You are on page 1of 20

HBEF2103MAC11

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2013

HBIS3103

FIQH 1

NAMA : DAYANG NAZLIN BINTI NAVI@NAWAWI


NO. MATRIKULASI : 790630055372001
NO. KAD PENGENALAN : 790630055372
NO. TELEFON : 0195864959
E-MEL : anasfaqih06@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PPT SANDAKAN

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

ISI KANDUNGAN

BIL ISI MUKA SURAT


1 Mukaddimah
2 Konsep Tayamum
3 Sejarah Pensyariaatan
Tayamum
4 Syarat-syarat Tayamum
5 Rukun Tayamum
6 Tatacara Bertayamum
7 Perkara Yang
Membatalkan Tayamum
8 Kesimpulan

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Mukaddimah

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Konsep Tayamum .

Tayammum dari segi bahasa ialah ( sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560)
Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)








267. Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari
hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi
untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu
dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan
mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan
mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Berdasarkan pengertian ini juga penyair berkata ;
Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran.
Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau
menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang
mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah
Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua
tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk
atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat
menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para
Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan
tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata
Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi
dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula
mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua
tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-
syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka
dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili.
1984 : 560-561)

Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua
tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.
Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani
Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah
S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada,
maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79)
Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200)

Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang.
Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi
dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu')
dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat
tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala
kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak
menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum
muslimin."

Dalil pensyariatan tayammum

Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah
S.W.T: (An-Nisa': 43)



ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN











43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui
akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam
keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi
bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan
tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Dalil ini dikukuhkan lagi dalam firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 6 ;

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN


6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua
belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah
kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka
bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah
kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua
belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan
(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.

Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad,
(b) 22133: 313)

Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di
mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk
bersuci."

Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162)

Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak
bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai
fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?'
Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu,
Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah
cukup bagi engkau."

Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat
Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)

Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum

Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh
bertayammum sebagai berikut:

1) Ketiadaan air:

Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan
bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43)

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Maksudnya:
" lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".

Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang
membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam pengertian ini ada
air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi
harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air
tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan.

Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi
wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum pada
bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata,
bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 )

Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku
memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".

Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. Maka
wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau
menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan
sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang
berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa
dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat,
maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan Malikiyyah
solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad
bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air.
Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama'
sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81)

Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang
bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana
tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang
melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang
mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat atau
wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak
mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81)

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
2) Keuzuran untuk menggunakan air:

Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak
di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'.
Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah
mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga
orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang
terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-
118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. (Ar-
Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut
dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya.

3) Dalam keadaan sakit atau luka:

Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan
hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu:

i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan
nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya.
Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak
mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya.
Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas
r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413)

Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul,
lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".

ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau
khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya
semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau
khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti
anggota bahagian wajah dan lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih,
membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat
kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.
ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada
sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang
kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut
akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air,
walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan.
Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini,
Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)

Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar
sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah.
Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim.
(Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)

4) Memerlukan air:

Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi,
tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya
dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air.
Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan
kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh
binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk
minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi
dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini
tidak menghalangi untuk memakai air).

Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Orang
tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka teman-
temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti
memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang
diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118)

Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk
memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang
melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis
terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan
ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu
diulangi.

5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air:

Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh
jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan,
dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau
bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain
yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri
atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Kekhawatiran itu
boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang
yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa.

6) Keadaan sangat dingin atau sejuk

Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238)

Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang sejuk ketika peperangan
Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khuwatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum,
kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para
sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: '
Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan
junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan
aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri,
sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak
bersabda sesuatu pun."

Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah (suatu
dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir.
1994: 139) Maka, jika seseorang khuwatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu
dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan
Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau
lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut
Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.

Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan


tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari
golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika
sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang
bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya
dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah
yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'.

7) Tiada alat untuk mengambil air:

Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh
mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat
tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil air dari
sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan
bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang
kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113)

Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia diharuskan
menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang
menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib.

8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:

Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat
jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan
adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu
jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum.

Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis
waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti
golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang
mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu
akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan
tayammum tersebut tidak diulang.
ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan
bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat kecuali
dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana
berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139)
Kedua, kerana khuwatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai
solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat
Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.

Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khuwatir habis waktu
solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih
utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)

Rukun-Rukun Tayammum

1. Niat:

Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis
yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1)

Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".

Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu
wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut
kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian
Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat
dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan
rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri.
(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu
wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas,
kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum.

i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh
ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan
boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
luarnya.
ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka
boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat
fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat
sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang
fardhu.
iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat
fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan
untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika
seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka
hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang
kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123)
iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang
fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat
sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu,
tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187)

2. Menyapu ke muka dan dua tangan:

Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum,
berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6)

Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu".

Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu
seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan
tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib
meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad.
t.th: 188)

3. Tertib (berurutan):

Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah.
Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan Hanabilah

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib.
Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan
air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum.
Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua
tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)

Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayamum


1. Setiap perkara yang membatalkan wudhu
Segala perbuatan dan perlakuan yang membatalkan wudhu akan menyebabkan terbatalnya
tayamum .
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum

1) Perkara yang membatalkan wudu':

Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah
gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang
sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah
tayammumnya. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan
solat, jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'.
Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika
ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad al-
Husaini.1993: 128)

Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal
tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap
orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di
dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila
sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. Dalam pada itu,
golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil,
maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah
bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia
mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148)

2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum:

Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi
penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan
ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau
penjara yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur
akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604)

3) Melihat air dan sanggup memakai air:

Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air seumpama
turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196)
Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206)

Maksudnya:
" Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun
lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air, hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau,
kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. "

Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561)
" Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu
sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang, beliau
tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu."

Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan
Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air
walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air
sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut
pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum
kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal
tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63)

4) Habis waktu solat:

Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu
solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.
1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau
terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis
waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166)

5) Murtad (riddah):

Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan
Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan keharusan solat dengan
tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan
mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan
solat sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang
murtad itu telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya,
sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti
halnya pada persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91)

6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat:

Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut
golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-
turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606)

2.

Tata cara tayamum yang shahih dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Tayamum yang diunjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W

1. Menepukan telapak tangan ke shoid (debu) sekali tepukan.

2. Meniup kedua tangan tersebut.

3. Mengusap wajah sekali.

4. Mengusap punggung telapak tangan sekali.

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522
HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH


801218035522

You might also like