You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah

meningkatkan perpaduan dan akibat hidup berpecah belah. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam
masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia. Selama ini perpaduan masyarakat yang
menentukan kelangsungan pembangunan negara. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan,
rakyat Malaysia bernaung di bawah payung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
sebagai panduan pembinaan negara. Oleh sebab itu, rakyat tidak boleh menghancurkan asas
perpaduan yang utuh selama ini kerana asas persefahaman hidup bersama itu dibentuk melalui
semangat bertolak ansur dan berkompromi
Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memeperkukuh
keharmonian kerana mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu
mencernakan perpaduan seluruh rakyat. Aatas kesedaran tersebut, rakyat Malaysia tidak harus
membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka yang terjalin
sejak sekian lama. Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat
mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki dan akhirnya di sinilah mereka
disemadikan. Dalam setiaplangkah, azam mereka hanyalah satu, iaitu tidak akan membenarkan
kumpulan etnik menguji sempadan perpaduan yang terbina selama berdekad-dekad itu.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat
perpaduan agar sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan tanpa melukai perasaan manamana pihak.
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman dan amalan
kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agendabersifat perkauman dalam kalangan
masyarakat. Tindakan demikian akan menanam benih perbalahan yang akan melunturkan
keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini. Pembinaan Negara bangsa bukanlah
suatu proses yang mudah kerana terpahat padanya cabaran berliku-liku yang memerlukan
persefahaman dan pengorbanan daripada pelbagai pihak. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia tidak
boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum yang menunjangi kehidupan rakyat
selama ini. Sementara itu, rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan
mereka terhadap perpaduan negara. Mereka perlu sedar bahawa kecuaian dan sikap
sambalewa akan meruntuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan
dengan itu, semangat patriotik wajar disemai dalam kalangan generasi muda. Tanggungjawab
ini dipikul oleh semua pihak yang cinta akan negara ini.
Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh ikatan perpaduan rakyatnya, struktur
masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh. Hal ini demikian kerana isi penyepaduan nasional
hendaklah terus dipertahanakan bagi menetukan survival Malaysia. Sebagai contoh, kita perlu
menerima persamaan daripada membesarkan perbezaan. Sememangnya, kita tidak dapat lari
daripada realiti hidup kerana dalam kepelbagaian itu, ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan
demi kepentingan bangsa dan negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada Jangan Langgar Sempadan
Perpaduan
Oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 10 Januari
2014)

You might also like