You are on page 1of 26

Apakah itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau


kimia

yang

amat

merbahaya

kepada

individu yang meng-gunakannya kerana ia


mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.
dengan

Banyak

dadah

hal

sentiasa

yang

berkaitan

menjadi

bahan

berita dalam media massa.


Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus
memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi,
sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini
yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk
pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug"
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi
takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse"
atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan
"drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada
sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang

yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan


terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan
beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti
"paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi
sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan
tetapi,

dadah

rangsangan

seperti

ini

tidak

mengakibatkan

ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan


negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini
tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang
dilarang

pengambilannya

kerana

dadah

ini

mengakibatkan

ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan


sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan
dadah

ini

di

dalam

Akta

Dadah

Berbahaya

1952

untuk

mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,


eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis
dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy"
diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini
juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas


sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang).

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan


dan penggunaannya adalah dilarang.

Diperoleh secara haram.

Membawa kepada pergantungan fizikal dan


psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah

mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan


dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses
menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis dadah yang mempunyai fungsi menekan
dan

memperlahankan

aktiviti

sistem

saraf

tunjang.

Candu

dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada


warna putih kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau
yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi
setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin
mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"

Morfin Mentah

Bentuk blok/serbuk

Bertanda "999"

Megandungi 70% - 90% morfin

Juga dipanggil Heroin No.1


Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Megandungi 60% - 70% morfin


Pil-pil Morfin

Megandungi morfin sulfat/morfin


hidroklorid

Pil kecil berwarna putih/coklat


pucat

3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang
paling

kerap

disalahguna

oleh

penagih dadah di Malaysia. Heroin


dalam bentuk tulen adalah serbuk
putih pahit yang merupakan produk
yang terhasil daripada pemprosesan
morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang
pink"

4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di
dalam

candu.

Walau

bagaimanapun,

kebanyakan

kodein

di

pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang


perubatan,

kodein

digunakan

untuk

melegakan

kesakitan

sederhana dan sebagai ubat batuk.


Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" ,
"pethidine",

"dipipanone"

dan

"dextropropoxyphene".

Bahan-

bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan


digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan.
Kini "methadone" digunakan dalam rawatan penagihan opiat di
negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang
aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis
amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada
masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang
didaftarkan dengan
perangsang
(ice/syabu)

jenis
dan

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah


amfetamin

"Methylenedioxy

seperti

methamphetamine

methamphetamine"

adalah

dadah yang sangat berbahaya.


Cara

Mengunakan

Menelan,

menyuntik,

menghisap,

menyedur ("chasing the dragon")


2. Methamphetamine
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah
yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca
pecah

dan

kadangkala

"methaphetamine

berbentuk

hydrochloride"

seperti

yang

tawas.

biasanya

Contoh

terdapat

di

Malaysia ialah syabu. syabu lazimnya diproses secara haram dan


tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the
dragon")

Nama Jalanan : "Ice"

3. Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka
yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan
Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara
Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada
segala

campuran

dan

dihisap

dalam

bentuk

tulen

dengan

menggunakan paip khas.


Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik
dan

berbentuk

sehingga

90%

"granusles".
dan

sangat

"Crack"

mempunyai

berbahaya

kerana

ketulenan
ia

boleh

menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.


4. MDMA
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo
meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan boleh
meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi citarasa pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis
dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini
berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika
dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif
yang utama.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga
pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan
atau

sate.

ia

menyerupai

tembakau

tetapi

berwarna

lebih

kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara

Mengunakan

Menghisap,

makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja" Dam

menelan

(bersama

2. Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis
yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau
dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat
muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak

hashish

dihasilkan

daripada

pengasingan

bahan

kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai


minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila
terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan
sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah

pandangan

menyebabkan

ilusi

visual
sehingga

dan
susah

membezakan yang benar dan tidak benar.


Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual
di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP,
meskalin

dan

psilosibin

semuanya

termasuk

dadah

jenis

halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubatubatan ini sukar dibuktikan.


Ubat-ubatan

ini

amat

popular

disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia


diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"
Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan
"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang
manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi
tubuh.
Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh
"tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh
mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka
kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap
"erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram
heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya
sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja
sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh
perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan
kematian apabila disalahgunakan bersama
alkohol.
2. GHB

"Gamma-hydroxybutyrate"

(GHB)

boleh

diperoleh

dalam

bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau
"gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat
dan

dikeluarkan

dalam

makmal

haram

tanpa

sebarang

kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs"


kerana boleh mempitamkan mangsa
dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama

Jalanan

"G",

"Grieviuos

bodily Harm", "Liquid Ecstasy"


3. Ketamin
Ketamin

pula

sejenis

ubat

bius

haiwan

yang

kerap

disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair


tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur
dengan

cepat.

Ketamin

dalam

bentuk

tepung

putih

pula

disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk


mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. Steriod

Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik.


Steriod

digunakan

merawat

pesakit

oleh
lelah

doktor
dan

untuk

lain-lain.

Steriod kerap disalahguna oleh atlit di


seluruh dunia walaupun terdapat kajian
baru yang menunjukkan steriod tidak
menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan
fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan
sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain


Gam, petrol dan inhalan lain walaupun
tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga
boleh menghasilkan kesan seperti dadah
apabila
menghidu

disalahgunakan.
gam

mengkhayalkan

atau

Kekerapan
petrol

pengguna

boleh
dan

menyebabkan seseorang itu ketagihan.


Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses
menggubal

akta

Bahan

Mengkhayalkan

agar

gejala

penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditanggani.


3. Daun Ketum
Selain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine"
yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik

dalam

Akta

Racun

1952

juga

kerap

disalahgunakan

oleh

segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.


4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubatubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat
penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan
sebagainya.

Penggunaan

yang

kerap,

banyak

dan

secara

berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubatubatan berkenaan.


Kesan-kesan Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum


dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak

bertanggungjawap

kepada

persekolahan dan prestasi kerja.

Dari

segi

fizikal,

penagih

akan

menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti


dalam khayalan.

Pitam,

pengsan,

berperasan

ganas,

rase

ketagihan

berlebihan.

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti


seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,


tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan


anggota keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat

mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah


seperti rompakan dan pembunuhan.

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh


terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku


akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang


tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang
berterusan. Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran


ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan


penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang


berlaku

Kos

bagi

menambah

meneruskan
bilangan

kegiatan

anggota

penguatkuasaan

polis,

kakitangan

seperti
jabatan

penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan


terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan
remaja dan belia.

Tanda-tanda atau simpton dan Kesan-Kesan Penagihan


Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat
melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap,
tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat
berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu


kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak


bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau


dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca


dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar


warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan

dengan

mereka yang

diketahui

menagih

dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barangbarang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,
saudara mara atau kaum keluarga.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab


seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan
tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri

yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja.


Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran
menghilang,

Pengedaran

Dadah termasuklah semua seperti

mengimport,

mengeksport,

menyimpan,

menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor,


mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim,
mendapatkan, membekal atau mengedar mana dadah berbahaya.
Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di
dalam miliknya :

15 gram atau lebih berat heroin

15 gram atau lebih berat morfin

15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil
morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana
dua daripada dadah berbahaya tersebut.

1,000 gram atau lebih berat candu masak

1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

200 gram atau lebih berat ganja

200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

40 gram atau lebih berat kokain

2,000 gram atau lebih berat daun koka

50

gram

atau

lebih

berat

Aminohoxy-4

methyl

phenypropane

50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)


phenylpropane

50 gram atau lebih berat amphetamine

50 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)

50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine


(DOB)

50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine


(DOET)

50 gram atau lebih berat Methamphetamine

50

gram

atau

lebih

berat

5-Methoxy-3,4-

Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA

50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA

50

gram

atau

lebih

berat

N-methy-1-(3,4-

methylenedioxypheny)-2-butanamine

50

gram

atau

lebih

berat

3,4-Methylenedioxy-

methamphetamine (MDMA)

50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine


(3,4,5-TMA)

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada


dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan
(xi) hingga (xxiv)
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 39(A) Akta Dadah Berhahaya 1952 sekiranya di dapati di
dalam miliknya terdapat :

5 gram atau lebih berat heroin

5 gram atau lebih berat morfin

5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil


morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana
dua daripada dadah berbahaya tersebut.

250 gram atau lebih berat candu masak

250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan


mentah

50 gram atau lebih berat ganja

50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

15 gram atau lebih berat kokain

750 gram atau lebih berat daun koka

30

gram

atau

lebih

berat

Aminohoxy-4

methyl

phenypropane

30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)


phenylpropane

30 gram atau lebih berat amphetamine

30 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)

30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine


(DOB)

30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine


(DOET)

30 gram atau lebih berat Methamphetamine

30

gram

atau

lebih

berat

Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA

5-Methoxy-3,4-

30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA

30

gram

atau

lebih

berat

N-methy-1-(3,4-

methylenedioxypheny)-2-butanamine

30

gram

atau

lebih

berat

3,4-Methylenedioxy-

methamphetamine (MDMA)

30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine


(3,4,5-TMA)

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada


dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan
(m) hingga (z).
Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara
seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati
menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon)
dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang
daripada 6 sebatan
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah
diluluskan

dan

diwartakan

pada

Ogos

2002.

Dengan

berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagihpenagih dadah yang menagih semual selepas 2 kali menjalani
rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di
dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7
tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka
di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum

penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6


sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan,
pemilikan,

pengeluaran,

penjualan,

penggunaan

racun

dan

penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa


yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di
bawah Akta Racun 1952.
Akta Rawatan/Pemulihan 1983
Seseorang boleh di tahan untuk ujian air kencingnya di bawah
Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih
dadah.
Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah,
majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada
penagih tersebut :

menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama


2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2
tahun atau

diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk


tempoh 2 hingga 3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi


kuasa kepada kerajaan melalui :

Mengesan

Membeku

Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39(B) ADB 1952

Seksyen 6(B) ADB 1952

Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas


Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah
seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952


dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti
untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan


pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat,
percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus
dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta


Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.

Tidak dibicarakan di mahkamah

Proses Siasatan:

Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada


Siasatan.

Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang


disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran
dadah.

Laporan

siasatan

Polis

dan

laporan

Pegawai

Siasatan

dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri.

Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat


keputusan sama ada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan,
Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

MOHD
SAUFI BIN
MD
SALLEH
85090307
5259

You might also like