You are on page 1of 9

SMK ROMPIN

26800 KUALA ROMPIN


PAHANG DARUL MAKMUR

MEMO DALAMAN

Kepada Jawatankuasa Konvokesyen SMK Rompin


Daripada Setiausaha Konvokesyen
Salinan kepada Pengetua
PK Pentadbiran
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
GPK Prauniversiti
Tarikh 11 Januari 2017
Rujukan

MESYUARAT KONVOKESYEN BIL. 1 2017


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas memaklumkan bahawa
mesyuarat berkenaan akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Hari : Isnin
Tarikh : 16 Januari 2017
Tempat : Bilik mesyuarat
Masa : 2.30 petang

3. Sehubungan itu, tuan/puan diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.


4. Agenda mesyuarat seperti berikut:
4.1 Kata alu-aluan pengerusi
4.2 Pembentangan Kertas Kerja
4.3 Hal-hal lain
4.4 Penangguhan mesyuarat

5. Kerjasama serta kehadiran tuan/puan dalam mesyuarat ini amat dihargai

Sekian, terima kasih.

(PUAN SITI HUWAINA BT HUSSIN)


Setiausaha Konvokesyen
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN
BIL. 1 TAHUN 2017

Tarikh : 16 Januari 2017 (Isnin)


Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Harmoni

KEHADIRAN :

1. Pn. Hajah Nor Adlah bt Ab Mutalib Pengetua


2. En. Azhar b.Hashim PK Pentadbira
3. Pn. Norzawati bt. Aziz PK Ting. 6
4. Pn. Nor Rusyidah bt Aziz KB Kemanusiaan/KP Tassawwur Islam
5. Pn. Hjh Rohani bt. Othman Ramli KB Bahasa
6. En. Zahari b. Daud KB VOTEK/ Penyelaras Fizik
7. Pn. Tang Hwee Gek KB Sains&Matematik
8. En. Ahmad Faizul b. Mohd Alias
9. Pn. Hasmah bt Mohamed
10. Pn. Siti Huwaina bt Hussin

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. En. Nasaruddin b. Jusoh PK Kokurikulum

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran


semua guru.
1.2 Pengerusi memaklumkan adalah menjadi trend sekarang untuk mengadakan
majlis konvokesyen supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar, lebih-
lebih lagi SMK Rompin merupakan sekolah tertua di daerah Rompin.
1.3 Justeru, perkara paling penting yang harus diambil tindakan segera bagi
menjayakan majlis konvokesyen ini ialah peruntukan kewangan.
Makluman dan tindakan
2.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

2.1 Setiausaha membentangkan kertas kerja majlis konvokesyen 2017. Kertas kerja ini
hanya merupakan rangka permulaan untuk Majlis Konvokesyen ini dan kertas kerja
ini perlukan lebih banyak penambah baikan kerana masih tidak lengkap dari segi
perbelanjaan dan jawatankuasa majlis.

Makluman dan tindakan


3.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

3.1 Perbincangan Ahli Jawatankuasa Atasan

3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa, plan A beliau ialah beliau telah meminta
peruntukan kewangan daripada Adun Tioman untuk membuat 50 pasang jubah.
Walaubagaimanapun, perlukan rancangan B iaitu menyewa jubah pelajar
sekiranya plan A tidak berjaya.
Makluman dan tindakan

3.1.2 En Azhar meminta supaya semua ketua bidang wajib membuat jubah
konvokesyen. Sementara itu, bagi kaunselor pula, elok kiranya semua memiliki
jubah konvo tersebut.
Makluman dan tindakan

3.1.3 Encik Azhar memaklumkan bagi guru-guru yang mengajar SPM akan diteliti
semula siapa yang akan terlibat dalam majlis ini.
Makluman dan tindakan

3.1.4 Encik Azhar memaklumkan bahawa 1 jubah bagi canselor akan diambil daripada
jubah prauniversiti. Bagi guru-guru tingkatan 5 amat digalakkan untuk memiliki
jubah ini manakala bagi guru-guru kelas tingkatan 5 adalah diwajibkan.
Makluman dan tindakan

3.1.5 Encik Azhar memaklumkan bagi prauniversiti seramai 14 orang guru akan terlibat
dalam majlis ini.
Makluman dan tindakan

3.1.6 Encik Azhar memaklumkan 31 ruang akan disediakan diatas pentas untuk vip,guru
guru tingkatan 5 dan guru-guru tingkatan 6.
Makluman dan tindakan

3.1.7 Pengerusi dan Encik Azhar memutuskan bahawa Yb Dato ‘ Haji Hasan Bin
Ariffin, DSAP Ahli Parlimen Rompin merupakan Canselor untuk majlis konvo ini.
Manakala Pro Canselor ialah Tuan Haji Mohammmad bin Hamid. Naib Canselor
ialah pengetua SMK Rompin ,Timbalan 1 Naib Cancelor ialah GPK Pentadbiran,
dan Timbalan 2 Naib Canselor ialah GPK Prauniversiti. Sementara ahli-ahli senat
terdiri daripada guru-guru akademik tingkatan 5 dan tingkatan 6.
Makluman dan tindakan

3.2 Pemilihan jubah


3.2.1 Pengerusi memaklumkan telah membuat tinjauan dikamdar tentang kain untuk
jubah. Kain yang akan dipilih ialah kain fabrik linen
Makluman dan tindakan

3.2 En.Azhar memilih sama ada jubah untuk pelajar tingkatan 5 ialah warna marron
ataupun warna hijau. Namun, warna jubah juga bergantung kepada stok warna
daripada pembekal.
Makluman dan tindakan

3.3 En. Azhar memaklumkan bahawa jubah bagi canselor ialah warna hitam, jubahGPK
Pentadbiran, GPK Pra U ialah warna hitam, pelajar-pelajar pra u ialah dark blue.
Makluman dan tindakan

3.4 En.Azhar meminta agar setiausaha bertanyakan GPK Pra U mengenai alat-alat yang
diperlukan dalam majlis konvo nanti.
Makluman dan tindakan
3.4 En. Azhar memaklumkan pada hari tersebut akan diadakan jualan hari kantin.
Beliau mencadangkan jualan meja dibuat untuk mengutip dana.
Makluman dan tindakan

3.5 En.Zahari mencadangkan pakir kereta dijadikan sebagai tempat jualan.


Makluman dan tindakan

3.6 Encik Azhar memaklumkan pada majlis tersebut vip akan makan di canopy yang
disediakan sementara pelajar akan makan dikantin.
Makluman dan tindakan

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 En. Azhar menyatakan, oleh kerana majlis konvo ini merupakan majlis yang pertama
yang akan diadakan di SMK Rompin, maka beliau meminta sokongan, idea daripada
semua raka-rakan guru bagi menjayakan majlis ini.
4.2 En. Faizul meminta agar tarikh yang tepat ditetapkan untuk majlis konvokesyen ini.
4.3 Pn. Norzawati memaklumkan perlu ada anugerah guru dalam perbelanjaan kertas
kerja tersebut. Beliau juga meminta agar jawatankuasa majlis konvokesyen ini
dibentuk awal bagi memastikan kelanjaran perjalanan majlis ini.
5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan Tasbih Kafarah.

Disediakan oleh:

Setiausaha
Mesyuarat majlis konvokesyen SMK Rompin
SMK ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR

MEMO DALAMAN

Kepada Jawatankuasa Konvokesyen SMK Rompin


Daripada Setiausaha Konvokesyen
Salinan kepada Pengetua
PK Pentadbiran
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
GPK Prauniversiti
Tarikh 25 April 2017
Rujukan

MESYUARAT KONVOKESYEN BIL. 2 2017


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas memaklumkan bahawa
mesyuarat berkenaan akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 26 April 2017
Tempat : Bilik mesyuarat
Masa : 7.30 pagi

3. Sehubungan itu, tuan/puan diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.


4. Agenda mesyuarat seperti berikut:
4.1 Kata alu-aluan pengerusi
4.2 Pembentangan jawatankuasa kerja
4.3 Perkara-perkara berbangkit
4.4 Hal-hal lain
4.5 Penangguhan mesyuarat

5. Kerjasama serta kehadiran tuan/puan dalam mesyuarat ini amat dihargai

Sekian, terima kasih.

(PUAN SITI HUWAINA BT HUSSIN)


Setiausaha Konvokesyen
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN
BIL. 2 TAHUN 2017

Tarikh : 26 April 2017 (Selasa)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Harmoni

KEHADIRAN :

1. Pn. Hajah Nor Adlah bt Ab Mutalib Pengetua


2. En. Azhar b.Hashim PK Pentadbiran
3. En. Ton Baiduri bin Ton Zainal PK Hem
4. En. Nasarudin bin Nasron PK Kokurikulum
3. Pn. Nor Rusyidah bt Aziz KB Kemanusiaan/KP Tassawwur Islam
4. En. Zahari b. Daud KB VOTEK/ Penyelaras Fizik
5. Pn. Tang Hwee Gek KB Sains& Matematik
6. En. Ahmad Faizul b. Mohd Alias
7. Pn. Hasmah bt Mohamed
8. Pn. Siti Huwaina bt Hussin

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Pn. Hjh Rohani bt.Othman Ramli KB Bahasa

2. Pn. Norzawati bt. Aziz PK Ting. 6

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua


guru.
b) Pengerusi memaklumkan bahawa pembahagian tugas untuk majlis Konvokesyen ini
akan dibuat secara terperinci bagi melancarkan majlis ini yang julung-julung kali
diadakan di SMKR.
Makluman dan tindakan
2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT MAJLIS KONVOKESYEN
Minit mesyuarat jawatankuasa majlis konvokesyen bil.1 disahkan tanpa pindaan.
Pengesahan : Puan Nor Rusyidah bt. Aziz
Sokong : Pn. Hasmah bt. Mohamed

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 pengerusi memaklumkan 50 pasang jubah dan 20 skoll telah dibeli. Pelajar perlu
membayar sewa jubah sebanyak Rm 30.00.

3.1.1 Pengerusi memaklumkan perkara 3.13 dan 3.16 akan dibincangkan nanti dalam
mesyuarat G9.
Makluman dan tindakan

3.1.2 berkaitan perkara 3.4 iaitu jualan hari kantin, en. Nasarudin memaklumkan jualan
hari kantin hanya akan dibua kepada kelab dan persatuan sMKR sahaja.
Makluman dan tindakan

3.1.3 Encik Azhar meminta agar GPK koko membuat persiapan yang rapi dari segi
canopy, tempat, pihak-pihak yang semasa hari kantin tersebut kerana akan dibuat
pada hari persekolahan.
Makluman dan tindakan

3.1.4 Berkaitan perkara 4.2 Encik Azhar memaklumkan bahawa tarikh untuk majlis
konvokesyen ini belum dapat diputuskan lagi, namun dijangka akan diadakan
pada hujung bulan Oktober.
Makluman dan tindakan

3.1.5 perkara 4.3 berkaiatan anugerah guru dan pelajar semasa majlis konvokesyen
tersedbut, Encik Azhar memaklumkan akan diputuskan dalam G9.

3.6 Encik Azhar memaklumkan pada majlis tersebut vip akan makan di canopy yang
disediakan sementara pelajar akan makan dikantin.
Makluman dan tindakan

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 En. Nasaruddin memaklumkan akan mengadakan mesyuarat Hari Kantin/Hari
kokurikulum untuk diselaraskan dengan program konvokesyen.
4.2 En. Azhar mencadangkan agar mesyuarat Hari Kantin dan Hari Kokurikulum
diadakan lebih awal. Beliau mengharapkan mana-mana guru yang mempunyai idea
dan pandangan untuk penambahbaikan majlis konvo ini boleh memberikan
cadangan dan idea kepadanya.
5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 pagi dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan Tasbih Kafarah.

Disediakan oleh:

Setiausaha
Mesyuarat majlis konvokesyen SMK Rompin

You might also like