You are on page 1of 24

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :

 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf
tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah
dilarang
 Diperoleh secara haram
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan
daya tahan terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

 Opiat dan Opiat sintetik


 Stimulan
 Ganja
 Halusinogen
 Depresen
 Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?


Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan
daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan
opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan


memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah
buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia
mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes
morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah
 Bentuk blok / serbuk
 Bertanda “999″
 Mengandungi 70% – 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
 Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah
di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang
merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin
mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan
daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan
kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”,
“dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang
serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan
kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara
kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem
saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada
ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy
methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the
dragon”)
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada
dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala
berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia
ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai
kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”


Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain
Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di
samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran
dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.
Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan
sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa
yang singkat.

4. MDMA
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil
MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase
pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan
Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis”
yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi
berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish

Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan
lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air
dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian
Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada


tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara
barat.

Depresen
1. Ubat “Depresen”

Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”.
Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk
memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala


contoh “tranquilizer”ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan“valium”.
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna “club drugs”untuk membantu mereka kembali ke kehidupan
rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin
apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang
sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan
sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol.
“Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama
alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh
pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf
manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan


sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan
akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB

GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih,
serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak
pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh


memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin
yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh
menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.
Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan
cara “smoked”atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan


Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid
digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat
kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot
atau peningkatkan kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk
seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain


Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga
boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam
masa yg singkat
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan
menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin


serius :SUMBER
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan
Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum
Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun
dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh
segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah
sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika,
di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman
pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan
airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin
dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun
Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna
biasa.

Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama
dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia
mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of
Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.
Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai
Januari 2003.

4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap
disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk
menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan


kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan


Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau
psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara
berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada
dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih
memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-
gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal
seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah
dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut,
muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana
penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya
dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan


dadah)
Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos
dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi
kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk
mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini
telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :


 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian
mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan
minuman.
 Daya tahan meningkat.
 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
 Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi
apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan
penggunaan.
 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti
menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan
dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin
dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya
dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria
berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan
membawa maut

.c) Cara penggunaannya


Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik,
dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan
mengguna.

d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya
tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah


Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian
besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25
tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah


kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan


dadah adalah kerana :
 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba
untuk merasainya sendiri
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah
tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan
bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara
yang memberi manfaat dan berfaedah.
 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada
yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk
mempengaruhi pengguna baru.
 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan
agama.

Akibat Penagihan Dadah


Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
 kesan kepada penagih
 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul
hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan
kelihatan seperti dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti
kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota
keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial
kepada mereka.
3. Kesan Kepada Masyarakat
 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti
rompakan & samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :


 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital
dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam
penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa
perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa
tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin


dan hasil kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna
akibat menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau
kaum keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit
dan sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik
kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu
penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu,
bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya
kepada pakar-pakar perubatan

You might also like