You are on page 1of 14

FAKULTI SAINS GUNAAN

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN

FAKTOR DAN IMPAK ISU KEMUSNAHAN


ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
NUR NAJWA BINTI MOHD NIZAM 2022892878
DYNAZ AQILAH BINTI MOHD SAMSUL 2022471398
NUR IRDIENA ERISYA BINTI MUHAMAT BAHRIN 2022861588
QISTINA SUFIYA BINTI JUNADI 2022881232

MARKAH PENILAIAN:
PERKARA MARKAH TUGASAN MARKAH PELAJAR
Pengenalan 4
Objektif Kajian 4
Kajian Literatur 8
Metodologi
16
Dapatan & Perbincangan
Rumusan & Kesimpulan
4
Etika
Rujukan 4
JUMLAH 40

Kertas kerja ini dikemukakan bagi memenuhi keperluan kursus


CTU 101 (PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)
Semester Oktober 2022 – Februari 2023

PENSYARAH: NURUL FATHIN NGADIMAN


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
BORANG PERAKUAN PELAJAR

“ Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang
kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri , tidak meniru dan plagiat daripada mana -
mana sumber , atau mencuba untuk meniru mana - mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya . Kami sedar bahawa mana - mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM Shah Alam . ”

Nama : NUR NAJWA BINTI MOHD NIZAM


No. Pelajar : 2022892878

Nama : DYNAZ AQILAH BINTI MOHD SAMSUL


No. Pelajar : 2022471398

Nama : NUR IRDIENA ERISYA BINTI MUHAMAT BAHRIN


No. Pelajar : 2022861588

Nama : QISTINA SUFIYA BINTI JUNADI


No. Pelajar : 2022881232
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 4

2.0 KAJIAN LITERATUR 5

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Kaedah Pengumpulan Data
3.1.1 Kaedah Dokumentasi 6
3.2 Kaedah Penganalisaan Data
3.2.1 Kaedah Induktif 7
4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Faktor Kemusnahan Alam Sekitar
4.1.1 Sikap Tidak Bertanggungjawab Individu Dan Organisasi
4.1.2 Pembuangan Sisa Industri Dan Pertanian Tidak Terkawal
4.1.3 Penggunaan Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Baharu
4.1.4 Penguatkuasaan Undang Undang Yang Lemah

4.2 Impak Kemusnahan Alam Sekitar


4.2.1 Pemanasan Global Melampau
4.2.2 Bencana Alam
4.2.3
4.2.4

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Perkataan alam merupakan pinjaman perkataan bahasa Arab iaitu ‫( عَالَم‬Wikipedia,


2010). Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu Edisi Keempat , perkataan alam
bermaksud dunia, bumi; segala yang ada di langit dan di bumi (Pustaka, 2017) manakala
sekitar bermaksud sekeliling atau suasana (Kamus Bahasa Melayu, 2017). Ini menjadikan
alam sekitar bermaksud alam sekeliling yang meliputi segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya
(Wikepedia, 2021). Alam sekitar juga boleh dirujuk sebagai flora dan fauna. Alam sekitar
terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu unit landskap, sebagai sistem semula jadi
tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuhan, haiwan, batu bata dan lain lain serta
fenomena semula jadi yang berlaku.
Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang kaya dengan
biodiversiti. Kira-kira 59 hingga 70 peratus daripada keseluruhan kawasan negara adalah
hutan tropika, 11.6 peratus masih semula jadi (Ismail D. A.). Malaysia mempunyai lebih
daripada 15,500 spesies tumbuhan besar. Malaysia juga mempunyai lebih daripada 285
spesies mamalia dengan 27 spesies endemik dan 51 spesies terancam.
Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa
diundang, kemerosotan alam sekitar hari ini semakin berpunca daripada campur tangan
eksploitasi sumber alam yang tidak terkawal oleh manusia untuk mendapatkan
keuntungan. Jika dilihat kepada kemajuan teknologi yang ada di Malaysia pada masa ini,
perkara ini tidak sepatutnya berlaku apabila penggunaan akal manusia secara rasional
berlandaskan iman. Manusia dapat melihat kebaikan dan keburukan menggunakan
sumber alam secara rakus, namun sifat tamak yang dominan boleh mengaburkan
pandangan sesetengah orang tanpa memikirkan implikasi masa depan. Dari sudut Islam
yang menjadikan al-Quran sebagai rujukan mutlak, sekiranya setiap individu mengetahui
amanah atau tanggungjawab sebagai khalifah di negara ini, dapat mengelak kemusnahan
alam sekitar (Imaaduddin Abdul Halim, 2016) . Allah berfirman dalam surah Hud ayat
61:

۟
ِ ْ‫ال يَ ٰـقَوْ ِم ٱ ْعبُدُوا ٱهَّلل َ َما لَ ُكم ِّم ْن ِإلَ ٰـ ٍه َغ ْي ُر ۥهُ ۖ هُ َو َأن َشَأ ُكم ِّمنَ ٱَأْلر‬
‫ض ۞ َوٱ ْستَ ْع َم َر ُك ْم‬ َ ‫َوِإلَ ٰى ثَ ُمو َد َأخَاهُ ْم‬
َ َ‫ص ٰـلِ ۭ ًحا ۚ ق‬
٦١ ‫يب‬ ٌۭ ‫يب ُّم ِج‬ ٌۭ ‫فِيهَا فَٱ ْستَ ْغفِرُوهُ ثُ َّم تُوب ُٓو ۟ا ِإلَ ْي ِه ۚ ِإ َّن َربِّى قَ ِر‬
“Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,
kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa
dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

Berdasarkan firman Allah tersebut, Allah tidak menyatakan secara khusus tentang cara-cara
untuk menjaga alam sekitar, tetapi kita mestilah bersama sama mensyukuri nikmat yang
Allah SWT. Di dalam kertas kerja ini kami akan menghuraikan tentang kesan dan impak
isu kemusnahan alam sekitar

2.0 KAJIAN LITERATUR

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, isu kemusnahan
alam sekitar yang mengancam alam semula jadi kerana tanah dibersihkan untuk pertanian,
perhutanan, industri dan komuniti. Fenomena seperti tanah runtuh, banjir, jerebu,
perubahan cuaca, hakisan pantai dan kesan rumah hijau adalah antara kesan kemusnahan
hutan yang bukanlah perkara baru bagi rakyat Malaysia. Masalah banjir sering melanda
banyak kawasan seperti Kelantan,Terengganu dan yang paling menggemparkan rakyat
Malaysia adalah Banjir Malaysia 2021-2022 di Lembah Kelang, Selangor iaitu banjir
terburuk dalam sejarah Malaysia moden. Fenomena-fenomena ini sering menjadi tajuk
utama atau muncul di muka depan media massa atau elektronik. Malah, sering menjadi
bualan hangat sama ada di meja persidangan, di Parlimen mahupun di kedai kopi. Namun
demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah kemusnahan alam sekitar
yang kita saksikan sejak dua tiga abad ini berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak
bermoral yang hanya mementingkan diri sendiri.
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah adalah
kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor. Di dalam artikel Fitri Nizam dan Faris
Fuad yang menemu ramah Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud,
berkata “Saliran air bawah tanah di kawasan itu berkemungkinan menjadi tepu dan
meruap dengan sisa toksik sebelum meresap melalui tanah ke permukaan sehingga
membentuk gas toksik.” (Fuad, 2019).
Antara contoh isu alam sekitar yang lain ialah krisis jerebu yang sama berulang setiap tahun
yang disebabkan oleh pembakaran hutan. Pada tahun 2014, negara Asia Tenggara yang
terjejas dengan jerebu iaitu , Singapura yang telah meluluskan undang-undang yang
membolehkan negara itu mendakwa individu  dan syarikat yang menyumbang
kepada jerebu. "Ini bukan bencana alam. Kabus adalah masalah buatan manusia yang tidak
boleh diterima. Ia memberi kesan besar kepada kesihatan, masyarakat dan ekonomi di
rantau ini," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura (Kronologi jerebu di
Malaysia, 2022). Pada tahun 2015, jerebu yang melanda negara disifatkan sebagai jerebu
yang paling teruk dalam sejarah kerana selain  pembatalan  penerbangan dan beberapa
acara antarabangsa, banyak sekolah terpaksa ditutup kerana dilaporkan ianya
menjejaskan hampir empat juta pelajar di Malaysia (Rasidi, 2015). Jelaslah bahawa
pencemaran alam sekitar hanyalah memberikan kesan buruk kepada manusia sejagat. Bagi
mengatasi masalah jerebu yang terus melanda negara kita, kerajaan khususnya perlu
mengambil langkah yang lebih drastik dan berkesan agar kesihatan anak watan tidak
mencapai tahap darurat.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Pengumpulan Data

3.1.1 Kaedah Dokumentasi

Kaedah ini merupakan pengumpulan data sekunder yang mana memerlukan


pengkaji membuat pengumpulan data dengan melakukan penelitian terhadap dokumen-
dokumen yang berkaitan dengan perkara asas kajian ini. Kaedah ini bertujuan untuk
menjelaskan faktor isu kemusnahan alam sekitar dan impak dalam umat manusia kini.
Pengumpulan bahan bacaan serta informasi berkaitan kajian didapati dalam
pelbagai sumber. Antaranya adalah, buku, kertas kerja, jurnal, latihan ilmiah dan
sebagainya. Selain itu, adalah melalui laman sesawang yang diyakini kesahihannya juga
merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Antara
perpustakaan yang terlibat dalam pengumpulan data adalah Perpustakaan Tun Abdul
Razak.
3.2 Kaedah Penganalisaan Data

3.2.1 Kaedah Induktif

Kaedah ini merupakan cara di mana pengkaji akan mendatangkan pelbagai kajian-
kajian yang berkaitan dengan faktor dan impak isu kemusnahan alam sekitar dalam
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Seterusnya, pengkaji akan membuat
kesimpulan mengenai isu kemusnahan alam sekitar.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Faktor Kemusnahan Alam Sekitar

4.1.1 Sikap Tidak Bertanggungjawab Individu Dan Organisasi

4.1.2 Pembuangan Sisa Industri Dan Pertanian Tidak Terkawal

Antara faktor kemusnahan alam sekitar di Malaysia ialah disebabkan pencemaran atau
pembuangan sisa industri dan sisa pertanian yang berleluasa. Kebanyakan sisa industri dan
sisa pertanian ialah bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Terdapat banyak
faktor pembuangan sisa industri dan pertanian, iaitu secara semulajadi dan disebabkan
manusia. Faktor pembuangan sisa industri dan sisa pertanian yang disebakan oleh manusia
adalah disebabkan oleh segelintir golongan yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab.
Hal ini dapat dikaitkan dengan prinsip asas Islam, iaitu akhlak seorang manusia. Disebabkan
sifat tanggungjawab yang rendah dalam diri, segelintir orang itu tidak akan merasakan
bahawa membuang sisa industri di merata-rata tempat seperti sungai dan kawasan lapang itu
salah, kerana beranggapan bahawa membuang sisa industri dan pertanian tanpa pengetahuan
orang-orang lain itu tidak menjadi satu masalah. Sebagai contoh, pencemaran sungai yang
menarik perhatian orang ramai pada Tahun 2019 lampau di mana Sungai Kim Kim di Pasir
Gudang Johor telah dicemari dengan sisa pembuangan bahan kimia ke dalam sugai.
Perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan aliran
sungai yang spanjang 2.5 km itu tercemar sekali gus menjejaskan kesihatan pelajar dan
penduduk di Kawasan berdekatan. (Siricord, 2019). Namun, hal seperti ini tidak patut terjadi
kerana seperti dalam kefahaman semua muslim, setiap perbuatan yang dilakukan disaksikan
oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman :

َ‫ص ْي ۢ ٌر بِ َما تَ ْع َملُوْ ن‬ ‫ا َّن هّٰللا ي ْعلَم َغيْب السَّمٰ ٰوت وااْل َرْ ۗ هّٰللا‬
ِ َ‫ض َو ُ ب‬ ِ َ ِ َ ُ َ َ ِ

Sungguh, Allah mengetahui apa yang gaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu kerjakan. ( Al- Hujurat: 18)

Selain itu, faktor kemusnahan alam sekitar di Malaysia juga adalah disebabkan oleh
pengurusan sisa industri yang tidak cekap. Hal ini dikatakan kerana, kebanyakan sisa toksik
dan sampah yang perlu dilupuskan mempunyai proses yang panjang. Mengikut statistik
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JSPN) yang merupakan agensi yang
bertanggungjawab menguruskan sisa-sisa pepejal di Malaysia. Secara puratanya, negara kita
telah mencatatkan kira-kira 38 000 tan sisa pepejal setiap hari. (Hayin, 2017) . Disebabkan
jumlah penghasilan sampah sarap yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan
kebanyakan tapak pelupusan sampah yang digunakan tidak dapat menampung banyak sisa
kimia. Namun, terdapat cara yang boleh digunakan untuk menguruskan sisa pepejal dengan
lebih baik iaitu dengan cara Waste to Energy (WTE) iaitu teknologi yang memproses sisa
buangan pepejal dan menukarnya kepada haba, stim serta tenaga elektrik. Disebabkan
kebanyakan negara-negara maju telah menggunakan kaedah ini, Malaysia juga boleh juga
mengambil langkah untuk menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini memberi impak-impak
yang baik bukan sahaja pada negara, malah juga pada rakyat sekali gus lebih selamat,
mampan dan mesra alam. Oleh itu, kerajaan Malaysia boleh mengambil langkah ini untuk
kebaikan negara. Juga, sebagai umat Islam kita perlulah juga mengurangkan pembazran sisa
pembuangan untuk mengurangkan pencemaran yang terjadi. Hal ini dikatakan kerana kita
hendaklah menjaga sunatullah yang di amanah dari Allah SWT kepada kita dan tidak
merosakkan keindahannya. Allah SWT berfirman :

َ‫ْض الَّ ِذيْ َع ِملُوْ ا لَ َعلَّهُ ْم يَرْ ِجعُوْ ن‬ ْ َ‫ظَهَ َر ْالفَ َسا ُد فِى ْالبَ ِّر َو ْالبَحْ ِر بِ َما َك َسب‬
ِ َّ‫ت اَ ْي ِدى الن‬
َ ‫اس لِيُ ِذ ْيقَهُ ْم بَع‬

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia;
Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar
mereka kembali (ke jalan yang benar). ( Ar-rum: 41)
4.1.3 Penggunaan Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Baharu

Menurut Wikipedia, sumber tenaga tidak boleh diperbaharui adalah sumber semula jadi
yang tidak boleh digantikan dengan sumber asli dengan mudah dan cepat untuk bersaing
seiring dengan penggunaan (Sumber Tidak Boleh Diperbaharui, n.d.). Sebagai analoginya,
sumber tenaga tidak boleh diperbaharui termasuk arang batu, gas asli, minyak dan tenaga
nuklear.

Antara sumber tenaga tidak boleh diperbaharui utama adalah minyak, gas asli dan arang
batu yang secara kolektifnya dipanggil bahan api fosil. Bahan api fosil dipanggil 'bahan api
fosil' kerana ia diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan yang telah pupus sejak berjuta-juta
tahun. Tekanan dan haba bekerjasama di lapisan bawah tanah dan sedimen untuk mengubah
sisa tumbuhan dan haiwan kepada minyak mentah (aka petroleum), arang batu dan gas asli
(Non-renewable resource, n.d.).

Manusia memerlukan bahan api fosil untuk bergerak, makan, memakai pakaian yang
cantik, melaksanakan tugas harian mereka, dan pergi bercuti. Kesemua keperluan ini
mestilah dihasilkan di kilang yang diperoleh daripada mesin dan kenderaan yang
memerlukan tenaga daripada bahan api fosil. Ini secara tidak langsung menjadikan faktor
perindustrian dan pengangkutan menjadi penyumbang kepada pencemaran udara yang
bergantung kepada bahan api petrol dan diesel. Seperti yang kita tahu, minyak mentah
banyak digunakan terutamanya dalam pengeluaran petrol dan bahan api diesel untuk kereta
dan dalam pembuatan plastik. Ditambah lagi dengan asap dari kenderaan bermotor seperti
kereta, lori, bas dan motosikal . Kesan daripada aktiviti ini menyebabkan gas karbon
dioksida yang terhasil apabila dibakar dibebaskan ke udara menjadi berlebihan kerana
karbon dioksida memerangkap haba di atmosfera lalu menyebabkan pemanasan global yang
mengancam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.

Industri penerbangan juga salah satu punca perubahan iklim yang disebabkan oleh
pelepasan karbon dioksida dan nitrogen oksida. Asap yang terhasil dari ekzos jet
membentuk awan putih yang memantulkan cahaya matahari pada waktu siang dan
memerangkap haba yang dikeluarkan pada waktu malam (Seman, 2022). Ini adalah masalah
besar bagi orang ramai kerana mereka kini bergantung kepada mereka untuk kebanyakan
keperluan tenaga mereka

4.1.4 Penguatkuasaan Undang Undang Yang Lemah

4.2 Impak Isu Kemusnahan Alam sekitar

4.2.1 Pemanasan Global Melampau

Peningkatan gas karbon dioksida dan bahan pencemar lain yang menyumbang kepada
pemanasan global yang menyebabkan suhu global meningkat sebanyak 1.2°C, dengan
kadar yang berbeza-beza di seluruh benua dan kawasan tertentu. Kajian telah menunjukkan
bahawa kawasan Artik semakin panas daripada kawasan lain.

Purata suhu global telah meningkat sebanyak 0.75°C dalam tempoh 100 tahun (1906-2005).
Di Malaysia, ia meningkat sebanyak 0.5-1.5°C (1961-2007). Para saintis meramalkan
kenaikan sehingga 6.4°C yang boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada alam semula
jadi dan manusia (Pemanasan global, 2022). Karbon dioksida (CO2) mempunyai kesan
terbesar terhadap pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil
seperti arang batu dan minyak mentah.

Kesemua ini menyumbang kepada peningkatan suhu di tempat- tempat yang indah. Contoh
yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah cuaca sejuk Cameron Highlands dan
Genting Highlands yang kini lebih panas berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tambahan
lagi, pada 3 Februari di dalam artikel Harian Metro, Jabatan Meteorologi Malaysia
(MetMalaysia) menjangkakan fenomena kenaikan suhu mendadak dijangka berterusan
hingga Mac kerana Malaysia kini berada di peringkat akhir monsun timur laut. Hal ini
memberi kesan kepada industri pertanian negara akibat cuaca panas yang tidak menentu
dan juga kesihatan orang ramai yang berpotensi diserang strok haba (Hamid, 2022).

4.2.2 Bencana Alam

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab setengah pihak, kesan yang akan didapati ialah
bencana alam, mengganggu ekosistem haiwan juga tumbuhan dan pencemaran alam. Contoh
bencana alam yang sering terjadi disebabkan sisa industri ialah jerebu dan hujan asid. Sebagai
contoh kes jerebu yang terjadi pada September 2019 yang disebabkan kebakaran hutan di
Sumatera dan Kalimantan. Disebabkan itu sebanyak 2,649 sekolah di Selangor, Putrajaya,
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak ditutup akibat jerebu sementara bilangan kes
penyakit asma dan konjuntivitis didapati semakin meningkat berdasarkan pemantauan
daripada 31 klinik sentinel jerebu (Tyrazalhe, 2019). Hal ini terjadi disebabkan oleh
pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka dan besar-besaran. Selain itu, ekosistem
haiwan juga akan terganggu disebabkan oleh sisa-sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai.
Hal ini akan memberi impak yang buruk kepada hidupan-hidupan yang ada di dalam air,
sekaligus menggangu ketenteraman pelbagai pihak. Kesannya ialah, menyebabkan kematian
haiwan-haiwan yang ada di dalam sungai tersebut. Kesihatan manusia juga akan terjejas
kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam sisa toksik itu amat merbahaya. Sebagai
contoh, Ethyl Benzene yang terdapat dalam sisa toksik pecemaran Sungai Kim Kim. Ethyl
Benzene merupakan bahan yang cepat meruap apabila terdedah di udara. Kesannya kepada
manusia ialah menyebabkan kerosakan pada sistem saraf, hematopoietic dan sistem immune.
Selain itu, terdapat juga Tolune yang memberi kesan sakit tekak,pening, sakit kepala,
disritmia jantung dan ketidaksedaran.

Akhir sekali, impak daripada pengurusan sisa industri yang kurang cekap akan mendorong
kepada berlakunya kejadian seperti pemanasan global dan hujan asid. Hal ini dapat terjadi
disebabkan oleh penggabungan air hujan dengan karbon dioksida dan gas-gas yang berasid
yang juga terdapat pada atmosfera bumi. (Farid, 2020) . Dalam menuju kepada era
kemodenan ini juga, penggunaan elektrik dan pengangkutan jalan raya menyebabkan lebih
banyak bahan api fosil yang terbebas. Bahan kimia yang terbebas daripada bahan-bahan ini
merupakan salah satu punca terjadinya hujan asid. Fenomena ini merupakan satu fenomena
yang merbahayakan kesihatan manusia. Kesannya, ia mungkin akan mengakibatkan beberapa
kondisi kesihatan yang melibatkan sistem pernafasan seperti asma, bronkitis, emfisema dan
radang paru-paru. Terutama pada kanak-kanak kerana sistem immune mereka tidak kuat.
Oleh itu, kita perlulah menjaga alam sekitar kerana alam sekitar yang baik akan memberi
manfaat kepada semua makhluk Allah SWT. Juga dalam Islam, manusia bukan sahaja perlu
membuat baik kepada haiwan, malah manusia juga telah diwajibkan untuk menjalinkan
hubungan yang baik dengan alam sekitar kerana kita saling memerlukan dan alam sekitar ini
adalah milik Allah dan amanah yang dipinjamkanya pada kita. (Yusof, 2020) . Menjalinkan
hubungan yang baik dengan alam sekitar juga merupakan satu ibadah yang baik yang boleh
dilakukan oleh seseorang. Allah SWT berfirman :

‫ض ۗ َوِإ َّن ٱهَّلل َ لَه َُو ْٱل َغنِ ُّى ْٱل َح ِمي ُد‬
ِ ْ‫ت َو َما فِى ٱَأْلر‬
ِ ‫لَّ ۥهُ َما فِى ٱل َّس َم ٰـ ٰ َو‬
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya dan sesungguhnya Allah,
Dialah jua yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. ( Al-Hajj: 64 )

4.2.3

4.2.4

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

Bernama. (6 February, 2022). Sinar Harian. Retrieved from Sinar Harian :


https://www.sinarharian.com.my/article/186566/edisi/kajian-bersama-kenal-pasti-punca-banjir-di-
selangor-perlu-dilaksana

Center, U.-L. C. (n.d.). Apakah itu Pemanasan Global? Retrieved from Universiti Teknologi Malaysia –
Hak Cipta Terpelihara: https://www.rcenetwork.org/portal/sites/default/files/LCS
%20brochure%20for%20school_A5_BM.pdf

Farid, A. (8 Julai , 2020). Bahaya fenomena hujan asid . Retrieved from hello doktor :
https://hellodoktor.com/penyakit-batuk-saluran-pernafasan/pernafasan-lain/hujan-asid-
radang-paru-paru/

Fuad, F. N. (3 Julai, 2019). Sisa toksik bawah tanah punca pencemaran di Pasir Gudang. Retrieved
from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580404/sisa-
toksik-bawah-tanah-punca-pencemaran-di-pasir-gudang

Hamid, A. A. (3 FEBRUARI, 2022). Peningkatan suhu berterusan di Malaysia sehingga mac nanti.
Retrieved from HARIAN METRO:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/806750/peningkatan-suhu-di-malaysia-
berterusan-hingga-mac-nanti

Hayin, N. A. (27 Disember , 2017). Tenaga dari sisa pepejal . Retrieved from Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/12/297254/tenaga-daripada-sisa-pepejal

Hua, A. K. (2016). Google scholar. Retrieved from Core.AC.UK:


https://core.ac.uk/download/pdf/86409022.pdf

Imaaduddin Abdul Halim, N. S. (2016). TAFSIR AYAT-AYAT AL-QURAN BERKENAAN PENJAGAAN


ALAM SEKITAR DAN ANALISIS ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA . Retrieved from GOOGLE
SCHOLAR: file:///C:/Users/%20/Downloads/12291.pdf

Ismail, D. A. (5 Januari, 2018). Retrieved from Google Scholar:


https://core.ac.uk/download/pdf/158575875.pdf
Kronologi jerebu di Malaysia. (29 9, 2022). Retrieved from Utusan Borneo Online:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/09/22/kronologi-jerebu-di-malaysia

Melayu, K. B. (2017). Kamus Bahasa Melayu. Retrieved from Dewan Bahasa dan Pustaka:
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sekitar

Non-renewable resource. (n.d.). Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Non-


renewable_resource

Pemanasan global. (12 Oktober, 2022). Retrieved from WIKIPEDIA ENSIKLOPEDIA BEBAS.

Pustaka, D. B. (2017). Kamus Bahasa Melayu. Retrieved from Dewan Bahasa dan Pustaka:
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=alam

Quran.com. (2022). Retrieved from Quran.com: https://quran.com/11

Quran.com. (2022). Retrieved from Quran.com: https://quran.com/30?startingVerse=41

Rasidi, S. R. (22 10, 2015). Jerebu 2015 undang konfrontasi serantau. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/90694/jerebu-2015-undang-konfrontasi-
serantau

Seman, N. (5 April, 2022). MEMANFAATKAN BAHAN API GENERASI BAHARU. Retrieved from DEWAN
KOSMIK: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/04/05/2522/

Siricord, D. C. (1 April , 2019). Pencemaran sungai kim kim. Retrieved from Buletin OSH:
https://www.kimia.gov.my/wp-content/uploads/2020/Buletin%20OSH/Buletin%20OSH
%20Bil%201%202019.pdf

Sumber Tidak Boleh Diperbaharui. (n.d.). Retrieved from Wikipedia Ensiklopedia Bebas:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_tidak_boleh_diperbaharui

Tyrazalhe. (22 September , 2019). Kronologi jerebu di Malaysia. Retrieved from Dialog rakyat:
https://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kronologi-jerebu-di-malaysia.html

Wikepedia. (29 Oktober, 2021). Alam sekitar. Retrieved from Wikipedia Ensiklopedia Bebas:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar#cite_note-1

Wikipedia. (3 4, 2010). Alam Sekitar. Retrieved from Wikipedia ensiklopedia bebas:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar#cite_note-1

Yusof, M. F. (22 Disember , 2020). Pencemaran alam dan kaitnya menurut pandangan al-quran.
Retrieved from The inspirasi: https://theinspirasi.my/pencemaran-alam-dan-kaitannya-
menurut-pandangan-al-quran/

You might also like