You are on page 1of 3

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 ini,dunia menyaksikan iktisad

negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang pesat membangun
seperti tenggelam sama basah,timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang
lain.Namun begitu,isu fenomena jerebu masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di
Malaysia.Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isi
semasa.Lantas,mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan
penyelesaiannya.Persoalan yang sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran
kita ialah apakah kesan-kesan fenomena jerebu serta langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menangani fenomena ini.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan bahawa,kesan fenomena jerebu ialah jerebu
akan menjejaskan kesihatan manusia.Hal ini demikian kerana,jerebu menyebabkan kualiti
udara merosot dan menyebabkan udara yang ada di sekeliling adalah tidak lagi selamat dan
merbahaya kepada kesihatan seseorang.Sebagai contohnya,jerebu akan menyebabkan
kesesakan nafas terutama penghidap penyakit asma,penyakit jantung dan bronkotis.Selain itu
warga emas juga mudah mengalami kesesakan nafas kerana jantung mereka terlalu
lemah.Bukan sahaja itu,jerebu juga menyebabkan seseorang mengalami kesakitan di
mata,keradangan ,mata menjadi merah dan penyakit kulit seperti gatal-gatal di
Dari kaca mata yang lain,kesan fenomena jerebu ialah ekonomi negara akan
terjejas.Hal ini tercetus kerana,udara yang tercemar menyebabkan keadaan yang tidak sesuai
untuk aktiviti penanaman dan menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman
mati.Selain itu,sektor pembangunan terpaksa ditutup kerana kualiti udara yang tidak sihat dan
agak kabur untuk melakukan kerja-kerja pembangunan.Di samping itu,kilang-kilang dan kuari
terpaksa ditutup untuk mengurangkan pencemaran udara yang disebabkan oleh asap dari
kilang dan habuk yang dibebaskan dari kuari.Impaknya,pendapatan negara akan terjejas
menyebabkan inflasi yang banyak.Tuntasnya,kesan fenomena jerebu ialah ekonomi negara
akan merosot.

Sejajar dengan konteks perbicaraan,kesan fenomena jerebu ialah aktiviti harian


manusia terganggu.Hal ini berlaku kerana,sekolah-sekolah terpaksa ditutup menyebabkan
akademik pelajar akan merosot.Selain itu,ramai orang tidak boleh bekerja seperti
petani,pekerja gerai tepi jalan,pekerja pembangunan dan sebagainya.Manusia juga tidak
boleh melakukan aktiviti riadah,mengadakan pertandingan sukan,aktivit rumah terbuka dan
lain-lain.Kemalangan jalan raya juga akan meningkat kerana pemandu tidak dapat melihat
keadaan jalan raya dengan jelas dan keberadaan kereta itu di hadapan akan menyebabkan
berlakunya kemalangan.Pendek kata,aktiviti harian manusia terganggu merupakan antara
Lanjutan daripada huraian yang dinyatakan di atas,terdapat beberapa langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menangani fenomena jerebu ini.Antara langkahnya ialah kerajaan
mengadakan kempen kesedaran secara berterusan.Hal ini terjadi kerana melalui
kempen,masyarakat dapat sedar tentang kepentingan menjaga alam dan kualiti udara.Sebagai
contoh,kerajaan mengadakan kempen tentang pentingnya menjaga kualiti udara dengan
memberi ceramah dan ilmu tentang bahayanya jerebu kepada manusia dan bumi.Selain
itu,media massa harus mengeluarkan iklan tentang jerebu di televisyen,sosial media dan
memaparkan papan iklan di lebuhraya.Hal ini bertepatan dengan peribahasa melayu.sediakan
payung sebelum hujan.

Akhirnya sekali,langkah untuk mengatasi fenomena jerebu ialah kerajaan


menguatkuasakan undang-undang.Hal ini demikian kerana,undang-undang yang sedia ada
adalah tidak tegas dan masyarakat dan pengusaha kilang tidak ambil serius akan undang-
undang yang sedia ada.Mereka masih melakukan kesalahan tersebut secara berulang kali
walaupun telah didenda dan dihukum atas kesalahan tersebut namun ianya tidak efektif dan
tidak memberi kesedaran kepada mereka.Tamsilnya,pihak berkuasa harus mengenakan
hukuman dan denda yang tinggi kepada pesalah yang melakukan pembakaran
terbuka,pengusaha kilang yang ttidak mengunakan penapis udara dan

You might also like