap hakikat yang dilahirkan oleh
proses demokrasi ialah keyakinan terhadap suatu ideologi yang akan memastikan
terhindarnya sebarang kegawatan politik. Ini akan mewujudkan keamanan dengan
tiadanya proses politik lain yang negatif seperti demonstrasi atau kudeta.

PELAKSANAANNYA MELALUI WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI DAN KONSEP 1


MALAYSIA
Wawasan 2020 adalah rangka tindakan konkrit gagasan Tun Dr. Mahathir
Mohamad untuk Malaysia melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat sebagai
sebuah negara maju dari segala segi seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang
bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi

oleh nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama
ekonominya, progresif, makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Dalam membentuk
Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cabaran
ini perlu ditangani bersama agar ia lebih mudah diselesaikan.
Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula, beliau telah
memperkenalkan satu konsep iaitu konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari telah
memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan
peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus
kepada

usaha

mempertingkatkan

mutu

kehidupan

melalui

penguasaan

ilmu,

pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Selain


daripada itu, konsep Islam Hadhari juga adalah untuk mempertingkatkan mutu
kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem
kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat
yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta
bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari menegaskan
beberapa prinsip dalam memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama iaitu keimanan
dan ketakwaan kepada ILAHI, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka,
penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,
kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya
dan moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan.
Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Perdana Menteri kita YAB
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan satu konsep iaitu konsep 1
Malaysia. Rakyat di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan
etnik dan kaum. Konsep ini bertetapan dengan suasana dan cita rasa rakyat dan juga
selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prisip-Prinsip
Rukun Negara. 1 Malaysia ini juga sangat selari dipraktikkan kerana rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan mereka perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini

perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur serta membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Dengan slogan
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, konsep ini telah membawa lapan nilainilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang boleh membantu dalam membina
sesuatu negara bangsa.

You might also like