You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum wrbt dan selamat sejahtera.

Yang dihormati, tuan


pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dan rakan-rakan seperjuangan
yang dikasihi sekalian.
Petang hari pergi ke pekan, pulang membawa sebungkus laksa, hidup muhibbah perlu
diamalkan, di negara Malaysia berbilang bangsa. Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan
kesyukuran kerana telah diberikan peluang untuk membuat pengucapan awam di pentas yang
penuh barakah ini. Pada hari ini, saya ingin meyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Amalan Murni Mengeratkan Perpaduan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan,
Apakah itu perpaduan? Merujuk kamus dewan edisi yang keempat, perpaduan ditakrifkan
sebagai penggabungan, perihal bersepadu iaitu bergabung menjadi satu, bersepakat dan
persatuan.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian,
Perpaduan kaum amat penting dalam kemajuan sesebuah negara. Malaysia, sebuah negara
bermasyarakat majmuk yang kaya dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa
yang pelbagai. Secara praktis, perkara ini amat sukar menyatupadukan kaum yang berbeza
agama, budaya dan cara hidup. Namun, dengan penubuhan Malaysia, perpaduan rakyat dapat
dilaksanakan dan direncanakan atas hasil kepimpinan pemerintah terdahulu. Negara Malaysia
telah berjaya menguruskan perpaduan kaum dan masyarakatnya.
Hadirin yang dirahmati Allah, terdapat banyak amalan murni yang dapat mengeratkan
perpaduan kaum. Antaranya ialah, bekerjasama saling membantu, sentiasa mengambil berat
dan hentikan rasisme. Hujah saya yang pertama ialah hidup berjiran. Keseronakan dan
keindahan hidup berjiran merupakan satu perkara yang amat penting. Kemesraan berjiran amat
erat bagai isi dengan kuku. Apabila hidup berjiran, banyak amalan murni yang dapat kita
amalkan. Contohnya, pada waktu perayaan, kita boleh membuat majlis rumah terbuka. Dengan
itu, kita boleh berbual sesama tetangga yang berlainan bangsa. Kita dapat membantu jiran
untuk persiapan majlis tersebut dan secara tidak sengaja munnncullah sebuah perpaduan.
Selain itu, kita wajarlah mengormati perayaan setiap kaum. Antara kebaikan semangat
kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah.
Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara yang
di luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita sakit atau menghadapi
sesuatu bencana, sudah tentu jiranlah orang yang paling cepat membantu kita.
Hujah saya yang kedua ialah rakan sebaya. Kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak yang
dari bangku sekolah telah bercampul gaul apabila sudah dewasa akan mudah untuk
berinteraksi dengan kaum-kaum lain. Melalui sekolah kebangsaan, semua kaum baik melayu,
cina dan india dibenarkan belajar dalam satu kelas di bawah bumbung yang sama dan duduk
bersebelahan menyebabkan bibit-bibit kemesraan dilahirkan sejak kecil lagi. Langkah
kementerian pelajaran memperkenalkan sekolah wawasan dengan meletakkan sekolah
kebangssan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil dalam satu
kawasan, amatlah dipuji. Tetapi, apa yang dikesali ialah niat murni ini dijadikan isu
menyebabkan rancangan ini terbantut. Walaupun begitu, kementerian pelajaran perlu
berterusan berusaha untuk mencari satu formular agar semua kaum dapat membina semangat
satu bangsa. Dengan harapan, apabila dewasa kelak, semangat ini menjadi amalan.
Hadirin yang dihormati, bahasa melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
sejak kecil lagi. Paling lewat tahun satu, kita telah didedahkan dengan penggunaan bahasa
melayu yang betul. Agensi yang diberi tanggungjawab iaitu dewan bahasa dan pustaka
berterusan mengatur rancangan untuk memastikan semua masyarakat malaysia dapat
menggunakan bahasa melayu dengan betul. Tetapi, apa yang perlu sekarang adalah usaha
untuk meningkatkan penggunaan bahasa inggeris. Bahasa melayu seakan-akan diabaikan.
Akibatnya bahasa Melayu terpinggir, bahasa inggeris pula tidak semantap mana. Bagi
mematikan impian menjadi kenyataan, para pemimpin bermula dari menteri perlulah
menggunakan bahasa melayu dalam urusan rasmi agar usaha yang murni ini diikuti oleh rakyat
jelata. Apabila semua kaum bertutur dalam bahasa yang sama, usaha memperteguh perpaduan
kaum akan menjadi lebih mudah.
Akhir kata daripada saya, bersatu teguh, bercerai roboh. Walaupun berlainan bangsa tetapi,
tetap bersatu untuk negara. Sekian dahulu syarahan saya pada hari ini, saya akhiri dengan
ucapan sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like