You are on page 1of 4

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat
dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy
methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the dragon)

2. Methamphetamine

Syabu / Ice
Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)


Nama Jalanan : Ice

3. Kokain

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-
negara Eropah.

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Pokok Koka

Daun Koka

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake

Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan
serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat
berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : Ecstasy, XTC

You might also like