You are on page 1of 4

PENGENALAN DAN CARA MENGATASI MASALAH PERKAUMAN

PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam
yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling
berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat
majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada
hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.
Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi
kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk
PERANAN IBUBAPA
Oleh

itu,

ibubapa

haruslah

membimbing

anak-anak

mereka

tentang

pentingnya perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak mereka akan mempunyai


persefahaman antara kaum lain yang menebal serta tidak akan menaruh perasaan
negatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.
Selain

itu,

ibubapa

juga

turut

menekankan

dan

meyampaikan

ajaran

agama kepada anak-anak mereka kerana agama mempengaruhi seseorang untuk ber
pegang

kepada

nilai-nilai

baik

yang

diajar

oleh

ajaran

agamanya

seperti

menghormatiorang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya.


Oleh demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu
pemangkin

utama

dalam

keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

mewujudkan

Di samping itu, ibubapaharuslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan


apabila berumur 5 tahun keatas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan
memahami budaya lalu membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana
semuanya bermula dari sejak kecil lagi.
PERANAN MEDIA MASSA / ELEKTRONIK / CETAK
Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media
cetak juga turut mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan
merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat
dari dalam danluar negeri kepada masyarakat.
Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran
langsung semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi
membolehkan

semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan detik-

detik kegemilangan puncak acara sambutan pada hari itu.


Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segalanilai-nilai perpaduan yang cuba
dipaparkan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.Selain itu, rancanganrancangan tentang sejarah Malaysia juga boleh disiarkan sepert isejarah kemerdekaan
Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia supaya menyedari rakyat
tentang

perjuangan

dan

usaha

pemimpin-pemimpin

pada

masa

lalu

dalam

menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagulagu berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan
serta

menghayati mesej-mesej

tersebut dikalangan

rakyat

yang

Malaysia.

hendak disampaikan menerusi lagu-lagu


Manakala

media

cetak

pula,

haruslah

menjayakan Program Promosi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperluaskan


hebahan

kepada

masyarakat

agar kesedaran orang ramai terhadap kepentingan

perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa akan subur.


Di samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan

kepada

para pembaca melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini
haruslah terus menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar
kerajaan.

PERANAN MASYARAKAT
Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin terus
membangun dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu
masyarakat yang bersatu padu haruslah diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan
strategi-strategi pembangunan Negara.
justeru, kita

haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap

apati/individualistik,
etnosentrismedan

perasaan
lain-lain

lagi

prasangka/prejudis,
dahulu.

Sikap

diskriminasi,

atau

perasaan

stereotaip,

tersebut

akan

mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin


hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya mungkin mencetuskan keadaan
masyarakat yang tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di
Kampung

Medan.

kejiranan/kekitaan

Sebaliknya,
supaya

kita
dapat

perlulah

mempraktikkan

mewujudkan

semangat

kedamaian

dan

kesejahteraan bermasyarakat yang berbilang kaum.


Sebagai contohnya, kita boleh

mengamalkan nilai-nilai

kejiranan

seperti

mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati


dan sebagainya

lalu berbincang dan

bermuafakat

dengan jiran tentang hal-hal

kebajikan dan keselamatan bersama. Denganini, kita dapat memahami dan


menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran yang pelbagai kaum selaras untuk
mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.
Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruhnegara
kerana ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam proses
perpaduan kaum.
sesame

mereka

di kawasan

Dengan adanya sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran


tanpa

mengira kaum terutama

semasa

boleh

membuat

bergaul
rondaan

perumahan

sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui Rukun Tetangga dapatmengembalikan


perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang. Namun begitu, kita

bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di kawasan perumahan


sendiri

bagi meningkatkan

lagi penglibatan penduduk-penduduk setempatdalam

aktiviti-aktiviti tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal


dan sikap tolong-menolong

antara satu sama lain di dalam kawasan mereka tanpa

mengira kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik
untuk memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk
setempatdi sesebuah kawasan perumahannya.
Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut HariKebangsaan ini
daripada menghabiskan

masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita perlulah

menggunakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini untuk menyelamidan
mengukur diri sendiri terhadap sumbangan diri ke arah perpaduan negara.
Fikirkankeadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya kita semua tidak bersatupadu.
Begitu juga, jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari
perjuangan dan usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum
di tanah air ini.
Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan bermasyarakatan
seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang berleluasadi kalangan
masyarakat tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama dan sokongandalam
menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka, ini akan mendorong negara kita untuk
mencapai perpaduan negara dan
seimbang di Malaysia

keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang

You might also like