You are on page 1of 16

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2019

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 900218137944001


NO. KAD PENGNEALAN : 900218137944
E-MEL : jessicapuyang18@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MIRI


ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A 2-3

BAHAGIAN B 4-7

BAHAGIAN C 8 - 10

3.0 KESIMPULAN 11

4.0 REFLEKSI KENDIRI 12

5.0 RUJUKAN 13 - 14

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Kewarganegaraan Global atau GCED (Global Citizenship Education) adalah


satu pembelajaran sivik yang memerlukan pelajar untuk aktif melibatkan diri dalam
mana-mana projek atau kempen yang mengutarakan masalah-masalah global seperti
negara, politik, ekonomi dan alam sekitar. Melalui proses pembelajaran Pendidikan
Kewarganegaraan Global juga dapat menekankan kepada masyarakat khususnya murid-
murid di sekolah tentang pentingnya untuk mencapai kedamaian global melalui
pendidikan kedamaian, pemahaman antara budaya di seluruh dunia, keadilan dalam hak
asasi manusia, dan pembangunan lestari.

Pada abad ke-21 ini, isu pencemaran alam sekitar telah menjadi tajuk-tajuk utama di dada
akhbar dimana egara seluruh negara di dunia telah mengalami pelbagai pencemaran
yang telah berlaku yang sedikit sebanyak merosakkan keadaan persekitaran dan
hilangnya keindahan alam di dunia. Isu alam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah
dan sebagainya telah menjadi isu global yang memerlukan kita semua untuk meneliti dan
mengambil langkah yang sewajarnya supaya isu ini dapat diatasi. Isu pencemaran udara
iaitu Jerebu menjadi salah satu isu yang sering berlaku di seluruh dunia pada zaman
sekarang. Isu jerebu ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesihatan kita
manusia, tetapi ianya juga akan menjejaskan proses tumbesaran seluruh tumbuhan di
muka bumi ini.

Pendidikan kewarganegaraan global ini menjadi salah satu medium yang penting untuk
kita memberi kesedaran yang tinggi kepada masyarakat dan memberi pembelajaran
tentang cara-cara untuk mengelakkan berlakunya jerebu yang teruk dan mengajar
masyarakat bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya jerebu di
negara kita. Masalah-masalah seperti jerebu ini merupakan masalah yang global, oleh itu
pendidikan kewarganegaraan global harus dipraktikkan dalam pembelajaran atau sistem
pendidikan seluruh negara supaya setiap masyarakat di bumi wajar mengambil peranan
masing-masing dalam menjaga dan menyelesaikan isu alam sekitar yang berlaku.
Pendidikan kewarganegaraan global ini juga harus diwujudkan dari peringkat pra-sekolah
lagi supaya golongan murid pra-sekolah khususnya di Malaysia dapat menerapkan nilai-
nilai cinta akan alam sekitar lebih awal lagi melalui penglibatan pelajar dalam hal atau
projek yang berkaitan dengan alam sekitar.
2

2.0 BAHAGIAN A

Setiap manusia, haiwan dan tumbuhan di muka bumi ini memerlukan udara untuk bernafas.
Oksigen yang dibekalkan daripada udara sangat penting untuk negara manusia dan haiwan untuk
proses pernafasan dan untuk mendapatkan tenaga manakala tumbuhan memerlukan udara untuk
mendapatkan oksigen bagi proses mendapatkan karbon dioksida untuk terus bertumbuh.

Sejak kebelakangan ini, masalah pencemaran alam sekitar khususnya masalah jerebu telah
menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka edisi keempat, perkataan jerebu bermaksud kabut yang disertai debu yang
terapung-apung di atmosfera sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur.
Isu jerebu ini tidak hanya berlaku di negara kita, tapi turut terjadi negara-negara jiran yang lain
contohnya di Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Seperti yang kita tahu, pada sekitar
bulan September hingga Oktober 2019 yang lalu, negara kita mengalami masalah jerebu yang
pada paras membimbangkan seluruh masyarakat di Malaysia. Antara golongan yang terjejas
ialah golongan bayi, kanak-kanak, ibu yang mengandung, warga emas dan golongan yang
berpenyakit seperti asma. Isu jerebu yang teruk di Malaysia ini telah menjadi isu yang global
yang melibatkan negara jiran kita iaitu Indonesia yang sedikit sebanyak menyumbangkan kepada
permasalahan ini. Ini kerana pembakaran terbuka di kawasan hutan yang dilakukan oleh negara
jiran bagi tujuan perladangan atau pengosongan tanah untuk penanaman semula menyebabkan
asap yang tebal dan menjejaskan kualiti udara penduduk tempatan dan negara kita. Pembakaran
terbuka secara besar-besaran yang dilakukan oleh negara jiran telah mengakibatkan merebak nya
api yang marak sehingga tumbuh-tumbuhan di hutan telah terbakar dengan sendiri, ini
disebabkan oleh fenomena pemanasan global yang berlaku di muka bumi kita sekarang. Tidak
hanya mahu menuding jari kepada mana-mana pihak yang bersalah mahupun yang sepatutnya
bertanggjungjawab terhadap isu jerebu ini, tetapi kita sebagai rakyat yang prihatin dan yang tidak
mahukan perbalahan di antara negara, kita harus bersama-sama dengan rakyat Indonesia untuk
menyelesaikan masalah ini supaya ianya tidak berlanjutan dan tidak menjejaskan alam sekitar
dan udara kita semua. Bukan itu sahaja, masyarakat di Malaysia juga menyumbangkan punca
masalah jerebu di negara kita dengan melakukan pembakaran sampah sarap di sekitar kawasan
rumah mereka.

3
Selain itu juga, isu jerebu ini tidak hanya menjejaskan kesihatan manusia dan binatang,
membantutkan tumbesaran tumbuhan, malah ianya juga mampu menjejaskan sektor ekonomi
dan pelancongan negara. Menurut Noor Azura Shahril (2019) dalam artikel Sinar Harian yang
menyatakan bahawa jerebu memberi kesan kepada perancangan Tahun Melawat Malaysia 2020
yang menyasarkan 30 juta pelancong ke Malaysia. Ini kerana kemungkinan besar pelancong
akan menangguhkan percutian mereka ke Malaysia akibat daripada jerebu yang teruk melanda
negara kita. Bahkan, isu jerebu ini mendatangkan impak yang negatif kepada perniagaan seperti
perhotelan, restoran dan juga pusat membeli belah.

Isu jerebu ini perlu di pandang serius oleh semua masyarakat global kerana ianya melibatkan
semua makhluk di muka bumi yang memerlukan udara yang bersih untuk proses pernafasan dan
tumbesaran tumbuhan. Oleh itu, sesuai dengan objektif utama Pendidikan kewarganegaraan
global (GCED) yang menjadi keutamaan untuk memupuk rasa hormat kepada semua masyarakat
dunia yang dapat menjadi warganegara global yang bertanggungjawab, aktif dan peka akan isu-
isu global khasnya isu alam sekitar iaitu masalah jerebu. Selain itu juga, melalui GCED juga
pelajar–pelajar akan lebih aktif mengambil alih dalam melaksanakan peranan masing-masing
dalam menyelesaikan isu global tak kira tempatan iaitu di Malaysia mahupun di negara-negara
luar. Hasil daripada GCED di peringkat sekolah tempatan dan global juga yakin bahawa pelajar-
pelajar akan dapat menjadi lebih proaktif dalam menyumbang pengetahuan dan dapat membantu
dalam menangani masalah-masalah jerebu yang dihadapi di negara kini dengan bersikap lebih
bertoleransi sesama egara, mementingkan keamanan negara dan melakukan penyelesaian yang
selamat untuk isu jerebu yang timbul ini.

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) ini dilakukan melalui sistem pendidikan di


sekolah juga mampu menjadi solusi yang bagus untuk jangka masa yang panjang kerana
pendidikan lestari yang diterapkan dalam sistem juga dapat membantu pelajar sekolah
mempunyai sifat yang memahami sensitiviti antara kaum dan negara agar masyarakat Malaysia
tidak terlalu bersikap ekstremis dalam menyelesaikan isu jerebu atau mana-mana isu yang
melanda negara kita. Melalui GCED juga, masyarakat di dunia sedikit sebanyak dapat memupuk
sikap rasa empati kepada masyarakat lain dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak akan
mendatangkan bencana kepada masyarakat di sekeliling supaya kita semua dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan tidak wujud perbalahan di antara masyarakat sejagat.

4
BAHAGIAN B

Menurut Teori Fredricks et.al (2004), yang menjelaskan bahawa penglibatan murid mempunyai
hubungan signifikan yang positif dengan pencapaian. Beliau memfokuskan penglibatan
berdasarkan tiga dimensi iaitu, kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku.

Infografik 1: 3 Key Conceptual Dimensions (Cognitive, Socio-emotional, Behavioural skills)


Sumber: https://www.gcedclearinghouse.org/sites/default/files/resources_image/150004eng.JPG

Menurut Infografik 1, terdapat tiga dimensi konseptual utama GCED iaitu kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku. Berdasarkan infografik diatas, kemahiran atau konsep yang
manakah yang sesuai di usahakan oleh GCED? Yang pertama ialah Cognitive (Kognitif)
bermaksud untuk memperoleh pengetahuan, pemahaman, dan pemikiran yang kritis tentang isu-
isu global, serantau, kebangsaan dan tempatan serta kesalinghubungan dan kesalingbergantungan
antara pelbagai negara dan penduduk. Kemahiran kognitif yang terdapat dalam infografik di atas
berperanan atau menyasarkan sebagai cara bagaimana generasi abad ke-21 ini mendapat dan
memperoleh maklumat tentang isu-isu yang berlaku

5
tidak kira di negara kita Malaysia ataupun di peringkat global. Bukan itu saja, melalui kemahiran
kognitif juga, generasi-generasi sekarang mampu mengutarakan pendapat mereka secara terbuka
mengenai isu-isu global yang berlaku dalam persekitaran kita tetapi dalam masa yang sama harus
mempunyai pandangan yang tidak menjejaskan keamanan di antara kita semua, sebagai contoh,
pendapat masing-masing tentang hak asasi manusia sejagat dan kesaksamaan jantina tanpa perlu
mendiskriminasikan setiap orang. Melalui GCED, generasi kini mampu memperoleh
pemahaman yang luas tentang isu-isu yang terjadi di dunia dan dapat melahirkan pemikiran yang
kritis tentang isu-isu yang berbangkit. Seterusnya, sosio-emosi ialah untuk memiliki rasa
kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidariti dan
menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Melalui konsep ini, GCED berperanan untuk
melahirkan generasi yang mempunyai sifat keprihatinan dan saling menghormati antara satu
sama lain meskipun terdapat perbezaan jantina dan pendapat masing-masing. Di samping dapat
mewujudkan sifat bertanggungjawab dalam setiap manusia di seluruh dunia khususnya generasi
kini yang terdedah dengan pelbagai isu di persekitaran mereka. Konsep yang ketiga ialah, dari
segi tingkah laku bermaksud untuk bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab di peringkat
tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai dunia yang aman dan lestari. Melalui GCED
juga, generasi-generasi kini akan lebih bijak dalam melakukan sesuatu tindakan yang tidak
menjejaskan ketenteraman awam. GCED juga membantu dalam membentuk generasi sekarang
supaya lebih bersikap proaktif dalam menyelesaikan isu-isu yang melanda dunia dengan lebih
berkesan disamping itu mampu menghormati hak masing-masing dalam membuat pilihan.
GCED juga penting dalam memainkan peranan sebagai pendidikan yang dapat mengajar
generasi-generasi sekarang untuk saling bergantung sesama kita kerana seperti kita tahu,
masyarakat di dunia ini saling terikat dan memerlukan masing-masing untuk bekerjasama dan
saling menghormati supaya kita sama-sama mencapai dan mengekalkan keamanan di dunia
tanpa ada yang bersikap agresif dan ekstremis dalam menyelesaikan sesuatu isu yang melanda.
6

Infografik 2: Masalah Jerebu


Sumber Gambar: https://twitter.com/SinarOnline/status/1157985521588527104

Menurut Infografik 2 di atas, masalah pencemaran udara iaitu Jerebu telah kembali melanda
negara kita Malaysia sekitar 2 bulan yang lepas. Berdasarkan info daripada Jabatan Meteorologi
Malaysia (MET Malaysia) telah melaporkan bahawa terdapat beberapa negeri di tanah air bakal
terima tempias daripada pembakaran terbuka oleh negara jiran kita, Indonesia. Melalui infografik
ini juga terdapat langkah-langkah pencegahan yang disyorkan bagi mengurangkan kesan asap
jerebu ke atas kesihatan kita. Info-info yang di sampaikan dalam infografik ini sangat berguna
kepada masyarakat kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak tahu akan betapa
penting nya mencegah daripada terdedah kepada asap-asap jerebu yang mungkin akan
membahayakan kesihatan kita. Khasnya kepada golongan-golongan yang berpenyakit serius
seperti sakit jantung, paru-paru dan asma. Antara langkah-langkah pencegahan yang dapat
diambil oleh masyarakat ialah memastikan kita minum air kosong sebanyak yang mungkin atau
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Langkah kedua ialah mandi dengan kerap supaya badan kita
sentiasa lembab dan tidak kering, elakkan memakai pakaian yang tebal dan ketat.
7
Langkah ketiga ialah dengan menutup tingkap-tingkap di rumah atau di mana-mana premis
supaya asap jerebu tidak masuk ke dalam yang boleh mengakibatkan sesak nafas. Langkah
keempat yang disyorkan adalah sentiasa berada dalam bangunan atau rumah, seboleh-bolehnya
pakai topeng muka, payung dan topi sekiranya ingin keluar dari bangunan atau rumah. Langkah
kelima ialah menggunakan pendingin hawa dengan mod kitaran semasa memandu supaya kita
tidak menghidu asap jerebu yang diluar kenderaan. Langkah keenam yang terdapat dalam
infografik ialah jikalau mampu, anda disarankan untuk memasang penghawa dingin dan penapis
udara yang berkecekapan tinggi supaya dapat menapis partikel halus yang kotor masuk melalui
udara penghawa dingin. Langkah yang terakhir ialah kurangkan atau jangan melakukan aktiviti
di luar kerana keadaan asap jerebu yang boleh membuatkan kita mengalami sesak nafas. Setiap
info yang diberikan sangat penting kepada kita semua. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil
haruslah mendidik mereka tentang langkah-langkah pencegahan yang dapat dilakukan dirumah
supaya anak-anak kecil tidak mudah jatuh sakit akibat daripada jerebu ini.

Sumber Gambar: http://osha.utem.edu.my/ms/13-info-terkini/83-langkah-langkah-


pencegahan-semasa-jerebu.html

8
BAHAGIAN C

Tiga dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) ialah
kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Tiga konsep yang terdapat dalam GCED ini
dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar seperti jerebu
iaitu melalui kemahiran kognitif, masyarakat dapat memperolehi maklumat tentang apa yang
berlaku pada alam sekitar, seperti masalah jerebu yang teruk akibat daripada pembakaran terbuka.
Kemahiran kognitif ini juga membolehkan masyarakat untuk memikirkan dari mana datang nya
punca masalah jerebu ini dan melakukan langkah-langkah pencegahan yang dapat mengurangkan
masalah-masalah kesihatan akibat daripada jerebu ini. Selain itu, langkah untuk mengurangkan
pencemaran udara juga boleh diambil supaya keadaan bumi kita sentiasa terjaga.

Dari segi sosio-emosi pula, GCED membantu dalam memberi pendidikan yang sewajarnya
supaya melalui GCED ini maysrakat menjadi lebih peka untuk menjaga alam sekitar dan
menyelesaikan isu-isu alam sekitar khususnya masalah jerebu ini supaya tidak melarat. GCED
juga membantu dalam memupuk sifat masyarakat supaya mementingkan penjagaan alam sekitar
kerana kita semua sama-sama tinggal dan hidup di atas muka bumi yang memerlukan oksigen
untuk bernafas dan air untuk terus hidup.

Seterusnya melalui konsep tingkah laku pula, GCED membantu masyarakat-masyarakat


khususnya pelajar di peringkat sekolah supaya melakukan tindakan yang sewajarnya bagi
menyelesaikan isu-isu alam sekitar yang berlaku. GCED ini juga membantu pelajar menjadi
rakyat global yang aktif dalam melakukan aktiviti-aktivi berkaitan dengan penjagaan alam
sekitar. Selain itu juga, penerapan sikap kelestarian di antara masyarakat juga penting dalam
memastikan semua memainkan peranan untuk mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berkaitan isu alam sekitar ini.

Isu jerebu ini telah menjadi isu yang global yang telah melanda seluruh negara. Pelbagai langkah
telah dibuat bagi menyelesaikan isu ini. Antaranya ialah, menurut Haliza Abdul Rahman dengan
mengaplikasikan pendidikan alam sekitar dalam sistem persekolahan di Malaysia. Ini merupakan
salah satu cara yang mampu untuk menyelesaikan isu alam sekitar global. Penekanan seperti
yang terdapat dalam pendidikan alam sekitar ini adalah mempunyai kaitan dengan matlamat

9
negara iaitu untuk membina masyarakat yang sensitif dan pengetahuan yang tepat terhadap isu
alam sekitar. Melalui pendidikan alam sekitar ini pelajar dapat mengetahui cara-cara dalam
mencegah berlakunya pencemaran-pencemaran yang boleh merosakkan ekosistem bumi. Cara
yang seterusnya ialah dengan mengenakan tindakan undang-undang yang berat terhadap mana-
mana individu yang melakukan pencemaran alam sekitar. Pihak Kementerian, Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar di Malaysia haruslah bersama-sama dengan pihak luar khususnya seluruh
negara untuk memastikan setiap rakyat atau warganegara masing-masing untuk mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan di setiap negara bagi memastikan tiada individu yang
berani untuk melakukan sebarang pencemaran alam sekitar.

Cara seterusnya ialah dengan mengadakan kempen global tentang isu-isu alam sekitar yang
melanda dunia sekarang. Kempen kesedaran melalui media-media eletronik dan sosial seperti
Facebook, Instagram dan Youtube menjadi salah satu medium yang sesuai digunakan untuk
memberikan info dan kesedaran tentang isu alam sekitar, terutamanya untuk generasi-generasi
zaman kini yang kerap menggunakan media sosial. Melalui GCED juga, kempen mesra alam
seperti kempen Zero Plastic (Sifar Plastik) dan Kempen Go Green yang dilaksanakan oleh
kerajaan sekarang sedikit sebanyak mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar iaitu dengan
pengurangan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian kita.

Sumber Gambar: http://www.myhealth.gov.my/en/kempen-go-green/

10
Selain itu juga, melalui GCED juga dapat mengalakkan masyarakat dunia untuk membuat
penanaman pokok-pokok dalam menyelesaikan isu-isu alam sekitar global. Setiap negara harus
memain peranan bersama-sama supaya dengan menanam pokok-pokok di sekitar rumah masing-
masing dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu dunia. Masyarakat-masyarakat di dunia
perlu pandai mengambil inisiatif sendiri kerana dengan cara ini mereka dapat membantu untuk
mengurangkan cuaca panas yang melanda dunia sekarang. Program-program seperti Gotong-
royong menanam pokok yang dilakukan oleh syarikat korporat atau jabatan-jabatan kementerian
yang sedikit sebanyak dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
pentingnya menjaga alam sekitar.

Antara program yang dilakukan oleh rakyat untuk menjaga alam sekitar
Sumber Gambar: http://smartkomunitimpm.blogspot.com/2019/07/kempen-menanam-pokok-
inovasi-hijau-2019.html

11

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) ini sangat penting dan memberi
manfaat kepada masyarakat dunia dalam menyelesaikan isu-isu alam sekitar. Ini kerana untuk
menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Untuk
membina satu bumi yang bersih dan berkualiti, kita harus bersama-sama dalam menangani
masalah-masalah dunia yang boleh menjejaskan persekitaran kita. GCED banyak membantu
dalam memberi pendidikan dan kesedaran tentang penting nya kita bersatu padu untuk mencapai
keamanan dan keharmonian dalam menjaga alam sekitar kita. Tidak kira di serantau, kebangsaan
dan tempatan.

Mentaliti masyarakat tempatan dan global perlu disemai sejak dari kecil lagi melalui Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) melalui peringkat pra-sekolah supaya golongan-golongan ini
akan lebih peka sejak umur mereka kecil lagi. Ini kerana alam sekitar yang bersih akan menjamin
kehidupan yang baik di samping dapat meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara.
12

4.0 REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak memperoleh ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dimana dahulunya saya kurang ilmu
tentang perkara ini. Pada awalnya saya rasa agak sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini
kerana kekangan masa memandangkan saya juga bekerja sepenuh masa. Namun, saya tetap tidak
berputus asa dengan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan rakan-rakan saya yang lain
dalam mencari maklumat dan bertukar-tukar pendapat supaya tugasan saya dapat disiapkan.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat mempelajari bahawa betapa pentingnya saya sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin untuk sentiasa peka akan isu-isu disekeliling saya, khususnya masalah-
masalah pencemaran alam sekitar yang kian menjadi masalah yang besar dalam kehidupan kita
sekarang.

Akhir sekali, Saya berasa bersyukur kerana E-tutor saya juga iaitu Dr.Wirawani yang banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Disamping itu juga,
sokongan dan kesabaran yang diberikan dan ditunjukkan oleh Dr.Wirawani juga membuatkan
saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan saya. Dengan ilmu yang telah saya perolehi
dalam menyiapkan tugasan ini, saya berharap saya akan dapat membimbing anak-anak saya
untuk lebih menyayangi alam sekitar dan memberikan mereka kesedaran tentang isu-isu yang
melibatkan alam sekitar di negara kita dan juga global, ini kerana saya percaya bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak dalam memelihara alam sekitar sejak
mereka kecil lagi.

(2655 PATAH PERKATAAN)

13
5.0 RUJUKAN

NOOR AZURA SAHRIL. (2019, September 24). Kesan jerebu pada produktiviti negara.
Dimuat turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/49060/Analisis-Sinar/Kesan-jerebu-pada-
produktiviti-negara
PROF MADYA DR MOHD YUSOF SAARI. (2019, September 19). Kerugian ekonomi akibat
jerebu.
Dimuat turun daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerugian-ekonomi-akibat-jerebu-217890
NABIL BASARUDDIN. (2019, September 18). Kesihatan ekonomi terjejas.
Dimuat turun daripada
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/09/497860/kesihatan-ekonomi-terjejas
PROF MADYA DR FATIN ALIAH PHANG. (2019, April 1). Pendidikan sebagai solusi
jangka panjang pencemaran.
Dimuat turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/21123/KHAS/Pendapat/Pendidikan-
Penyelesaian-jangka-panjang-pencemaran
V.ASHOK. (2019, September 17). Indonesia perlu ambil iktibar, henti punca jerebu.
Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/09/607709/indonesia-perlu-ambil-
iktibar-henti-punca-jerebu
Fredricks, J.A., Blumenfeld, P.C., & Paris, A.H (2004).School engagement:
Potential of the concept,state of the evidence. Review of Educational Research, 74(1);
59-109.
10 langkah jaga kesihatan ketika jerebu. (2019, September 11).
Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605740/10-langkah-jaga-
kesihatan-ketika-jerebu
MOHD RIDZUAN BIN JAMALUDIN. (n.d.). LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
SEMASA JEREBU.
Dimuat turun daripada
http://osha.utem.edu.my/ms/13-info-terkini/83-langkah-langkah-pencegahan-semasa-
jerebu.html
14
Isu pencemaran alam sekitar merupakan satu isu global yang memerlukan penelitian bersama di
peringkat antarabangsa. (n.d.).
Dimuat turun daripada
http://sarjana.tripod.com/cemar1.html
Haliza Abdul Rahman. (2017, December). Usaha dan Cabaran Dalam Mengaplikasikan
Pendidikan Alam Sekitar Dalam Sistem Persekolahan Di Malaysia.
Pencemaran Alam Sekitar - Jenis, Punca, Kesan Dan Cara Mengatasi. (2018, October 9).
Dimuat turun daripada
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
Tanaman tutup bumi. (2018, February 3).
Dimuat turun daripada
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2018/02/309576/tanaman-tutup-bumi

You might also like