You are on page 1of 18

Jenis-Jenis Dadah dan Kesannya

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
 Diperoleh secara haram
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

 Opiat dan Opiat sintetik


 Stimulan
 Ganja
 Halusinogen
 Depresen
 Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah
popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin.
Jenis-jenis opiat

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai


fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti
sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada
getah buah popi yang bertukar daripada warna
putih kepada coklat dan kehitaman. Ia
mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik)
apabila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara.

2. Morfin Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses


daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya
dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau
morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah

 Bentuk blok / serbuk


 Bertanda “999″
 Mengandungi 70% – 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin

 Seperti serbuk kopi halus


 Mengandungi 60% – 70% morfin

Pil-pil Morfin

 Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid


 Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap


disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang
merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan
berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu,


menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih,
barang, “Penang pink”

4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara


semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan
daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein
digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti


“methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan
“dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai
sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam
bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
“methadone”digunakan dalam rawatan penagihan
opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”
STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)”
dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan


manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti
methamphetamine (ice/syabu) dan
“Methylenedioxy methamphetamine” adalah
dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik,


menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine

Methaphetamine hydrochloride” merupakan


satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan
kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang
biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak
mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Syabu / Ice
Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut


(“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal


daripada daun koka yang terdapat di Peru,
Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes,
Amerika Selatan.

Serbuk Kokain
Pokok Koka

Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-
negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas


daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk
tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack”
adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

Cocaine Snorting

4. MDMA

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA)
merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan


daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase
pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk


semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
“cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti


Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan
bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan
psikoaktif yang utama.

Pokok Ganja
Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah
kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak
benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970.
Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat “Depresen”

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat


“sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia
untuk memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh.

Barbiturates

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates”


manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-
5″, “rohypnol” dan“valium”.

Tranquilizer
Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh
mereka yang menyalahguna “club drugs”untuk membantu
mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga
menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga
pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative”
yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di
kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga
sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama
alkohol.

Pil Erimin-5

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-
kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti
hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh
membawa maut.

3. GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh


dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan
kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid”
tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape


drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam
tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”,
“Liquid Ecstasy”

GHB
4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap


disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam
bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh
menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted”
untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron


sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat
pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh


dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan
otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot


bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan


sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan
kanser hati.

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak


perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila
disalahgunakan

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan


otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh


mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan.

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses


menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar
gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat
ditangani.
.
3. Daun Ketum
Daun ketum atau “species mytragynine” yang
telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap
disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara
dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok
Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga
Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di
utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di
selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan


perubatan tradisional sebagai minuman pemulih
tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai
pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan
angin dalam badan dan bagi merawat sakit
belakang. Bagaimanapun air rebusan daun
Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual
Daun Ketum secara meluas kepada pengguna biasa.

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun


ketum direbus bersama-sama dengan ubat
nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat
kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia
mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons
(Psychotrapic Substance) Regulation 1989,
Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok
Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003.

Air Ketum

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan
sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan
kepada ubat-ubatan berkenaan.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu
tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan
berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda
tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa
tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah
sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara
normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan.
Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi


keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
 Daya tahan meningkat.
 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
 Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan
untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut

.c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap
atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada
penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta
ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk


merasainya sendiri
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi
manfaat dan berfaedah.
 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi
pengguna baru.
 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

 kesan kepada penagih


 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti
dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga


 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
remaja dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.


 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu
seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan
dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang
redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap
ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual
dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat
bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang
kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

You might also like