You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SUMBER

BIL.01/2022
SMKSEBAUH, BINTULU

TARIKH : 17 OGOS 2022


TEMPAT : PUSAT SUMBER SMK SEBAUH
MASA : 0200-0330
Kehadiran: Rujuk Lampiran 1

Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pengesahan minit mesyuarat lalu
3.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 Perkara yang dibincangkan
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

1.0 Ucapan aluan oleh Pengerusi Tindakan


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru pusat sumber dan
terima kasih di atas kehadiran semua ahli.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat lalu
2.1 Minit mesyuarat lalu dibentangkan oleh Cikgu Grace selaku setiausaha
dan disahkan oleh cikgu Suziela disokong oleh Cikgu Siti Hairunnie.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit dari mesyuarat lepas.

4.0 Perkara yang dibincangkan


4.1 Jadual bertugas Guru PSS 2022/2023 Semua
Guru-guru PSS
4.1. Guru Penyelaras Pusat Sumber, Puan Emmylia memaklumkan jadual Semua
1 tugas baharu untuk guru-guru PSS sudah siap dan boleh dirujuk kepada Guru-guru PSS
semua guru. Sebarang pertukaran adalah atas budi bicara guru-guru
sendiri.
4.1. Jadual guru bertugas sudah ditampalkan pada luar pss dan Cikgu Emmylia Semua
2 berharap agar guru-guru PSS memberikan Kerjasama yang baik dan Guru-guru PSS
mematuhi jadual dalam menjaga PSS SMK Sebauh.
4.1. Ketidakhadiran guru bertugas harus dimaklumkan kepada Cikgu Emmylia Semua
3 dan mencari guru lain yang boleh bertukar ganti hari dan waktu bertugas. Guru-guru PSS
4.2 Pengunaan Buku rekod Penggunaan bilik-bilik Khas
4.2. Peringatan sekali lagi daripada cikgu Emmylia kepada semua guru-guru Semua
1 yang memegang bilik-bilik khas agar sentiasa memastikan bilik-bilik Guru-guru PSS
berada dalam keadaan kemas, bersih dan kondusif.
4.2. Guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas diminta untuk membuat buku Semua
2 rekod penggunan bilik masing-masing dan sentiasa di kemaskini dari Guru-guru PSS
semasa ke semasa. Laporan bulanan penggunaan bilik-bilik khas akan
dikutip selang tiga bulan sekali dari guru. Mohon guru-guru yang
memegang bilik-bilik khas peka dan menghantar laporan mengikut masa
yang ditetapkan.
4.2. Makluman kepada guru pss yang ingin menggunakan pusat sumber Semua
3 sekolah agar membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal Guru-guru PSS
untuk mengelakkan kesesakkan dalam pusat sumber pada satu-satu
waktu terutama pada mata pelajaran galakan membaca yang
menggantikan “sit in” tetap.

4.3 Kewangan Pusat Sumber Sekolah


4.3. Makluman daripada Cikgu Emmylia peruntukan PSS terkini adalah Semua
1 sebanyak RM10,117.00. Wang sudah dibelanjakan untuk pembelian buku Guru-guru PSS
fiksyen dan buku rujukan bagi beberapa mata pelajaran untuk kegunaan
murid dan guru. Baki yang tinggal akan di kemaskini oleh Puan Sapiah dan
Cikgu Emmylia akan maklumkan pada mesyuarat akan datang.

4.4 Pengumpulan data Nilam Semua


Guru-guru PSS
4.4. Cikgu Emmylia memaklumkan bahawa program nilam akan terus Semua
1 dijalankan. Mohon rakan guru sentiasa menggalakkan murid untuk Guru-guru PSS
membaca dan mengisi buku nilam mereka.
4.4. Cikgu Emmylia meminta agar cikgu Suziela boleh mula mengisi data nilam Semua
2 murid agar tidak terkumpul terlalu banyak. Guru-guru PSS

5.0 Hal-Hal lain


5.1. Tiada hal-hal lain yang dibincangkan untuk mesyuarat kali ini.
1
6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
mengharapkan Kerjasama yang baik daripada semua pihak. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 5.00 petang oleh Cikgu Erniezan dan di sokong
oleh Cikgu Josper

Minit di catatkan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ………………………………………..

(Cikgu Graca Sally anak Rini) Disahkan Oleh: (Cikgu Emmylia anak Micheal)

Setiausaha PSS Guru Penyelaras PSS

…………………………………………….

(EN. Inchang anak Mawat)


Lampiran 1

Kehadiran Guru

1. Cikgu Emmylia
2. Cikgu Grace Sally
3. Cikgu Erniezan
4. Cikgu Faris
5. Cikgu Zamimah
6. Cikgu Malasinha
7. CIkgu Selia
8. Cikgu Siti Khadijah
9. Cikgu Aminah
10. Cikgu Siti Hazlina
11. Ustaz Mohd Amirul amin
12. Cikgu Alice
13. CIkgu Wong Lee Bee
14. CIkgu Josper
15. CIkgu Siti Hairunnie
16. CIkgu Nurul Syafiqah
17. CIkgu Suziela

You might also like