You are on page 1of 4

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis, barisan Panel Hakim yang

berkarisma, Dif-dif Kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan
salam perpaduan.

Perpaduan ke arah kesejahteraan Malaysia begitulah tajuk syarahan yang saya


sampaikan.

Hadirin sekalian,

Menurut kamus dewan perpaduan membawa maksud perihal berpadu,

ke arah pula pergi ke satu destinasi, manakala kesejahteraan adalah keamanan dan
keharmonian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sudah 59 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itulah, perpaduan
menjadi teras pembangunan Negara. Kita bangga dengan Negara kita yang
mempunyai berbilang bangsa, agama dan damai.

Ya, semua adalah kerana semangat muhibah dan perpaduan yang diamalkan dalam
setiap diri anggota masyarakat.

Sidang hadirin yang dikasihi,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan Negara kita
telah menyatukan pelbagai kaum di Negara kita ini. Melalui sistem inilah, murid-murid
menerima pendidikan yang bermatlamatkan memupuk jati diri.

Dengan itu akan tumbuhlah semangat intergrasi nasional bermula dari akar umbinya
lagi.

Hadirin yang sekalian,

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara, atas rasa tanggungjawab dan
kesedaran inilah, maka kerajaan telah menganjurkan Program Khidmat Negara.

Antara

objektifnya

ialah

menjalinkan

permuafakatan yang telah sedia ada.

Hadirin yang berwawasan,

bibit-bibit

perpaduan

dan

mengukuhkan

Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan, tiada kejayaan yang dikecapi.
Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Mohd Najib bin Tun Razak telah mengungkapkan satu gagasan iaitu satu malaysia
sebagai tonggak utama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan
matlamat kekayaan ekonomi dapat dikongsi bersama.

Jelas disini, perpaduan dan kesejahteraan akan hanya dapat dikecapi sekiranya rakyat
yang berbilang kaum ini mempunyai semangat kekitaan sebagai bangsa Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan demi mencapai perpaduan dalam
masyarakat kita. Alternatif yang paling penting dan efektif ialah penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi.

Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa

Dengan bahasalah, kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain
tanpa sempadan.

Hadirin yang dimuliakan,

Kini, Malaysia telah menjadi sebutan dunia. Kemajuan dan kejayaan menyatu padukan
rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya memang menakjubkan. Justeru itu,
sebagai generasi muda dan pewaris bangsa Malaysia, kita perlu mengekalkan dan
mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin.

Ingatlah, bersatu teguh, bercerai roboh. Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Marilah kita bersatu demi kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

Sekian terima kasih.

You might also like