You are on page 1of 21

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT WITH

HONOURS (BOSHM)

SEPTEMBER 2019 SEMESTER

OUMH1603

LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY

NO. MATRIKULASI : 850108075559001


NO. KAD PENGNEALAN : 850108-07-5559
NO. TELEFON : 019-2807006
E-MEL : x4zeex@ou.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1
Bahagian A: Isu Jerebu 2
Bahagian B: Interpretasi Infografik 6-11
Bahagian C: Manfaat konsep utama pendidikan kewarganegaraan 12
global dalam menyelesaikan isu jerebu
Bahagian C: Cara-cara untuk menyelesaikan isu alam jerebu 13-5
Kesimpulan 16
Refleksi Kendiri 17

1
Pengenalan
Pelbagai masalah alam sekitar telah dikesan dan menjadi semakin kritikal sejak akhir-
akhir ini. Kadar peningkatan penduduk yang tinggi menyebabkan semakin banyak sumber
yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan
penggunaan penduduk. Menurut laporan daripada United Nation pada 17 Jun 2019, jumlah
penduduk dunia akan meningkat sebanyak dua billion kepada 9.7 bilion orang dalam tempoh
30 tahun. Dengan pertambahan ini, penggunaan sumber alam akan turut bertambah dan kadar
pembaziran dijangka melebihi 40 peratus dari keseluruhan sumber alam sedia ada.
Pembangunan industri dan proses urbanisasi pula menyebabkan pengagihan pembangunan
yang tidak sekata sehingga mewujudkan masalah alam sekitar. Penggunaan sumber asli,
pembalakan pokok, pembinaan tempat kediaman, penanaman tumbuhan untuk klansungan
hidup telah banyak mengubah keadaan persekitaran. Aktiviti-aktiviti pengeluaran dan
pertumbuhan ekonomi menjadi punca terjadinya kemerosotan alam sekitar. Jamaluddin Md.
Jahi dalam bukunya yang bertajuk Impak pembangunan terhadap alam sekitar (2001)
mengatakan bahawa kemerosotan kualiti alam sekitar berpunca dari nafsu manusia untuk
memenuhi agenda pembangunan yang menyebabkan pergolakan kepada alam sekitar.
Global Citizenship Education (GCED) juga dikenali sebagai pendidikan
kewarganegaraan global ialah satu bentuk pembelajaran sivik yang melibatkan pelajar dengan
projek yang menggariskan tentang isu global seperti sosial, politik, ekonomi dan alam sekitar.
Inisiatif GCED ini bermula pada tahun 2012 oleh Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) yang telah melancarkan Inisiatif Pertama Pendidikan Global (Global
Education First Initiative, GEFI) melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menggalakkan pendidikan kewarganegaraan
global sebagai respon bagi menangani ketidaksamaan, kemiskinan dan hak kemanusiaan
dalam dunia masa kini. Di bawah bumbung GCED, UNESCO juga merangkumi beberapa kes
istimewa seperti menangani ekstremis keganasan melalui pendidikan yang menerangkan
tentang sejarah pembunuhan beramai-ramai dan pembasmian bangsa yang pernah berlaku
suatu ketika dahulu.
Tujuan penulisan esei ini adalah untuk memahami dan menjelaskan bagaimana GCED
ini mampu memupuk manusia rasa hormat dan sayang kepada sesama manusia, alam,
ekonomi dan pendidikan dan keamanan dalam menangani krisis global masa kini. Saya juga
ingin menjelaskan tentang pencemaran udara yang berlaku di Malaysia, kesan, punca dan
bagaimana cara untuk mengatasinya serta hubung kait GCED ini dalam menangani masalah
pencemaran tersebut. Terdapat tiga dimensi konseptual GCED iaitu kognitif, sosio-emosi dan
tingkah laku yang akan saya jelaskan seterusnya dalam penulisan ini.
Rujukan primer saya dalam penghasilan penulisan ini adalah modul Kemahiran Belajar untuk
abad ke 21 yang dikeluarkan oleh Open University Malaysia di samping rujukan laman web
serta buku-buku yang lain. Di samping itu, saya mendapati penulisan-penulisan dari doktor
pensyarah dari universiti serata Malaysia juga amat membantu saya memahami dan
melahirkan penulisan ini.

1
Bahagian A: Isu Pencemaran Udara (Jerebu)
Jerebu adalah di sebabkan zarah-zarah halus yang tidak boleh di lihat oleh pandangan
mata kasar terampai dalam kepekatan yang tinggi. Kualiti udara di ukur menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) yang di kira berdasarkan paras purata parameter zarah-zarah Sulfur
Dioksida, Nitrogen Dioksida, Ozon dan Karbon Monoksida. Jerebu acap kali kita dengar
berlaku dari semasa ke semasa dan yang terkini berlaku pada sekitar September 2019 yang
lalu yang berpunca dari pembakaran hutan di Kalimantan yang telah menyebabkan penutupan
sebanyak 2649 buah sekolah di Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya, Kuala Lumpur dan
Sarawak sementara bilangan kes penyakit asma dan konjuntivitis didapati meningkat
berdasarkan pemantauan daripada 31 klinik sentinel jerebu. Nailah Huda dalam penulisannya
di dalam portal Astro Awani bertarikh 19 September 2019 mengatakana bahawa Malaysia
pada ketika itu berada di tempat pertama pencemaran udara tertinggi di dunia berdasarkan
oleh World Air Quality Index (WAQI) dengan bacaan IPU sebanyak 266 berbanding Afrika
Selatan dan Indonesia dengan bacaan sebanyak 217 dan 207. (rujuk rajah 1.0).

RAJAH 1.0
Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-tempat-pertama-
pencemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

2
Tujuan saya memilih pencemaran jerebu ini adalah kerana isu jerebu ini telah
berlarutan setelah sekian lama dengan kesannya sangat buruk pada masyarakat di Malaysia
sendiri khususnya. Jerebu bukanlah hanya di hasilkan kerana kerakusan manusia semata-
mata. Terdapat beberapa fakctor semula jadi yang boleh menghasilkan jerebu umpamanya
habuk tanah, letusan gunung berapi dan tiupan angin laut yang mengandungi garam. Namun,
tidak di nafikan faktor kelalaian manusia amatlah besar dalam penghasilan fenomena jerebu
ini. Antara pemangkin kepada pencemaran jerebu ini adalah seperti berikut.

1.Pelepasan asap dari kenderaan bermotor.


Dalam kemajuan negara membangun, penggunaan kenderaan bermotor di jalan raya
bukan sahaja di Bandar malah di pedalaman meningkat dengan pesat sekali. Ini menyebabkan
pelepasan asap yang banyak dan tidak menyihatkan. Dianggarkan sebanyak 88% daripada
masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan persendirian dan dilaporkan bahawa pelepasan
gas karbon dioksida di Lembah Klang adalah sebanyak 337,800 tan setahun. Sesetengah
kenderaan di kesan menggunakan enjin yang tidak menepati piawaian pelepasan asap samada
yang tidak disenggara dengan baik atau di modifikasi untuk tujuan yang tidak berfaedah.
Penggunaan motorsikal dua lejang pula memburukkan keadaan udara yang sedia ada.

2. Pemprosesan industri.
Banyak syarikat-syarikat industri baik kecil mahupun besar berlumba-lumba dalam
memenuhi permintaan tinggi dalam pembuatan produk masing-masing. Dalam memenuhi
permintaan ini, syarikat dan kilang masing-masing lalai dalam menjaga pelepasan asap
melalui cerobong. Berita Harian Online dalam artikelnya pada 1 Julai 2019 mengatakan
bahawa sekurang-kurangnya 20 zon perindustrian dalam Negara dikesan mampu menjadi
bom jangka yang mendedahkan penduduk kepada bermacam pencemaran termasuk pelepasan
gas beracun. Ini merupakan perkembangan yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku
seiring dengan pembangunan Negara.

3.Pembangunan tanah bagi pembangunan dan pertanian.

Pihak pemaju yang tidak bertanggung jawab juga di kesan melakukan pembakaran
terbuka dalam memajukan sesuatu kawasan samada untuk penerokaan sesebuah bandar
mahupun untuk pertanian. Hutan di bakar sewenang-wenangnya kerana mahu menjimatkan
kos dalam penebangan hutan yang di teroka. Keadaan ini berlaku berulang kali dan terkini
berlaku di Negara jiran kita, Indonesia yang telah menyebabkan jerebu yang tidak terkawal
3
sedikit masa lalu dengan Indonesia sendiri mencatatkan bacaan IPU tertinggi sebanyak 921.
Di Malaysia sendiri, beberapa tangkapan telah di buat kerana pembakaran hutan yang di buat
oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memajukan tanah dalam sektor perladangan dan
pertanian.

4.Pembakaran terbuka oleh masyarakat setempat.


Masyarakat setempat ada yang masih tidak menyedari tentang bahayanya
pemabakaran sampah secara terbuka. Mereka ini berpendapat bahawa pembakaran dalam
nisbah yang kecil berbanding pembakaran yang dilakukan pihak pemaju tidak akan member
apa-apa kesan kepada udara di sekeliling. Sifat malas membuang sampah di tempat
pembuangan sampah yang di sediakan telah membuatkan mereka mengambil langkah mudah
dalam melupuskan sampah mereka. Keadaan tidak sihat ini telah menjuruskan kepada
terjadinya penyakit-penyakit berbahaya seperti radang paru-paru, gangguan system
penafasan dan alahan kepada mata.

Kesan jerebu
Jerebu yang melanda negara telah memberi implikasi buruk kepada banyak pihak.
Individu-individu serta sektor-sektor tertentu banyak terjejas oleh fenomena tersebut.

Implikasi Kesihatan.
Kesan yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang
merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida. Gas-gas ini dan
zarah terampai akan memasuki badan kita melalui sistem pernafasan. Situasi ini boleh
menyebabkan mangsa diserang penyakit seperti asma, sakit tekak, lelah, selesema, pedih
mata,bronkitis dan sebagainya. Dalam situasi yang lebih buruk,bendasing ini akan
merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin yang seterusnya merosakkan
sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum akan menyebabkan kromosom
mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak
terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh
jerebu boleh menghasilkan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

4
Darjah Penglihatan Terbatas.
Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Ini
dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di palembang apabila darjah penglihatan
kurang dari 150 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 2019 .Darjah penglihatan yang
rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut. .Kesan ini juga dapat
dibuktikan apabila Malaysia menghentikan penerbangan ke tempat yang terjejas akibat
jerebu..Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat Garuda Indonesia bernombor 152
terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penglihatan
juruterbang terbatas. Di samping itu,kapal laut juga terdedah kepada risiko kemalangan
dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal
kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa
tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius seperti tumpahan minyak
dan sebagainya.

Ekonomi Negara Terjejas.


Kesan jangka panjang akibat jerebu ialah terjejasnya ekonomi negara.Kesan ini dapat
dilihat apabila penerbangan kapal terbang terpaksa dibatalkan akibat jerebu. Di samping itu,
kilang perindustrian dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan
pula,industri pelancongan juga turut merudum akibat jerebu apabila pelancong luar
membatalkan lawatan ke Malaysia.Selain itu ,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar
pejabat seperti tapak pembinaan dan penyelenggaraan mungkin terpaksa mengambil cuti
demi kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak berani kelaut kerana keselamatan dan
kesihatan tidak terjamin.Hal ini mengakibatkan punca rezeki dan pendapatan terjejas serta
pengusaha mengalami kerugian yang dasyat.

Hasil dan Kualiti Pertanian Terjejas.


Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini
terjadi disebabkan jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh
tanaman untuk membesar.Jumlah pancaran cahaya yang rendah membantutkan proses
fotosintesis tanaman.Ini akan menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih
lama.Gejala ini telah menyebabkan hasil pertanian negara merosot sebanyak 30 peratus. Ini
akan meningkatkan permintaan hasil tanaman secara drastik lantas menjadikan harga tidak
terkawal.

5
Bahagian B: Interpretasi Infografik
Infografik ialah visual grafik yang di gambarkan bagi mewakili informasi, data dan
pengetahuan yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu informasi dengan cepat dan
berkesan. Ianya mempercepatkan pemahaman dengan mengguna pakai gambar dan data
dalam penyampaian sesuatu bagi memudahkan informasi tersebut di pelajari.

Infografik 1: GCED

RAJAH 2
Sumber: http://www.unesco.org/new/fileadmin/MULTIMEDIA/HQ/ED/pdf/GCED4-
infographic.pdf

6
Infografik di atas (rujuk rajah 2) menerangkan tentang konsep GCED itu sendiri yang
berasaskan hak kemanusiaan, kesaksamaan jantina, tidak berdiskriminasi, penyertaan,
pemberdayaan, tiada kekejaman dan hormat menghormati kepada manusia dan alam sekitar
dalam menuju ke arah masyarakat yang aman dan mampan. Ianya di tunjangi oleh tiga
konsep seperti di dalam infografik tersebut yakni pemikiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah
laku. GCED menggabungkan pendekatan terdahulu, matlamat dan pengajaran yang dikongsi
bersama sambil menumpukan perhatian kepada visi dunia humanistik. Rangka kerja GCED
UNESCO didasarkan pada nilai-nilai Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu dan menggalakkan
ajaran yang melibatkan refleksi kritikal, menghormati kepelbagaian, anggapan nilai hak asasi
manusia sejagat, kesaksamaan jantina, dialog dan penyertaan.
Pendidikan kewarganegaraan dunia bertujuan untuk menjadi transformatif, membina
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bahawa pelajar perlu dapat menyumbang kepada
dunia yang lebih inklusif, adil dan damai. GCED mengambil pendekatan yang pelbagai,
menggunakan konsep dan metodologi yang telah digunakan dalam bidang lain, termasuk
pendidikan hak asasi manusia, pendidikan keamanan, pendidikan untuk pembangunan dan
pendidikan untuk pemahaman antarabangsa, yang bertujuan untuk memajukan tujuan
bersama mereka. Terdapat tiga teras dimensi konseptual utama yang di terapkan di dalam
GCED iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku.

Kognitif.
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menganalisa,
menyelesaikan masalah, memahami konsep dan sebagainya. Pendekatan kognitif ini memberi
perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran belajar, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif serta motivasi. Pendekatan ini di pelopori oleh ahli psikologi
Piaget, Vygotsky, Gestalt, Asubel, Bruner dan Gagne. Pendekatan ini di guna pakai di dalam
konseptual GCED bertujuan supaya pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman
tentang isu-isu tempatan, kebangsaan dan global serta kesalinghubungan dan saling
kebergantungan dari pelbagai negara dan penduduk. Pelajar juga mampu membangunkan
kemahiran pemikiran kritis dan menganalisa serta mengambil pengajaran dari isu-isu yang
berlaku.

7
Sosio-Emosi.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud semua perihal yang
berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga
pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi
melibatkan perasaan, tindak balas fisiologi, gerak hati dan pernyataan emosi. Emosi boleh
dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap
emosi juga pelbagai dan secara amnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti
gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula adalah seperti sedih, kecewa, marah
dan lain-lain. Justeru itu, sosioemosi di kalangan pelajar dapat ditakrifkan sebagai satu proses
berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat.Teori sosio-emosi ini diperkenalkan
oleh Erik Erickson pada tahun 1950. Beliau menyatakan setiap tingkah laku positif dan
negatif yang timbul akan menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya
dan konflik tersebut berbeza mengikut umur.
Konsep sosio-emosi ini juga telah di terapkan di dalam GCED bertujuan agar pelajar
memiliki nilai kepunyaan manusia kepada masyarakat, dan berkongsi nilai dan
tanggungjawab berdasarkan hak asasi manusia. Di samping itu ianya juga di harapkan
mampu membangunkan sikap empati, solidariti dan menghormati perbezaan dan
kepelbagaian justeru terus melahirkan pelajar yang mampu menerima dan menolak dengan
bijak keadaan yang berlaku di sekelilingnya serta menerapkan rasa sayang dan hormat pada
manusia dan alam sekitar.

Tingkah laku.
Setelah di terapkan dengan konsep kognitif dan sosio-emosi, pelajar dapat menilai isu
yang berlaku di sekelilingnya dan bertindak dengan berkesan dan bertanggungjawab di
peringkat tempatan, nasional dan global untuk dunia yang lebih selamat dan mampan, Pelajar
juga akan mempunyai motivasi dan keinginan untuk mengambil langkah yang di perlukan
bagi mengatasi dan menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku di sekeliling samada
isu yang berkaitan dengan alam sekitar, masyarakat, pendidikan mahupun ekonomi.

8
Infografik 2: Isu Jerebu

RAJAH 3
Sumber : https://www.pmo.gov.my/2019/09/tips-to-beat-the-haze/

9
Infografik dalam rajah 3 di atas yang di keluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
Malaysia pada 12 September 2019 menerangkan tentang kesan buruk jerebu kepada semua
terutamanya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung,
pesakit jantung dan ramai lagi. Bayi terutamanya lebih berisiko tinggi kerana sistem
pernafasan mereka mudah terdedah kepada kualiti udara yang tidak sihat. Ia boleh
menyebabkan punca penyakit asma atau bronkitis. Untuk bayi yang umumnya mempunyai
tahap kesihatan yang baik, jerebu ada kemungkinan mengganggu tekak, hidung, saluran
penafasan, mata dan kulit yang akan menyebabkan sakit kulit. Zarah halus pada jerebu pula
boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru bayi jika kualiti udara mencapai tahap IPU yang
kritikal. Warga tua pula berkemungkinan terkesan dengan jerebu kerana paru-paru mereka
cenderung untuk menjadi lemah di usia yang lanjut manakala mereka yang mempunyai
penyakit kronik seperti sakit jantung dan paru-paru akan terjejas lebih teruk jika keadaan
mencapai tahap kritikal. Infografik tersebut juga memberitahu kita tentang bagaimana kita
boleh menghindarkan diri dari penyakit pada ketika jerebu melanda serta bacaan indeks IPU
dan kategorinya. Pelbagai cara yang diterangkan dalam infografik tersebut yang sangat
membantu masyarakat khususnya dalam menghadapi kemelut jerebu.

1. Duduk di dalam rumah sebanyak mungkin dan kurangkan aktiviti luar.


Masyarakat di galakkan untuk menghabiskan masa di dalam rumah dan menghadkan
aktiviti di luar rumah. Pintu, tingkap dan mana-mana bukaan haruslah di tutup bagi
mengelakkan jerebu memasuki kediaman. Ini akan mengurangkan risiko buruk jerebu kepada
badan kerana zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam
badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru. Aktiviti luar juga perlu di hadkan
agar badan kurang di dedahkan kepada jerebu tersebut. Akan tetapi Kementerian Kesihatan
Malaysia ada mengesyorkan penggunaan topeng muka N95 yang boleh didapati di
kebanyakan farmasi. Alat pernafasan N95 ini berfungsi dengan lebih baik kerana ia boleh
menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut dan juga dilengkapi dengan
penapis untuk menghapuskan zarah halus dalam jerebu.

2 Basuh muka dan anggota badan yang terdedah kepada jerebu dengan kerap,
Tidak kira bagaimana kita mengelak untuk terdedah dengan asap jerebu, kulit kita
masih menyerapnya. Oleh itu tangan, muka dan anggota badan yang terdedah perlulah di cuci
dengan sekerap mungkin terutamanya setelah pulang dari luar rumah. Ini mampu
menghindarkan penyakit kulit yang kronik.

10
3.Minum air dalam kuantiti yang banyak.
Meminum air dalam kuantiti yang banyak juga digalakkan semasa jerebu kerana air
membantu mengeluarkan toksin yang diserap masuk melalui kulit dan sistem pernafasan kita.
Kitaran air yang cukup dalam badan juga akan membantu dalam menguatkan sistem imun
badan. Namun minuman alkohol dan kopi perlu di elakkan kerana ianya menggalakkan
kehilangan cecair dan nutrien dari badan.

4. Penggunaan penghaawa dingin semasa pemanduan


Tingkap kereta hendaklah di tutup serta mod penghawa dingin di laraskan kepada
kitaran dalaman bagi menghalang partikel-partikel jerebu ini dari memasuki rongga-rongga
dalam kenderaan yang akan menyebabkan partikel ini terperangkap di dalam kereta
seterusnya lebih membahayakan pemandu dan penumpang yang lain.

5. Dapatkan rawatan lanjut.


Individu yang mengalami masalah kesihatan di galakkan supaya mendapatkan
rawatan lanjut bagi menangani masalah kesihatan sebelum melarat. Penyakit yang melibatkan
kardiopulmonori dan respitori seperti jantung dan penafasan boleh menyebabkan seseorang
itu mengalami akibat yang lebih teruk kesan dari jerebu yang melanda. Penyakit lain seperti
radang mata dan kulit juga boleh menjadi lebih buruk dalam keadaan jerebu.

6. Berhenti merokok.
Dalam keadaan jerebu, perokok di nasihatkan supaya berhenti merokok. Ini kerana
ianya akan menyumbang kepada kadar jerebu di Negara. Dalam pada masa yang sama ianya
juga akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang sekeliling ataupun di kenali
sebagai perokok pasif. Sistem imunisasi badan perokok juga akan lebih bertambah baik
dengan penghentian tabiat berkenaan.

7. Peka pada pengumuman dan arahan.


Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa
mengikuti perkembangan melalui media massa seperti pengumuman darurat, penutupan
sekolah serta tahap IPU terkini. Ini dapat membantu mengurangkan kes tidak diingini dari
berlaku. Nasihat serta panduan bagaimana menghadapi fenomena jerebu sentiasa di war-
warkan oleh kerajaan melalui berita samada melalui telivisyen, radio, surat khabar, risalah
ataupun media sosial.
11
Bahagian C: Manfaat pendidikan kewarganegaraan global dalam menyelesaikan isu
alam sekitar
Fenomena jerebu yang melanda negara kita hari ini semakin serius dan
berleluasa.Keadaan ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan terbatas,
pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-
kilang,pengeluaran asap oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka. Fenomena jerebu
menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka
panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi
masalah jerebu.
GCED mampu memberi manafaat dalam menyelesaikan isu masalah jerebu.
Pendekatan UNESCO di GCED memberikan penekanan pada menangani isi pembelajaran
dan hasil, pedagogi dan persekitaran pembelajaran dalam pembelajaran formal, tidak formal
dan tidak formal. Ia juga transformatif kerana ia membolehkan pelajar memajukan diri dan
masyarakat. Lebih-lebih lagi, ia menggalakkan nilai-nilai bersama yang dikongsi bersama
seperti hormat-menghormati dan diskusi. Salah satu kelebihan GCED ialah ia boleh di
khususkan, bermakna kita boleh menggunakannya dengan fokus pada apa yang ingin di
persembahkan. GCED adalah pendidikan yang lengkap boleh memberi semua orang
pengetahuan, tindakan, nilai dan kemahiran komunikasi untuk menjaga ekosistem mereka.
Pendidikan untuk pembangunan mampan adalah cara holistik untuk mendidik masyarakat di
dalam dunia globalisasi bagi menjaga alam sekitar.
Tiga konsep dalam GCED yakni kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku ini mampu
mendidik masyarakat dalam menjaga alam sekitar. Kognitif pada dasarnya menerapkan
tentang kesalahan masyarakat dan kepentingan menjaga alam sekitar. Masyarakat contohnya
akan di terangkan tentang bahaya pembakaran terbuka kepada ekosistem dan akibat yang
boleh terjadi jika tidak di tangani. Melalui kognitif, masyarakat akan memupuk nilai sosio-
emosi seperti empati kepada alam sekitar dan kesan jerebu tersebut kepada masyarakat.
Masyarakat akan mempunyai kesedaran tentang punca jerebu serta akibat yang di alami.
Syarikat-syarikat pemaju dan pengilang akan di sedarkan tentang bahayanya pelepasan asap
melalui corong dan pembakaran hutan yang di lakukan sebelum ini. Justeru, ianya akan
mengubah tingkah laku masyarakat supaya lebih menjaga alam sekitar. Masyarakat, pemaju
dan pengilang juga akan mempunyai motivasi dan keinginan untuk mengambil langkah yang
di perlukan dalam menangani masalah jerebu tersebut.

12
Bahagian C: Cara-cara untuk menyelesaikan isu jerebu.
Jerebu yang melanda memberi impak yang buruk kepada masyarakat, negara dan juga
dunia. Selain dari pada kesan buruknya pada kesihatan, ekonomi dan juga aktivitu harian juga
terjejas oleh fenomena ini. Melalui konsep GCED, beberapa langkah boleh di jalankan bagi
mengatasi kemelut jerebu yang melanda.

Mendidik Masyarakat.
Langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik
masyarakat. Media massa seperti media cetak dan elektronik harus memainkan peranan
menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat jerebu.Melalui langkah ini,masyarakat akan
lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan gejala tersebut. Oleh itu,masyarakat
akan lebih peka dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan oleh mereka misalnya
tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka.Seruan kerajaan untuk menghijaukan
alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga akan mendapat sambutan dan
sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan memberikan kerjasama dengan
menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang mencetuskan
maslah ini. Pendidikan secara langsung mengenai jerebu, kesan dan cara mengatasi haruslah
di adakan di setiap peringkat bermula dari sekolah hingga ke universiti. Kajian oleh The
World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia pada tahun 2007 berkaitan dengan laporan
tentang perspektif alam sekitar di Malaysia di kalangan guru menunjukkan pengetahuan guru
terhadap beberapa masalah alam sekitar seperti jerebu amat rendah iaitu 10.6 peratus,
manakala pengetahuan guru tentang isu alam sekitar seperti isu biodiversiti juga sangat
rendah iaitu sebanyak 27.7 peratus. Di sini wujud kepincangan dalam penerapan Pendidikan
Alam Sekitar di peringkat formal terutamanya di sekolah. Maka, para pendidik ini juga perlu
menjalani kursus yang berkaitan agar penyampaian institusi pengajian dapat di jalankan
dengan lancar.

Mengurangkan Pengeluaran Asap Tercemar.


Salah satu langkah yang penting bagi menangani masalah jerebu ialah mengurangkan
pengeluaran asap pencemar.Pengeluaran asap yang tercemar boleh di kurangkan dengan
kempen berkongsi kenderaan.Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat
penukar bermangkin akan dapat mengurangkan asap pencemar kenderaan.Alat penukar
bermangkin berfungsi sebagai alat yang menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida
kepada karbon dioksida,nitrogen dan wap air yang tidak berbahaya.Selain itu,motosikal
berenjin dua lejang harus diharamkan dan digantikan dengan motosikal berenjin empat
13
lejang.Di samping itu,gas pencemar kilang industri juga mesti dikurangkan dengan
penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari atmosfera. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Johor contohnya telah mewajibkan kilang kimia memasang alat pemantauan secara
automatik pelepasan sisa efluen di cerobong yang dihubungkan secara dalam talian dengan
agensi berkenaan. Alat tersebut yang dikenali sebagai ‘Continuos Admission Monitoring
System’ (Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan) (rujuk rajah 4) itu penting bagi pihaknya
memantau pelepasan sisa efluen, terutama asap kimia yang dilepaskan industri. Oleh yang
demikian,pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan.

RAJAH 4
Sumber: http://www.ssanalyzer.com/products/gas/gas4/?
gclid=Cj0KCQiAoIPvBRDgARIsAHsCw0-
zIS5H0gc6QfldCo81ncI_KzDczCZCPgoP1nn9vQM_8znM3nICNIwaAqvcEALw_wcB

14
Kerjasama Antarabangsa
Pada tahun 2015, Negara Anggota World Health Organization (WHO) sebulat suara
menerima pakai resolusi mengiktiraf pencemaran udara sebagai risiko kesihatan global dan
komited untuk bertindak dalam beberapa cara iaitu membina asas pengetahuan, pemantauan,
laporan, pengukuhan keupayaan institusi serta koordinasi dan kepimpinan global. Dengan ini,
kerjasama antarabangsa di perlukan bagi menangani jerebu dan membasmi aktiviti-aktiviti
yang menyebabkan berlakunya jerebu. Kerjasama ini diperlukan untuk memadamkan
kebakaran hutan. Setiap negara harus mengawal kebakaran hutannya dengan ketat.Selain
itu,mana-mana juga harus mementingkan kepentingan bersama negara jiran yang lain. Di
samping itu,satu tabung kewangan untuk membeli dan menyelia alatan pemadam api yang
canggih boleh diwujudkan dalam kalangan negara Asia. Alatan itu boleh dikongsi bersama
untuk memadamkan api hutan. Penghantaran tentera,ahli bomba,dan pakar ke negara yang
terbabit dengan kebakaran hutan untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan kerjasama
yang baik dan harus diteruskan. Negara-negara maju juga perlu membantu dengan
menghulurkan bantuan teknologi dan kepakaran memadamkan api.Sikap negara Barat yang
berpeluk tubuh menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa bulan lamanya
perlu dihakis.

Penguatkuasaan Akta.
Di Malaysia sendiri, pelbagai persatuan di bentuk bagi menangani masalah
pencemaran. Di antara persatuan-persatuan yang terlibat ialah Persatuan Pelindungan Alam
Sekitar (EPSM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Alam Semulajadi Malaysia
(MNS), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Gabungan Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA). Namun masih kelihatan dan kedengaran tentang beberapa individu dan
syarikat gergasi yang masih menjalankan kegiatan buruk yang membawa kepada puncanya
terjadi pencemaran jerebu. Undang-undang seperti Dasar Alam Sekitar Malaysia (1976) dan
Akta 127 iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlulah di perkemaskan dan di perhalusi bagi
mencegah kegiatan pembakaran terbuka terus menerus di jalankan.

15
Kesimpulan
Fenomena jerebu ini bukanlah satu fenomena yang baru. Setiap tahun masyarakat
dunia menderita kesan pencemaran jerebu akibat kebakaran hutan dan sampah, pelepasan
asap secara tidak terkawal dan banyak lagi. Gejala ini di akibatkan oleh kerakusan manusia
dalam membangunkan sektor-sektor seperti pertanian, perladangan dan pembangunan. Dalam
mengejar pembangunan, masyarakat lupa akan kesan daripada kegiatan tidak baik tersebut
kepada masyarakat sehingga mengakibatkan penularan penyakit-penyakit berbahaya dan
kesannya pada ekosistem serta ekonomi.
Lantaran itu, konsep GCED di bangunkan agar dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat dunia akan kepentingan menjaga alam sekitar dan kesan buruknya sekiranya
masyarakat mengambil hal tersebut dengan secara tidak endah. GCED ini juga menerbitkan
rasa sayang dan hormat akan alam sekitar dengan menanamkan kecintaan kepada alam
sekitar melalui sosio-emosi. Ini akan mewujudkan masyarakat yang lantang dalam
menyuarakan kepentingan menjaga alam sekitar dan tidak melakukan kegiatan yang boleh
membawa kepada pencemaran seperti jerebu khususnya. Ini bagi memastikan generasi akan
datang tidak membayar kesalahan masyarakat kini dan mampu menikmati dunia yang indah
pada masa akan datang.
GCED ini dapat disimpulkan sebagai asas penting dalam mendidik masyarakat dunia
supaya menjaga hubungan baik sesama manusia, haiwan dan alam sekitar, Dengan
perlaksanaan yang tepat, GCED ini dapat membaik pulih keadaan dunia pada masa kini serta
mengekalkan keamanan sesama manusia.

16
Refleksi Kendiri
Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21 merupakan subjek yang di wajibkan kepada
pelajar semester satu Open University Malaysia. Sebelum mempelajari tentang subjek ini
saya tidak tahu akan bagaimana menghuraikan dengan menggunakan contoh ciri-ciri yang
dikehendaki dan tahap kecelikan pelajar abad ke-21. Saya juga gagal mengadaptasikan
kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif dengan berkesan. Saya juga tidak faham ciri-ciri
warga dunia global yang mampu mewujudkanpersekitaran hijau dan lestari.
Alhamdulillah setelah saya mempelajari tentang Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-
21, saya dapat merasakan perubahan pada diri saya. Dalam proses penyiapan tulisan ini, saya
belajar tentang peranan saya sebagai pelajar abad ke-21, persekitaran pembelajaran dan ciri-
ciri pelajar abad ke-21. Saya juga didedahkan dengan cara penulisan akademik yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan penulisan ini.
Saya juga telah memahami akan bagaimana pemikiran kritis dan kreatif amat
membantu saya dalam penulisan esei ini. Saya dapat membincangkan dengan efektif tentang
bagaimana pencemaran udara, jerebu khususnya memberi impak negatif kepada banyak
pihak dan cara-cara untuk mengatasinya.
Sebelum mempelajari subjek ini, saya tidak tahu menahu tentang apa itu Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) dan merasakan subjek ini adalah terlalu susah dan tidak
relevan untuk pelajar. Saya akhirnya dapat memahami akan kepentingan GCED ini dan
hubung kaitnya dengan isu masyarakat semasa. Saya juga lebih menghargai tentang alam
sekitar dan peranan saya dalam memastikan alam sekitar ini bertambah baik dan dapat
dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Saya berterima kasih kepada Open University Malaysia kerana mewajibkan saya
menduduki subjek ini kerana ianya telah banyak membuka minda saya dan menjadikan saya
seorang yang lebih baik dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar.

17
RUJUKAN

Harvinder Kaur, D. S., Raziana, C. A., Nantha, K. S., Majumin Hanum, A. S., & Wirawani,
K. (2019). Kemahiran belajar untuk abad ke-21. Open University Malaysia.

OECD. (2006). 21st Century Learning Environments. Paris, France: OECD Publishing.

World Population Prospects 2019: Highlights | Multimedia Library - United Nations


Department of Economic and Social Affairs. (2019, June 17). Retrieved from
https://www.un.org/development/desa/publications/world-population-prospects-2019-
highlights.html

Jahi, J. M. (1996). Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Nailah, H. (2019, September 19). Malaysia di tempat pertama pencemaran udara tertinggi
dunia. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-tempat-
pertama-pencemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

Harian, B. (2019, July 1). 20 zon industri beracun. Retrieved from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580013/20-zon-industri-beracun

Unesco. (2015). Resources global citizenship education. Retrieved from


https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-gced-infographic

Prime Minister's Office of Malaysia. (2019, September 12). Tips to Beat the Haze. Retrieved
from https://www.pmo.gov.my/2019/09/tips-to-beat-the-haze/

Leicht, A., Heiss, J., & Byun, W. J. (Eds.). (2018). Issues and trends in education for
sustainable development. Paris, France: UNESCO Publishing.

18

You might also like