You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT GURU SK BANDAR UTAMA DAMANSARA BILANGAN 2 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

: : :

16 April 2013 (Selasa) 1.30 Petang Bilik Mesyuarat SK Bandar Utama Damansara

Pn. Mazalifah Binti Omar En. Mazlan Bin Jamaluddin Pn. Fatimah Binti Omar Pn. Fuziah Binti Husain Pn. Norfazila Binti Nordin En. Md Nasir Bin Aziz En. Muhammad Tarmizi Bin Suratman En. Zulkanadi Bin Garip Pn. Norfauziah Binti Haris En. Mohd Zulkifle Bin Ab Rahman Pn. Raihan Binti Abdul Ghani Pn. Azlinahwati Binti Ahmad Pn. Anizatulfazura Binti Zolkifle Pn. Rosiah Binti Abdul Ghani En. Rohaizi Bin Osman Pn. Syamilia Binti Ahmad Pn. Wan Noraini Binti Mohd Nor En. Hairul Nizam Bin Mat Perak

Guru Besar - Pengerusi PK Pentadbiran / Kurikulum PK Hal Ehwal Murid PK Kokurikulum Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru

Urus Setia Mesyuarat 1. En. Effa Ramizan Bin Omar - Guru - Pencatat

Tidak Hadir (Bersebab) 1. En. Rohaizi Bin Osman - Guru

1. 1.1

Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan selamat datang daripada Guru Besar (Pengerusi). Seterusnya beliau meminta Ustaz Muhammad Tarmizi Bin Suratman membacakan doa.

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Minit Mesyuarat Guru Bilangan 1 Tahun 2013 disahkan tanpa sebarang pindaan. Penyokong Pencadang : En. Muhammad Tarmizi Bin Suratman : En. Zulkanadi Bin Garip

3.

Perkara-perkara Berbangkit

3.1.1 Jadual Waktu 3.1.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual waktu baharu akan bermula pada 22 April 2013 dan diselaraskan dengan waktu pdp yang akan bermula pada jam 7.40 pagi. Maklumat lanjut akan disampaikan oleh PK Pentadbiran/Kurikulum nanti. Tindakan: PK Pentadbiran & Kurikulum / Semua Guru 3.1.2 Buku Rekod Mengajar 3.1.2.1 Pengerusi meminta semua guru mengemaskini BRM masing-masing dan menyemak senarai semak yang diedarkan. Sekiranya tidak lengkap, sila lengkapkan berdasarkan senarai semak tersebut. Semua guru juga diingatkan menghantar BRM pada setiap hari Jumaat pada setiap minggu. Tindakan: Semua Guru 3.1.3 Penghantaran Laporan, Data dan Maklumat 3.1.3.1 Pengerusi meminta Setiausaha PIBG menghantar Minit Mesyuarat Agung PIBG 2013 berserta dokumen yang diperlukan ke PPDPU sebelum tamat bulan April 2013. Tindakan: Setiausaha PIBG 4. 4.1 Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan Isu-isu Oleh Pengerusi (Guru Besar)

3.1.1.2

3.1.2.2

4.1.1 Borang Sarana Sekolah Dan Ibu Bapa Pengerusi memaklumkan Borang Sarana Sekolah akan diedarkan kepada setiap orang guru. Guru diminta melengkapkan borang tersebut dan dikembalikan kepada PK HEM sebelum/pada 24 April 2013. Tindakan: Semua Guru / PK HEM

4.1.2

Penyertaan Guru Dalam Kesatuan, Pertubuhan Serta Badan Sukan Dan Kebajikan

4.1.2.1

Pengerusi meminta semua guru menyertai dan terlibat aktif dalam pelbagai badan dan unit sukan yang bernaung di bawah profesion perguruan. Misalnya PSKPP - Menurut Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama, Walaupun menjadi ahli tetapi guru-guru di PPDPU tidak aktif dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti sukan yang dianjurkan. - Semua guru digalakkan menyertainya kerana mempunyai pelbagai faedah untuk kebajikan guru. Sekiranya ramai yang ingin menjadi ahli, pihak sekolah akan menjemput Pegawai YGMB untuk memberikan taklimat. - Semua guru digalakkan menjadi ahli kerana turut menjaga kebajikan guru misalnya dalam memberi bantuan guaman sekiranya guru terlibat dalam pertikaian mahkamah di antara guru dengan ibu bapa dan pelbagai faedah yang lain.

YGMB

KPPK

Badan Ihsan - Menggalakkan semua guru muslim menyertai badan ini Selangor dan membuat potongan keahlian secara tahunan. Makluman 4.1.3 Pertukaran Guru 4.1.3.1 Pengerusi memaklumkan pertukaran guru telah pun dibuka secara talian. Sehubungan dengan itu, guru yang ingin memohon bertukar sila berbuat demikian dengan segera. 4.1.3.2 Beliau turut menasihatkan agar guru memohon pertukaran sekiranya betul-betul mempunyai alasan munasabah yang tidak boleh dielakkan kerana sekiranya pertukaran tersebut diluluskan, guru perlu melapor diri di sekolah baharu yang ditawarkan. Makluman 4.1.4 Amalan Guru Penyayang 4.1.4.1 Pengerusi meminta amalan guru penyayang perlu dilaksanakan secara berterusan dan konsisten. Guru bertugas diminta menunggu murid di pagar sekolah pada waktu pagi dan menghantar mereka pulang sehingga di pagar sekolah. 4.1.4.2 Manakala pengisian aktiviti Guru Penyayang perlu dilaksanakan seperti sambutan hari lahir dan sebagainya.

Tindakan: PK HEM / Semua Guru 4.1.5 Aktiviti Gotong Royong Pengerusi memaklumkan aktiviti gotong-royong dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum. yang melibatkan murid boleh

Makluman 4.1.6 Pemantauan Kolaboratif 4.1.6.1 Pengerusi memaklumkan pemantauan kolaboratif sekolah ini akan diadakan pada 14 Mei 2013. Semua guru diminta membuat persiapan awal. Beliau akan mengedarkan elemen pemantauan kepada PK dan PK diminta mengedarkan kepada semua guru. 4.1.6.2 Pengerusi meminta semua guru mengemaskini makumat BRM masing-masing Seperti maklumat diri, rekod cuti, jadual relief, rancangan tahunan, catatan perbincangan profesion dan sebagainya. 4.1.6.3 Semua guru diminta melihat dan mengambil tindakan segera berdasarkan Senarai Semak Buku Rekod Mengajar yang telah diedarkan. Tindakan: Semua Guru 4.1.7 Dasar-Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia 4.1.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Dasar-Dasar Baharu KPM yang telah diperkenalkan dan perlu dilaksanakan seperti: i. ii. iii. iv . v. MBMMBI PBS dan KSSR SAPS MMI Sarana Ibu Bapa dan Sekolah

4.1.7.2 Beliau meminta semua guru memahami dan melaksanakan dasar-dasar yang telah diperkenalkan. Makluman 4.2 Isu-isu Oleh GPK Pentadbiran/Kurikulum

4.2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan PK Pentadbiran meminta Ketua Panitia menghantar satu salinan RPT kepada beliau untuk simpanan. Tindakan: Ketua Panitia

4.2.2 Rombakan Jadual Waktu PK Pentadbiran memaklumkan jadual waktu guru akan dirombak berkuatkuasa 22 April 2013 melibatkan Pn. Syamilia, Pn. Fazura dan En. Ramizan. Makluman 4.2.3 Jadual Waktu Releif PK Pentadbiran meminta semua guru bersedia untuk menerima jadual relief selepas tempoh guru-guru praktikum tamat. Cadangan beliau untuk mengelak terlalu banyak jadual relief dikeluarkan ialah: (i) Guru membuat pertukaran suka sama suka sekiranya perlu menghadiri mesyuarat atau urusan lain. (ii)Guru yang menetap di kuaters atau berhampiran dengan kawasan sekolah tidak perlu keluar terlalu awal dari sekolah sekiranya ada mesyuarat pada waktu petang. Makluman 4.2.4 Pengisian Band KSSR PK Pentadbiran menasihatkan semua guru yang terlibat tidak menunggu saat-saat akhir untuk mengisi data band KSSR secara talian. Tindakan: Semua Guru KSSR 4.2.5 Pengisian Data Linus PK Pentadbiran memaklumkan pengisian data linus secara talian telah pun dibuka secara talian dan penyelaras Linus diminta untuk mengambil tindakan. En. Hairul Nizam (Penyelaras Linus) memaklumkan tempoh pengisian data linus ialah sehingga 30 April 2013. Data linus akan mula diisi sebaik sahaja selesai Ujian Saringan Bertulis. Tindakan: Penyelaras Linus 4.2.6 Pembentangan Kertas Kerja Kem Motivasi Santai Rohani PK Pentadbiran membentangkan Kertas Kerja Kem Motivasi Santai Rohani yang akan diadakan pada 19 April sehingga 21 April 2013 di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Beliau meminta semua guru yang dilantik sebagai AJK membuat persiapan dan mengambil tindakan berdasarkan tugas yang telah diberikan. Tindakan: AJK Kem Motivasi

4.3

Isu-isu Oleh GPK HEM:

4.3.1 Taklimat Aplikasi Pengkalan Data Murid 4.3.1.1 PK HEM memaklumkan SMM akan dimansuhkan setelah mendapat surat siaran / pekeliling dari KPM dan digantikan dengan APDM dan sistem ini masih diuruskan oleh PK HEM dan dbantu oleh Pn. Raihan. 4.3.1.2 Pn. Raihan memaklumkan bahawa dalam APDM, sekolah perlu mengisi data ekehadiran murid. Sehubungan dengan itu, beliau meminta guru yang masuk ke dalam kelas pada waktu kedua mengisi slip dan menghantarkannya semula ke pejabat untuk pengisian data secara talian oleh Pembantu Tadbir atau PAR sebelum jam 10.00 pagi setiap hari. 4.3.1.3 Mesyuarat bersetuju agar semua guru yang masuk ke dalam kelas pada masa pertama dan perlu menunggu sehingga tamat masa kedua sebelum mengisi slip murid tidak hadir. Kemudian slip tersebut perlu diserahkan segera ke pejabat pada jam 8.30 pagi. Sebuah kotak untuk menyimpan slip murid tidak hadir akan diletakkan di pejabat (meja En. Zairi). Tindakan: PK HEM/ Puan Raihan / Pembantu Tadbir / PAR 4.3.2 Program Sekolah Selamat (PSS) PK HEM memaklumkan di sekolah rendah tiada Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) tetapi ada PSS. Sehubungan dengan itu, beliau memohon agar diperbetulkan di dalam Buku struktur organisasi sekolah. Sehubungan dengan itu, Program 3K perlu dimasukkan dalam PSS dan masih perlu dilaksanakan di sekolah. Tindakan: PK Pentadbiran / PK HEM 4.4 Isu-isu Oleh GPK Kokurikulum:

4.4.1 Buku Laporan Mingguan PK Kokurikulum meminta Buku Laporan Mingguan Persatuan/Kelab/Permainan perlu diserahkan oleh guru penasihat sebaik sahaja selesai aktiviti kokurikulum atau selewatlewatnya pada keesokan harinya (Khamis). Makluman 4.4.2 Kad Kokurikulum dan Buku Log Murid PK Kokurikulum meminta semua guru penasihat memaklumkan kepada murid agar

membawa kad dan buku log masing-masing setiap kali aktiviti kokurikulum dilaksanakan. Makluman 4.4.3 Penilaian Kokurikulum 2013 PK Kokurikulum mencadangkan bahawa penilaian kokurikulum dilaksanakan pada bulan September atau Oktober 2013 untuk mengelakkan borang dihantar lewat. Pada tahun ini, data kokurikulum murid akan berdasarkan data SMM untuk mengelakkan berlakunya pertindihan data murid. Makluman 4.4.4 Data Pembangunan Sukan PK Kokurikulum memaklumkan bahawa beliau ada menerima surat daripada KPM yang menyatakan walaupun kejohanan sukan telah tamat, tetapi guru masih perlu meneruskan program pelapis. Makluman 4.4.5 Senarai Nama Murid Yang Mewakili Sekolah PK Kokurikulum meminta semua guru yang megurus murid dalam Kejohanan MSSDPU menghantar senarai nama murid yang mewakili sekolah berserta pencapaian kerana data itu akan disemak semasa kolaboratif. Makluman 4.4.6 Stor Sukan PK Kokurikulum meminta Setiausaha Sukan memastikan stor sukan mempunyai carta organisasi dan susun atur kedudukan peralatan. Tindakan: Setiausaha Sukan 4.4.7 Papan Kenyataan Semua Guru Persatuan, Badan Beruniform dan Permainan melengkapkan dan menghias papan kenyataan masing-masing sebelum pemantaun kolaboratif. Tindakan: Guru Persatuan / Badan Beruniform / Permainan 5. Hal-Hal Lain 5.1 Surat Siaran / Pekeliling Semua guru diminta membaca setiap surat siaran atau pekeliling baharu yang diedarkan dan menandatanganinya pada Senarai Nama Guru yang disediakan. Tindakan perlu

diambil oleh guru yang berkenaan sebelum tarikh tutup (jika ada). Tindakan: Semua Guru 5.2 Surat Persendirian Pengerusi meminta setiap surat persendirian guru diambil di pejabat kerana ada surat penting yang perlu disimpan atau diambil tindakan segera oleh guru. Tindakan: Semua Guru 5.3 Jadual Waktu Persekolahan Pengerusi memaklumkan Jadual Waktu Persekolahan Sekolah akan diselaraskan iaitu sesi pagi akan bermula pada jam 7.40 pagi. Jadual baharu berserta rombakan waktu mengajar guru akan diedarkan mulai 22 April 2013. Manakala PK HEM diminta mengeluarkan surat untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa berkenaan masa persekolahan yang baharu. Tindakan: PK HEM / Semua Guru 5.4 Kehadiran Guru Pengerusi meminta semua guru mematuhi waktu persekolahan kerana ada segelintir guru yang masih datang lambat ke sekolah. Manakala waktu rehat guru adalah pada pukul 10.10 pagi hingga 10.30 pagi. Tindakan: Semua Guru 5.5 Minit Curai Pengerusi mengingatkan guru-guru yang menghadiri mesyuarat, taklimat atau kursus diminta menyediakan minit curai untuk tindakan susulan dan simpanan sekolah. Tindakan: Semua Guru 6. Penangguhan Mesyuarat Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh: .. (EFFA RAMIZAN BIN OMAR)
Setiausaha Pengurusan Dan Pentadbiran SK Bandar Utama Damansara

Bertarikh: 21 April 2013

You might also like