You are on page 1of 2

TAJUK : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Keluarga Malaysia merupakan perpaduan muncul apabila rakyat Malaysia


membentuk kesamaan dan kesatuan dalam mewujudkan identiti nasional
di sebalik pelbagai rencam warganya. Perpaduan keluarga Malaysia
adalah suatu proses yang menyatu padukan seluruh masyarakat agar
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air. Ibarat sebuah keluarga, kebahagiaan dan
keharmonian hanya akan lahir apabila setiap ahli keluarga itu bersepakat
dan bersatu padu.Insan yang dibentuk dari sebuah keluarga merupakan
harapan bangsa dan negara “bak kata pepatah ‘pemuda bangsa,pemuda
tiang agama’ yang akan berbakti terhadap negara kelak. Perpaduan
melibatkan penyatuan daya usaha, fikiran, cita-cita dan pengorbanan
dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju dalam melahirkan sebuah
negara bangsa.Keluarga Malaysia teguh bersama apakah langkah-langkah
yang dapat diambil?

Langkah yang dapat di ambil ialah memupuk semangat perpaduan antara


kaum amat lah penting dan tidak mengira bangsa atau bahasa yang di
gunakan . Rakyat Malaysia haruslah mengekalkan toleransi dan perpaduan
sesama kaum dan etnik di negara ini iaitu persefahaman dan penerimaan
terhadap kepelbagaian warganya. Persefahaman bermaksud setiap rakyat
Malaysia perlu saling memahami antara satu sama lain. Selain itu ,
keluarga Malaysia perlulah juga bersatu padu supaya melahirkan anak
bangsa dapat berbakti kepada negara kelak. Oleh itu , setiap rakyat harus
saling mengenali antara satu sama lain dari sudut bahasa, agama dan
budaya “bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Dengan cara ini,
rakyat akan lebih memahami dan boleh mengelakkan timbulnya isu-isu
sensitif akibat kesalahfahaman atau mungkin ketidakfahaman antara satu
sama lain. Maka itu menerusi penerimaan terhadap kepelbagaian warga
Malaysia sudah wujud persefahaman, rakyat Malaysia yang majmuk akan
lebih mudah menerima seadanya antara satu sama lain.

Seterusnya , setelah saling menerima, akan wujud semangat kekitaan dan


persaudaraan. Mereka akan merasakan bahawa kewujudan mereka yang
pelbagai itu adalah untuk saling melengkapi; bagai aur dengan tebing yang
bermaksud saling membantu .Manakala tebing memerlukan akar-akar
daripada aur agar tidak runtuh dan mudah hakis oleh air begitu juga halnya
kehidupan rakyat Malaysia sebagai sebuah keluarga yang boleh menerima
kelemahan dan kelebihan masing-masing untuk hidup bersama secara
harmoni. Semangat perpaduan kaum jugak dapat dipupuk melalui aktivti
bersama seperti bergotong-royong bersama-sama dan melakukan rumah
terbuka kepada semua kaum atau etnik yang berada di Malaysia dan
melahirkan semangat perpaduan yang kuat antara kaum.

Dengan ini menanamkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan


generasi muda menjadi titik mula bagi memastikan kelangsungan
kemakmuran Malaysia pada masa hadapan bak kata pepatah "Ibarat
melentur buluh, biarlah dari rebung. Generasi mendatang dicemari
fahaman perkauman yang melampau, individualistik dan ketiadaan integriti
sehingga mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat apabila
kita tidak mengekalkan sikap perpaduan antara kaum. Justeru rakyat
Malaysia antara lain diseru mengetepikan perbezaan serta menggembleng
tenaga untuk sama-sama memulihkan semula negara dalam mendepani
pandemik Covid-19.

Kesimpulannya , Keluarga Malaysia haruslah teguh bersama dalam


bersatu padu dalam berbilangan kaum mahupun bangsa supaya dapat
membangun negara yang berkembang maju di masa depan.
Keluarga Malaysia juga bertanggunjawab dalam melahirkan insan yang
beretika dan berbakti kepada negara yang dapat menyumbang
keseimbangan ekonomi negara Malaysia .

( 492 patah perkataan)

You might also like