You are on page 1of 4

NAMA TINGKATAN

: :

SAMANTHA VALERIE ANAK UNTING 4 ILTIZAM 970214-13-6710 PERPADUAN, SARAWAK NEGERI CONTOH

NO. KAD PENGENALAN : TAJUK :

Bagai aur dengan tebing merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat bekerjasama sesama masyarakat amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas serta kewajipan. Bertitik tolak daripada sikap saling bekerjasama ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan satu aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian akan dapat dinikmati ibarat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebaik sahaja Dato Seri Najib Tun Abdul Razak memegang tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada tahun 2009, beliau telah mengajak setiap individu daripada setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama melaksanakan sebuah transformasi besar. Gagasan yang diuar-uarkan oleh beliau ialah 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan . Beliau juga telah menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri contoh. Beliau juga menyatakan bahawa negeri Sarawak merupakan sumber inspirasinya dalam mencetuskan idea 1Malaysia ini. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berkata bahawa di bumi kenyalang, ideologi 1Malaysia ini telahpun dilaksanakan tanpa disedari oleh masyarakat setempat. Masyarakat di negeri Sarawak sentiasa mengamalkan sebuah senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara. Atas kesedaran ini juga, rakyat di negeri Sarawak yang berbilang kaum dan agama telah menunjukkan gerakan yang positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baharu. Antara nilai murni yang sering diterapkan dalam kalangan rakyat setempat ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati dan penerimaan. Justeru, sudah terang lagi bersuluh, rakyat di Sarawak sangat memahami dan mampu menerima serta menghormati perbezaan amalan yang menjadi adat dan tradisi turun-temurun dalam kalangan rakyat di negeri Sarawak.

Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan rakyat? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai semangat perpaduan yang sangat kukuh. Walaupun negeri ini mempunyai rakyat yang berbilang agama, bangsa dan budaya, namun hal ini bukanlah sebuah penghalang bagi mereka untuk mewujudkan semangat perpaduan yang kukuh. Rakyat di negeri ini tetap konsisten dalam semua aspek kehidupan yang meran tanpa membezakan warna kulit, perbezaan agama serta budaya etnik. Negeri Sarawak atau Bumi Kenyalang ini kaya dengan pelbegai etnik seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Etnik Sarawak mengekalkan perpaduan kaum dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum-kaum di Sarawak. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengintimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Sarawak. Melalui majlis rumah terbuka ini, sifat muhibah dan semangat bermasyarakat juga dapat lahir dengan sendirinya.Tuntasnya, kemajuan negeri ini bergantung kepada perpaduan kaum bak kata pepatah , bersatu teguh, bercerai roboh. Perpaduan kaum di Negeri Bumi Kenyalang ini juga telah dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini telah memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan rakyat di negeri Sarawak dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat setempat. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti mengukuhkan jalinan kemesraan juga dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Di negeri Sarawak, pihak ibu bapalah yang memainkan peranan dalam usaha megukuhkan perpaduan kaum. Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anakanak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di negeri Sarawak juga dengan mengambil langkah bercerita tentang susur galur sejarah negara Malaysia. Para ibu bapa telah menekankan kemerdekaan tanah air yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan generasi masa kini haruslah menghargai perjuangan tokoh terdahulu. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sebagai analoginya, generasi muda di Sarawak tidak akan terlalu taksub dengan kenikmatan materialistik dan hidup dalam kepompong sendiri dan memandang enteng akan kepentingan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Selain itu, semangat perpaduan kaum yang dijadikan amalan di negeri Sarawak ini juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Atas kesedaran akan pentingnya semangat perpaduan yang diamalkan oleh rakyat Sarawak, semangat ini telah menjadi ikutan negeri-negeri yang lain di Malaysia. Renteten daripada itu, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Masyarakat di negeri Sarawak ini mementingkan perpaduan kaum dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Sarawak ini telah menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya etnik di sarawak yang berbeza dari segi amalan dan kepercayaannya tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, masyarakat di Sarawak telahpun dapat membantu dalam mengembangkan ekonomi negara dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan lebih berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Pada suatu masa dahulu,para ibu bapa di negeri Sarawak tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah bagi menimba ilmu akibat masalah kewangan yang dialami. Para ibu bapa lebih rela anak-anak mereka bekerja daripada mengikuti sesi pembelajaran di sekolah-sekolah. Namun begitu, kini, rakyat bumi kenyalang semakin sedar akan betapa pentingnya sesebuah pendidikan. Justeru, semangat perpaduan kaum di Sarawak dikukuhkan lagi apabila ibu bapa menghantar anak-anak meraka ke sekolah Dengan cara ini, negeri sarawak dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Sarawak patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari caracara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil. Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia seperti yang dijadikan amalan rakyat negeri Sarawak. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju atas dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Semangat perpaduan haruslah disemai dan sentiasa disemat dalam ingatan agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata. Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. (1427 patah perkataan)

You might also like