You are on page 1of 6

Kenapa diadakan Sukan Tahunan Sekolah?

Sukan:
Menjadikan murid sihat, bertenaga dan ceria
Membawa masyarakat sekolah bersama-sama, bekerjasama dan bersatupadu
Membina semangat murid berani, yakindiri dan mempunyai daya saing
Melatih murid lebih fokus, merancang, bersedia, berdisiplin dan mengikut peraturan
Sekolah sebagai pembekal kepada segala bentuk sumber manusia masahadapan termasuk ahli sukan
negara
Sukan Untuk Negara

http://drmat-ismail.blogspot.my/2011/04/kenapa-diadakan-sukan-tahunan-sekolah.html

kesan

-kita perlulah menjaga kesihatan kita untuk mengelakkan masalah obesiti yang menjadi
penyebab kepada pelbagai penyakit kronik
-kita perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
-kita perlulah bergiat aktif dalam sukan
-kita haruslah menghidupkan budaya bersukan dengan orang di sekeliling kita
-kita haruslah mengeratkan silaturahim dengan orang lain tanpa mengira umur, bangsa dan
kepercayaan agama melalui sukan
-kita haruslah aplikasikan ilmu dan pengalaman sukan yang diperolehi dalam kehidupan
seharian
-kita haruslah bersatu dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjayakan
pelaksanaan aktiviti sukan
-kita juga perlu berdisiplin semasa bersukan
-masyarakat bersatu dan menyokong pelaksanaan hari sukan
-negara perlu menyediakan peruntukkan bagi melancarkan pelaksanaan hari sukan
-negara perlu memberikan latihan intensif kepada bakat muda

https://brainly.my/tugasan/282749

KESAN KEPADA NEGARA

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan.
Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan
malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat
penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak
daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh
Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa dan mampu menjadi
ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti
Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang
kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain
menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi
menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini
haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.
Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan
Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia
menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket
bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh
digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing
dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak
memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skil-skil permainan dan
kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah,
manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan
sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai
pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan
taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

Berita Di Sunting Dari Sumber : Bernama

Kesan kepada masyarakat


Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa
lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan
sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang
lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan
dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang
sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat
dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar
pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah
bersukan kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih
banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan
separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa
mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.
Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan
fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang
dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik
seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat
membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih.
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani
ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan
sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang
berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan
membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan
dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat
yang sihat.

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang
yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa
lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit,
masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan
untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi
golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan
membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam
pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan
masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu
meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin ke
peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari
ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa
dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk


mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui
penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang
sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan
meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan
dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan
hubungan.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan


pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap
kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan.
Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu
menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius
di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar
tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama
perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju
anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan
sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara
professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli
masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah
sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai


faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat
digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan
masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan
juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa
agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju
yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan
negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan
masyarakat. http://stpm-study.blogspot.my/2013/10/faedah-faedah-bersukan-
kepada-masyarakat.html

Kesan kepada diri


-tubuh dan minda sihat
-emosi lebih ceria
-dapat melepaskan tekanan
-pengalaman semasa bersukan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian
-lebih minat bersukan
-mencungkil bakat dalam diri
-lebih berkeyakinan
-dapat bersaing secara sihat

kesan kepada masyarakat


-mengalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat
-Menitikberatkan penglibatan bersama masyarakat dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat
-melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi fizikal dan minda
-mewujudkan komuniti yang bekerjasama
-mengatasi masalah obesiti dalam kalangan masyarakat yang menjadi punca kepada
pelbagai jenis penyakit kronik
-masyarakat lebih ceria
-membentuk masyarakat yang berkeyakinan diri
-wujud daya saing yang sihat dalam masyarakat

kesan kepada negara


-taraf sukan negara akan meningkat
-negara ceria dan bersatu
-meningkatkan produktiviti negara
-kesejahteraan menyeluruh
-kualiti kesihatan negara meningkat
-dapat bersaing dengan negara lain dalam bidang sukan
-menaikkan semangat kesukanan

https://brainly.my/tugasan/282260
faktor
1.memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid sekolah

2.menonjolkan bakat murid-murid dalam sukan terutamanya kepada mereka yang lemah
dalam pelajaran tetapi hebat dalam sukan

3.mengasah bakat murid-murid agar dapat menjadi atlet profesional pada masa akan datang

4.menjadikan setiap pelajar sebagai seorang insan yang aktif dan sihat
5.mendorong pelajar untuk sentiasa bersukan untuk mengekalkan kesihatan diri selalu

Pada 28 April 2017, KERIS telah mengadakan temasya sukan tahunan sekolah dan telah
berlangsung dengan cukup meriah. Temasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula
pada pukul 8.00 pagi.

Sehari sebelum temasya sukan tahunan sekolah bermula, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Padang
sekolah dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni membuatkan
suasana cukup meriah. Semua kerja dilakukan secara bergotong-royong bersama dengan
beberapa orang pekerja sekolah, guru, dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja
tersebut.

Para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing telah berlatih dengan
bersungguh-sungguh pada setiap hari supaya dapat menjuarai setiap kategori yang
dipertandingkan. Seperti kata pepatah, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya”. Oleh itu, setiap peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
bergelar juara.

Pada hari sukan, semua pelajar dan guru hadir awal ke sekolah dan keadaan cuaca pada
pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin mula memenuhi
ruang tempat duduk yang disediakan di bawah khemah di sebelah tepi padang sekolah.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian
mengikut rumah masing-masing iaitu rumah merah, biru, kuning, dan hijau. Pengetua
menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan dan seterusnya merasmikan acara
temasya sukan tahunan sekolah.

Pelbagai acara sukan diadakan seperti 100 M, 200 M, 4 x 100 M dan 4x 400 M. Acara tarik
tali menjadi acara kemuncak hari sukan. Ini menjadikan suasana di padang menjadi riuh-
rendah dan meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 11.30 pagi dan rumah Merah muncul sebagai juara
keseluruhan. Saudara Ali Hamdi terpilih sebagai olahragawan manakala saudari Khairun
Nadia pula dipilih sebagai olahragawati. Pengetua berbesar hati menyampaikan piala kepada
para pemenang.

Tahniah diucapkan daripada seluruh warga KERIS TMUA buat kalian

You might also like