You are on page 1of 44

Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya

08/09/2013 tokjogho 5 Comments dadah, daun ketum, fakta tentang dadah, featured, jenis dadah,
jenis-jenis dadah, kesan dadah, ketamin, morfin, pil kuda, syabu, ubat batuk

SHARES

FacebookTwitterSubscribe

Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja
dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan
oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”,
“misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug
abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah
akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri
mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya


anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah
ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh
itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan
penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah
perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

Diperoleh secara haram

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi,
lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
<img
src="http://i.imgur.com/D9NXD.jpg" alt="" border="0" />

Jenis-jenis opiat

1. Candu

<img src="http://i.imgur.com/jpvS3.jpg" alt=""


border="0" />
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem
saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin

<img src="http://i.imgur.com/a1M8L.jpg" alt=""


border="0" />

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah

Bentuk blok / serbuk

Bertanda “999″

Mengandungi 70% – 90% morfin


Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Mengandungi 60% – 70% morfin

Pil-pil Morfin

Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid

Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

<img src="http://i.imgur.com/QxfTZ.jpg" alt=""


border="0" />

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein

 
<img src="http://i.imgur.com/uwRFK.jpg" alt=""
border="0" />

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

 
<img src="http://i.imgur.com/7HS7k.jpg" alt="" border="0" />
Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan


“dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat
dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

 
<img
src="http://i.imgur.com/dVFdD.jpg" alt="" border="0" />

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy
methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine

<img
src="http://i.imgur.com/VcN5P.jpg" alt="" border="0" />
Syabu / Ice
 

“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

<img src="http://i.imgur.com/aZsOd.jpg"
alt="" border="0" />
Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)


Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

<img src="http://i.imgur.com/eImBg.jpg" alt=""


border="0" />
Serbuk Kokain
 

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

<img
src="http://i.imgur.com/mh9Wq.jpg" alt="" border="0" />
Pokok Koka

 
<img
src="http://i.imgur.com/SnuvM.jpg" alt="" border="0" />
Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.

<img src="http://i.imgur.com/D5Ecy.jpg"
alt="" border="0" />
Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan
serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat
berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

<img src="http://i.imgur.com/KgMrX.jpg" alt=""


border="0" />
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis
<img
src="http://i.imgur.com/IHy7g.jpg" alt="" border="0" />
Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
“cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia
merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan
kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

 
<img
src="http://i.imgur.com/5I0z9.jpg" alt="" border="0" />
Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan
dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish
<img src="http://i.imgur.com/bPgi1.jpg" alt=""
border="0" />
Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada
udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

 
<img src="http://i.imgur.com/RbqI2.jpg"
alt="" border="0" />
“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

<img src="http://i.imgur.com/RwYsp.jpg"
alt="" border="0" />
Menghisap ganja menggunakan “Bong”
 

<img
src="http://i.imgur.com/xeMWM.jpg" alt="" border="0" />
“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia
diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat “Depresen”
<img
src="http://i.imgur.com/uKOg1.jpg" alt="" border="0" />
Barbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak
dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi
tubuh.

<img src="http://i.imgur.com/ZVCAb.jpg" alt=""


border="0" />
Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″,
“rohypnol” dan “valium”.
<img src="http://i.imgur.com/YBKD9.jpg" alt=""
border="0" />
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club
drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap
“erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis
“sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja
sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab
malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi
dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti
hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa
maut.

3. GHB
<img
src="http://i.imgur.com/JlDbn.jpg" alt="" border="0" />
GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan
kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

<img src="http://i.imgur.com/SZOlT.jpg"
alt="" border="0" />
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam
tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

 
4. Ketamin

<img src="http://i.imgur.com/GYoKK.jpg"
alt="" border="0" />

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam
bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

<img
src="http://i.imgur.com/N6m0M.jpg" alt="" border="0" />
Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

 
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted”
untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

<img src="http://i.imgur.com/uuO38.jpg" alt="" border="0" />


Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk
merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

 
<img
src="http://i.imgur.com/B32Vo.jpg" alt="" border="0" />
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan
kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

 
<img
src="http://i.imgur.com/QCACU.jpg" alt="" border="0" />
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang
itu ketagihan.

<img src="http://i.imgur.com/tqG83.jpg" alt=""


border="0" />
Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum

 
<img src="http://i.imgur.com/aEU2P.jpg"
alt="" border="0" />
Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae
yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi
wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga
bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air
rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

<img
src="http://i.imgur.com/VHQtM.jpg" alt="" border="0" />
Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat
nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison
Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari
2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan
sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan
kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.
Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu
dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit
perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami
gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta
mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos
dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

 
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-
keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat.

Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau
dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk
beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau
diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih
dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta
ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang
sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat
dan berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga

Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya
dengan cara menjadi pengedar.

Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna


baru.

Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.


Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam
khayalan.

Pitam, pengsan, & berperasaan ganas

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi,
HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan
belia dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat
dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri
daripada golongan remaja dan belia.
 

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu
seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan
dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan
kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,
sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah
bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang
kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport,


menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan,
mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-
mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
 

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952
sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh
dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8
Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan
tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan
dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

 
<img src="http://i.imgur.com/iB5xw.jpg" alt="" border="0" />

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan,
penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati
bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983
sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih
dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani
pengawasan selama 2 tahun atau

Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.

Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi
maksud menjalani ujian.

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir
pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.

Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan
seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :


Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan.

Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di
hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh
Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret
boleh memerintahkan :

Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama
tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.

Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2
tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai
mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6,
telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret.

Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan

Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat
Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan
suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-
duaya.

<img src="http://thegarang.com/wp-content/uploads/2011/07/drug-addiction-story1.jpg"
alt="" border="0" />

 
 

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :

Mengesan

Membeku

Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39(B) ADB 1952

Seksyen 6(B) ADB 1952

Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana
kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses
mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan
seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.

Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :

Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.

Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam
kegiatan pengedaran dadah.

Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.

Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan
Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

 
<img
src="http://i.imgur.com/uABRr.jpg" alt="" border="0" />

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

<img src="http://i.imgur.com/dM39t.jpg"
alt="" border="0" />

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji).
Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk
memberikan kesan khayal yg sama – SUMBER

 
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung
berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh
mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif
persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

<img
src="http://i.imgur.com/HixUZ.jpg" alt="" border="0" />
Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja
membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering,
sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit
dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh
menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda

 
<img src="http://i.imgur.com/kTPtt.jpg" alt="" border="0" />

Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di
Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram
terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif,
ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau. Tapi sekarang ia
disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

<img
src="http://i.imgur.com/agEV5.jpg" alt="" border="0" />
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang
singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil
secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang
siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di
antaranya adalah

Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera

Serbuk Kaca Kalimantang

Pencuci lantai

Klorox

Ubat Nyamuk

Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ &
asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku
sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan
meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :

Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik

Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud

Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang

Meth mouth –kerosakan pada gigi

Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak

Sawan,tegang otot,menggeletar
<img src="http://i.imgur.com/pwePs.jpg" alt="" border="0" />
Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang
dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil
pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia
termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-
duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-
keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud
:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-
baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau
menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri
dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan
mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

 
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan
Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al
Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah
adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan,
mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah
hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya
seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat
tentang khamar (arak).

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya,


(3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang
hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah
adalah haram hukumnya seperti :

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Menjual beli dadah.

Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

Lain2 Artikel Menarik:

10 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Semasa Menjalani Kuarantin Di rumah (Influenza A - H1N1)

Tokoh Islam - Nur al Din Ibn Ishaq Al-Bitruji

Pasaraya-pasaraya Islam di China

Ar-Rahnu - Fahami Sistem Pajakan Islam

5 Jenis Makanan Pencegah Kanser Payu Dara


Pedoman Lelaki Muslim Mencari Wanita Solehah

Kisah Wanita Kristian Bertudung Berbicara Tentang Islam

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Berapakah Sebenarnya Jumlah Ayat Al-Quran&ndash;Betulkah 6666 ayat?

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2012

SHARES

FacebookTwitterSubscribe

← Renungan Ramadhan: Kisah Budak Si Penjual Kuih

Salamfone – Penyedia Telefon Mudah Alih Mengikut Syariah →

<img alt=''
src='http://2.gravatar.com/avatar/8fba7f1be029b89cc31d38d54b76033d?
s=100&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://2.gravatar.com/avatar/8fba7f1be029b89cc31d38d54b76033d?
s=200&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-100 photo' height='100' width='100' />

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir
Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web
PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat,
Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur
kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain.
Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang
unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

5 thoughts on “Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya”


<img alt='' src='http://0.gravatar.com/avatar/f8c6705bcd9bf91f7ec9d1fe40dcdbb7?
s=74&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://0.gravatar.com/avatar/f8c6705bcd9bf91f7ec9d1fe40dcdbb7?
s=148&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-74 photo' height='74' width='74' />

syuhada

09/06/2017 at 11:11 am

Permalink

assalamualaikum, terima kasih atas info yang sangat berguna ini. mohon untuk saya menggunakan
sedikit fakta melalui blog ini untuk tujuan kajian saya. terima kasih

Reply

<img alt='' src='http://2.gravatar.com/avatar/25edd08ef368ccfe8219cba8bbaf10ee?


s=74&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://2.gravatar.com/avatar/25edd08ef368ccfe8219cba8bbaf10ee?
s=148&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-74 photo' height='74' width='74' />

TamimiAdli

25/08/2016 at 8:12 am

Permalink

Berapa lamakah tempoh positif bagi seseorang penagih?

Reply

<img alt='' src='http://2.gravatar.com/avatar/5db460b51ce87f5c189167a4738e76be?


s=74&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://2.gravatar.com/avatar/5db460b51ce87f5c189167a4738e76be?
s=148&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-74 photo' height='74' width='74' />

Camelia Maxliyan

24/08/2013 at 11:17 pm

Permalink

knapa x bleh copy … alaaa ..

Reply
<img alt='' src='http://2.gravatar.com/avatar/5f25afd0a592e4843ff45d440eac97c6?
s=74&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://2.gravatar.com/avatar/5f25afd0a592e4843ff45d440eac97c6?
s=148&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-74 photo' height='74' width='74' />

alyaa fatihah

21/08/2013 at 10:26 pm

Permalink

semua jenis dadah ini membayakan nyawakita semua.

Reply

<img alt='' src='http://1.gravatar.com/avatar/16fd7cc1d7f6155225e2070c3829fd23?


s=74&#038;d=wavatar&#038;r=pg'
srcset='http://1.gravatar.com/avatar/16fd7cc1d7f6155225e2070c3829fd23?
s=148&#038;d=wavatar&#038;r=pg 2x' class='avatar avatar-74 photo' height='74' width='74' />

ahmad

17/04/2013 at 7:06 pm

Permalink

coka-cola mengandungi bahan kokain

Reply

Leave a Reply Cancel reply

Top of Form

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Bottom of Form

You might also like