You are on page 1of 4

SEK.KEB.

BUKIT SENTOSA
48300 RAWANG.SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE-LIMA 2023


SK BUKIT SENTOSA

Tarikh : 4/9/2023
Hari : Isnin
Masa : 12.00 tgh hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBS

KEHADIRAN :
1. EN. HASSARUDDIN BIN YAAKOB - GURU BESAR
2. EN. EFFINDI BIN CHE HAAT - GPK HEM
3. PN. CHE ZURIAH BINTI ARONG - GPK KOKURIKULUM
4. PN. NORAHAYU BINTI RALANI - GPK PETANG

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua. Guru besar mengucapkan tahniah buat
Pn. Che Zuriah atas perlantikan sebagai GPK Kokurikulum dan Pn. Norahayu atas perlantikan sebagai
GPK Petang.
1.3 Beliau mengharapkan semua dapat memberikan kerjasama kerana Guru Besar dan En. Effindi juga
baru dilantik di sekolah ini.
1.4 Pengerusi juga memaklumkan jumlah guru di SKBS adalah seramai 139 orang di mana setiap
pentadbir perlu menjalankan amanah yang telah diberikan.

Makluman
2.0 PERKARA BERBANGKIT
2.1 Tiada

3.0 PERKARA BAHARU / LAPORAN UNIT


3.1 Guru Baharu
3.1.1 Sekolah menerima 3 orang guru yang berpindah masuk dan 2 orang guru dari maktab.
Pn. Latifah binti Saad - Opsyen Bahasa Arab
Pn. Norhafazah binti Che Hassan - Opsyen Pendidikan Agama Islam
Pn. Nurul Asilah binti Tarmizi - Opsyen PJ (PITO)
En Eizzat bin Mohd Sharudin - Guru Maktab
Cik Nur Aimuni Syakirah - Guru Maktab
3.1.2 Pada sesi petang, Kelas 1 USIM ditutup sehingga dapat guru baru. Pn. Zuriah menyatakan bahawa
walaupun guru baru ada, tetapi opsyen Bahasa Melayu tidak mencukupi.
3.1.3 Guru besar meminta guru yang membuat jadual untuk menyusun semula jadual. Jadual Pn.
Maznah akan diambil oleh Pn. Norhafazah.
3.1.4 Pn Latifah akan membantu guru kaunselor dan akan pergi ke sesi petang.
3.1.5 Pn. Nurul Asilah akan ke pagi bagi mengajar subjek Bahasa Inggeris.
3.1.6 Kesimpulannya guru baharu yang akan ke pagi adalah seramai 4 orang manakala 2 orang lagi akan
ke sesi pagi.
3.1.7 Jadual Pn. Siti Zaleha akan diambil alih oleh Pn. Che Zuriah sementara jadual baharu dijana semula.
3.1.8 Jadual baharu akan disemak dan disusun semula dan mengikut opsyen guru.
3.1.9 Pn. Norahayu akan mengambil jadual Che Zuriah buat masa ini.
Makluman

3.2 Gotong-royong
3.2.1 Program Gotong-royong Madani akan dilaksanakan pada 9 September 2023. Jawatankuasa telah
pun dilantik.
3.2.2 Guru Besar meminta En Effindi untuk semak semula harga dan jumlah cat pada ‘supplier’. Ini
kerana peruntukan yang dapat adalah sebanyak RM 4,300. 20 peratus atau sebanyak RM 860
adalah diperuntukkan untuk makanan.
3.2.3 Jumlah tersebut tidak boleh lebih daripada peruntukan. Jika lebih, perlu minta ‘supplier’ untuk
sediakan 2 invois.
3.2.4 Untuk bahagian makanan, guru digalakkan untuk memasak sendiri makanan tersebut. RM 1,000
akan diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
3.2.5 En. Effindi akan menyediakan surat makluman pada ibu bapa dan perlu sertakan masa .
3.2.6 En. Effindi menyatakan harga cat bagi waterproof agak mahal iaitu jumlah keseluruhan adalah
sebanyak RM 730. Manakala cat biasa jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 700.
3.2.7 Jumlah keseluruhan adalah sebnayak RM 1,430. Jika jumlah tidak mencukupi, saranan Guru Besar
adalah meminta sumbangan pada pihak PIBG.
3.2.8 Dalam program gotong-royong ini diharapkan semua AJK PIBG boleh melibatkan diri.
Makluman

3.3 PBD
3.3.1 Pengisian data PBD idme adalah sehingga 8 September 2023. Guru Besar akan mengeluarkan
memo bagi mengingatkan guru untuk mengisi dalam tempoh tersebut.
3.3.2 Bagi ujian pertengahan diminta guru-guru untuk mengisi dalam link yang diberikan.
Makluman

3.4 SKPM2

3.4.1 Bagi pengisian SKPM2, diminta untuk panggil penyelaras sistem ini Pn. Norshahira.
3.4.2 PBPP guru perlu menilai guru dan cadangkan nama guru untuk APC pada tahun ini. Setiap
pentadbir cadangkan 3 orang guru.
3.4.3 Pentadbir perlu lihat guru yang tidak pernah dapat APC. Kuota sekolah adalah seramai 11 orang.
3.4.4 Seramai 16 orang guru yang belum mendapat APC ini. Pentadbir perlu lihat dan menilai mereka
jika ada yang layak.
Makluman

3.5 Perkhemahan Perdana


3.5.1 Perkhemahan perdana akan dilaksanakan di Hulu Bernam Nature Hunt. Oleh yang demikian, setiap
murid perlu membuat pembayaran untuk menyertai perkhemahan ini.
3.5.2 Untuk tahun depan, GPK Kokurikulum perlu merancang lebih awal untuk dapatkan tempat yang
ada jurulatih.
3.5.3 Guru besar juga menyarankan agar setiap Perkhemahan perlu sediakan sijil. Sama ada sijil naik
pangkat atau sijil Manik Kayu.
3.5.4 Jumlah murid yang menyertai perkhemahan pada tahun ini adalah seramai 200 orang.

3.6 Hal Ehwal Murid


3.6.1 Jururawat akan datang minggu hadapan untuk Program imunisasi tahun 1 dan pemeriksaan gigi.
3.6.2 Guru diminta untuk mengedarkan borang persetujuan ibu bapa.
3.6.3 Guru besar meminta jururawat untuk menghantar peralatan selepas jam 2.00 petang bagi
memberi laluan kepada murid tahun 1 untuk berhimpun.
3.6.4 Pn. Mariani selaku penyelaras tahun 1 akan mengagihkan borang dan kad gigi kepada guru kelas.
Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Tiada

5.0 PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr.
5.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.31 petang.

Disediakan oleh:
Urusetia,
Mesyuarat Pengurusan 2023
Tarikh 6 September 2023

You might also like