You are on page 1of 2

1

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Kumpulan 1 dan 2 : Murid A seorang yang intrapersonal. Walau bagaimanapun, dia


sentiasa Cemerlang dalam akademik dan sentiasa dilihat dalam kumpulan yang sama.
Keterlibatannya dalam aktiviti kokurikulum sangat terhad kerana BMI yang tinggi. Huraikan
situasi murid A tersebut dalam konteks profil murid dan nyatakan intervensi yang sesuai bagi
membantu membangunkan potensi murid tersebut.

Kumpulan 5 dan 6 : Empat orang guru sedang membincangkan perihal murid B yang diajar
bersama-sama.

Guru Bahasa Melayu : “Si B selalu culas nak hantar latihan karangan, bila disemak selalu
tak siap..tapi bila ujian, selalu skor,”.

Guru Sains : “Eh, ye ke? Dia fokus dalam kelas saya, sebab tu selalu skor,”.

Guru Bahasa Inggeris: “ Dalam kelas saya dia suka main aje, speaking pandai tapi
markah cukup makan,”.

Guru Matematik : “Huh..budak tu ok je dalam kelas saya…”.

Bincangkan kesimpulan daripada perbincangan guru-guru di atas dan tentukan Satu Tahap
Penguasaan murid B berdasarkan pertimbangan profesional dengan memberi justifikasi dan
bagaimana guru boleh membantu untuk meningkatkan potensi murid berkenaan?

Kumpulan 7 dan 8 : Analisis data skor murid profil murid berikut dan fikirkan bagaimana
pemakluman dapat disampaikan kepada ibu bapa dengan menghubungkaitkan setiap titik.
2

Kumpulan 9 dan 10: Analisis skor pembentangan hasil tugasan murid-murid di bawah.
Huraikan pencapaian murid-murid berkenaan berdasarkan markah yang diperoleh. Apakah
intervensi yang dapat dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran murid
berdasarkan pencapaian murid mengikut skema pemarkahan.

Situasi : Markah Aktiviti Pembentangan Tugasan Murid

Bil Skema Markah (10 markah) Kump.1 Kump.2 Kump.3 Kump.4


1 Isi/Fakta 5 8 6 9
2 Penerangan / Penyampaian 4 8 5 8
3 Kesesuaian Bahan 5 7 6 6
4 Penyoalan 2 6 4 4
5 Elemen Merentas Kurikulum 4 7 5 7
JUMLAH 20 36 26 34

Kumpulan 3 dan 4 :

Bagi melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru perlu membuat pentaksiran
secara formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif ialah ujian formal atau tidak formal untuk
mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam bilik darjah manakala Pentaksiran
Sumatif ialah Ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan

MURID TAHAP PENGUASAAN MARKAH UJIAN


Murid A Tahap 2 60
Murid B Tahap 3 48
Murid C Tahap 4 76
Murid D Tahap 5 42
Murid E Tahap 6 87

1. Jelaskan bagaimana guru menggunakan Ujian Formatif untuk mengesan


penguasaan/kemajuan murid. Apakah tindakan guru yang selanjutnya untuk membaiki
kelemahan dan menggunakan Ujian Sumatif untuk mengesan pencapaian murid
berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid ?

2. Berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Formatif dan Ujian Sumatif, bagaimanakah
guru menentukan tahap penguasaan murid secara keseluruhan dalam PBD
berdasarkan pertimbangan profesional (professional judgement)?

You might also like