You are on page 1of 25

Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan
heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh
lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun
demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse”
perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of
drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna
apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi
ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda
tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
“caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah
kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak
salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini
mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan
dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan
fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.
Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

Diperoleh secara haram

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu
ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem
saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada
coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran
gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah

Bentuk blok / serbuk

Bertanda “999″

Mengandungi 70% – 90% morfin

Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Mengandungi 60% – 70% morfin

Pil-pil Morfin

Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid

Pil kecil berwarna putih / coklat pucat


3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein
digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan


“dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua
jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin
Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang
sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine

Syabu / Ice

“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)


Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.
Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk
tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik
dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia
boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
“cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia
merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia
yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam
bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut.
Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.


LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia
diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat “Depresen”

Barbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam
sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol”
dan “valium”.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs”
untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″
sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang
sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”,
bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila
disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab
malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan
reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang
keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa
maut.
3. GHB

GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan
kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh
beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam
bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk
merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan


Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan
kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu
ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum

Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik
dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur
Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak
terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi
wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi
rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan
daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk,
supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang
itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of
Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum
telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya
yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis
pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan
akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi
tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah
dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-
birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian
atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai
ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos
dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah
itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan
hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat.

Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau
dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa
waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya
heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan
(contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin
menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan
menyulitkan pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau
diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih
dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun
di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang
sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan
berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga

Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan
cara menjadi pengedar.

Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.

Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.


Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.

Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.

Pitam, pengsan, & berperasaan ganas

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi,
HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat


Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia
dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat
dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan
dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan
jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri
daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu
seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan
kegiatan penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.


Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,
sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah
bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan
tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang
berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport,


menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan,
mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana
dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952
sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh
dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos
2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih
semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13
tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

<img src="http://i.imgur.com/iB5xw.jpg" alt="" border="0" />

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan,
penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati
bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya
disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret
boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani
pengawasan selama 2 tahun atau

Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud
menjalani ujian.

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada
masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.

Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu
selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan.

Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum
penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai
Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh
memerintahkan :

Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2
tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.

Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun
dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7
Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai
mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah
dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret.

Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan

Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat
Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu
kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

<img src="http://thegarang.com/wp-content/uploads/2011/07/drug-addiction-story1.jpg" alt=""


border="0" />

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :

Mengesan

Membeku

Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39(B) ADB 1952

Seksyen 6(B) ADB 1952


Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana
kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses
mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang
itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.

Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :

Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.

Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan
pengedaran dadah.

Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.

Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan
Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

<img src="http://i.imgur.com/uABRr.jpg" alt="" border="0" />


Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

<img src="http://i.imgur.com/dM39t.jpg" alt="" border="0" />

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia
ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal
yg sama – SUMBER

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair,
bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah
deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran
dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

<img src="http://i.imgur.com/HixUZ.jpg" alt="" border="0" />


Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh
diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit
dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap
berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa
sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda

<img src="http://i.imgur.com/kTPtt.jpg" alt="" border="0" />


Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di
Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar
di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit
Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau. Tapi sekarang ia disalahgunakan,
bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

<img src="http://i.imgur.com/agEV5.jpg" alt="" border="0" />


Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara
berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta
gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di
antaranya adalah

Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera

Serbuk Kaca Kalimantang

Pencuci lantai

Klorox

Ubat Nyamuk

Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap
yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku
sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan
meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :

Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik

Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud

Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang

Meth mouth –kerosakan pada gigi

Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak

Sawan,tegang otot,menggeletar

<img src="http://i.imgur.com/pwePs.jpg" alt="" border="0" />


Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan
kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini
berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian
umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan
hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan
terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-
baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau
menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.
Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan
anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan
mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu
Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh
Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram
hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi,
Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya
haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang
diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar
(arak).

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya,


(3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang
hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah
haram hukumnya seperti :

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


Menjual beli dadah.

Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan’

You might also like