You are on page 1of 2

Terna : Perpadunn

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rurnusnn yang panjangnya ti(lnk
melebihi 120 patall perkntaan. Anda digalakkan stpaya lnenggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dalam usaba


mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mcncontohi
Malaysia sebagai negara yang harmoni walaupun rakyatnya berlainan bangsa, agama dan
budaya. Dalam usaha mengekalkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum, seluruh
masyarakat Malaysia perlu memainkan peranan penting menjadi penggerak utama agar
pembangunan ekonomi negara terus stabil dan konsisten.

Semangat pervaduan juga perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia sejak di
bangku sekolah Iagi dengan cara mengukuhkan semangat jati diri dalam kalangan pelajar
berbilang kaum. Sistem pendidikan merupakan medium pcnting untuk mengekalkan
perpaduan kaum melalui pelbagai mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang matang Iagi
bertanggungjawab. Dalam hal ini guru harus bertanggungjawab menerapkan nilai murni
dalam diri setiap pelajar agar Inenghormati orang lain walaupun berlainan agama dan
kepercayaan.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Melalui sambutan
pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk rakyat mengenali budaya dan adat
resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Kesatuan demi
keharmonian ini merupakan keunikan yang boleh memperteguh Iagi perpaduan antara kaum,
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang
aman dan disegani. Amalan menganjurkan rumah terbuka bagi setiap perayaan, menjadi
wadah untuk meraikan perpaduan kaum melalui amalan ziarah-menziarahi, saling menolong
dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

Perpaduan kaum penting untuk mengukuhkan Iagi ekonomi negara melalui


penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Secara keseluruhan, perpaduan kaum
merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang
kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara
yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan
ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan pembangunan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Perpaduan Kaum Tonggak Keharmonian Kaum'
Berita Harian Online, Ogos 2019.

Scanned with CamScanner

You might also like