You are on page 1of 23

Fakta Tentang Dadah, Jenis-

jenis Dadah
Dadah dan Ciri-cirinya:

1. Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

2. Jenis-jenis Dadah

Opiat dan Opiat sintetik


Stimulan
Ganja
Halusinogen
Apa Itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi.


Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan
diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin.
1.Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan


dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu
dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada
warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang
kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara.
2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses


daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.

-Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh


penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah
serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.

- Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Apa Itu Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang


aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis
amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan
kokain.
1. Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada
ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine
(ice/syabu) dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat
berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the


dragon)
2. Methamphetamine/Syabu / Ice

Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada


dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala
berbentuk seperti tawas.
Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia
ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai
kegunaan dari aspek perubatan.

- Alat untuk chasing the dragon


- Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)
3. Kokain

- Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
- Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di
samping negara-negara Eropah.
- Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake
- Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran
dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain
Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk
granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya
kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA (Pil Ecstasy)

- Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin


dan amfetamin.
- Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna.
Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase
pengguna muda.
- Cara Menggunakan : Menelan
Ganja/Kanabis

- Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok cannabis sativa.

- Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika
dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol
(THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
1. Kanabis Herba

- Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus
kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau
tetapi berwarna lebih kehijauan.

- Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)


Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish

- Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan
lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

- Cara Menggunakan : Menghisap


3. Minyak Hashish

- Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan


menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air
dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

- Cara Menggunakan : Menghisap

- Bong Alat untuk menghisap ganja


Halusinogen
- Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar.
- Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
- LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen.
Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
- Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 1960-
1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
- Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak
dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi
tubuh.

- Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5,
rohypnol dan valium.

- Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club
drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap
erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. Rohypnol sejenis
sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja
sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
Alkohol

- Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh


pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf
manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

- Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan


sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

- Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan
akhirnya boleh membawa maut
GHB

- Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair


jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid
tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.

- GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh


memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

- Cara Menggunakan : Menelan


4. Ketamin

- Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan.


Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia
boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

- Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

- Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara


smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Steroid

- Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan kerana mempercepatkan


proses pembesaran otot.Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron
sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.

- Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru
yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan
kekuatan fizikal.Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang
buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
Gam dan Petrol

- Gam dan petrol walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

- Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa
yg singkat

- Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan


menyebabkan seseorang itu ketagihan.
Daun Ketum
- Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan
rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan
daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah
Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

- Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman
pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya
diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan
dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah
disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

You might also like