You are on page 1of 2

Fenomena jerebu yang melanda negara kita telah

mendatangkan pelbagai kesan buruk.


Bincangkan kesan-kesan nagatif maslah jerebu kepada
masyarakat dan negara.

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan


negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya
ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem
pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong,
selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah
dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-
kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat
mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di
klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan.


Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di
dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal
ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal
terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.
Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan
boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan
nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat


masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap
tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak
digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak
sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-
program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan
bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di
negara kita.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi


negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap
penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri
perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan
dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang
perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu.

Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu,
hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan
sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan
merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan
air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem
akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang


lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat
jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri
pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri
pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam
negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya
jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan
kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung,
ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi
mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia
bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang.

You might also like