You are on page 1of 36

PROGRAM

5 Minit Mesej Anti Dadah

INFO 5 MINIT ANTI DADAH


VISI PPDa KPM

- SEKOLAH BEBAS DADAH

MISI PPDa KPM

- MELAHIRKAN MURID BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM


PPDa `YANG BERSEPADU DAN MENYELURUH DARIPADA
ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KURIKULUM,
KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

1.0 DADAH

1.1 Definasi Dadah


Dadah atau “drug” adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan
tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa
menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah,
kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi,
sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan “DRUG”
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “USE”,“MISUSE” atau “ABUSE”
perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya
“drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud
penyalahgunaan dadah. Terdapat empat sebab anda boleh terjebak
dalam penyalahgunaan dadah seperti, keperluan kewangan yang terdesak,
tawaran kewangan yang lumayan , hadiah melancong ke luar negara dan
ditipu/terpedaya dengan kekasih/teman.

1.2 Dadah Dan Ciri-Cirinya


Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri:

-Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf
tunjang )
-Penggunaannya adalah dilarang jika bukan untuk tujuan perubatan
-Diperolehi secara haram
-Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah
- Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

1.3 Jenis-Jenis Dadah


Dadah boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu:
DADAH JENIS-JENIS
Opiat Heroin, Morfin, Candu, Kodien,
Methadone
Despresen Barbiturat(danbukanbabiturat)
,Tranquilizer
Stimulan Amfetamin, Kokain, Pil Kuda, Ice, Kristal ,
Ecstacy
Halusinogen Lysegic Acid Diethylamide (LSD
),Ketamin , Meskalin , Psilosibin
Kanabis Ganja , Hashish
( Sumber : Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (2007) )

Apa itu Opiat?


Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi
dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada
getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih
segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada
candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin
mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah
 Bentuk blok / serbuk
 Bertanda “999″
 Mengandungi 70% – 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Mengandungi 60% – 70% morfin

Pil-pil Morfin
 Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih
dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit
yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin
mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam
candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang
dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan
untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”,


“dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat
yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk
melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”
STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem


saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak
ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy
methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing


the dragon”)

2. Methamphetamine

Syabu / Ice

“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada


dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala
berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di
Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak
mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)


Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang
terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika
Selatan.

Pokok Koka
Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah


di samping negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala


campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip
khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan
sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam
masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin


dan amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan
pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi
memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan
Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang
utama.

Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus
kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau
tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan
dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau
hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam
air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi
sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian
Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada
tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara
barat.

Depresen
1. Ubat “Depresen”

Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”.
Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk
memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala


contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko


“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan
rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin
apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative”
yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam
bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh
perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila
disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya


oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem
saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai


kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan
diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan
akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB

GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair
jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric
acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal
haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh


memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin
yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh
menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan


cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA

1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid


digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat
kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan
otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang


buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain


Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram,
juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam
masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna


dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan


Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat
ditangani.

3. Daun Ketum
Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai


racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap
disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung
Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga
Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah
Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai


minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini
direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan
mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula
dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-
sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada
peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan
kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third
Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison
Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang


kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur,
ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan


menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah


Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau
psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah
secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan
kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih
memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan
fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda
pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar
dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di
mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan
dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan
jiwa.
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan
dadah)
Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila
dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau
memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa
ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama.
Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-
tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya
dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :


 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian
mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan
minuman.
 Daya tahan meningkat.
 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
 Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi
apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan
penggunaan.
 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti
menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya
amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya
ganja).

b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,
contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau
euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan,
disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan
kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan,


daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian


besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara
15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di


sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah


adalah kerana :
 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba
untuk merasainya sendiri
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah
tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan
bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara
yang memberi manfaat dan berfaedah.
 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada
yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk
mempengaruhi pengguna baru.
 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan
agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :


 kesan kepada penagih
 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih

 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul


hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan
kelihatan seperti dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti
kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga


 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota
keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial
kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat


 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti
rompakan & samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara


Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat
daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :


 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital
dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam
penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui
beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah
laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan
penagihan dadah adalah :

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan
hasil kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum
keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit
dan sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik
kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang


seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita
menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan
ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan
1.5 TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Tubuh badan yang sihat yang menjadi lemah, kurus dan tidak
bermakna kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang
zat-zat makanan yang diperlukan.
2. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-
bukan kerana mengesyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina
mereka
3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal
sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk
melindunginya.
4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka calar, terutama di bahagian
lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan )
5. Dari semasa ke semasa menggeletar seperti kesejukan yang amat
sangat .
6. Suka menjauhkan diri daripada khalayak ramai dan pergi ketempat -
tempat sunyi atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil kerana
dipengaruhi khalayan kesan dadah yang mereka ambil.
8. Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan
gangguan mental sehingga percakapan susah difahami.
9. Selalu mengantuk, hilang pertimbangan akal dan kawalan diri

1.5.2 KELDAI DADAH


Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela
atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang
seludup ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan risiko
pengedar atau penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di
sesebuah negara. Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan
barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan
ataupun dengan menelannya.

Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa mereka


yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka adalah
pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang
menglibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu -
menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada
sindiket dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah
negara kerana didalam beg mereka terdapat sejumlah dadah.
Penyeludupan dan pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket
dadah antarabangsa. Mengikut laporan , dadah ini biasanya datang dari
negara-negara seperti Argentina, Sepanyol, Colombia dan beberapa
negara Asia Selatan. Biasanya harga dadah dari negara tersebut lebih
murah.
Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari “kerja” yang dijanjikan
dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke beberapa
negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh,
tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang.
Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke
luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi “umpan”
paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja
sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum
menerimanya.

1.6 REMAJA DAN PENYALAHGUNAAN DADAH


Alam remaja kepada dewasa adalah merupakan masa yang amat penting
di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan
dadah haram akan bermula. Antara sebab-sebab mengapa anak-anak
muda menggunakan dadah adalah :

1. Sesetengah mengambil dadah untuk mengelak daripada tidur supaya


mereka boleh mengulangkaji untuk peperiksaan atau untuk
membebaskam fikiran daripada kehidupan akedemik mereka.
2. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk menghilangkan
kebosanan dalam hidup mereka.
3. Sesetengah anak muda dipengaruhi oleh dunia hiburan yang
menunjukkam bahawa dadah merupakan sesuatu yang bergaya dan
menarik.
4. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk memberontak
5. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang terlibat.
6. Kanak-kanak di jalanan dan kanak-kanak yang diekspolitasi secara
seksual akan menggunakan dadah untuk menghadapi masalah-
masalah tiada perkerjaan, penderaan seksual dan terbiar. Ada juga
yang menggunakan dadah untuk membantu mereka mengurangkan
kelaparan dan kesakitan fizikal.
7. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengubah
perasaan mereka.
8. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk kelihatan seperti
orang dewasa
1.7 AKIBAT PENGAMBILAN DADAH SINTETIK

Kini tabiat pengambilan dadah sintetik semakin meningkat dalam kalangan


remaja masa kini dan dikhuatiri akan menyumbang kepada peningkatan
pesakit mental dalam kalangan mereka. Ini kerana individu yang mengguna
dan mengalami masalah penagihan dadah sintetik seperti ecstacy , syabu
dan amphetamine berisiko besar akan mengalami masalah gangguan
mental sama ada untuk tempoh sementara atau kekal sepanjang hayat .
Penggunaan dadah sinetik terutama syabu berupaya menyebabkan
penagihnya mengalami masalah paranoid hingga terdorong bertindak di
luar kawalan termasuklah melakukan jenayah, samun, rogol, dan bunuh.

Menurut Pengerusi Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Pathi, kesan


pengambilan dadah sintetik membahayakan kerana ia merangsang fikiran
separuh sedar penagih bertindak agresif sekiranya permintaan mereka tidak
dipenuhi. Beliau berkata demikian semasa mengulas kes mengenai wanita
yang ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampong Padang
Buluh, Sungai Petani setelah pengambilan dadah dan perselisihan faham
dengan ibunya.

( Sumber Rujukan : My Metro, 24 Febuari 2012 )

UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA


AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang,


memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual,
memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,
menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-
mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-
mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B


Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau
mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum
penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan
diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11
November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2
kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di
dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7
tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati
menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga
13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

SEKSYEN KESALAHAN / JENIS DADAH HUKUMAN


- Memiliki 15 gm atau lebih heroin
dan/atau morfin Mati Mandatori
-Memliki 1000 gm atau lebih candu
39B masak atau mentah
-Memiliki 40 gm kokain atau lebih
-Memiliki 200 gm atau lebih ganja
-Memiliki 2000 gm koka atau lebih
-Memiliki 50 gm atau lebih
Amphetamine
-Type Stimulants (ATS ) contoh : syabu
atau pil ecstacy ( untuk butir teperinci
rujuk Sek. 37 akta dadah Berbahaya )
39A(2) -Memiliki 5-15gm heroin atau morfin Tidak kurang lima
-Memiliki 250-1000gm candu tahun penjara
-Memeiliki 50-200gm ganja atau dipenjara
-Memiliki 15-40gm kokain seumur hidup dan
-Memiliki 750gm daun koka tidak kurang 10
-Memiliki 30-50gm Amphetamine Type sebatan
Sitmulants (ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk
butir teperinci rujuk Sek. 39A(2)

3A(1) -Memiliki 2-5gm heroin atau morfin Tidak kurang 2


-Memiliki 20-50gm ganja tahun penjara
-Memiliki 5-15gm kokain tetapi tidak lebih 5
-Memiliki 100-250gm candu tahun dan
-Memiliki 250-750gm daun koka sebatan tidak
-Memiliki 5-30gm Amphetamine Type kurang 3 sebatan
Stimulants (ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk
butir teperinci rujuk Sek.39A(1)

6B - Menanam atau mengusahakan pokok Pejara seumur


ganja (walaupun sebatang pokok ) hidup dan sebatan
tidak kurang 6
sebatan
6 - Memiliki kurang daripada 5gm candu Denda tidak lebih
mentah atau daun koka atau pokok RM20,000/- atau
popi atau biji ganja penjara tidak lebih
5 tahun atau
kedua-duanya
sekali
9 - Memiliki kurang 100gm candu masak Denda tidak lebih
RM20,000/- atau
penjara tidak lebih
5 tahun atau
kedua-duanya
sekali
10 - Penggunaan sesuatu permis pemilikan Denda tidak lebih
alat perkakas menghisap dadah RM100,000/- atau
penjara tidak lebih
5 tahun atau
kedua-duanya
sekali
12(A) -Memiliki kurang 2gm heroin atau morfin Denda tidak lebih
- Memiliki lain-lain dadah kurang RM100,000/- atau
daripada Sek. 39(A)(1) penjara tidak lebih
- Pejawat awam yang bertugas di 5 tahun atau
penjara , pusat pemulihan , lokap polis kedua-duanya
atau mana-mana tempat tahanan dan sekali.
memiliki dadah di tempat tersebut Bagi pegawai
awam penjara ,
pemulihan di
kenakan sebatan
tidak lebih 3
sebatan sebagai
tambahan
15(1)(a) - Memasukkan dadah (dadah-dadah Denda tidak lebih
yang dijadualkan) ke dalam badan RM5,000.00 atau
penjara tidak
kurang 2 tahun
15 (b) - Berada didalam premis tempat hisap Denda tidak lebih
dadah RM5,000.00 atau
penjara tidak
kurang 2 tahun

*Ringkasan seksyen-seksyen penting


1.8 METHADONE

APAKAH ITU METHADONE?

-METHADONE ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat ketagihan


dadah seperti heroin dan morfin.
-ubat sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin/morfin
-berbentuk cecair dan diambil secara oral (diminum)
-keberkesanan yang berpanjangan selama 24jam

FAEDAH RAWATAN

-meningkatkan kualiti kehidupan dan perhubungan kekeluargaan


-mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lain
-hidup lebih ceria dan dapat menjalani kehidupan yang normal
-klien akan lebih produktif dan mampu bekerja seperti biasa
-mengurangkan risiko penyakit berjangkit melalui darah seperti HIV,Hepatitis
B dan Hepatitis C akibat berkongsi jarum suntikan
-meningkatkan tahap kesihatan fizikal,mental dan sosial
-mengurangkan perlakuan negatif (cth: kecurian)
-mengurangkan risiko keguguran dikalangan ibu mengandung
-mengurangkan kesan gian terhadap dadah

RAWATAN INI UNTUK SIAPA?

-Penagih dadah suntikan tegar yang belum bersedia untuk berhenti


LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan
swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu
keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para
penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat


~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan
diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan
menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh:
mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal mengikut ajaran agama
masing-masing

3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi
4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu oleh
dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan
dadah(contoh: PEMADAM ,PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat
disampaikan dengan jelas

DADAH-DADAH LAIN YG POPULAR :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50
Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di
kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan


untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan
gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi
atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif
persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin
Ensifalus.
Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain
merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang


selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan
darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya
apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh
menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda
Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia)
adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di
mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD
(Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun
arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal
dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau,
di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak
akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi


kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah

1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih


berasa kesannya dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak
menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari &
kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu &
kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :


1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
2. Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu
terbang
4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
6. Sawan,tegang otot,menggeletar
7.

Gigi seorang penagih pil kuda tegar


DADAH MENURUT PANDANGAN ISLAM
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan
kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak
menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini
berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia
termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan,
menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang
sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan
membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah
ayat 195 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya


kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh


ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai
kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga,


bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli
dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan
anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Surah
At-Tahrim : 06
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang


dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq


(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al –
Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari
segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut
Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh
Ulama Hambali.
Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa
penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah
meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang
diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah
melaknat tentang khamar (arak).

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan,


(1)Pembuatnya,
(2)Pengedarnya,
(3)Peminumnya,
(4)Pembawanya,
(5)Pengirimnya,
(6)Penuangnya,
(7)Penjualnya,
(8)Pemakan wang hasilnya,
(9)Pembelinya,
(10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang


berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

 Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


 Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
 Menjual beli dadah.
 Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan
2.0 Sajak dan Cerita Teladan Berkaitan Dadah

Tajuk: Dadah Durjana

Dadah ,
Asalnya kaulah teman kaulah kawan,
Menghilang segala duka segala lara,
Menjadi penhibur di kala duka,
Menjadi teman bersuka-suka,

Namun kau lupa wahai manusia,


Dadah itu, dadah durjana ,
Suka dan duka hanya seketika,
Khalayan hanya sementara cuma,
Dari suka mejadi derita

Dadah durjana
Kaulah racun sebenarnya
Hadirmu membawa derita
Mengundang duka serta sengsara

Wahai teman jangan kau cuba


Menjadi hamba dadah durjana
Sekali cuba selamanya sengsara
Menjadikan manusia begitu hina
Dadah duurjana pembunuh manusia
Menjadikan manusia hilang sifatnya

Wahai teman semua


Ayuhlah kita bangun bersama
Perangi dadah durjana

Musuh nombor satu 1 rakyat Malaysia


2.0 ALKOHOL
2.1 Definisi alkohol
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang
menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena dan
sebagainya. Alkohol selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan
untuk mempertingkatkan 'mood'. Ia boleh mengakibatkan ketagihan jika
selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
seperti bir, wain, brandi dan wiski. Amalam meminum minuman beralkohol
merupakan suatu tabiat buruk. Masalah ini di tahap serius yang sama
dengan masalah-masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin
meruncing.

Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang


negatif bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan
pengambilan arak namun begitu, terdapat mazhab yang membenarkan
pengambilan arak dalam upacara tertentu sahaja. Manakala di
kebanyakan negara pula, penjualannya di kawal oleh kerajaan kerana ia
boleh memberi kesan berbahaya kepada kanak-kanak.

Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:-

a) bir - yang dibuat dari biji-bijian yang mengandungi 3-6% alkohol terdiri
daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout.
b) wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14%
alkohol.
c) liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan
makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol, iaitu
terdiri dari jeins-jenis seperti vodka dan whisky.

2.2 Ciri-ciri Ketagihan Alkohol


Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:

a) memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi
mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin lama
seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol seseorang itu
semakin tinggi.
b) aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. ini menyebabkan mereka yang
ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya dengan alkohol.
c) sindrom tarikan (withdrawal sindrom) akan timbul apabila indivu berhenti
atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya secara
berterusan bagi tempoh yang lama. antara tanda-tanda
"withdrawal"adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (craving) untuk
mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan
meracau kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut.

2.3 Faktor-faktor Pengambilan Alkohol


Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja unuk mengambil alkohol
ialah:

2.3.1 Pengaruh Rakan Sebaya


kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka
mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian daripada ahli
kumpulan. sekiranya mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka
akan disingkirkan. secara rialiti, rakan yang bebas alkohol lebih mudah
dipercayai daripada rakan yang ketagihan alkohol.

2.3.2 Pengaruh Iklan


pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak tidak
diharamkan malahan seperti dibenarkan. akhbar-akhbar bahasa Inggeris
juga semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan
dipaparkan dalam bentuk yang sangat menarik. selain daripada itu, sukan
bola sepak, badminton dan golf mula mendapat penajaan daripada
syarikat arak. wanita pula sering dieksploitasi dengan imej seksi dan
mengghairahkan untuk melariskan lagi penjualan.

2.3.3 Mudah Diperolehi


penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja mudah
memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini mendorong mereka
mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

2.3.4 Latar Belakang Keluarga


keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada pengambilan
alkohol.

2.3.5 Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola


remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai ikutan.

2.4 Kesan-kesan Negatif Pengambilan Alkohol

2.4.1 Memudaratkan Kesihatan


kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurag selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol.
kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal
emosi serta hilang keupayaan berfikir. keadaan menjadi semakin teruk
apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. masalah tersebut akan
merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa
hadapan mereka.

2.4.2 Tahap Kemalangan Meningkat


kebanyakan kes kecederaan dan kematian di sebbabkan oleh pemandu
mabuk. pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala
dan rasa meragam di dalam perut. jenis kandungan dadah yang terdapat
di dalam minuman beralkohol ini ialah atil alkohol atau etanol. ia merupakan
dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. oleh itu,
kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk.

2.4.3 Kelakuan di Luar Kawalan


manusia memiliki pusat kawalan di otak. gangguan pusat kawalan di otak
boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal
kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.

2.5 Alkohol dan Kesannya ke Atas Otak dan Badan


apabila seseorang alkohol, ia terus bertindak ke atas sel sel otak dengan
meransang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga
menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan
seumpanya.

pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi


untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan
negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Disudut diri ia boleh
menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam masa
yang panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya.

di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru,


batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah
hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang akan
hilang rasa malu, pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan
seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar
(slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak
sedarkan diri.

2.6 Kesan Alkohol Kepada Remaja

2.6.1 Terhadap Kesihatan


berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan boleh terjadi kepada para
remaja yang terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana
pengambilan bermula pada peringkat yang muda, sudah tentu dalam
jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan
bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh
menyebabkan kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga
akan meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan juga kelahiran pra-
matang.

2.6.2 Proses Pembelajaran Akan Terganggu


remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
2.6.3 Ponteng Kelas Atau Sekolah
remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah. ini akan memberikan kesan
terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.

2.7 Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-ubatan


a) setiap minuman arak mengandungi alkohol, walau bagaimanapun bukan
semua alkohol mempunyai arak. Alkohol yang diperolehi daripada proses
pembuatan arak, hukumnya aram dan najis.
b) minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan melalui proses
pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram diminum dalam bentuk
aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
c) ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan
melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan
diambil melalui proses pembuatan arak.

2.8 Cara Menghindari Daripada Alkohol


a) mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
b) berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi.
c) jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.
d) isi masa terluang dengan bersukan atau membuat hobi yang berfaedah.
2.9 Akta Yang Berkaitan Dengan Minuman Berakohol

2.9.1 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1996:


a) pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi
kali pertama akan didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau
kedua-dua sekali.
b) kesalahan berikutnya didenda RM4000.00 atau penjara 1 tahun atau
kedua-dua sekali.
c) jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 hingga 10 tahun
dan boleh didenda tidak kurang RM8000.00 hingga RM20000.00.

2.10 Nilai-nilai Murni


a) berani menyatakan tidak pada alkohol.
b) jangan mudah terpengaruh dengan benda yang merosakkan kesihatan
dan minda.
c) jangan membuat perkara yang dilarang oleh agama.

You might also like