You are on page 1of 4

LAMPIRAN A1

PROSEDUR PERMOHONAN KWAPM BAGI DATA SEDIA ADA 2012


PERANAN SEKOLAH

1. Sekolah mengenal pasti pendapatan ibu bapa/penjaga murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berdasarkan Borang Maklumat Murid (BMM) bagi murid Tahun 1 hingga 5 pada tahun 2011.

2. Borang Permohonan Individu KWAPM hanya diberikan kepada murid Tahun 1 hingga 5 pada tahun 2011 yang pendapatan ibu bapa/penjaga mereka berada di bawah PGK Nasional.

3. Keluarga murid mengisi borang permohonan individu KWAPM dan mengemukakan semula kepada pihak sekolah bersama dokumen sokongan seperti:

i) ii)

Salinan sijil lahir/kad pengenalan murid yang disahkan; Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan

4. Murid yang telah menerima KWAPM DSA pada tahun 2011, perlu menandakan () SAMBUNGAN di ruangan kategori pada Borang Permohonan Individu KWAPM manakala bagi murid yang baru kali pertama memohon KWAPM DSA, perlu menandakan () PERMOHONAN BARU di ruangan yang sama di dalam borang tersebut.

5. Pihak sekolah mengumpul semua borang permohonan dan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah menyaring setiap borang berdasarkan perkaraperkara berikut:

i)

Murid tidak menerima Bantuan persekolahan dalam bentuk kewangan daripada pihak Yayasan, kerajaan negeri dan swasta atau apa-apa elaun seperti dinyatakan dalam SPK Bil 6 Tahun 2010 mengenai KWAPM. Murid adalah daripada keluarga yang tidak berkemampuan berdasarkan PGK Nasional. Bagi permohonan baru, Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah perlu melaksanakan pemantauan secara rawak ke rumah murid bagi mengesahkan status kemiskinan yang diisytiharkan oleh keluarga murid.

ii) iii)

6. Pastikan semua maklumat diisi dengan LENGKAP terutamanya: (i) No Surat Beranak/ No Kad Pengenalan murid (6 aksara bagi No SB, 12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarak-space) (ii) (iii) Pendapatan kasar dan bilangan tanggungan TIDAK BOLEH diletak 0 (Kosong) atau tiada Nama dan No Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga (12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarakspace) (iv) Umur dan Darjah murid yang diisi ialah umur dan Darjah pada tahun 2012

7. Pihak sekolah membuat pemilihan murid yang layak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah.

8. Pihak sekolah menyediakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) Format Baru dan dikemukakan ke JPN/PPD dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

1. PPD menyemak softcopy senarai BRP (Format Baru) dan sekiranya PPD mendapati ada nama yang dikemukakan yang tidak layak, ia perlu dipotong tetapi TIDAK BOLEH dipadam (delete) daripada fail. (Highlight row-Klik Font-Klik Effect-Pilih Strikethrough) Contoh: Siti Suhana Bt Mohamed Shaharin 2. PPD tidak boleh menambah penerima KWAPM. 3. PPD perlu membuat pengesahan pada hardcopy BRP (Format Baru). 4. PPD menyelaraskan dan menyatukan semua softcopy BRP (Format Baru) bagi semua sekolah dibawah pentadbiran PPD dalam satu cakera padat (CD). 5. Pastikan semua maklumat diisi dengan LENGKAP terutamanya: (i) No Surat Beranak/ No Kad Pengenalan murid (6 aksara bagi No SB, 12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarak-space) (ii) (iii) Pendapatan kasar dan bilangan tanggungan TIDAK BOLEH diletak 0 (Kosong) atau tiada Nama dan No Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga (12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarakspace) (iv) Umur dan Darjah murid yang diisi ialah umur dan Darjah pada tahun 2012

6. PPD menyerahkan softcopy (CD) senarai BRP yang telah diselaras dan disatukan kepada JPN.

PERANAN JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN) 1. JPN menyemak softcopy senarai BRP (Format Baru) dan sekiranya JPN mendapati ada nama yang dikemukakan yang tidak layak, ia perlu dipotong tetapi TIDAK BOLEH dipadam (delete) daripada fail. (Highlight row-Klik Font-Klik Effect-Pilih Strikethrough) Contoh:
3

Siti Suhana Bt Mohamed Shaharin 2. JPN tidak boleh menambah penerima KWAPM. 3. JPN menyelaraskan dan menyatukan semua softcopy BRP (Format Baru) bagi semua PPD di bawah pentadbiran JPN di negeri masing-masing ke dalam 1 CD. 4. Pastikan semua maklumat diisi dengan LENGKAP terutamanya: (i) No Surat Beranak/ No Kad Pengenalan murid (6 aksara bagi No SB, 12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarak-space) (ii) (iii) Pendapatan kasar dan bilangan tanggungan TIDAK BOLEH diletak 0 (Kosong) atau tiada Nama dan No Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga (12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarakspace) (iv) Umur dan Darjah murid yang diisi ialah umur dan Darjah pada tahun 2012

5. JPN menyerahkan softcopy (CD) BRP yang telah diselaraskan dan disatukan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pembayaran selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2011.

PERMOHONAN MURID TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1 TAHUN 2012 1. Permohonan bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 adalah menggunapakai kaedah yang sama seperti di atas tetapi dilaksanakan mulai bulan Januari 2012 2. JPN perlu menyerahkan softcopy (CD) BRP yang telah diselaraskan dan disatukan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya pada 28 Februari 2012.

You might also like