You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS SEKOLAH BIL.

1/2014
SEKOLAH KEBANGSAAN KAWAKAAN, KENINGAU

Perkara : Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Tarikh : 07 Oktober 2014 ( Hari Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi
2. Fail Showcase
3. Ujian Pentaksiran
4. Laporan Pentaksiran
5. Hal-Hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

Guru yang Hadir : 1. En Lasmin Majani - Guru Besar (Pengerusi)


2. En Gibin Gansayak - GPK 1 (Timbalan Pengerusi)
(Penyelaras PBS)
3. En Evaristus Thomas - GPK KK (Naib Pengerusi 2)
4. En Sofry Ramlee - SU PBS / SUP Sekolah
5. Pn Alicia Julius
6. En Mohamad Ashraf bin Azmi
7. En Herman Cyril
8. Ust Munsarif bin Mahamud
9. En Abd. Hasim Gawain
10. Cik Tracyclare Damianus
11. Cik Hamidah Azmi
12. Pn Saadiah Dawang
13. En Paulinus Kalawit - Guru Pemulihan
14. En Ronny Johari - Guru Pra Sekolah

Guru yang Tidak Hadir : 1. En Jaiman Mansor - GPK HEM (Naib Pengerusi 1)
Taklimat HEM di PPD Keningau

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli mesyuarat.
1.2 Pengerusi berharap supaya guru-guru yang terlibat dapat memberikan
kerjasama sepenuhnya agar program PBS dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan.

Tindakan : Pengerusi
2. Fail Showcase
2.1 Penyelaras PBS menyarankan agar fail showcase yang sedia ada diteruskan sahaja
dan perlu dilengkapkan oleh guru-guru kelas dan subjek matapelajaran setiap kelas.

Tindakan : Guru Kelas Tahun 1, 2, 3 & 4 / Guru Subjek Matapelajaran

3. Ujian Pentaksiran
3.1 Penyelaras PBS mengarahkan agar pentaksiran dibuat dalam setiap bulan dan juga
akhir tahun. Penyelaras juga meminta agar guru subjek yang terlibat dapat membuat
perbincangan tentang bagaimana bentuk ujian dan pemberian band bagi setiap subjek.

Tindakan : Guru Subjek Matapelajaran Tahun 1, 2, 3 & 4

3.2 Surat Perlantikan Pentaksir PBS akan diedarkan kepada guru-guru yang mengajar
kelas terlibat PBS.

Tindakan : Penyelaras PBS

3.3 Penyelaras PBS meminta agar guru-guru PBS dapat mengisi lengkap maklumat
masing-masing dan juga jadual waktu mengajar.

Tindakan : Guru-guru PBS

4. Laporan Pentaksiran
4.1 Laporan pentaksiran adalah seperti yang dibekalkan oleh KPM dalam laman
sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia. Penyelaras meminta agar SU PBS dapat
memuat turun Modul Perkembangan Murid dan Borang Laporan Perkembangan
Murid dalam laman sesawang LPM.

Tindakan : Setiausaha PBS

5. Hal-Hal Lain
5.1 Cikgu Evaristus mencadangkan agar dapat diambil satu masa untuk membengkelkan
perkara ini (Perlaksanaan PBS) agar bahan-bahan serta keperluan dan laporan
pentaksiran dapat disediakan dengan mudah bagi setiap panitia.
Ahli-ahli mesyuarat bersetuju agar bengkel dibuat pada 08 Oktober 2014 (Rabu) jam
2.00 petang.
5.2 Cikgu Saadiah bertanya sekiranya pentaksiran itu dibuat mengikut kemahiran yang
diajar sahaja, memandangkan beliau baru ditempatkan di sekolah berkenaan.
Cikgu Evaristus mencadangkan agar soalan-soalan diambil juga dari setiap unit
walaupun sedikit sebab guru yang terdahulu yang telah berpindah sememangnya telah
mengajar kemahiran tersebut.
6. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _________________________
( SOFRY RAMLEE ) ( )
Setiausaha Jawatankuasa
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SK Kawakaan, Keningau

Sk. Fail

SR/sr

You might also like