You are on page 1of 3

Nama sekolah

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI


KE-3 2015
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran(Bilangan)

: 10-7-2015
: 2.00 petang
: Bilik Gerakan
:
: 13/13

Nama Yang Hadir

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Nama Yang Tidak Hadir


Turut Hadir (Jika ada)

: -

Agenda mesyuarat:

PERUTUSAN PENGERUSI / WAKIL


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat ini. Mesyuarat PBS ini merupakan mesyuarat kali ketiga bagi tahun
2015.
1.2. Mesyuarat kali ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha
meningkatkan keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan PBS di peringkat
sekolah.
1.3. Beliau berharap agar semua guru bekerjasama dan komited dalam pelaksanaan
PBS ini kerana ia merupakan dasar KPM.
Makluman: Semua Guru

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nur Azizah
Disokong untuk pengesahan oleh sebulat suara.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 (Perkara 4.2.5 ) Tiada guru yang menyerahkan isu-isu atau masalah berkaitan PBS
kepada Setiausaha PBS.
3.2 (Perkara 4.2.4)Terdapat guru yang tidak menyerahkan rekod pentaksiran sehingga
Jun 2015. Mohon guru yang berkenaan segera menyerahkan rekod pentaksiran
kepada guru kelas atau SU PBS.
Tindakan: Semua Guru PBS

PEMBENTANGAN ISU SEMASA


4.1. Tahun ini merupakan tahun terakhir kursus penyebaran KSSR - PBS dijalankan.
Diharap semua guru yang hadir dapat melaksanakan kursus dalaman supaya input
dapat disebarkan kepada rakan guru lain yang akan meengajar Tahun 6 nanti. Mohon
juga guru menyerahkan salinan surat panggilan kursus dan laporan Kursus Dalaman
yang dijalankan diserahkan satu salinan kepada s/u pbs.
Tindakan: Semua Guru yang hadir kursus PBS
4.2 Bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS) offline, Setiausaha
PBS telah mewujudkan satu akaun emel khusus untuk yang berkaitan PBS. Segala
dapatan yang guru dapat semasa kursus boleh dimuat naik untuk rujukan bersama
kelak. S/U juga telah memuat naik tapak borang pentaksiran untuk setiap tahun.
Guru-guru boleh memuat turun untuk kegunaan masing-masing. Jika ada masalah
sila berhubung dengan s/u.
Makluman: Semua Guru PBS
4.3. Ujian psikometril untuk tahun 3 akan dilaksanakan pada bulan Oktober nanti. Guru
kaunseling akan melaksanakan ujian tersebut dengan kerjasama s/u.

Tindakan: S/U dan guru kaunseling


4.3 Bagi SEGAK , perlu dijalankan oleh guru PJK. Data laporan perlu diserahkan
kepada S/U kelak untuk dmasukkan ke dalam sistem.
Tindakan: Semua Guru PJK PBS

4.4 Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 dan 2, kemasukan prestasi
ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Maklumkan: Semua Guru Pen. Islam PBS
4.6 Bagi Penggal Kedua, pentaksiran dijalankan sehingga bulan Oktober 2015.
Pelaporan pentaksiran akan dibuat dalam bulan November. Rumusan akan dibuat
oleh guru kelas dan laporan perlu dicetak. Serahkan sesalinan kepada s/u pbs.
Makluman dan tindakan : Semua Guru mata pelajaran

HAL-HAL LAIN
5.1

Guru Besar meminta penjelasan tentang murid-murid yang masih tidak menguasai
pentaksiran yang dilaksanakan. Beliau mencadangkan agar guru-guru memberi
bimbingan kepada murid-murid tersebut. Murid-murid juga boleh membawa pulang
instrumen yang diberi untuk mendapat bantuan daripada ibubapa mereka. Beliau
juga berharap guru-guru tidak mengabaikan PdP kerana itulah fokus utama bidang
perguruan.

.
PENUTUP
a) Pengerusi menangguhkan mesyuarat dan mesyuarat akan datang akan diberitahu kelak.
b) Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang.
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.....................................

.................................

You might also like